Daftar masuk
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

Pusingan ke-54 pertandingan demo Juara OctaFX!

Keputusan bagi Pusingan ke-54 pertandingan demo Juara OctaFX kini telah tiba, jadi mari kita bertemu dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang terbaru yang berkongsi dana hadiah yang berjumlah $1,000. Mereka amat gembira untuk berkongsi pendapat serta pandangan mereka berkenaan kaedah dagangan serta rahsia kejayaan mereka.
 
●  Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh En. Sandi dari Indonesia.
●  Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh En. Robert Aleniko dari Indonesia.
●  Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh En Mohd Azam Yazid dari Malaysia
●  Tempat terakhir ialah ialah En. Anees ur Rehman dari Pakistan dengan ganjaran sebanyak USD 100

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan para pemenang kami serta cara mereka mencapai kejayaan masing-masing - teruskan membaca temubual bersama mereka!


Tempat pertama: En. Sandi dari Indonesia

Sandiaza

Indonesia
Rank1 Gain10713.15%

Saya amat gembira dan berbangga kerana terpilih sebagai juara pertandingan OctaFX kerana saya masih baru dalam bidang ini namun saya mampu mengalahkan peserta lain yang lebih berpengalaman. Saya memanfaatkan semua masa yang terluang saya untuk memberikan tumpuan terhadap pertandingan ini kerana saya memang ingin bertanding dengan serius. Tiada sebab untuk tidak berpuas hati atas kemenangan ini, malah ia sepatutnya menjadi motivasi dalam dagangan saya pada masa akan datang. Promosi yang ditawarkan oleh OctaFX sememangnya amat menarik untuk para pedagang. Sekiranya masih terdapat promosi sebegini pada masa akan datang, saya pastinya ingin melibatkan diri sekali lagi.

Faktor utama dalam kejayaan saya adalah dengan memberi kepercayaan kepada diri sendiri bahawa saya berupaya menggunakan teknik dagangan yang berkenaan. Nasihat saya kepada para pedagang lain adalah untuk memberikan tumpuan kepada 1 atau 2 teknik, kemudian fahaminya dengan penuh mendalam. Selain itu, anda juga perlu bertenang dan cuba untuk tidak panik semasa melakukan dagangan.

Keuntungan terbaik yang saya lakukan adalah apabila saya sedang melakukan dagangan ketika berita disiarkan dengan pergerakan yang tidak stabil. Dan kerugian terbesar yang saya lakukan adalah apabila batang lilin tidak berada dalam kedudukan seperti yang saya jangkakan.

Untuk menjadi pedagang yang baik anda perlu melalui beberapa fasa tertentu. Kegagalan pada permulaan dagangan boleh dijadikan sebagai pengalaman dagangan untuk masa hadapan. Paling penting, anda perlu kuatkan semangat.


Tempat kedua: En. Robert Aleniko dari Indonesia.

alveniko

Indonesia
Rank2 Gain4179.94%

Saya amat teruja dengan kejayaan yang telah dikecapi dalam pertandingan ini, walaupun sekadar mendapat tempat kedua. Dengan keputusan yang dicapai sepanjang pertandingan pada baru-baru ini, sekurang-kurangnya terdapat perkembangan bagi setiap kedudukan terbuka yang saya lakukan, kadang-kala ia tidak mencukupi dengan sekadar memantau perkembangan tersebut satu jam sekali. Walau bagaimanapun, apabila saya ada sedikit masa terluang, saya akan sentiasa menyemak pergerakan matawang untuk membolehkan saya mengambil sebarang tindakan pada waktu yang tepat, untuk membuka kedudukan berdasarkan analisis yang saya lakukan.

Ini merupakan kejayaan pertama saya jadi sememangnya ia membuatkan saya menjadi lebih teruja untuk menyertai semua pertandingan dan promosi yang dianjurkan oleh OctaFX. Kejayaan saya dalam pertandingan ini sentiasa diikuti oleh berita atau berita kewangan dalam laman web OctaFX. Bagi mengukuhkan lagi analisis yang saya lakukan, saya menambah beberapa penanda dalam MetaTrader 4.
Saya masih belum menguasai strategi yang diperlukan untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten, tetapi saya lebih selesa untuk menggunakan teknik fundamental.

Keuntungan terbesar yang saya pernah saya perolehi ialah $7,740. Dan kerugian terbesar saya adalah pada hari terakhir pertandingan ini berlangsung kerana saya telah membuka satu kedudukan tanpa melakukan analisis dagangan yang mendalam terhadap pasaran.

Pada pendapat saya, lebih lama masa yang diperlukan untuk seorang pedagang yang baik menjana keuntungan yang konsisten. Walau bagaimanapun, OctaFX dapat membantu pedagang baru seperti saya untuk memahami dagangan forex.


Tempat ketiga: En Mohd Azam Yazid dari Malaysia.

ByronHamlett

Malaysia
Rank3 Gain1464.29%

Terima kasih atas penganjuran pertandingan yang cukup hebat ini! Sememangnya, saya amat amat gembira kerana ini merupakan kali pertama saya memperolehi kejayaan sebegini. Saya meluangkan hampir setiap masa saya yang terluang untuk belajar dan berlatih berdagang dalam forex dan menggunakan pertandingan Demo OctaFX sebagai satu cara untuk mencabar diri saya sendiri.

Satu perkara yang saya ingin cadangkan di sini adalah untuk terus berlatih dan kuasai satu teknik yang khusus. Saya telah mencuba pelbagai teknik tetapi kini saya hanya menggunakan satu teknik sahaja yang saya rasakan amat sesuai dengan diri saya. Pokoknya, anda hanya perlu ikuti trend & masuki pasaran pada penghujung surih.

Keuntungan terbaik saya adalah apabila saya memperoleh tempat ketiga dalam Pertandingan Demo Juara OctaFX. Saya amat gembira. Selain itu, kerugian terbesar saya adalah untuk menghabiskan beribu-ribu dolar pada masa yang panjang untuk mempelajari forex. Saya terlibat dalam dagangan forex selama hampir dua tahun sekarang, dan saya boleh katakan yang saya mungkin memerlukan dua tahun lagi untuk menjadi seorang pedagang yang baik.


Tempat terakhir: En. Anees ur Rehman dari Pakistan.

ariesarehman

Pakistan
Rank2034 Gain-558.34%

Saya hanya boleh katakan bahawa disebabkan oleh keputusan dagangan yang teruk, akaun dagangan saya mengalami kerugian ke paras sifar pada minggu pertama selepas berada pada kedudukan 20 TERBAIK. Saya telah mendaftar untuk pusingan seterusnya dan saya akan cuba untuk mempertingkatkan kemahiran saya sebelum menggunakan akaun sebenar.

Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pengalaman ini. Tiada jalan pintas untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya. Anda perlu memberikan tumpuan dalam jangka panjang berbanding sekadar terhadap jangka pendek. Masih segar di ingatan saya mengenai dagangan saya sebelum ini yang telah berjaya. Pada hari tersebut saya berjaya memperolehi lebih daripada USD 400+ di dalam akaun kejohanan saya. Di samping itu, tidak banyak masa yang perlu anda luangkan untuk melakukan dagangan ini, tetapi anda perlu mendedikasikan sekurang-kurangnya dua atau tiga jam setiap hari.

Untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya, anda perlu sentiasa berlatih selama dua tahun sebelum melakukan dagangan dengan akaun sebenar pada jumlah yang kecil.

Sedia untuk mencuba sendiri pertandingan demo Juara OctaFX ini? Hanya daftar di sini dan terima cabaran untuk berpeluang menjadi pemenang!

Sertai pertandingan Demo Juara OctaFX sekarang!

octafx-champion promotions-and-contests

50% bonus deposit untuk akaun cTrader sebenar kini tersedia

Atas kejayaan dan populariti promosi kami untuk pengguna MT4, kami kini ingin memperkenalkan promosi berkenaan untuk pengguna cTrader.
Baca lagi Previous

Pusingan 51 pertandingan demo Mingguan cTrader daripada OctaFx

OctaFX dengan sukacitanya mengumumkan keputusan pertandingan demo Mingguan cTrader yang baharu.
Baca lagi Next
Mula livechat