OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pasukan sukarelawan OctaFX menyokong Yayasan Sukan Bali dan 3rd International Bali Para Games

Sudah hampir enam bulan sejak kali pertama OctaFX menunjukkan sokongan mereka terhadap Yayasan Sukan Bali (BSF) yang merangkumi tiga acara: Ragbi Berkerusi Roda, Bola Keranjang Berkerusi Roda dan Pelayaran Golongan Kurang Upaya.

BSF telah menganjurkan International Para Games buat kali ketiga yang bermula 22 Julai, menampilkan atlet daripada Asia Tenggara dan Australia yang berentap dalam pelbagai acara sukan: Ragbi Berkerusi Roda, Boccia, Eskrima, Angkat Berat dan Bola Keranjang Berkerusi Roda.

Dengan bantuan daripada OctaFX, BSF telah menubuhkan Kejohanan Kelab Ragbi Berkerusi Roda Bali serta melatih pemain terbaik untuk bertanding dalam Kejohanan Ragbi Berkerusi Roda Antarabangsa Keempat Bali, pada 22-26 Julai sebagai sebahagian daripada sukan Bali International ParaGames 2015.

Pengurusan tertinggi OctaFX juga telah menunjukkan semangat kesukarelawan mereka dengan sama-sama turun padang untuk menghadiri kejohanan tersebut, di samping membantu dalam pengurusan acara dan kelancaran peristiwa!

 “Kami sentiasa mendengar masalah yang dihadapi oleh golongan kurang upaya di Indonesia, dan salah satu tujuan kami di sini adalah untuk membantu BSF. Kami telah bertemu ramai invididu daripada Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) di Bali, bercakap dengan ahli sukan dengan pelbagai keadaan, dan menyokong mereka di sepanjang pertandingan. Sememangnya ini satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Saya yakin bahawa bantuan kami datang dalam kedua-dua bentuk kewangan dan kemanusiaan”.

Joanna Archer

“Membantu dalam pengurusan acara menyedarkan saya tentang betapa pentingnya peranan ahli dan kakitangan BSF. Sukan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan golongan kurang upaya di Bali. Melihat mereka bermain ragbi berkerusi roda dengan penuh semangat dan dedikasi telah menjadi satu inspirasi buat kami semua. Saya harap bantuan kami akan terus membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan”.

Olivia Claes

Rodney Holt, pengasas Yayasan Sukan Bali telah melahirkan rasa kesyukuran beliau terhadap syarikat OctaFX atas bantuan kewangan yang diberikan serta kesanggupan kakitangan untuk sentiasa berada bersama ketika acara berlangsung: “Sememangnya penting bagi atlet untuk terus melihat sokongan, serta menikmati kemudahan dari segi peralatan dan peluang untuk bertemu kenalan baru. Keadaan ini mewujudkan satu suasana persaingan yang dapat memberikan keyakinan kepada ahli sukan serta menjadikan mereka sentiasa berorientasikan matlamat”.

Teruskan bersama kami untuk melihat gambar daripada Kejohanan Ragbi Berkerusi Roda Antarabangsa Bali Keempat. Video ketika pertandingan dengan temubual serta pandangan peserta akan tersedia tak lama lagi!

OctaFX. Anda sentiasa dialu-alukan.

bali-sports-foundation charity csr

Juara OctaFX Pusingan 41 yang baharu meraikan kemenangan!

Keputusan pertandingan demo Juara OctaFX telah diperoleh dan kami berasa gembira untuk mengumumkan nama para pedagang yang menang dalam Pusingan 41 ini! Para peserta ini layak dipanggil sebagai Juara sebenar!
Baca lagi Previous

OctaFX menyokong Piala Rip Curl Padang-Padang di Bali, Indonesia!

Meluncur dan Forex mempunyai banyak persamaan: menunggu saat yang sesuai, mengejar ombak, perasaan gembira ketika berada di puncak. OctaFX kini bekerjasama dengan Rip Curl Indonesia dalam satu pertandingan luncur ombak yang paling unggul!
Baca lagi Next
Mula livechat