OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Pemenang Pusingan ke-18 pertandingan sebenar Supercharged: teruskan mencuba

Pusingan ke-18 pertandingan sebenar Supercharged kini telah berakhir, dan pemenang utama bagi pusingan kali ini ialah En. Faidol Barokah dari Indonesia. Beliau amat gembira untuk berkongsi petua dan idea strategik beliau dalam melakukan dagangan, khususnya buat mereka yang berhasrat untuk mendaftar dan menyertai pertandingan Supercharged. Antaranya ialah:

Saya berasa amat dihargai atas sokongan dan kemenangan yang diperoleh dalam pusingan pertandingan Supercharged pada kali ini: saya percaya yang saya telah melakukan dagangan dengan baik. Saya perlu menyatakan bahawa idea pertandingan yang dijalankan oleh OctaFX menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang motivasi pedagang yang tidak boleh didapati di mana-mana sahaja.

Proses dagangan saya agak mudah: Saya selalu memberikan sepenuh perhatian pada setiap transaksi tetapi saya mampu menguruskan masa dengan baik supaya dagangan tidak mengganggu tugasan kerja saya yang lain. Kunci kejayaan saya ialah kesabaran dan sentiasa bertenang semasa menghadapi situasi pasaran dalam apa jua keadaan sekalipun atau dalam erti kata lain, tidak tamak atau takut. Saya memanggil strategi saya ini sebagai "perlahan-lahan tetapi pasti" dan ini termasuk mengambil kesempatan ke atas beberapa petunjuk yang sedia ada di MT4 dan memerhatikan berita pasaran dengan teliti.

Dengan mengambil kira isu masa, Saya yakin anda tidak memerlukan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi sejak bertahun-tahun lamanya. 3 atau 4 bulan sudah mencukupi jika anda boleh menguruskan tindakan anda dengan baik dan konsisten.

Selagi pertandingan ini berjalan, saya merancang untuk meneruskan strategi saya ini dan cuba untuk memenangi hadiah utama. Itulah nasihat yang saya boleh berikan kepada peserta yang lain. Jangan berputus asa selagi pertandingan belum berakhir. Sesiapa sahaja mempunyai peluang untuk menang. Anda cuma perlu terus berusaha.

Pendaftaran di pertandingan sebenar Supercharged dibuka sehingga 6 Mei. Sudah tiba masanya untuk anda menguji kemahiran dagangan anda dan bersaing di pusingan akhir untuk memenangi sebuah Tesla Model S!

octafx-supercharged promotions-and-contests success-story

Perubahan jadual dagangan disebabkan anjakan waktu musim panas

OctaFX ingin memaklumkan kepada anda mengenai perubahan terhadap jadual dagangan. Bermula 13 Mac 2016, anjakan waktu musim panas akan berlaku di Amerika Syarikat. Negara-negara Eropah akan mengalami perubahan waktu musim panas 2 minggu berikutnya, iaitu pada 27 Mac 2016. Sepanjang tempoh berkenaan, kami akan mengubah suai jadual dagangan pada setiap hari Jumaat: dagangan akan ditutup pada jam 23:00 EET (Waktu pelayan).
Baca lagi Previous

Bagaimanakah cara untuk melakukan dagangan Forex? Kini anda boleh mendapatkan jawapannya dalam seksyen Pendidikan kami!

OctaFX akan mendedahkan semua perkara yang perlu diketahui oleh para pelanggan kami: Seksyen Pendidikan kini dibuka! Kami telah meneliti setiap persoalan yang diajukan kepada Sokongan Pelanggan serta kecenderungan terkini terhadap dagangan dalam talian dan kami juga telah mengumpul semua perkara yang anda perlu ketahui dalam menguasai dunia Forex.
Baca lagi Next
Start livechat