OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pemenang pertandingan sebenar Supercharged pusingan ke-15: fokus pada dagangan!

OctaFX ingin mengalukan kemenangan seorang lagi pemenang dalam pusingan pertandingan sebenar Supercharged kami! Pertandingan ini merupakan satu peluang yang menarik untuk kedua-dua pedagang baru dan pedagang yang berpengalaman. En. Wagiri dari Indonesia sememangnya mempunyai kemahiran dan cukup bertuah untuk mendahului para peserta lain dalam pertandingan ini. Beliau amat gembira untuk berkongsi strategi dan petua dagangannya yang telah membantu beliau untuk menang:

Soalan: Apakah perasaan anda mengenai pertandingan sebenar Supercharged OctaFX?

Jawapan: Saya amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan sebenar Supercharged yang dianjurkan oleh OctaFX. Sebenarnya saya berasa agak tertekan apabila markah saya berbeza sedikit pada penghujung pertandingan, tapi itulah keseronokannya, pertandingan ini membuatkan kita sentiasa berasa teruja.

Soalan: Sejauh manakah penglibatan anda dalam pertandingan ini - adakah ia mengambil terlalu banyak masa anda?

Jawapan: Tak, saya hanya lakukan analisis, buka kedudukan kemudian tempatkan perintah Ambil Untung. Kemudian saya tinggalkannya dan semak semula beberapa jam kemudian dan begitulah selanjutnya. Jadi, tak banyak masa yang saya habiskan untuk berhadapan dengan carta ini.

Soalan: Apakah faktor utama yang mendorong kejayaan anda? Mengapakah anda lebih baik daripada yang lain?

Jawapan: Kunci kejayaan saya mudah sahaja. Saya hasilkan rancangan dagangan dan saya ikuti rancangan itu. Sudah tentulah, rancangan pastinya akan gagal, tapi apabila ada sesuatu yang tak kena, saya akan mencari penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut dan selesaikannya dengan secepat mungkin.

Soalan: Apakah strategi anda? Pernahkah anda hasilkan strategi yang sempurna?

Jawapan: Saya gunakan strategi yang digunakan oleh kebanyakan orang lain. Saya hanya fokuskan pada satu teknik sahaja dan sentiasa belajar daripada kesilapan. Kemudian saya akan kekal dengan pengalaman ini sehinggalah ia menjadi sebahagian daripada naluri saya sendiri. Dalam dagangan, faktor yang paling penting adalah naluri dan masa. Saya sudah berdagang selama hampir 3 tahun, dan saya pasti: untuk menjadi seorang pedagang yang handal, kita perlu belajar daripada kesilapan dan cuba baiki kesilapan tersebut, walaupun apabila kita mengalami kegagalan yang sama berulang kali.

Soalan: Pernahkah anda mengalami kerugian yang besar?

Jawapan: Ya, saya pernah mengalami kerugian besar. Walau bagaimanapun, saya anggap semua itu satu pengajaran dan motivasi untuk saya teruskan dan pulihkan keuntungan saya pada masa hadapan.

Soalan: Adakah anda merancang untuk memenangi sebuah Tesla?

Jawapan: Ya! Saya akan berusaha untuk memenangi Tesla itu yang sememangnya merupakan sebuah hadiah yang amat menarik.

Soalan: Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada peserta lain dalam pertandingan sebenar Supercharged OctaFX?

Jawapan: Nasihat saya ialah untuk mereka terus berusaha demi mencapai apa yang mereka impikan dan jangan berikan tumpuan pada kedudukan: tetapi, fokus pada dagangan. Dan kejayaan pasti akan menjadi milik anda.

Jika anda belum menyertai pertandingan sebenar Supercharged, inilah masanya untuk anda merebut peluang ini! Daftar untuk pusingan seterusnya sekarang dan berdaganglah demi kemenangan!

octafx-supercharged promotions-and-contests success-story

Tahniah kepada pemenang Pusingan ke-32 pertandingan demo mingguan cTrader!

Dana hadiah berjumlah $400 akan dibahagikan kepada lima pemenang bertuah yang cukup berpengalaman dan berkemahiran untuk merangkul kejuaraan dalam perlumbaan ini.
Baca lagi Previous

Jadual Dagangan Waktu Cuti Hari Natal dan Tahun Baru serta waktu operasi Sokongan Pelanggan

OctaFX ingin memaklumkan kepada anda mengenai perubahan terhadap waktu dagangan bagi semua instrumen semasa musim cuti Hari Natal dan Tahun Baru.
Baca lagi Next
Mula livechat