Daftar masuk
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

Para Juara OctaFX Pusingan 44 bercerita tentang faktor penting kejayaan mereka!

Para pemenang Pusingan 44 pertandingan demo Juara OctaFX berkongsi kisah kejayaan mereka dengan kami! Pandangan tentang pertandingan daripada para pemenang sememangnya memberikan inspirasi, oleh itu kami tidak sabar-sabar untuk memberikan anda pengalaman dan tanggapan para pemenang kami. Baca, belajar, tunjukkan strategi dagangan terbaik anda dan kisah kejayaan yang seterusnya mungkin tentang anda! Izinkan kami mengumumkan sekali lagi nama para pemenang pusingan 44:

  • Tempat pertama dengan hadiah sebanyak USD500 dimenangi oleh En. Alexey Melnikov dari Kazakhstan
  • Tempat Kedua dengan hadiah sebanyak USD300 dimenangi oleh En. Supriadi SH dari Indonesia
  • Tempat Ketiga dengan hadiah sebanyak USD100 dimenangi oleh En. Alfi Hendri dari Indonesia
  • Pemenang terakhir dalam pertandingan ini ialah En. Srini Vasa dari India, dianugerahkan hadiah sebanyak USD100

Tempat Pertama – En. Alexey Melnikov dari Kazakhstan

Aleksiy

Kazakhstan Kazakhstan
Rank1 Gain4787.07%

Terima kasih OctaFX, saya sangat gembira kerana memenangi pertandingan ini. Saya telah mencuba yang terbaik, mula-mula saya berada di tempat ketiga, tetapi kemudiannya dua peserta yang lain telah hilang kelayakan...jadi, jangan sekali-kali berputus asa, sekarang saya rasa sangat gembira. Saya tidak begitu banyak meluangkan masa untuk berjaya dalam pertandingan ini, hanya pada hari terakhir saya banyak terlibat. Saya belum membuat keputusan tentang penyertaan saya dalam pertandingan OctaFX yang lain, mungkin saya akan mencubanya. Resipi kejayaan saya ialah ambil risiko! Saya bukanlah lebih baik daripada pedagang lain, tetapi saya mengambil risiko, urus niaga saya yang terakhir adalah sempurna, volum yang besar - untung besar. Secara praktikalnya, faktor-faktor ini menentukan kemenangan saya! Strategi utama saya ialah untuk meramalkan arah mengikut dan menentang trend. Sebenarnya, keuntungan terbesar saya ialah memenangi pertandingan ini, kerana saya baru mula berdagang, saya baru belajar. Oleh itu, kemenangan saya boleh menjadi inspirasi kepada pendatang baharu!  

Tempat Kedua – kepadaEn. Supriadi SH dari Indonesia

adifarandy

Indonesia Indonesia
Rank2 Gain1240.85%

Saya sangat gembira mendapat tempat kedua dalam pertandingan demo Juara OctaFX ini.  Saya tidak pernah terfikir yang saya boleh menjadi pemenang! Bercakap tentang penglibatan saya dalam pertandingan ini, saya tidaklah menghabiskan masa yang terlalu banyak - hanya beberapa minit dan tidaklah setiap hari. Lebih-lebih lagi, saya rasa masanya sudah tiba dan sudah tentu saya akan menyertai pertandingan dan promosi OctaFX yang lain. Sejujurnya, faktor utama kejayaan saya sangat mudah - perhatikan pergerakan pasaran dan apabila situasi pasaran baik, melaburlah ke dalam pasaran! Saya tidak menggunakan strategi yang khusus, nasihat saya ialah belajar dan belajar untuk berdagang Forex secara berterusan. Saya cukup berpuas hati mendapat tempat kedua dalam persaingan ini, yang mana saya tidak pernah bayangkan! Perkara yang paling saya suka ialah saya tidak pernah mengalami kerugian yang besar. Saya percaya, mungkin memerlukan lebih daripada setahun untuk menjadi pedagang yang bagus.

Tempat Ketiga – kepadaEn. Alfi Hendri dari Indonesia

alvinofx

Indonesia Indonesia
Rank3 Gain525.94%

Saya sangat teruja semasa pusingan pertandingan ini dan ingin berterima kasih kepada OctaFX kerana menyediakan pertandingan sebegini! Sebenarnya, saya hanya meluangkan sedikit masa untuk  pertandingan ini, saya berdagang apabila tidak sibuk. Saya sangat teruja tentang promosi OctaFX dan saya akan terus menyertai mana-mana pertandingan mereka. Dagangan saya yang berjaya adalah berdasarkan pada tiga unsur: kesabaran, disiplin dan pengurusan masa. Saya telah membangunkan dan mengikut pelan saya sendiri dan menggunakan teknik yang sedia ada. Secara jujur saya katakan, saya mendapat keuntungan yang banyak, kerugian saya terlalu kecil berbanding keuntungan saya. Saya percaya bahawa 5 tahun diperlukan untuk menjadi pedagang yang bagus. Pada fikiran saya, jika anda ingin berjaya, perbaiki diri anda setiap hari!  

Kami ingin berterima kasih kepada para pedagang kerana berkongsi kisah kejayaan mereka dan juga semua pedagang kerana menyertai pertandingan ini. Kami berharap kisah-kisah ini memberi inspirasi kepada anda! Sertaipendaftaran  bagi pusingan seterusnya pertandingan ini untuk menjadi juara dan cari kisah anda dalam berita kami! Pusingan seterusnya bakal dimulakan dan dibuka kepada semua peserta!

 Jadilah Juara dengan OctaFX!

 

 

 

octafx-champion success-story

OctaFX mengucapkan tahniah kepada para pemenang pertandingan demo mingguan cTrader Pusingan 29!

Kami dengan gembiranya ingin memberitahu anda tentang keputusan Pusingan 29 pertandingan demo mingguan cTrader yang sudah tersedia dan para pemenang yang baru dianugerahkan meraikan kemenangan mereka!
Baca lagi Previous

Sekarang anda boleh berdagang di OctaFX menggunakan platform web Metatrader 4!

OctaFX mempersembahkan anda platform web MT4 yang membolehkan anda berdagang daripada mana-mana pelayar menggunakan mana-mana sistem pengendalian dengan antara muka platform desktop yang diketahui ramai, platform Metatrader 4 desktop.
Baca lagi Next
Mula livechat