OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

OctaFX menyokong Yayasan Sukan Bali untuk tujuan yang lebih besar!

OctaFX mula menaja Yayasan Sukan Bali - sebuah organisasi kebajikan yang mempromosikan sukan untuk orang kurang upaya.

 Sebagai broker yang bereputasi baik, kami membuat keputusan untuk memperkenalkan inisiatif baharu dengan menyokong bukan sahaja sukan profesional di Indonesia, tetapi juga menumpukan perhatian kami kepada mereka yang memerlukan. Melalui perkongsian dengan Yayasan Sukan Bali, kami memberi sokongan kepada komuniti Indonesia secara keseluruhannya, melalui pembiayaan organisasi yang mengkhususkan usaha mereka untuk mewujudkan pelbagai aktiviti untuk orang kurang upaya dari segi fizikal dan mental.

Yayasan Sukan Bali mengisytiharkan misi mereka sebagai "untuk memperbaik kehidupan mereka yang kurang upaya di Bali & Indonesia Timur dengan menggunakan kuasa sukan dan permainan untuk pembangunan, kesihatan dan keamanan" dan kami berbangga menyertai mereka dalam usaha yang mulia ini".

BSF cuba menghubungkan jurang antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, gabungan sukan kebangsaan dan jawatankuasa Paralimpik Indonesia dalam liputan dan peruntukan mereka untuk individu kurang upaya.

 "Bagi pihak Yayasan Sukan Bali, saya ingin berterima kasih kepada OctaFX untuk sokongan mereka terhadap program sukan orang kurang upaya kami. Dengan bantuan anda, kini kami boleh mempromosikan bola keranjang kerusi roda, ragbi kerusi roda dan pelayaran orang kurang upaya pada tahap baharu”.

Rodney Holt - pengasas BSF

Ikuti halaman berita kami untuk mengetahui semua butiran dan terus ke laman web rasmi BSF untuk mengubah kehidupan bersama-sama dengan OctaFX!

bali-sports-foundation charity csr

Nama Juara OctaFX Pusingan 38 diumumkan!

Berita baik - empat orang pedagang lagi kini boleh berbangga menjadi juara OctaFX! Empat orang pedagang yang bertuah kini berkongsi dana hadiah sebanyak $1000 mengikut kedudukan mereka!
Baca lagi Previous

Jadual Dagangan Hari Peringatan AS

OctaFX ingin memaklumkan kepada anda tentang perubahan dalam jadual dagangan untuk XAU/USD dan XAG/USD sempena Hari Peringatan AS pada 25 Mei.
Baca lagi Next
Mula livechat