OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pemenang pertandingan OctaFX Supercharged dihadiahkan dengan iPhone 6

Pertandingan OctaFX Supercharged bergerak pantas. Kami meneruskan pemberian hadiah dan ganjaran kepada para pemenang atas prestasi dagangan mereka yang cemerlang. Kami rasa teruja untuk memberikan iPhone 6 kepada En. Mohd Najid Bin Abu Bakar dari Malaysia. Keputusan pemenang Pusingan 8 tidak dapat ditandingi setakat ini! Kami menggalakkan para pedagang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan menunjukkan kemampuan mereka. Sementara itu, kami ingin berkongsi kisah kejayaan pemenang Pusingan 8 ini.

Matlamat saya ialah untuk memperbaik kemahiran dagangan saya dan bersaing untuk hadiah yang hebat. Penyertaan dalam pertandingan OctaFX Supercharged adalah suatu peluang yang hebat untuk menerima ganjaran yang mengagumkan dan saya akan lakukan yang terbaik untuk memenanginya! Selain itu, pertandingan ini adalah alat yang hebat untuk mempelajari dan membangunkan gaya dagangan saya sendiri. Saya telah mempelajari banyak kemahiran berguna yang membantu saya menjadi pedagang yang lebih matang. Perkara yang penting ialah tidak tamak dan mengawal emosi. Jika tidak, anda akan gagal. Selain itu, cuba untuk banyak terlibat dalam proses dagangan. Saya sangat menumpukan perhatian semasa menyertai Pusingan 8 ini dan itu membolehkan saya untuk menang. Pertandingan OctaFX Supercharged Pusingan 8 merupakan dagangan saya yang paling berjaya setakat ini. Secara peribadi, saya suka menggunakan purata bergerak dan jalur bollinger semasa berdagang. Saya menggunakan kedua-dua penunjuk ini dalam Pusingan 8! Sejujurnya, saya mengambil masa selama 5 tahun untuk membangunkan kemahiran dagangan saya dan untuk mempelajari proses keseluruhannya. Anda memerlukan masa untuk mendapatkan pengalaman yang diperlukan dan menjadi pedagang yang baik. 

Kami berterima kasih kepada En. Mohd Najid Bin Abu Bakar kerana berkongsi kisah kejayaan beliau. Pemenang bakal menerima hadiah iPhone 6 serba baharu yang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi! Setiap pedagang dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan OctaFX Supercharged dan bersaing untuk merebut 10 hadiah yang hebat termasuk Tesla Model S, Smart Fortwo dan Renault Twizy!

Gemparkan dagangan anda dengan OctaFX!

octafx-supercharged success-story

OctaFX dengan gembiranya menyokong Southampton FC bersaing dalam Liga Perdana Inggeris

Kami dengan gembiranya mengumumkan perkongsian rasmi dengan Southampton FC – Kelab Bola Sepak EPL yang berpotensi dan berbakat.
Baca lagi Previous

Pertandingan demo Juara OctaFX Pusingan 40 dikuasai pedagang Indonesia

Kami dengan gembiranya mengumumkan keputusanpertandingan demo Juara OctaFX dan mengalu-alukan pemenang pertandingan legenda ini.
Baca lagi Next
Mula livechat