OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Perasaan para pemenang Pusingan 31 mengenai pencapaian mereka!

OctaFX membawakan anda temu bual bagi pertandingan demo kami yang paling popular! Pada kali ini, para pemenang Pusingan 31 berkongsi perasaan mereka mengenai pertandingan tersebut dan memberikan nasihat yang sangat berharga kepada para peserta pertandingan kami!

Tempat Pertama - Cik Siti Nuraisyah dari Indonesia:

Saya sangat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa dan saya berasa gembira. Saya tidak meluangkan banyak masa untuk bersaing, tetapi telah membuat dagangan dalam waktu pasaran yang sibuk. Gerak hati saya telah membantu dan juga pemerhatian penuh tentang kedudukan candle dan penunjuk yang tersedia dalam MT4.

Saya sangat menyarankan kepada semua peserta agar jangan sekali-kali berhenti belajar dan bersabarlah.

Tempat Ke-3 - En. Huynh Le Thi Kim dari Vietnam:

Saya berasa gembira kerana menang. Saya amat menyukai pertandingan demo anda. Saya akan terus menyertai pertandingan anda kerana ia sangat berguna. Dalam pusingan ini, saya telah meluangkan semua masa lapang saya untuk membuat dagangan dan mengaut keuntungan. Saya rasa saya juga bernasib baik semasa melakukan dagangan. Berkaitan teknik, saya telah menggunakan strategi asas. Kadang-kadang saya mengalami kerugian dan saya yakin memang sukar untuk melakukan dagangan yang menguntungkan.

En. Asep Rahmat yang memenangi tempat terakhir berkata bahawa beliau akan cuba memperbaik hasilnya pada masa akan datang. Beliau telah meluangkan banyak masa untuk mengambil bahagian, manakala tekniknya terbukti tidak boleh dipercayai. Walau bagaimanapun,  En. Asep Rahmat mengingati beberapa dagangannya yang menguntungkan! Mari kita ucapkan semoga berjaya kepada beliau!

Jangan biarkan apa sekali pun mematahkan semangat anda. Mendaftarlah dalam pertandingan demo Juara OctaFX yang seterusnya!

Menang dengan OctaFX!

 

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Majlis anugerah Pusingan 31 pertandingan demo Juara OctaFX!

Pasukan OctaFX di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Juara baharu kami dan mengalu-alukan mereka untuk mengambil tempat mereka di Dewan Kemasyhuran OctaFX.
Baca lagi Previous

Menyambut pemenang pertandingan demo mingguan cTrader Pusingan 2!

OctaFX menganugerahkan lima orang pemenang pertandingan demo cTrader serba baharu kami!
Baca lagi Next
Mula livechat