OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pusingan 19 Pertandingan Supercharged: pertandingan ini semakin hampir ke kemuncaknya

Tinggal sebulan sahaja lagi pertandingan Supercharged OctaFX akan tiba ke kemuncaknya dan tidak lama lagi pemenang hadiah utama akan diumumkan. Ikuti perkembangan pertandingan ini untuk mengetahui pemenang Tesla Model S dan semua hadiah lain yang hebat! Berikut ialah senarai hadiah yang boleh anda peroleh dengan bersaing dalam pusingan akhir ini:

  1. Tesla Model S
  2. Smart Fortwo
  3. Renault Twizy
  4. Apple iMac terbaru
  5. Apple MacBook pro terbaru
  6. Apple Macbook Air terbaru
  7. Apple Mac Mini terbaru
  8. Apple iPad terbaru
  9. Apple iPhone 6s plus
  10. iPhone 6s

Sementara itu, keputusan untuk satu pusingan terakhir sudah pun diperoleh. Dialu-alukan Chin Heung dari Hong Kong yang memenangi tempat pertama dalam Pusingan 19. Pemenang ini teruja untuk berkongsi rahsia dan strategi dagangan beliau:

Pertandingan ini suatu percubaan yang sangat baik untuk saya. Saya sudah agak lama berdagang, tetapi tidak pernah terfikir akan memenangi pertandingan: begitu ramai orang yang menyertainya... Kali ini saya bertuah dan saya mendapat keuntungan yang tinggi dengan tidak dijangka. Maksud saya, saya menganggap diri saya sebagai pedagang yang berpengalaman tetapi keuntungan saya sentiasa berbeza-beza dan saya tak boleh kata yang saya tak pernah rugi. Jadi, saya sangat teruja tentang pusingan terbaru pertandingan Supercharged ini.

Pertandingan ini tidak memerlukan banyak masa dan usaha, saya hanya berdagang seperti biasa. Pada masa yang sama, saya bersaing dengan peserta lain yang merupakan suatu cabaran yang baik.

Strategi utama saya ialah tidak tergesa-gesa. Jika anda beremosi dan tidak sabar, anda bukan pedagang yang baik. Forex ialah tentang bertenang dan bersantai - tidak kira apa yang berlaku dalam pasaran. Dengan bersikap bertenang, anda boleh melihat gambaran keseluruhan secara objektif. Sudah tentu, saya mengambil masa untuk membangunkan strategi ini dan menggunakannya. Saya banyak melakukan kesilapan dan kerugian yang tidak sepatutnya bagi setahun atau dua tahun pertama. Sekarang saya sudah tahu cara untuk menghindarinya. Semuanya kerana bersikap sabar dan bertenang. Ada satu helah untuk mencapai keadaan ini: pastikan “wang dagangan” anda diasingkan daripada dana peribadi anda. Anggap dagangan sebagai pekerjaan anda - ini akan membantu mengurangkan rasa gementar.

Rancangan saya yang seterusnya sudah tentu untuk memenangi Tesla. Pusingan terakhir akan berakhir tidak lama lagi dan saya mempertaruhkan harapan saya untuk pusingan terakhir ini. Hadiahnya sangat lumayan, jadi persaingannya serius.

Nasihat saya untuk rakan pedagang yang lain: kuatkan semangat, bertenang dan bersedia untuk menang. Kerana...mengapa tidak?

Pertandingan Supercharged OctaFX: masa untuk menang!

octafx-supercharged promotions-and-contests success-story

$400 hadiah untuk pemenang Pusingan 40 pertandingan demo Mingguan cTrader OctaFX

Pusingan 40 pertandingan demo Mingguan cTrader menunjukkan kemahiran yang cemerlang dan pengalaman yang mencukupi para pedagang Indonesia: Dialu-alukan lima orang pedagang yang terbaik dalam pusingan pertandingan demo Mingguan cTrader yang lepas
Baca lagi Previous

Pusingan 41 pertandingan demo Mingguan cTrader OctaFX: memberi peluang untuk kecemerlangan

Masa berlalu dengan cepat, jadi berikut ialah satu lagi keputusan mingguan untuk pertandingan demo Mingguan OctaFX cTrader. Dialu-alukan lima lagi pemenang dan lima lagi hadiah berharga yang diberikan kepada pedagang paling mahir Pusingan 41 pertandingan demo Mingguan cTrader.
Baca lagi Next
Mula livechat