OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Bersama anda, kami membantu mereka yang memerlukan di Indonesia: Laporan aktiviti amal bulan Ramadan

Ramadan kali ini, kami telah menganjurkan sebuah kempen yang melibatkan setiap pedagang kami untuk menyumbang kepada dana amal hanya dengan melakukan dagangan seperti biasa. Sebanyak USD 0.20 ditambahkan kepada tabung amal bagi setiap lot lengkap yang didagangkan. Secara keseluruhannya, dengan bantuan anda, kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak USD 20,583 atau 291,722,860.00 rupiah.

Kami begitu berbesar hati atas penyertaan aktif anda! Terima kasih kerana telah sama-sama menjayakan kempen ini. Berikut merupakan perkara yang dapat kami laksanakan menggunakan dana yang diperoleh.

Bagi membantu golongan yang memerlukan, kami telah bekerjasama dengan Aksi Cepat Tanggap (ACT), sebuah badan bukan untung tempatan yang diwujudkan untuk memberikan bantuan kecemasan kepada individu yang paling terkesan di seluruh Indonesia.

Dana tersebut telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama diagihkan untuk membantu perniagaan mikro setempat. Manakala bahagian kedua, diserahkan untuk kempen yang dikenali sebagai 'Agihan beras percuma'. Selama beberapa hari, para sukarelawan kami telah mengagihkan pek beras percuma ini kepada 9 kampung di 7 subdaerah yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda di Karawang, Cipulir dan banyak lagi wilayah lain di sekitar Jakarta dan Pulau Galang. Atas bantuan itu, banyak keluarga telah dapat menerima manfaat ini dalam menempuhi situasi sulit yang dialami.

Sepanjang kempen ini, kami telah menerima ribuan penghargaan daripada individu-individu ini. Terima kasih kepada Puan Ani (40 tahun), Encik Komar (46 tahun), Puan Jani (51 tahun), serta semua yang turut berkongsi perasaan dan kebaikan mereka. Kami amat berbesar hati untuk menyampaikan penghargaan ini kepada para pedagang kami yang membantu merealisasikan aktiviti ini.

 

charity

Ini hari ulang tahun kami, dan kami ingin meraikannya bersama anda!

Kami kini berusia sembilan tahun dan amat berbesar hati meraikan tahun dagangan berikutnya bersama anda.
Baca lagi Previous

Pemenang Rafel Ulang Tahun OctaFX

Kami dengan gembiranya mengumumkan pemenang hadiah percuma ulang tahun! Tahniah dan jangan lupa untuk menyertai sambutan ulang tahun kami pada tahun depan.
Baca lagi Next
Start livechat