OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Supercharged 2 untuk IB: Tinggal satu kereta, mampukah anda menjadi pemenang?

Diperkenalkan pemenang ketiga dalam pertandingan Supercharged 2 IB—Lý Dũng dari Vietnam. Hadiah dalam kategori ini ialah kereta Honda baru. Kami telah mengemukakan beberapa soalan kepada Lý Dũng untuk mengetahui bagaimana beliau bermula dan berjaya:

Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda kepada pengikut kami?

Hai semua, nama saya Lý Dũng, saya ahli Pasukan PK. Saya pedagang Forex biasa seperti orang lain. Pada masa yang sama, saya berkhidmat sebagai IB untuk menyokong pelanggan dan komuniti kewangan.  

Berapa lamakah anda sudah terlibat dalam perdagangan?

Dalam masa sebulan ini genap 8 tahun sejak saya menjadikan perdagangan sebagai kerjaya saya. 

Mengapakah anda membuat keputusan untuk mencubanya?

Sebenarnya saya mengetahui tentang Forex secara tidak sengaja. Saya berada di sebuah kafe, duduk di sebelah seseorang yang sedang melihat carta yang kelihatan pelik. Saya bertanya tentangnya dan lelaki itu menerangkan bahawa itu ialah Forex. Pada mulanya saya tidak percaya kita boleh menghasilkan wang dengan begitu mudah dan cepat. Apabila saya pulang ke rumah, saya mula membuat carian dan selepas itu saya mula belajar sendiri cara untuk berdagang yang akhirnya menjadi kerjaya saya.

Di manakah anda belajar cara berdagang? Apakah yang paling membantu anda untuk menguasainya?

Pada masa itu tiada banyak maklumat, seperti dokumen atau kursus luar talian. Sebahagian besarnya belajar sendiri, beberapa seminar dan penyelidikan. Setiap kali saya menemui sesuatu yang bagus, saya cuba di akaun dagangan saya. Begitulah selanjutnya, saya terus meneroka.

Saya mengambil masa yang lama untuk mengenali pedagang lain dalam komuniti ini dan menjadi sebahagian daripada Pasukan PK. Pengalaman berkongsi, menyokong satu sama lain dalam dagangan, menjadikan strategi dagangan lebih baik dan berjaya. Berkongsi pengalaman dengan satu sama lain adalah penting dan anda tidak akan mendapatnya dalam mana-mana buku. 

Berapakah jumlah yang anda gunakan untuk bermula?

Jumlah pertama yang saya gunakan untuk mula berdagang ialah $200. 2 hari kemudian jumlahnya ialah $600, 3 hari kemudian anda boleh meneka apa yang berlaku (ketawa).

Adakah anda ingat waktunya anda mendapati anda bagus dalam perdagangan? 

Sejujurnya saya masih tidak berani untuk mengatakan bahawa saya bagus dalam perdagangan sekarang ini - ramai pedagang lain yang jauh lebih baik daripada saya dalam Pasukan PK. Saya hanya berani menerimanya apabila pesanan dagangan itu berkesan.

Bila saya berdagang dengan berkesan? Saya tidak mengingatinya dengan jelas. Mungkin kira-kira 4 tahun yang lalu, apabila dagangan saya mula menghasilkan margin untung yang stabil setiap bulan.

Mengapakah anda membuat keputusan untuk bekerjasama dengan OctaFX sebagai IB? Apakah peraturan asas yang menentukan kerjasama anda dengan pedagang?

Ia keputusan seluruh Pasukan PK, dipertimbangkan dengan teliti menggunakan banyak kriteria yang berbeza. Perkara yang paling dikagumi oleh Pasukan PK ialah kecairan OctaFX. Kecairan sentiasa menjadi keutamaan. Deposit yang cepat, pengeluaran yang pantas ialah perkara yang paling saya suka.

Yuran lain: spread yang rendah, tiada komisen, tiada swap. Mudah untuk semua pelanggan, rakan kongsi, rakan-rakan.

Tambahan lagi, OctaFX juga broker yang dipercayai, oleh itu memenuhi syarat yang diperlukan oleh Pasukan PK untuk mencapai hala tuju jangka panjang.

Apakah yang memberikan inspirasi untuk kerja anda? Di manakah anda mendapatkan motivasi?

Saya mendapat inspirasi daripada pelanggan dan ahli Pasukan PK.

Banyak kali saya berasa begitu tertekan sehingga saya mengalah dan gagal. Rakan kongsi dan pelanggan yang memberikan motivasi kepada saya. "Jangan putus asa! Kamu masih muda dan ada pengetahuan dan pengalaman untuk dikongsi dengan pasaran. Ramai orang di luar sana memerlukan orang seperti kamu untuk memberikan sokongan dan bantuan. Tanpa kamu, mereka tidak akan membuat pilihan yang betul! ”

Inilah kata-kata yang membuatkan saya lebih bersungguh-sungguh, bangkit dan melakukan yang lebih baik pada setiap hari untuk dapat menyokong lebih ramai orang.

Apakah nasihat anda kepada pedagang lain?

Tiada kaedah dagangan yang betul atau salah sepenuhnya. Hanya orang yang mempunyai strategi dagangan mengetahui sama ada ia betul atau tidak. Seperti dalam cerita saya, paling penting ialah konsisten. Anda perlu memahami bahawa semakin lama anda akan lebih baik dalam dagangan dan akan berjaya! Lebih penting lagi, jika anda pedagang yang berseorangan dan memerlukan sokongan, anda perlu mencari rakan kongsi yang sesuai untuk berdagang bersama-sama. Pasukan PK ialah salah satu rakan yang dipercayai!

Kami dengan ikhlas mengucapkan tahniah kepada Lý Dũng atas kemenangan ini dan kami percaya bahawa sesiapa sahaja dengan azam dan pengalaman yang sedemikian boleh mencapai kejayaan.

Suku terakhir Supercharged 2 kategori IB sudah bermula. Kami menggalakkan semua rakan kongsi kami untuk berusaha mencapai matlamat mereka—satu kereta Honda masih menunggu anda. Setiap IB oleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan kami mengucapkan semoga berjaya kepada semua peserta dalam pusingan seterusnya!

octafx-supercharged promotions-and-contests

Berdagang tanpa caj: tiada swap dan tiada yuran tetap

Mulai sekarang, berdagang dengan kami adalah bebas komisen sepenuhnya! Jika anda menggunakan akaun Islam, lupakan tentang yuran tetap. Jika anda berdagang dengan akaun biasa di MetaTrader 4, anda tidak akan membayar swap lagi.
Baca lagi Previous

Tahun untuk peluang baru: ulang tahun kelapan OctaFX

Kami menghampiri ulang tahun ini dalam keadaan yang sebaik mungkin. Selama lapan tahun ini, kami telah mengukuhkan tumpuan untuk menghasilkan produk yang memenuhi setiap keperluan anda.
Baca lagi Next
Start livechat