OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Bual Bicara bersama pemenang Trading Sprint!

Kita imbas kembali nama-nama pemenang pertandingan demo Trading Sprint yang lepas dan secara eksklusif, kami bawakan kepada anda kisah pengalaman kemenangan mereka.

 

  • Tempat pertama - Encik Gennadi Gavruchenkov dari Rusia
  • Tempat ke-2 - Puan Ayomi Andina dari Indonesia
  • Tempat ke-3 - Encik Rashid Abdullaev dari Uzbekistan
  • Tempat ke-4 - Encik Lisong Zhang dari China
  • Tempat ke-5 - Encik Wahyuno dari Indonesia

Pemenang pertandingan Trading Sprint menceritakan kelebihan OctaFX yang membantu mereka untuk mendapatkan keputusan yang menakjubkan:

Encik Gennadi Gavruchenkov menceritakan pelaksanaan yang pantas dan spread yang rendah. Puan Ayomi Andina yang juga pemenang berkata: "Saya memuji kepada pelaksanaan yang hampir sempurna, walaupun dengan sambungan internet yang minimum dan juga untuk spread yang rendah. Setelah saya berdagang dengan beberapa broker yang lain, kelebihan OctaFX yang memang tidak dapat disangkal lagi, saya berharap OctaFX kekal terbaik ". Encik Rashid Abdullaev memilih tiada kelewatan pelaksanaan dagangan semasa berita sebagai satu keadaan yang sangat memudahkan perdagangan. Mr Lisong Zhang menerangkan platform dagangan OctaFX sebagai stabil dan lancar. Ciri-ciri OctaFX yang membantu Encik Wahyuno untuk menduduki tempat kelima adalah Kalendar Kewangan dan Berita Kewangan.

Encik Gennadi Gavruchenkov dari Rusia di atas kejayaan yang menggalakkan dan perancangan masa depan bersama OctaFX:

"Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat "OctaFX" kerana menganjurkan pertandingan yang sangat unik ini. Saya berharap OctaFX akan terus maju kehadapan.Kemenangan dalam pertandingan ini Trading Sprint sangat menggembirakan saya. Pada masa lapang, saya sering menyertai pertandingan dan kadangkala menjadi pemenang, tidak lebih dari tempat keempat. Inilah kali pertama saya menjadi juara dalam pertandingan yang sangat serius dan juga persaingan yang paling sengit. Rahsia saya adalah pengalaman dan pemahaman yang mencukupi dalam pergerakan harga. Strategi yang saya gunakan sangat mudah,ianya terdiri daripada : garis trend, sokongan/rintangan dan RSI, CCI, petunjuk MACD. Sebelum ini, saya pernah mengalami kerugian yang besar kerana saya tidak menggunakan "stop loss" dan mengambil keuntungan sebelum berakhirnya trend, ditambah pula dengan kekurangan disiplin dan emosi. Pada penghujung pertandingan, semasa minggu terakhir saya tidak dapat menyertai pertandingan sepenuhnya kerana mempunyai lawatan ke Eropah dan pada tiga hari terakhir saya tidak dapat berdagang kerana ketiadaan talian internet. Saya bercadang untuk menggunakan hadiah yang dimenangi dengan menyertai dagangan sebenar bersama OctaFX.Semua syarat dagangan sangat sesuai dengan saya".

Puan Ayomi Andina dari Indonesia akhirnya mendapat apa yang diimpikan oleh setiap peserta:

"Saya amat gembira kerana akhirnya saya mampu berada pada kedudukan kedua selepas beberapa kali menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh OctaFX. Walaupun saya hampir menyerah kalah semasa pertandingan, kesabaran dan konsistent banyak membantu. Mengenai perdagangan saya, saya menggabungkan pelbagai teknik tetapi yang paling penting adalah untuk memastikan bilakah masa yang sesuai untuk membuka posisi. Sudah pasti, saya bersedia untuk berdagang di akaun sebenar, terutamanya dengan pengalaman yang saya ada ".

Encik Lison Zhang dari China membandingkan keuntungan dengan mangsa:

"Saya sangat teruja apabila mengetahui saya mendapat tempat ke-4. Pertama sekali, saya berterima kasih kepada OctaFX kerana menyediakan platrom yang terbaik untuk kami menyerlahkan bakat, melaksanakan rancangan kami untuk mencapai matlamat iaitu memenangi pertandingan ini. Saya telah dimaklumkan melalui E-mel, dan terus mendaftar. Selepas itu, saya sentiasa mengikuti pertandingan ini dan menunggu peluang yang optimum untuk bermula. Seorang pedagang yang mahir adalah seperti penembak tepat, menunggu mangsanya. Apabila mangsanya muncul, dengan pantas memulakan langkah. Saya bekerja ke arah matlamat ini. Terdapat dua faktor yang sangat diperlukan serta menyumbang kepada kejayaan saya , pertamanya teknik yang bagus, keduanya ialah nasib. Keuntungan terakhir saya pada emas adalah gambaran sempurna terhadap kemahiran saya berdagang. Terima kasih sekali lagi OctaFX. Saya berharap pertandingan ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap lagi pada masa hadapan. Saya merancang untuk berdagang dalam akaun sebenar di OctaFX ".

Encik Wahyuno dari Indonesia bersedia untuk berdagang pada akaun sebenar selepas mengharungi cabaran dalam perdagangannya:

"Tentunya saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada senarai pemenang Pertandingan Demo Trading Sprint. Saya sering mengambil bahagian dalam pertandingan demo tetapi tidak pernah menjadi pemenang. Inilah kemenangan pertama saya! Faktor utama kepada kejayaan saya adalah kesabaran. Sabar menunggu masa yang sesuai untuk memulakan perdagangan. Selain dari bersabar, strategi saya adalah cuba untuk sentiasa mengikuti trend pasaran dan juga menggunakan berita kewangan dan juga membaca corak candlestik untuk kedua-dua analisis fundamental dan teknikal. Mungkin kelebihan yang menakjubkan yang membawa kepada kemenangan saya ialah mengalami banyak kerugian dalam perdagangan akaun sebenar saya. Walau bagaimanapun, saya yakin dengan pembelajaran yang serius, kedua-dua di akaun demo dan semasa pertandingan; Saya akan mencapai kejayaan dalam perdagangan forex. Kini saya lebih bersedia untuk berdagang dalam akaun sebenar".

Nasihat daripada pemenang Trading Srpint kepada komuniti pedagang OctaFX:

Encik Gennadi Gavruchenkov: Bergantung kepada kesungguhan atau strategi perdagangan, pada pendapat saya, ia mengambil masa 5-7 tahun untuk menjadi pedagang yang hebat. Kepada yang baru bermula, saya nasihatkan bersabar, kerana dengan kesabaran, kejayaan perdagangan forex akan menjadi kenyataan.

Puan Ayomi Andina: Untuk berjaya,bukan masa yang menentukan tetapi kematangan mental.

Encik Rashid Abdullaev: Untuk mencapai sesuatu, seperti dalam mana-mana perniagaan, anda perlu bersedia untuk bekerja keras. Selain itu, ia juga bergantung kepada kebolehan dan keyakinan pada diri sendiri.

Encik Lisong Zhang: Nasib adalah sesuatu yang tidak dijangka. Tetapi teknik adalah sesuatu yang kita boleh belajar. Terdapat beribu-ribu teknik, adalah mustahil bagi kita untuk menguasai kesemuanya. Cari teknik yang paling sesuai pada diri sendiri, menunggu dengan sabar, berlatih dan kekalkannya.

Encik Wahyuno: Pertandingan Demo boleh melatih kita untuk belajar menjadi serius dalam perdagangan kerana terdapat ganjaran yang memberikan motivasi.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemenang atas bual bicara ini dan berharap anda juga gembira seperti pasukan OctaFX!

Serlahkan kecemerlangan bersama OctaFX!

promotions-and-contests success-story

Juara Pusingan ke 26 ingin memulakan cerita kepada anda!

Semua pemenang Pusingan ke 26 Juara Demo OctaFX telah menjawab soalan yang dikemukakan oleh OctaFX untuk dijadikan sumber inspirasi dan perasaan kegembiraan kemenangan melalui detik-detik di pertandingan ini.
Baca lagi Previous

OctaFX & Myfxbook pertandingan demo bermula minggu depan!

Kumpulan OctaFX gembira untuk mempersembahkan promosi terbaru yang dianjurkan bersama dengan salah satu peneraju sumber dalam peningkatan industry Forex khususnya – Myfxbook.com Myfxbook merupakan komuniti social yang pertama untuk pedagang forex yang membolehkan berhubung dengan akaun dagangan forex.
Baca lagi Next
Mula livechat