OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Pemenang pusingan 7 Supercharged 2: kemenangan kedua bagi seorang pedagang

Pusingan ketujuh Supercharged 2 sudah berakhir! Temui para pemenang dalam semua tiga kategori.

Pertama mengikut Laba: Sharjeel Younas, Pakistan

Pertama mengikut Faktor Untung: Hazril Mohd Ajil, Malaysia

Pertama mengikut Volum Didagangkan: Khairi Luqman Abd Jalal, Malaysia

Kami telah menemu bual para pemenang dan bertanya kepada mereka tentang perasaan mereka selepas mengetahui tentang kemenangan mereka, tentang strategi dagangan dan kaedah yang mereka gunakan, serta meminta pandangan mereka yang ingin dikongsi dengan peserta lain.

Sharjeel Younas mendapat Laba yang tertinggi dalam Pusingan ketujuh dan berkongsi perasaan beliau. Beliau berkata bahawa pertandingan ini merupakan peluang yang terbaik untuk pedagang yang baik.

Berikut ialah maklumat yang kami peroleh berkenaan perkara yang membantu kemenangan beliau:

'Saya menyertai Supercharged 2 dari mula. Tetapi pada bulan ini, saya ada lebih banyak masa lapang, menghabiskan lebih banyak masa untuk membuat analisis dan menghasilkan untung yang lebih tinggi.'

Bagi Hazril Mohd Ajil, dari Malaysia, kemenangan ini merupakan kemenangan kedua—kali ini beliau memilih wang, bukannya telefon. Tahniah kepada pemenang Pusingan 5 dan Pusingan 7!

Hazril Mohd Ajil berkata bahawa beliau berjaya menang kerana beliau berpegang pada pelan dagangan yang beliau buat dan hanya memasuki kedudukan apabila melihat peluang keuntungan yang stabil. Inilah contoh yang terbaik untuk pedagang yang tenang. Pesanan beliau yang paling berjaya ialah untuk GBPJPY.

Jika anda ingin berjaya seperti beliau, inilah nasihat pemenang:

'Sentiasa percaya pada diri sendiri, yakin dengan pelan anda dan untung akan datang kepada anda.'

Khairi Luqman Abd Jalal menamatkan pusingan ini dengan Volum Didagangkan yang terbaik. Beliau menganggap pertandingan ini sebagai peluang yang hebat dan memenangi kereta mungkin hadiah yang paling diidamkan oleh beliau.

Khairi Luqman berterima kasih kepada rakan beliau yang mengajar beliau tentang dagangan dan berkata bahawa beliau tidak meluangkan terlalu banyak masa untuk berdagang dan tidak mempunyai sebarang strategi yang tertentu, kecuali memantau berita pasaran.

Instrumen yang memberikan pesanan yang paling kurang berjaya kepada beliau ialah emas, kerana sukar untuk dibaca semasa persekitaran pasaran ketika itu. Pesanan beliau yang paling berjaya ialah untuk GBPJPY. Nampaknya pasangan persilangan ini menghasilkan keuntungan untuk ramai pedagang kami.

Pertandingan ini diteruskan. Banyak hadiah yang hebat, termasuk kereta mewah masih tersedia. Tingkatkan statistik pertandingan anda, perbaik prestasi anda dan dapatkan kedudukan yang lebih tinggi. Kedudukan boleh berubah pada bila-bila masa dan perubahan ini mungkin memberikan manfaat untuk anda!

promotions-and-contests supercharged

Perubahan jadual dagangan sempena hari peringatan AS dan Cuti Bank Musim Bunga UK pada 28 Mei 2018

Sila ambil maklum mengenai perubahan terhadap jadual dagangan pada hari Isnin, 27 Mei seperti berikut.
Baca lagi Previous

Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi anda dan orang yang anda sayangi!

Hari ini kami sangat berbahagia kerana menyambut Hari Raya indah ini! Pasukan OctaFX mengucapkan tahniah kepada anda dan mengharapkan anda dapat menghabiskan hari ini dengan pikiran bersih, kebahagiaan dalam hati anda, serta kawan dan saudara mara anda dengan bersama dengan anda.
Baca lagi Next
Start livechat