OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pusingan ke-46 pertandingan demo Juara OctaFX: kini tiba masanya untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang!

Berikut merupakan antara berita gembira buat mereka yang bercadang untuk menyertai pertandingan demo Juara OctaFX! Pusingan ke-47 yang baru akan bermula tak lama lagi, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk merebut pelbagai hadiah menarik: daftar di sini. Sementara itu, marilah kita mengucapkan tahniah kepada para pemenang Pusingan ke-46:

  • Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh En. Adi Slamet Priyono dari Indonesia
  • Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh En. Taswan dari Indonesia
  • Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh En. Ab Ghaffar bin Hussin dari Malaysia
  • Tempat keempat dalam pertandingan ini, diterima oleh En. Deosmon Delsy dari Indonesia dengan ganjaran sebanyak USD 100

Mereka semua amat berbangga untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan mereka dengan anda:

Tempat pertama - En. Adi Slamet Priyono dari Indonesia

W-n

Indonesia Indonesia
Rank 1 Gain 10760.92%

Saya amat gembira dan bangga atas kejayaan saya dalam pertandingan demo Juara OctaFX. Saya tahu tentang OctaFX dari rakan-rakan yang telah lama berdagang dengan syarikat ini. Saya memang tertarik dengan pertandingan ini jadi saya mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan Juara ini dengan segera. Sebenarnya, saya tak sangka yang saya boleh menang. Tapi akhirnya saya menang! Kini saya lebih serius untuk berdagang dan meluangkan lebih banyak masa untuk mempelajari tentang alat analisis teknikal dan fundamental.  Bercakap mengenai kunci kejayaan, rahsia saya ialah amal. Saya sentiasa cuba membantu orang lain, jadi, dengan izin-Nya, separuh daripada hadiah yang saya menangi akan disumbangkan untuk pembinaan masjid atau kepada mereka yang lebih memerlukan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada OctaFX atas peluang yang diberikan kepada pedagang baru seperti saya. Saya yakin saya dapat mempertingkatkan kemahiran saya dengan lebih baik selepas pertandingan ini.

Tempat kedua - En. Taswan dari Indonesia

ofank

Indonesia Indonesia
Rank 2 Gain 4021.25%

Saya amat gembira kerana terpilih sebagai salah seorang daripada pemenang pertandingan ini. Untuk pengetahuan, sebenarnya saya tidak meluangkan banyak masa untuk melakukan dagangan ini: Selalunya saya akan memerlukan tempoh masa yang lebih panjang. Saya pasti akan turut serta dalam pusingan yang seterusnya! Petua saya ialah dengan menjadi konsisten dan berdisiplin. Itulah dua kekunci utama yang perlu diingati oleh mana-mana pedagang yang berjaya. Strategi saya ialah dengan menunggu saat yang sesuai, kemudian lakukan dagangan apabila pasaran berada dalam keadaan baik. Saya tak rasa yang saya pernah menghadapi sebarang kerugian besar, jadi mungkin itu petunjuk bahawa idea yang saya gunakan berkesan. Nasihat saya untuk pedagang baru adalah untuk teruskan latihan selama mungkin. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk memahami prinsip dan kaedah asas dagangan. Kemudian barulah mula lakukan dagangan sebenar.

Tempat ketiga - En. Ab Ghaffar bin Hussin dari Malaysia

Agh103

Malaysia Malaysia
Rank 3 Gain 1421.30%

Saya telah sertai 12 pusingan dalam pertandingan ini. Pusingan ke-46 merupakan pusingan bertuah buat saya, kerana akhirnya saya menang. Saya sudah lama mengikuti pertandingan ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan serta melalui media. Saya tak rasa yang dagangan ini mengambil terlalu banyak masa. Sekurang-kurangnya, bukan masa saya lah. Kunci kejayaan saya ialah keupayaan untuk mengawal emosi. Kerana kawalan emosi merupakan aspek penting dalam Forex. Strategi saya mudah sahaja, iaitu untuk menggunakan penjejakan Fibo dan penanda MACD. Maklumat dalaman berkenaan trend semasa juga dapat membantu. Berdasarkan petua ini, saya berjaya memperoleh keuntungan yang lumayan dengan bermodalkan USD 1000 sahaja. Saya sudah belajar mengenai Forex selama lebih kurang setahun dua bulan sekarang, dan saya berjaya temui satu formula yang menarik: jangan tamak serta kawal ketakutan dan emosi anda.

Daftar untuk pusingan seterusnya dan sahutlah cabaran ini!

 

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru dari OctaFX!

Pasukan OctaFX ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru kepada anda! Seperti biasa, kami ingin mengajak anda untuk mengimbas kembali perjalanan kami pada tahun 2015!
Baca lagi Previous

Pemenang pertandingan mingguan cTrader OctaFX memperoleh $400 selepas 5 hari berdagang

Pusingan baru pertandingan demo mingguan cTrader telah berada pada penghujungnya dan ini bermakna kami mempunyai lima lagi pemenang untuk diumumkan! Dana hadiah sebanyak $400 telah dibahagikan antara yang terbaik. Jika anda menggunakan MetaTrader 4, maka inilah masanya untuk anda mencuba cTrader juga. Platform ini menawarkan pelbagai kemungkinan baru yang menyeronokkan
Baca lagi Next
Mula livechat