OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pemenang Pusingan 42 sudah bersedia untuk mendedahkan kisah kejayaan mereka!

Kami dengan gembiranya ingin berkongsi kisah kejayaan para pemenang Pusingan 42. Pesanan mereka boleh menjadi inspirasi dan bermanfaat untuk para pedagang pada tahap yang berbeza. Berikut kami paparkan sekali lagi nama para pemenang:

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh En. Fadjar Tri Surjanto dari Indonesia
  • Tempat Ke-2 dengan hadiah USD300 dimenangi oleh En. Menh Ly Kien dari Vietnam
  • Tempat Ke-3 dengan hadiah USD100 dimenangi oleh En. Nor azizi bin Amdani dari Malaysia
  • Pemenang terakhir dalam pertandingan ini ialah En. Chaidir Rahman dari Indonesia, memenangi hadiah USD100

Tempat Pertama – En. Fadjar Tri Surjanto dari Indonesia

Ultraman

Indonesia Indonesia
Rank 1 Gain 18648.98%

Saya berasa sangat gembira kerana menjadi pemenang dalam pertandingan demo Juara OctaFX! Kemenangan ini telah meningkatkan keyakinan saya. Saya ingin berterima kasih kepada OctaFX kerana mengadakan pertandingan demo yang sangat memberi inspirasi dan hebat ini. Semasa pusingan ini, saya memberi perhatian penuh kepada carta dengan memerhatikan dan menganalisis pergerakan harga. Berdagang memang mencabar - tidak ragu-ragu lagi! Tetapi saya sangat suka pada cabaran. Kehidupan tanpa cabaran pastinya membosankan. Saya sentiasa berasa seronok untuk menyertai semua pertandingan OctaFX. Seorang pedagang perlu mempunyai kesabaran dan disiplin demi untuk mencapai kejayaan. Mereka perlu belajar daripada kesilapan sendiri dan perlu berlatih. Itulah rahsia yang sangat mudah untuk mencapai kejayaan yang sememangnya terbukti berkesan. Anda perlu bersiap sedia untuk menghadapi pergerakan harga yang tidak dijangka, serta mempelajari cara untuk bersabar semasa membuka posisi.  Penunjuk Purata Bergerak (MA) merupakan alat yang sangat berguna. Pencapaian terbaik saya ialah memperoleh sebanyak $35,000 dengan 5 Posisi Terbuka. Manakala kerugian terbesar saya ialah sebanyak $2,550. Kerugian saya sedikit sahaja berbanding dengan keuntungan dan saya yakin dengan kemampuan saya. Saya telah mempelajari tentang forex dengan bersungguh-sungguh selama 12 bulan, namun, masa yang sangat panjang diperlukan untuk menjadi pedagang yang baik. Selagi kita meneruskan usaha dalam urus niaga ini, kita boleh mencapai hasil yang sangat cemerlang dengan mencabar diri sendiri yang sememangnya sangat menarik.

Tempat ke-2 – En. Menh Ly Kien dari Vietnam

Justinlee

Vietnam Vietnam
Rank 2 Gain 6856.85%

Saya masih tidak percaya yang saya menang! Saya benar-benar rasa teruja dengan kejayaan ini. Saya sangat berdisiplin semasa menyertai pusingan ini. Saya telah membahagikan masa dan membuat jadual yang sangat berkesan untuk saya. Saya merancang untuk menyertai pertandingan OctaFX yang lain dan mencabar kemahiran dagangan saya. Saya sangat mempercayai bahawa disiplin merupakan perkara yang sangat penting bagi setiap pedagang. Dalam pusingan ini, saya telah menggunakan corak candlestick dan dagangan jangka panjang. Pertandingan ini merupakan sumber pembelajaran yang sangat penting untuk saya. Sukar untuk menentukan tempoh masa yang diperlukan untuk menjadi pedagang yang baik. Tetapi saya percaya bahawa segala-galanya boleh dilakukan dan anda hanya perlu berusaha untuk mencapai matlamat anda.

Tempat ke-3 – En. Nor azizi bin Amdani dari Malaysia

moipipskiller

Malaysia Malaysia
Rank 3 Gain 3397.13%

Saya tak percaya yang saya telah memenangi pertandingan ini! Terdapat begitu ramai pedagang yang hebat dan sangat berkemahiran di negara saya dan di negara luar. Saya mula berdagang selepas diberitahu tentang pertandingan ini oleh rakan saya. Saya betul-betul ingin mengetahui tentangnya. Oleh sebab itulah saya terlibat dalam pusingan ini dan mencuba kemahiran dagangan saya. Saya memang suka menyertai pertandingan dan akan terus berdagang dengan OctaFX. Orang boleh cakap yang saya sangat bertuah, tetapi saya juga sangat menumpukan perhatian semasa menyertai pusingan ini. Saya menggunakan strategi fibonacci retracement dan saya hanya menumpukan pada entri tahap fibo sahaja. Keuntungan terbesar saya ialah $1000 dengan modal permulaan $10. Perkara yang paling penting dalam dagangan ialah sasaran! Masa memang penting, tetapi itu bukanlah perkara yang paling penting. Jadilah pedagang yang berorientasikan sasaran dan anda akan berjaya!

Kami ingin berterima kasih kepada para pedagang yang berkongsi kisah kejayaan mereka kerana kami percaya dengan berbuat begitu kami dapat membangunkan komuniti dagangan yang terdiri daripada pedagang yang mahir. Kami berharap kisah kejayaan ini memberikan inspirasi kepada anda! Sertai Pertandingan Demo Juara OctaFX untuk menempatkan kisah anda dalam berita kami pada bulan depan!

Jadilah Juara dengan OctaFX!

octafx-champion success-story

OctaFX mengalukan kedatangan pemenang pertandingan demo Kejohananan OctaFX Pusingan ke-42!

Kami berbesar hati ingin mengumumkan pemenang pertandingan demo Kejohanan OctaFX Pusingan ke-42! Kami juga dengan sukacitanya ingin kongsikan bersama anda nama para pemenang kami dan membahagikan dana hadiah sebanyak $1000 dengan 4 pedagang bertuah!
Baca lagi Previous

Ucapan tahniah yang ikhlas daripada kami sempena Aidiladha!

Syarikat OctaFX mengucapkan tahniah kepada anda sempena menyambut salah satu daripada perayaan yang paling meriah dalam Islam – Ibadah Korban!
Baca lagi Next
Mula livechat