Daftar masuk
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

Temu bual dengan pedagang

Berdagang dengan OctaFX adalah menyeronokkan serta mengujakan dan siapa yang boleh membuktikannya  lebih baik jika bukan para pedagang itu sendiri? Kami menemu bual pedagang kami, Irma Anisa dari Indonesia, pedagang yang berpengalaman namun sangat merendah diri dan  Efstathios Doufekas dari Greece, seorang peminat Forex dan pedagang berpengalaman, untuk berkongsi pengetahuan mereka dan memberi anda gambaran tentang perdagangan Forex. 

Apakah pendapat anda tentang kelebihan terbaik berdagang dengan OctaFX? 

Irma: Saya mendapat banyak keuntungan semasa berdagang dengan OctaFX. Saya mendapat spread yang terbaik, sambungan yang stabil, proses deposit dan pengeluaran yang cukup pantas menggunakan bank tempatan pilihan saya, dan sudah tentu suasana berdagang yang membuatkan saya mendapat keuntungan dalam pasaran secara konsisten. 

Bagaimanakah anda mengukur kejayaan anda dalam perdagangan? 

Efstathios: Saya mengukur kejayaan dagangan saya terutamanya melalui kadar pulangan pelaburan dalam tempoh masa tertentu. Sebagai contoh, mendapat jumlah tiga kali ganda daripada jumlah awal pelaburan anda (300% ROI) dalam masa beberapa bulan ialah kejayaan yang besar. Sudah tentu, akan ada juga beberapa dagangan yang merugikan, jadi kejayaan lain adalah berjaya mengurus akaun anda dengan bijak dalam keadaan yang sukar. 

Apakah yang mempengaruhi keputusan anda semasa berdagang? 

Irma: Banyak perkara yang mempengaruhi keputusan saya untuk membuka kedudukan. Sebagai contoh, analisis fundamental (asas) atau teknikal. Saya selalu menggunakan beberapa cara untuk menentukan arah aliran dalam pasaran. Terdapat beberapa penunjuk yang saya gunakan untuk membantu saya membuat analisis. Saya juga sangat menyukai nombor Fibonacci. Bagi saya, banyak cara untuk melakukan dagangan, yang paling penting adalah mengikut kriteria saya sendiri. 

Adakah perdagangan forex mengubah hidup anda dalam apa-apa jua cara? 

Efstathios: Sudah tentu, perdagangan telah mengubah hidup saya: selain daripada keuntungan ekonomi, saya lebih banyak membaca berbanding sebelum ini! Saya selalu berminat untuk mengetahui perkembangan yang berlaku di seluruh dunia, dari segi politik setiap negara dan keputusan bank pusat mereka, sehingga fenomena fizikal yang boleh menjejaskan harga bagi beberapa komoditi, atau berita beberapa syarikat tertentu. Saya harus akui bahawa saya mendapati diri saya menikmatinya apabila mengetahui tentang banyak perkara! 

Adakah anda mengesyorkan OctaFX kepada pedagang lain? 

Irma: Sudah tentu, saya amat mengesyorkannya. Terutamanya kepada rakan sekerja saya, rakan-rakan dan keluarga yang baru mula berdagang, dan kepada mereka yang sudah lama berdagang. Hanya kerana berdagang dengan OctaFX akan memudahkan kita semua untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten. 

Efstathios: Saya secara sembarangan akan mengesyorkan OctaFX kepada pedagang lain! Benar, OctaFX ialah broker Forex yang sangat dipercayai, sesuatu yang sangat jarang ditemui pada masa ini. Amanah ialah ciri paling berharga yang harus dipertimbangkan oleh pedagang apabila mereka memilih broker Forex. Saya tidak pernah mengalami sebarang isu apabila berdagang dengan OctaFX dan secara jujurnya saya boleh katakan bahawa tidak ada broker lain di luar sana yang menawarkan pengeluaran yang sangat cepat, pada hari yang sama. 

Irma dan Efstathios kedua-duanyanya berulang kali mengatakan bahawa OctaFX ialah broker pilihan mereka. Seperti yang dikatakan oleh  Efstathios, “ Spread OctaFX kebiasaanya adalah sangat bagus dan pelaksanaannya sangat pantas”. 

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka atas penyertaan dalam sesi temu bual ini dan ingin mengatakan bahawa pedagang seperti merekalah yang menjadikan kami broker paling gembira!

success-story

Pusingan 67 Pertandingan Demo Juara OctaFX: bertenang dan teruskan berdagang

Pusingan 67 Pertandingan Demo Juara OctaFX kini sudah selesai. Tahniah kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!
Baca lagi Previous

Perubahan dalam syarat dagangan disebabkan oleh pilihan raya parlimen awal di Jepun.

Sila ambil perhatian bahawa pada 22 Oktober 2017, pilihan raya parlimen awal di Jepun akan diadakan.
Baca lagi Next
Mula livechat