Daftar masuk
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

PERTANDINGAN DEMO JUARA OCTAFX, PUSINGAN 70: PUSINGAN TERAKHIR PADA TAHUN INI

Pusingan 70 Pertandingan Demo Juara OctaFX sudah selesai.

Kami mengucapkan semoga berjaya kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh Chotib Maulana dari Indonesia
  • Tempat Kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh Pitter Eka Setyanto dari Indonesia
  • Tempat Ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh Amzad dari Indonesia
  • Pemenang terakhir, Shamim fx dari Bangladesh menerima USD100

Pemenang baru kami berkongsi perasaan dan pandangan mereka tentang pusingan yang lepas, serta mendedahkan faktor utama kejayaan mereka. Ketahui sekarang dalam temu bual kami dengan pedagang terbaik Pusingan 70 Pertandingan Demo Juara OctaFX.

 

TEMPAT PERTAMA: Chotib Maulana DARI INDONESIA

Saya rasa sangat gembira dan berbangga kerana menjadi pemenang!  Saya tidak menghabiskan semua masa saya untuk berdagang kerana saya bekerja. Rancangan masa depan saya adalah untuk terus berdagang Forex, terutamanya dengan OctaFX.

Saya tidak menggunakan pelbagai teknik dan strategi. Pendekatan saya hanya bergantung pada teknik yang saya mahir dan pada pendapat saya, sikap yang paling penting ialah keyakinan diri sendiri dalam setiap analisis. Secara keseluruhan, saya tidak mengalami begitu banyak kerugian, hanya kira-kira 20% daripada jumlah keuntungan saya.

Saya tidak fikir kita memerlukan masa yang lama untuk menjadi pedagang yang baik, paling penting ialah ketabahan, keyakinan dan tumpuan.

 

TEMPAT KEDUA: Pitter Eka Setyanto DARI INDONESIA

Saya sangat teruja, saya tidak menjangka akan menjadi pemenang Juara OctaFX! Saya hanya berdagang pada masa lapang, selepas bekerja. Saya rasa mulai sekarang saya lebih yakin pada diri sendiri dan saya mesti lebih serius untuk berdagang serta mencuba lebih banyak pertandingan.

Pada pendapat saya, saya berjaya kerana bersabar dan tidak tamak untuk mendapat untung. Saya menetapkan Ambil Untung berdasarkan analisis saya. Menggunakan analisis fundamental (Berita) sebagai strategi saya benar-benar membantu saya mendapat untung.

Sebagai contoh, saya mendapat 300% untung dalam satu berita!

Menjadi pedagang yang baik memerlukan usaha dan masa. Pada pendapat saya, anda perlu berlatih selama 5 tahun untuk menjadi pedagang yang baik.

 

TEMPAT KETIGA: Amzad DARI INDONESIA

Saya rasa sangat bertuah dan terkejut kerana menjadi pemenang ketiga. Saya meluangkan masa memantau carta secara berkala dan saya pasti faktor kemajuan saya adalah belajar daripada kesilapan dan membetulkannya. Selepas kejayaan ini, saya pasti akan menyertai pusingan lain dengan matlamat untuk memenangi tempat pertama dalam pertandingan demo Juara OctaFX!

Saya menggunakan strategi yang saya buat sendiri dan mengambil inspirasi daripada strategi sedia ada.

Pengalaman dagangan saya sangat mengharukan, saya pernah mendapat untung sehingga $100,000 dalam satu dagangan, tetapi pada satu masa lain saya juga kerugian $80,000.

Pada pendapat saya, anda tidak boleh menyatakan tempoh untuk menjadi pedagang yang baik. Ia berbeza-beza dan bergantung pada individu.

 

DAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG TEMPAT TERAKHIR: Shamim Fx DARI BANGLADESH

 

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda dan semoga semua harapan anda menjadi kenyataan!

Jadi juara OctaFX

Capai tahap seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan bersamaan dengan hadiah wang tunai, oleh itu daftar hari ini untuk mengambil bahagian dalam pusingan seterusnya Pertandingan Demo Juara OctaFX.

promotions-and-contests

JADUAL DAGANGAN DAN WAKTU OPERASI SOKONGAN PELANGGAN SEMASA CUTI HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU

OctaFX ingin memaklumkan tentang perubahan waktu dagangan bagi semua instrumen semasa cuti Hari Krismas dan Tahun Baru. Kami juga ingin memberikan waktu operasi jabatan Sokongan Pelanggan. Sila pertimbangkan jadual berikut semasa merancang dagangan anda.
Baca lagi Previous

MetaTrader 5 binaan 1745 akan menjadi versi platform terakhir yang menyokong Microsoft Windows XP/2003/Vista

Sila maklum bahawa MetaTrader 5 binaan 1745 akan menjadi versi platform terakhir yang menyokong Microsoft Windows XP/2003/Vista.
Baca lagi Next
Mula livechat