OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Pemenang Pusingan 14 OctaFX Supercharged berkongsi rahsia kejayaan beliau  

Pertandingan sebenar OctaFX Supercharged merupakan cabaran yang menarik untuk para pedagang di seluruh dunia bersaing bagi merebut hadiah utama - Tesla Model S! Peserta akhir bulan ini ialah Sohail Abbasi dari Pakistan. Beliau menunjukkan kemampuan dagangan yang luar biasa dan menjadi pemenang Pusingan 14. Beliau rasa gembira untuk berkongsi cerita kejayaan beliau dan berikut ialah kisahnya: 

S: Bagaimanakah perasaan anda tentang memenangi pusingan Supercharged bulan ini.

J: Saya rasa mengagumkan! Anda tidak boleh bayangkan betapa gembiranya saya apabila mengetahui saya ialah pemenang.

S: Mengapa anda membuat keputusan untuk menyertai Pertandingan ini? Anda rasa anda boleh memenangi hadiah utama, Tesla Model?

J: Sebenarnya, apabila saya melihat hadiah-hadiah yang begitu besar dan berharga, saya berpendapat: Saya mesti memenangi pertandingan ini untuk keluarga dan negara. Hadiah utamanya sangat menarik, oleh itu pilihan yang saya ada ialah lakukan yang terbaik dan akhirnya menang.

S: Adakah anda pedagang Forex yang banyak terlibat dalam dagangan?

J: Saya bekerja keras. Saya bekerja 18 jam sehari, mereka bentuk strategi yang terbaik dan pelan yang paling sesuai yang boleh membantu kami untuk menang. Apabila saya mempunyai beberapa idea yang telah dicuba dan diuji, saya pilih yang terbaik dan melaksanakannya.

S: Oleh itu, adakah Forex pekerjaan sepenuh masa anda?

J: Ya. Saya sudah berdagang selama 6 tahun. Saya mengambil MBA, kemudian saya sedar bahawa saya tidak mahukan pekerjaan pejabat yang biasa. Oleh itu saya menumpukan pada dagangan Forex. 

S: Apakah syor anda kepada mereka yang merancang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini?

J: Pilih matlamat anda dan tumpukan padanya. Cari cara-cara yang mungkin untuk mencapainya dan kemudian cuba beberapa pelan. Berusaha gigih untuk akhirnya mencapai impian anda. Nasihat saya: kejayaan anda ialah kerja keras anda, kerja keras lagi dan lebih keras lagi. Tetapi akhirnya apabila anda menjadi pemenang, semuanya berbaloi.

Pusingan akhir semakin hampir, jadi jangan kehilangan peluang anda untuk mendapatkan Tesla Model S! Daftar dalam pertandingan Supercharged dan berusahalah untuk menang!

octafx-supercharged promotions-and-contests success-story

Diumumkan para pemenang pertandingan demo mingguan cTrader Pusingan 30!

Satu lagi pusingan pertandingan demo mingguan cTrader sudah berakhir dan kami dengan gembiranya mengalu-alukan 4 orang pemenang yang bertuah!
Baca lagi Previous

OctaFX memperkenalkan semula pilihan deposit bank tempatan di Malaysia!

Kami bersedia untuk mengumumkan bahawa pelanggan di Malaysia kini boleh menggunakan bank tempatan untuk membuat deposit! Mulai sekarang, anda boleh mendeposit dan mengeluarkan dana dengan mudah daripada akaun anda melalui bank tempatan iaitu Maybank dan CIMB Bank.
Baca lagi Next
Start livechat