OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Usaha Amal Ramadan di Malaysia: menyokong Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari

Di OctaFX, kami berusaha menyokong masyarakat setempat dan menghasilkan kesan yang positif. Kami telah melancarkan program amal pada bulan Ramadan yang mulia untuk membantu mereka yang memerlukan. Di Malaysia, kami membuat keputusan untuk memberikan sokongan kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, sebuah organisasi yang membantu anak-anak yatim dari usia yang sangat muda. Melalui aktiviti dagangan anda, kami dapat mengumpulkan dan menderma sebanyak RM29,500 untuk usaha yang murni ini.

Susulan pemberian wang tersebut, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dapat menganjurkan acara bagi kanak-kanak jagaan mereka, dengan aneka juadah, aktiviti yang menyeronokkan dan senyuman terukir di wajah mereka. Wang tersebut juga digunakan untuk mendapatkan bekalan bagi penjagaan bayi.

Kempen amal kami pada bulan Ramadan yang mulia ini telah membantu SOS Children's Villages Pakistan (sebuah organisasi yang menyediakan bantuan dan tempat perlindungan bagi kanak-kanak yang memerlukan di Pakistan) dan Bali Sports Foundation (organisasi amal di Indonesia yang menggalakkan sukan untuk golongan kurang upaya). Semua usaha ini tidak akan berjaya tanpa sokongan para pedagang dan kami sangat teruja melihat betapa aktifnya anda berdagang sepanjang usaha ini berlangsung. Pada bulan Ramadan tahun ini, kami telah berjanji untuk menyumbangkan sebanyak $0.10 bagi setiap lot yang didagangkan pada bulan tersebut, bermakna penglibatan pelanggan kami menentukan jumlah derma di setiap negara. Kami tidak sabar untuk mengadakan lebih banyak acara amal dan menawarkan aktiviti yang lebih menarik kepada pelanggan kami.

 

charity

Pertandingan Demo OctaFX Champion, pusingan 79: Bercita-cita besar. Bermula kecil. Bertindak pantas.

Pusingan 79 Pertandingan Demo OctaFX Champion sudah selesai. Kami mengucapkan semoga berjaya kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!
Baca lagi Previous

Jadual dagangan OctaFX berubah disebabkan berakhirnya waktu jimat siang

Pasukan OctaFX ingin memberitahu anda bahawa pada hari Ahad, 28 Oktober, waktu jimat siang akan berakhir di Eropah. Sila ambil perhatian bahawa pasaran Forex dan pelayan kami akan berubah daripada EEST kepada EET pada tarikh ini
Baca lagi Next
Start livechat