Daftar masuk
Buka akaun
Buka akaun
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

Juara OctaFX Pusingan 41 kami menyeru anda supaya jangan putus asa!

Kisah kejayaan bagi pertandingan demo Juara OctaFX kini telah tiba. Kami tak sabar untuk berkongsi pengalaman juara kami dengan anda! Ingin kami ingatkan anda akan nama-nama pemenang untuk pusingan ke-41:

  • Tempat Pertama dengan ganjaran sebanyak 500 USD diterima oleh En. Selim Shikder dari Bangladesh
  • Tempat Kedua dengan ganjaran sebanyak 300 USD diterima oleh En. Qing Lu dari Kanada
  • Tempat Ketiga dengan ganjaran sebanyak 100 USD diterima oleh En. Annamalai Kannan dari India
  • Tempat Terakhir dalam pertandingan ini, En. Vladimir Shachnev dari Uzbekistan dengan ganjaran sebanyak 100 USD

Tempat pertama – En. Selim Shikder dari Bangladesh

Selim

Bangladesh Bangladesh
Rank 1 Gain 7714.86%

Saya sangat teruja dan gembira sekali kerana menjadi Juara OctaFX. Saya berasa amat bersyukur kepada Tuhan atas kejayaan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada OctaFX kerana menganjurkan pertandingan yang begitu hebat ini. Sesungguhnya saya sangat gembira dengan pertandingan ini! Forex sangat penting bagi saya. Saya sentiasa mengikuti perkembangan ekonomi dan cuba untuk mendapatkan berita terkini. Saya cuba mengenal pasti harga bagi pasangan matawang yang berlainan serta memahami situasi pasaran secara am kerana penting untuk saya mendapatkan entri berita yang tepat. Saya masih perlu melakukan perkara lain selain Forex! Saya telah menyertai pelbagai pertandingan yang berbeza, dan saya tak akan berhenti mencuba untuk menang. Saya banyak belajar dari kesilapan dan saya percaya yang kesilapan tersebut dapat membantu saya untuk mencapai kejayaan. Matlamat saya adalah untuk memenangi pertandingan ini, jadi saya telah menutup beberapa pesanan. Saya mengambil peluang ini, walaupun sangat berisiko tinggi, tapi akhirnya memang membuahkan hasil. Sekarang saya merupakan seorang pemenang bertuah dalam pertandingan demo Juara OxtaFX! Saya berdagang mengikut trend pasaran, maka dagangan saya melibatkan ‘scalping’ dan dagangan jangka panjang. Saya telah menikmati keuntungan besar beberapa hari yang lepas. Saya tak takut untuk rugi kerana forex adalah tempat untuk saya belajar. Saya tak akan berhenti untuk berdagang hanya kerana takut kerugian wang. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Mungkin saya memerlukan masa sehingga 4 tahun untuk menjadi pedagang yang bagus berdasakan pengalaman peribadi saya, tapi semua itu sangat berbaloi! 

Tempat ketiga – En. Annamalai Kannan dari India

KANNAN

India India
Rank 3 Gain 2640.01%

Saya amat gembira atas penyertaan dalam pertandingan demo Juara OctaFX. Sememangnya ini satu pengalaman yang berharga buat saya. Saya masih belum bersedia untuk betul-betul menceburi bidang dagangan yang sebenar, jadi pertandingan demo ini merupakan peluang terbaik untuk saya mempelajari tentang dunia dagangan. Saya hanya meluangkan sebahagian daripada masa saya sahaja untuk melakukan dagangan ini kerana sibuk dengan tugas lain. Rancangan saya adalah untuk mempelajari cara untuk berdagang dan membuka akaun dagangan sebenar saya sendiri. Saya mudah gementar apabila berurusan dengan nilai dagangan yang besar. Saya hanya rasa selesa untuk berdagang dengan nilai yang kecil sahaja. Oleh itu, matlamat saya adalah untuk meninggalkan zon selesa saya dan mendapatkan hasil yang lebih baik. Kini, saya telah berdagang selama setahun, tapi dah banyak yang saya telah pelajari. Saya akan meneruskan pengalaman dagangan saya dengan OctaFX! Strategi utamanya adalah Pengurusan Wang, Tumpuan pada kedua-dua analisis Teknikal dan Fundamental. Sentiasa amalkan sikap sabar dan kawal emosi anda! Inilah perkara yang anda perlu lakukan! Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Sokongan Pelanggan OctaFX. Mereka sentiasa bersedia untuk melayani permintaan dan pertanyaan saya berkenaan dagangan. Pasukan Sokongan sentiasa memberikan penyelesaian terbaik kepada saya, dan itulah sebabnya sebahagian kejayaan saya adalah milik kalian! Sememangnya, penyertaan dalam pertandingan ini merupakan peluang terbaik buat saya!

Tempat terakhir – En. Vladimir Shachnev dari Uzbekistan

astr777

Uzbekistan Uzbekistan
Rank2483 Gain-1116.50%

Walaupun saya mendapat tempat terakhir, saya tak akan berputus asa dan akan terus berusaha demi kejayaan yang lebih baik! Saya percaya bahawa akhirnya saya pasti akan menang. Tapi, bulan ini tiba-tiba menjadi sebuah bulan yang sarat dengan pelbagai peristiwa dan keadaan ini menjadikan saya sangat sibuk. Salah satu sebabnya adalah krisis di Greek yang turut menjejaskan keadaan. Malang sekali, strategi yang biasa saya gunakan gagal. Saya sentiasa terlibat dengan pertandingan ini sehinggalah saya gagal. Tapi saya terus memantau gerak-geri pertandingan ini. Sebagaimana kerjaya lain, anda sentiasa memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi. Namun, anda juga memerlukan pengalaman! Saya percaya bahawa selepas beberapa tahun berdagang, sesiapa sahaja boleh menjadi pedagang yang hebat!

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan penghargaan buat mereka kerana berkongsi kisah kejayaan mereka! Kami berharap agar kisah ini dapat memberikan inspirasi kepada anda demi mencapai keputusan yang lebih hebat. Sertai pusingan kami yang seterusnya. Daftarlah untuk pertandingan ini dan jadilah juara! Pusingan seterusnya terbuka kepada semua peserta!

Jadilah Juara OctaFX!

octafx-champion success-story

OctaFX menyokong Piala Rip Curl Padang-Padang di Bali, Indonesia!

Meluncur dan Forex mempunyai banyak persamaan: menunggu saat yang sesuai, mengejar ombak, perasaan gembira ketika berada di puncak. OctaFX kini bekerjasama dengan Rip Curl Indonesia dalam satu pertandingan luncur ombak yang paling unggul!
Baca lagi Previous

Pemenang Pusingan ke-23 Pertandingan Demo Mingguan cTrader telah diumumkan!

Satu lagi pusingan pertandingan demo mingguan cTrader telah pun selesai, dan keputusannya telah diumumkan. Pusingan 23 telah membawa tuah kepada 5 orang pemenangnya. Pedagang terbaik bagi pusingan berkenaan telah menerima hadiah utama daripada kami dan disenaraikan bersama para pemenang lain dalam pusingan sebelumnya.
Baca lagi Next
Mula livechat