Daftar masuk
Buka akaun
Buka akaun
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

Kisah kejayaan Pusingan 35 sudah tiba!

Seperti yang dijanjikan, OctaFX menyiarkan Kisah Kejayaan para pemenang Pertandingan Demo Juara OctaFX Pusingan 35! Pada minggu ini, pemenang utama kami – En. Susilo Aji dari Indonesia, mengejutkan kami dengan temubual yang penuh beremosi dan kami rasa gembira untuk mempersembahkannya kepada anda!

Tempat Pertama – En. Susilo Aji dari Indonesia menganggap pertandingan kami seperti suatu percutian:

Oh Tuhan!!! saya tak percaya!... biar saya bertenang dulu..

Saya sangat gembira menerima berita ini. Menjadi juara dalam pertandingan yang terkenal ini membuatkan saya berasa agak berbangga dengan diri sendiri. Sejujurnya saya menyertai pertandingan ini mengikut kata hati, sebab saya nak menilai sejauh mana kemahiran perdagangan saya. Dan pertandingan ini tempat yang paling sesuai untuk menilainya, bukan begitu? Lagipun, saya masih lagi pedagang amatur, jadi saya memerlukan banyak latihan dan menilainya.

Saya tidak fikir saya lebih baik daripada orang lain... Mungkin saya boleh menang kerana saya menikmati pertandingan ini. Seperti yang saya kata tadi, saya hendak menilai kemahiran saya, jadi saya boleh menikmati dagangan seolah-olah saya bercuti. Saya percaya kita dapat melihat dengan lebih "jelas" pada perkara yang kita nikmati, bukan? Jadi, pada pendapat saya, kunci utama kejayaan ialah "jangan lupa untuk berseronok"!

Saya cuma melihat sepintas lalu kira-kira 1 minit setiap hari pada mt4 saya. Ada 4 pasangan yang dipaparkan, iaitu EU, GU, UJP dan AUD. Dan daripada rekod, anda boleh melihat saya cuma ada 19 dagangan, jadi seperti yang anda boleh teka, saya menyasarkan untuk menguasai "snipping". Namun, dengan strategi sebegitu, hampir mustahil untuk membolehkan saya menjadi juara dalam pertandingan ini.

Mungkin kira-kira dalam minggu kedua pertandingan. Tiba-tiba setiap pasangan dan setiap kedudukan dagangan saya ke arah sasaran saya. Rasa seronok melihat candle berpihak kepada anda. Saya percaya semua orang mesti rasa begitu apabila ia berlaku...

Sudah setahun dan dua bulan sejak saya mula berdagang. Namun, saya tidak boleh menganggap diri saya pedagang yang terlatih sepenuhnya. Tetapi, rakan saya kata, kira-kira 2 tahun diperlukan untuk menjadi pedagang profesional. Saya rasa betul juga. Oleh itu, sekurang-kurangnya kita mengalami detik-detik yang menguntungkan dan beberapa kerugian. Kemudian, kita boleh menganggap diri kita sebagai pedagang atau kita boleh menikmati saja perkara yang kita lakukan. Kita sentiasa ada pilihan.

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada OctaFX, atas pertandingan yang hebat ini. Di sinilah mereka dari seluruh dunia memerah otak untuk menjadi juara. Kita sebagai pedagang sentiasa memerlukan sesuatu seperti ini. Dengan cara itu, akan lahirnya pedagang yang hebat dalam kalangan anda. Anda telah membuat sumbangan yang hebat dalam masa depan pedagang.

Kami sangat menghargai usaha yang anda lakukan.

Tempat Ke-2 – En. Alberico Catizone dari Itali telah memenangi hadiah beliau dengan mudah:

Saya hampir tidak berbuat apa-apa pun dalam 10 hari yang terakhir. Kalaulah saya tahu saya begitu hampir dengan tempat pertama, saya akan lebih berusaha. Saya gunakan garisan trend.

Berdagang forex memerlukan disiplin. Jika anda berfikiran positif, anda lebih berpeluang untuk menang, tetapi jika anda berfikiran negatif, mudah untuk anda rugi.

Tempat Ke-3 – En. Purwo Atmantyo dari Indonesia bergantung pada pengalaman dan analisis teknikal:

Belajar, tekun dan berdoa! Strategi saya ialah, "terus belajar" dan teruskan mencuba pelbagai teknik yang sedia ada dan bangunkannya mengikut kemampuan saya. Keuntungan terbesar saya ialah apabila analisis teknikal saya betul-betul seperti yang saya jangkakan. 

Tempat Ke-4 dalam pertandingan ini – En. Nur Faisal dari Indonesiaingin memperbaik dagangan beliau:

Strategi scalping mungkin kurang memberi kejayaan kepada saya. Saya menggunakan EA dalam dagangan, jadi tidak meluangkan banyak masa saya untuk kerja lain. Buat masa sekarang, saya belum menghasilkan dagangan yang berjaya, dan cuba mencapainya. Saya suka menggunakan EA kerana dagangan boleh dilakukan dengan mudah. Saya harap, saya akan berjaya lagi pada tahun hadapan.

Ingin melihat nama dan kisah anda dalam berita kami – sertai Pertandingan Demo Juara OctaFX.

Jadi Juara dengan OctaFX!

 

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Pertandingan Demo Mingguan cTrader OctaFX - $4000 telah disampaikan

OctaFX dengan bangganya mengesahkan bahawa pertandingan demo junior kami telah menyelesaikan pusingan yang ke-10! Ini bermakna kami telah menyampaikan sebanyak $4000 kepada cTrader paling berbakat!
Baca lagi Previous

OctaFX menerima gelaran Broker Forex Paling Dipercayai dalam Anugerah FX Empire 2014 OctaFX diisytiharkan sebagai Broker Forex Paling Dipercayai 2014 oleh FX Empire! Undian diadakan di laman web FX Empire dan dijalankan selama sebulan! Kami ingin mengucap

OctaFX diisytiharkan sebagai Broker Forex Paling Dipercayai 2014 oleh FX Empire! Undian diadakan di laman web FX Empire dan dijalankan selama sebulan! Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca dan pelanggan kami atas sokongan yang ditunjukkan.
Baca lagi Next
Mula livechat