OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Pemenang pusingan 9 Supercharged 2: terbaik antara yang terbaik

Akhirnya tibalah masanya untuk mengumumkan pemenang pusingan kesembilan Supercharged 2! Tahniah atas prestasi mereka yang cemerlang:

Pertama mengikut Laba: Muhammad Ibrahim (Darkman) dari Malaysia

Pertama mengikut Untung: Firdaus Fawzi (FiFaForex) dari Indonesia

Pertama mengikut Volum Didagangkan: Pham Van Chinh (chinhkafx) dari Vietnam

Kami meminta pedagang berkongsi pendapat mereka tentang pertandingan ini dan juga strategi utama yang menghasilkan kejayaan untuk mereka.

Muhammad Ibrahim memberitahu bahawa beliau berusaha bersungguh-sungguh dalam pusingan ini untuk mencapai keputusan yang hebat ini. Meluangkan masa yang banyak untuk analisis teknikal merupakan perkara yang paling mencabar, tetapi semuanya berbaloi, kata beliau. Atas sokongan yang hebat daripada keluarga dan rakan-rakan, beliau berjaya mengatasi semua kesulitan dan mencapai kedudukan tertinggi dalam papan pendahulu.

Beliau merancang untuk meningkatkan prestasi beliau mulai sekarang dan kami teruja untuk melihat keputusan beliau pada masa yang akan datang.

'Berdagang ialah sesuatu yang anda perlu berikan usaha yang bersungguh-sungguh, tetapi hasilnya berbaloi untuk semua itu.'

Firdaus Fawzi mengagumkan kami dengan kemenangan berturut-turut kali kedua untuk pertandingan ini. Beliau memberikan inspirasi kepada kami untuk meneruskan peningkatan dan pengetahuan.

Keyakinan beliau dan perhatian kepada berita kewangan membantu beliau dalam proses dagangan dan sikap beliau yang tenang dan dapat mengawal emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam membuat keputusan yang dipertimbangkan dengan baik dan rasional. Volum yang lebih kecil iaitu 1-2 lot dan berdagang pada pasangan utama ialah faktor penting dalam prestasi beliau yang mengagumkan.

Firdaus Fawzi menyatakan bahawa beliau masih perlu banyak belajar, tetapi berazam untuk menjadi salah seorang pesaing bagi hadiah utama.

'Jika strategi anda bagus dan jika volum anda tidak terlalu kecil, anda boleh memperoleh pendapatan melalui Forex.'

Pemenang mengikut Volum, Pham Van Chinh turut berkongsi pendapat. Beliau sangat gembira kerana menjadi pemenang dalam kategori Volum Didagangkan dan merancang untuk terus menyertai pusingan yang akan datang. Seperti kata beliau, bekerja keras dan menggunakan strategi yang unik paling membantu beliau pada pusingan kesembilan ini.

Beliau menganggap pengalaman yang diperoleh semasa pertandingan ini merupakan kejayaan beliau yang paling hebat. Walaupun sebahagian pesanan berakhir dengan negatif, Pham Van Chinh tidak membiarkan perkara itu mematahkan azam beliau. Itulah semangat pemenang yang sejati!

'Jika anda mengikut strategi, anda sudah tentu akan berjaya.'

Sekali lagi, kami mengucapkan tahniah kepada pemenang.

Kami ingin melihat nama anda pada senarai ini dalam pusingan yang seterusnya! Latihan yang kompetitif, hadiah yang hebat dan pengalaman yang sangat berharga menunggu anda. Mendaftarlah untuk Pertandingan Sebenar Supercharged 2.

promotions-and-contests

Perubahan Dalam Jadual Dagangan Untuk Hari Kemerdekaan

OctaFX ingin memaklumkan tentang perubahan dalam jadual dagangan pada 3-4 Julai.
Baca lagi Previous

Berdagang tanpa caj: tiada swap dan tiada yuran tetap

Mulai sekarang, berdagang dengan kami adalah bebas komisen sepenuhnya! Jika anda menggunakan akaun Islam, lupakan tentang yuran tetap. Jika anda berdagang dengan akaun biasa di MetaTrader 4, anda tidak akan membayar swap lagi.
Baca lagi Next
Start livechat