OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Pemenang pusingan kedua Supercharged 2: bahang semakin terasa

Pusingan kedua pertandingan Supercharged 2 telah berakhir dan kami telah memutuskan pemenang dalam kesemua tiga kategori:

Pertama mengikut Keuntungan: Wa Giri, Indonesia

Pertama mengikut Faktor Keuntungan: Krishnaprakash Sellamuthu, India

Pertama mengikut Volum Didagangkan: Safdar Ahmad Khan, Pakistan

Kami telah menghubungi para pemenang dan bertanya beberapa soalan tentang perasaan dan strategi dagangan yang telah mereka gunakan.

Wa Giri, klien kami dari Indonesia yang telah menang dalam kategori Keuntungan, memberitahu kami bahawa beliau telah melalui satu bulan yang penuh cabaran dalam pusingan pertandingan kali ini. Wa Giri sekadar menentukan tahap sokongan dan rintangan dan sekali lagi menjana keuntungan melebihi 1000%! Beliau telah meluangkan banyak masa berdagang dan memperoleh Panggilan Margin lebih daripada sekali. Namun semuanya telah membuahkan hasil lumayan. Komitmen beliau terhadap strategi ini telah membawa kejayaan kepadanya—bukankah itu satu perkara yang mengujakan!

Wa Giri akan mengambil bahagian dalam setiap pusingan Pertandingan ini dan terus berharap untuk para pedagang lain melakukan yang berikut:

‘Fokus, berdagang dengan berhati-hati, gunakan strategi anda, bersabar dan tunggu sehingga saat yang sesuai, dan kejayaan pasti menjadi milik anda.’

Krishnaprakash Sellamuthu, klien kami dari India merupakan pemenang tempat pertama dalam kategori Faktor Keuntungan. Beliau memberitahu kami bahawa ada pasukan yang telah membantu beliau, tetapi beliau tidak menjelaskan strategi yang digunakan. Krishnaprakash Sellamuthu hanya berkata:

‘Saya hanya menempatkan dagangan jangka panjang, tiada dagangan intrahari, jadi kebanyakan dagangan membawa keuntungan.’

Safdar Ahmad Khan, pemenang bagi kategori Volum Dagangan terbesar turut tidak menjelaskan strategi dagangannya dan hanya memberitahu bahawa beliau tidak melakukan sebarang perkara yang istimewa dan hanya sekadar mencuba untuk mengikuti trend harga.

Safdar Ahmad Khan berharap agar semua pedagang dapat mengambil bahagian dan menang dalam pertandingan ini. Beliau turut menyatakan penghargaannya:

‘Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada IB saya, yang sentiasa membimbing saya dan membantu saya menang dalam pertandingan ini.’

Anda juga dapat mencapai peringkat yang seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Jangan sekadar berdagang. Jana keuntungan dan ambil bahagian dalam Pertandingan Sebenar Supercharged 2 untuk memenangi hadiah kereta mewah dan gajet menarik.

octafx-supercharged

Pertandingan Demo Juara OctaFX, pusingan ke-81: kesabaran adalah kunci kejayaan

Pusingan ke-81 Pertandingan Demo Juara OctaFX kini telah selesai. Tahniah diucapkan kepada empat lagi pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD 1,000 bulan ini!
Baca lagi Previous

Jadual dagangan dan waktu operasi sokongan pelanggan semasa cuti hari krismas dan tahun baru

OctaFX ingin memaklumkan tentang perubahan waktu dagangan bagi semua instrumen semasa cuti Hari Krismas dan Tahun Baru. Kami juga ingin memberikan waktu operasi jabatan Sokongan Pelanggan. Sila pertimbangkan jadual berikut semasa merancang dagangan anda.
Baca lagi Next
Start livechat