OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Pemenang pusingan 6 Supercharged 2: tiba masanya untuk bersikap serius

Pusingan keenam Supercharged 2 sudah berakhir, oleh itu berikut ialah pemenang dalam semua tiga kategori:

Pertama mengikut Laba: Khajanur Kumar, India

Pertama mengikut Faktor Untung: Muhammad Hafizul Abdul Rashid, Malaysia

Pertama mengikut Volum Didagangkan: Rian Muharman, Indonesia

Kami telah menghubungi semua pemenang, bertanya tentang perasaan mereka dan strategi dagangan yang mereka gunakan. Malangnya kami tidak dapat menghubungi pemenang Volum Didagangkan, Rian Muharman. Berikut ialah kata-kata pemenang kategori Laba dan Faktor Untung kepada kami:

Khajanur Kumar dari India yang memenangi prestasi terbaik mengikut Laba sangat teruja tentang kemenangan beliau dan berkata bahawa bulan itu merupakan bulan dagangan terbaik beliau. Beliau menyebut bahawa rakan-rakan beliau memberikan sokongan sepanjang pusingan ini.

Berkenaan daganga, Khajanur Kumar menyebut bahawa beliau menggunakan strategi beliau yang terbaik dan terbukti dengan baik. Strategi itu tidak memerlukan beliau mengikuti semua dagangan setiap minit—menyemak graf melalui telefon bimbit sekali-sekala sudah mencukupi:

‘Saya berpegang pada strategi kegemaran saya, berdagang di sekitar garis sokongan dan rintangan. Saya cuba menentukan trend kukuh yang akan bertahan selama sehari atau beberapa hari dan kemudian mengikuti trend harga jangka sederhana.’

Khajanur Kumar berharap dapat bersaing untuk hadiah utama dan menyasarkan hadiah BMW atau Lexus.

Berikut ialah pesanan beliau kepada peserta lain:

‘Sekiranya anda tidak meluangkan masa untuk menguasai cara menggunakan analisis fundamental, anda tidak akan berjaya. Perkukuh kemahiran dagangan asas anda dan kemudian cuba sesuatu yang lebih sofistikated.’

 

Muhammad Hafizul Abdul Rashid dari Malaysia yang mendapat tempat pertama mengikut Faktor Untung juga sangat teruja atas kemenangan beliau. Beliau memuji Supercharged 2 sebagai pertandingan yang mendorong anda untuk berdagang dengan lebih pintar dan bersaing untuk hadiah yang lumayan.
Muhammad Hafizul merupakan Penganalisis Pasaran profesional dan tidak melihat pedagang dan pesaing lain apabila membuat keputusan dagangan. Beliau lebih suka untuk menumpukan perhatian pada pasangan mata wang utama dan mengikut strategi sendiri.

Beliau akan terus bersaing untuk hadiah lain dan mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi beliau pada akaun pertandingan.

Berikut ialah nasihat beliau yang ingin dikongsi kepada pesaing yang lain:

‘Jangan tergesa-gesa dalam pasaran. Berdagang dengan pintar dan fahami tindakan yang anda lakukan. Berdagang dengan pelan dan strategi dagangan yang betul dan anda fahami.’

Kami masih cuba menghubungi Rian Muharman, pemenang ketiga. Himpunan telefon pintar dan jam pintar bertaraf terbaik yang baru pusingan ini menunggu pemenang mereka yang gembira.

Terima kasih kepada semua peserta atas pusingan yang hebat ini dan semoga berjaya dalam pusingan seterusnya. Separuh daripada pertandingan ini sudah selesai dan kini tiba masanya untuk bersikap serius jika anda ingin bersaing untuk hadiah utama kami: BMW, Lexus dan Honda. Untuk mendaftar bagi Supercharged 2, anda hanya perlu memastikan bahawa anda mempunyai sekurang-kurangnya USD 50 dalam akaun anda.

promotions-and-contests supercharged

Pertandingan Demo OctaFX Champion, Pusingan 85: sentiasa sasarkan untuk menang

Pusingan 85 Pertandingan Demo OctaFX Champion sudah selesai. Kami mengucapkan semoga berjaya kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!
Baca lagi Previous

Jadual dagangan hari Easter 2019

OctaFX ingin memaklumkan tentang perubahan dalam jadual dagangan pada hari cuti Ester.
Baca lagi Next
Start livechat