OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

OctaFX menyokong Piala Rip Curl Padang-Padang di Bali, Indonesia!

Meluncur dan Forex mempunyai banyak persamaan: menunggu saat yang sesuai, mengejar ombak, perasaan gembira ketika berada di puncak. OctaFX kini bekerjasama dengan Rip Curl Indonesia dalam satu pertandingan luncur ombak yang paling unggul!

Selepas 11 tahun penuh kegemilangan, Rip Curl kini kembali dengan format dan jemputan baru, yang akan berlangsung di atas ombak besar yang sama, di Padang Padang (Uluwatu, Bali).

Acara paling berprestij dengan tempoh terpanjang di Indonesia, Piala Rip Curl Padang Padang ini membawakan khas barisan peluncur dari seluruh dunia setiap tahun. Slogan Piala Rip Curl ialah ‘It’s On When It’s On’ dan tempoh menunggu bermula daripada 1 Ogos sehingga 31 Ogos. Pada tahun 2015, tempoh berkenaan dipendekkan kepada empat minggu sahaja, dengan syarat kualiti penyertaan yang dipertingkatkan daripada hebat kepada sempurna, serta had medan pertandingan yang dikurangkan kepada 16 peluncur sahaja. Dalam erti kata lain, pertandingan kali ini sememangnya lebih mencabar dan boleh diselesaikan dalam masa satu hari sahaja.

Selain hadiah utama daripada Rip Curl, kami turut menyediakan pencalonan khas bagi pertunjukan luncur terbaik – syarikat OctaFX akan menyampaikan Anugerah Luncur Ombak Terbaik untuk luncuran terpanjang dalam pertandingan tersebut!

“Kami berasa sangat gembira atas sokongan daripada OctaFX – dengan anugerah khas yang disediakan oleh OctaFX, syarikat berkenaan berjaya mengukuhkan minat dalam kalangan peluncur dan menjadikan pertandingan ini lebih sengit.”

James Hendy, 
Rip Curl Indonesia

Saksikan sendiri pertunjukan Dawn Patrol dua kali seminggu pada laman rasmi Piala yang akan dikemas kini pada status semasa acara dan aktiviti terkini sepanjang tempoh menunggu.

Sekiranya ada keraguan, meluncurlah ke sini, atau sertai kami untuk menyaksikan acara luncur terhebat ini dan berikan sorakan semangat buat peluncur kegemaran anda! 

rip-curl-cup sponsorship

Pasukan sukarelawan OctaFX menyokong Yayasan Sukan Bali dan 3rd International Bali Para Games

Sudah hampir enam bulan sejak kali pertama OctaFX menunjukkan sokongan mereka terhadap Yayasan Sukan Bali (BSF) yang merangkumi tiga acara: Ragbi Berkerusi Roda, Bola Keranjang Berkerusi Roda dan Pelayaran Golongan Kurang Upaya.
Baca lagi Previous

Juara OctaFX Pusingan 41 kami menyeru anda supaya jangan putus asa!

Kisah kejayaan bagi pertandingan demo Juara OctaFX kini telah tiba. Kami tak sabar untuk berkongsi pengalaman juara kami dengan anda!
Baca lagi Next
Mula livechat