OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Pemenang pusingan 10 Supercharged 2: hadiah yang berbaloi untuk direbut

Tibalah masanya untuk mengumumkan pemenang pusingan 10 Supercharged 2!

Berikut ialah pemenang yang bertuah pada bulan ini:

Pertama mengikut Laba: Achmad Setiawati dari Indonesia

Pertama mengikut Untung: Firdaus Fawzi dari Indonesia

Pertama mengikut Volum Didagangkan: Ngoc Nhieu Truong dari Vietnam

Kami meminta pedagang berkongsi pendapat mereka tentang pertandingan ini dan juga strategi utama yang menghasilkan kejayaan untuk mereka.

Achmad Setiawati mengakui bahawa tidak mudah untuk mencapai kemenangan dan beliau meluangkan banyak masa untuk menganalisis pasaran dan membuat dagangan dengan berhati-hati.

Beliau menasihatkan semua rakan pedagang agar melakukan perkara yang sama, berhati-hati dan jangan bergantung pada emosi dan fikiran, tetapi pada analisis teknikal atau berita pasaran.

Beliau juga menyatakan hasrat beliau untuk menyertai pusingan seterusnya dan sangat berharap untuk memenangi kereta. Beliau percaya bahawa kerja keras dan dedikasi yang mantap boleh membantu sesiapa untuk mencapainya.

Firdaus Fawzi tidak asing lagi dalam pertandingan ini. Ini kemenangan beliau yang ketiga dan kini beliau menyasarkan untuk memenangi hadiah utama. Beliau berkata bahawa pertandingan ini merupakan peluang yang hebat untuk pedagang dan apabila beliau mula berdagang dalam pertandingan ini beliau tidak meluangkan begitu banyak masa untuknya, tetapi apabila beliau sudah semakin baik beliau mula mengambil berat mengenainya dan berdagang menjadi pekerjaan utama beliau.

Berkenaan teknik dagangan, beliau tidak menggunakan mana-mana teknik, beliau melakukan banyak analisis dan mempelbagaikan, mencari setiap peluang apabila trend dapat dilihat.

Berikut ialah perkara yang Firdaus Fawzi ingin setiap pedagang ketahui:

"Jangan tumpukan perhatian pada memenangi pusingan. Hanya berdagang dengan sebaiknya dan ingatlah bahawa perkara yang paling utama ialah keuntungan dan prestasi yang stabil."

Ngoc Nhieu Truong merupakan pedagang yang sangat hebat, beliau mendapat tempat kedua dalam pusingan yang lepas dan kali ini berjaya menjadi yang pertama! Kami mengucapkan syabas atas dedikasi dan kerja keras beliau.

Beliau menyatakan kegembiraan beliau tentang memenangi pertandingan ini dan menambah bahawa pertandingan seperti ini sangat mendorong pedagang dan menambah keseronokan untuk berdagang.

Berikut ialah kata-kata beliau berkenaan perkara yang membantu kejayaan beliau:

"Sebahagiannya kerana tuah, selebihnya ialah pengurusan akaun yang baik dan mematuhi prinsip dalam urus niaga."

Strategi dagangan Ngoc Nhieu terutamanya adalah mengurus modal dan sangat mematuhi pengurusan psikologi.

Berikut ialah pesanan daripada Ngoc Nhieu Truong kepada pedagang lain:

"Sila rebut peluang yang disediakan oleh OctaFX, ia menarik dan memberikan inspirasi untuk dagangan yang sememangnya banyak tekanan. Sila urus dagangan anda dengan baik, semoga anda berjaya. Selain itu, semoga OctaFX menjadi platform dagangan Nombor 1 dalam pasaran Vietnam!"

Sekali lagi, kami mengucapkan tahniah kepada pemenang.

Kami ingin melihat nama anda pada senarai ini dalam pusingan yang seterusnya! Latihan yang kompetitif, hadiah yang hebat dan pengalaman yang sangat berharga menunggu anda. Mendaftarlah untuk Pertandingan Sebenar Supercharged 2.

promotions-and-contests supercharged

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda dan keluarga anda, semoga anda menikmati hari yang diberkati ini.
Baca lagi Previous

Perubahan jadual dagangan untuk hari buruh AS Isnin 2 september

Harap maklum tentang perubahan jadual dagangan berikut pada hari Isnin 2 September.
Baca lagi Next
Start livechat