OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pelajar pantas kami untuk pertandingan Demo Juara OctaFX Pusingan 40 berkongsi kisah kejayaan mereka

Kisah kejayaan bagi pertandingan Demo Juara OctaFX  kini sudah tersedia. Kami dengan gembiranya ingin berkongsi temubual dengan para pemenang yang telah terbukti menjadi pedagang terbaik dalam pusingan ini. Juara OctaFX kami telah menyampaikan pengalaman mereka dalam pertandingan kami yang terkemuka ini. Kami percaya bahawa beberapa idea dan pandangan daripada para peserta Pusingan 40 boleh benar-benar membantu dan adakalanya mengejutkan. Sementara sesetengah pedagang memerlukan 2-3 tahun untuk menguasai kemahiran dagangan mereka, pemenang tempat pertama kami menyatakan bahawa tempoh 7 bulan sudah lebih daripada mencukupi untuk mengatasi pedagang berpengalaman. Baca kisah-kisah tersebut untuk mengetahui selanjutnya mengenai para pemenang dan strategi mereka.

Sekali lagi dialu-alukan Pemenang Pusingan 40: 

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh En. Eko Setyowitanto dari Indonesia
  • Tempat Ke-2 dengan hadiah USD300 dimenangi oleh En. Sa' adduddin dari Indonesia
  • Tempat Ke-3 dengan hadiah USD100 dimenangi oleh En. Dedi Syarif Mawardi dari Indonesia
  • Pemenang terakhir dalam pertandingan ini ialah En. Dimas Hikmawan dari Indonesia, dianugerahkan hadiah USD100

Tempat pertama -En. Eko Setyowitanto 

ekosetyopanji

Indonesia Indonesia
Rank 1 Gain 13572.53%

Saya benar-benar teruja untuk memenangi salah satu daripada pertandingan dagangan yang paling menarik - pertandingan Demo Juara OctaFX. Saya berasa seronok menyertai pertandingan ini dan akhirnya menjadi pemenang. Sejujurnya, saya hanya menggunakan sedikit masa untuk pertandingan ini. Saya suka mencuba pertandingan yang berbeza dan berterusan mencabar diri sendiri. Tetapi, jangan lupa tentang disiplin. Jika anda ingin mencapai hasil yang cemerlang - berdisiplinlah. Itu akan membolehkan anda membuka dan menutup dagangan pada masa yang betul. Matlamat saya ialah untuk memperoleh keuntungan, yang membimbing saya bersama-sama dagangan. Apabila terdapat turun naik pasaran yang tinggi, saya tahun cara untuk mendapatkan posisi yang betul-betul baik dan memperoleh banyak pip! Saya mengambil masa selama 7 bulan untuk menjadi pedagang yang baik. Tetapi saya masih belajar.

Tempat ke-2 - En. Sa' adduddin

Umbara

Indonesia Indonesia
Rank 3 Gain 1137.43%

Saya tidak pernah membayangkan yang saya boleh memenangi pertandingan! Saya berdagang 4-5 jam sehari, bergantung pada pasaran. Prestasi yang baik dalam pertandingan ini memberi inspirasi kepada saya dan saya akan terus menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh OctaFX pada masa hadapan. Prinsip dagangan yang berjaya ialah memasuki dagangan apabila saham sesuai dengan profil atau dengan kata lain ciri. Inilah strategi saya! Disiplin dan pengurusan wang adalah penting unuk dagangan. Saya membaca graf dengan teliti dan memasuki dagangan apabila pasaran lebih kurang stabil. Sejujurnya, saya belum pernah memperoleh keuntungan yang tinggi kerana keutamaan saya ialah mendapat perolehan yang konsisten. Pada pendapat saya, kecekapan berdagang tidak bergantung pada masa yang anda luangkan untuk berdagang, tetapi sebaik mana anda belajar daripada kesilapan. Belajar untuk gagal maju untuk kejayaan! Kekal bersemangat dan teruskan menganalisis carta.

 Tempat ke-3 - En. Dedi Syarif Mawardi

Umbara

Indonesia Indonesia
Rank 3 Gain 1137.43%

Saya teruja untuk memenangi tempat ke-3! Selepas beberapa percubaan mengambil bahagian dalam pertandingan ini, akhirnya saya berjaya. Ini adalah kali kelima saya mengambil bahagian dalam pertandingan Demo Juara OctaFX. Saya berjaya untuk mengatur masa saya dengan betul, oleh itu saya masih boleh melakukan rutin biasa saya yang mana memang bagus! Saya menyukai pertandingan demo kerana ia membantu saya melatih ketajaman dan membangunkan strategi saya. Melalui kaedah cuba-cuba, saya telah mempelajari bahawa Pengurusan Kewangan, Kawalan emosi dan Strategi adalah sangat penting untuk pedagang. Saya menggunakan semua alat dan petunjuk yang terdapat dalam MT4, tetapi saya juga menggunakan sesetengah strategi daripada pengalaman dagangan saya sendiri. Saya pernah memperoleh kira-kira $200 bermula dengan $17. Kerugian terbesar saya ialah $1000. Saya masih belajar dan sangat berhasrat untuk berjaya dan mencapai hasil yang hebat. Saya fikir 3 tahun ialah masa yang optimum untuk menjadi pedagang yang terkemuka. 

Kami ingin berterima kasih kepada para pedagang kerana berkongsi kisah kejayaan mereka dan juga semua pedagang kerana menyertai pertandingan ini. Sertai pendaftaran  pusingan seterusnya pertandingan ini dan menjadi juara! Pusingan seterusnya dibuka kepada semua peserta! 

Jadilah Juara dengan OctaFX!

octafx-champion success-story

Pemenang pertandingan demo Mingguan cTrader Pusingan 21 diumumkan!

Kami dengan gembiranya mengumumkan lima orang pemenang yang mengatasi pedagang lain dan telah mencapai keputusan dagangan yang baik dalam pertandingan demo Mingguan cTrader.
Baca lagi Previous

Tahniah daripada OctaFX sempena Hari Raya Aidil Fitri

OctaFX ingin mengucapkan tahniah kepada para pelanggan Muslim sempena hari terakhir Ramadan – Malam Hari Raya.
Baca lagi Next
Mula livechat