OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Kami telah menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada Pakistan

Kami telah menganjurkan program amal di beberapa buah negara di seluruh Asia. Bersempena dengan acara berkenaan, kami turut melancarkan kempen di Pakistan sempena bulan Ramadan yang lalu. Kami telah menyumbangkan sebanyak USD 0.20 bagi setiap lot yang didagangkan, yang membolehkan kami untuk meraih melebihi USD 20,000 atau PKR 3,341,835.30.

JDC Foundation dan Edhi Foundation merupakan penerima anugerah ini. Kedua-dua organisasi ini berpangkalan di Karachi, tetapi usaha mereka terkesan dengan meluas di seluruh Pakistan. Dana tersebut digunakan untuk membantu anak-anak yatim, menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak yang memerlukan serta membantu mengatasi masalah yang membelenggu golongan fakir miskin.

Kedua-dua organisasi ini telah dihujani dengan sumbangan daripada kami dan amat berterima kasih atas bantuan tersebut. JDC telah mengirim sepucuk surat kepada kami, yang menyatakan bahawa “Sumbangan ini amat bermakna buat JDC dan kami amat berbesar hati atas segala kerjasama yang diberikan. Segala usaha untuk membantu jutaan insan yang tidak bernasib baik ini mustahil dilakukan tanpa bantuan daripada pihak anda”.

Kami begitu berbangga atas sumbangan anda, sebagai pedagang aktif, untuk terus membantu dalam pergerakan yang mulia ini. Kami kongsikan maklum balas JFC dan berterima kasih atas bantuan anda untuk mencapai matlamat ini dan memperbaiki kehidupan lebih ramai insan di Pakistan.

charity csr

Awas dengan penipu yang menggunakan nama kami atas niat jahat

Kami ingin memberi amaran kepada anda mengenai peningkatan laman web dan akaun media sosial palsu yang menggunakan pelbagai bentuk jenama OctaFX.
Baca lagi Previous

Ini hari ulang tahun kami, dan kami ingin meraikannya bersama anda!

Kami kini berusia sembilan tahun dan amat berbesar hati meraikan tahun dagangan berikutnya bersama anda.
Baca lagi Next
Start livechat