OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan

Supercharged 2
pertandingan sebenar

Supercharged 2 sudah berakhir.
Tunggu pertandingan yang akan datang!

Peraturan pertandingan Supercharged 2

 

Pengenalan

OctaFX mengadakan pertandingan sebenar baru daripada pencipta 'King of the Road’ dan ‘Supercharged’! Kami telah meningkatkan bilangan hadiah dan peluang anda untuk menang. Hadiah bagi pertandingan ini termasuk: 36 telefon pintar bertaraf tinggi yang disertakan dengan jam pintar, tiga pakej setiap bulan dan selepas dua belas bulan, tiga pemenang akan mendapat kereta mewah bermutu tinggi setiap seorang. Mendaftarlah untuk pertandingan ini, buat deposit ke akaun anda dan berdagang untuk menjadi pemenang!

 

Gambaran Keseluruhan

Tempoh pertandingan: 12 bulan

Tarikh mula: 1 Oktober 2018

Tarikh tamat: 30 September 2019

Tempoh pusingan: 1 bulan

Bilangan pusingan: 12 pusingan

Nama pertandingan ialah ‘OctaFX Supercharged 2’ atau ‘Supercharged 2’. Pertandingan ini dijalankan oleh Octa Markets Incorporated.

Pendaftaran untuk Pertandingan ini ditutup 7 hari sebelum tarikh tamat Pertandingan.

 

Syarat penyertaan

Hanya orang yang berumur sah (18+) boleh mengambil bahagian dalam Pertandingan ini.

Seseorang (selepas ini—’Peserta’) mesti mempunyai akaun sebenar OctaFX untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan ini.

Peserta perlu mendaftar masuk ke dalam akaun baru atau sedia ada untuk menyertai Pertandingan ini.

Peserta perlu mempunyai sekurang-kurangnya USD 50 (atau setara dalam EUR) di dalam akaun mereka (dana bonus tidak diambil kira) atau mendepositkan jumlah ini ke dalam akaun (wang ini boleh dikeluarkan sepenuhnya), serta membuka sekurang-kurangnya satu dagangan untuk mengambil bahagian dalam pusingan yang sedang berlangsung dan kedudukan keseluruhan Pertandingan ini.

Akaun sebenar yang mematuhi syarat (selepas ini—’Akaun Pertandingan’) dianggap akan menyertai Pertandingan ini dan dinilai dari waktu akaun didaftar masuk untuk Pertandingan (bermula dari pusingan yang sedang berlangsung).

Setelah didaftar masuk, Peserta tidak perlu mengulangi prosedur ini untuk pusingan Pertandingan yang akan datang.

Akaun Pertandingan menyertai pusingan yang berikutnya jika Dana Peribadinya (Ekuiti tidak termasuk bonus) sekurang-kurangnya USD 50 (atau setara dalam EUR) (bonus tidak diambil kira) pada waktu pusingan berikutnya bermula.

Jika Dana Peribadi Akaun Pertandingan kurang daripada USD 50 (atau setara dalam EUR), akaun ini tidak boleh menyertai pusingan seterusnya sehingga bakinya mencapai jumlah ini. Namun begitu penarafannya masih dikira dalam kedudukan Pertandingan keseluruhan (tahunan).

Peserta berhak membuka dan membuat deposit ke seberapa banyak Akaun Pertandingan. Ambil perhatian bahawa setiap Akaun Pertandingan ditentukan kedudukannya sebagai peserta yang berasingan! Keputusan bagi akaun yang berbeza tidak boleh digabungkan!

Akaun Pertandingan yang dimiliki oleh seorang Peserta diberikan nombor yang menaik dalam penarafan. Contohnya, Nama_Peserta (1), Nama_Peserta (2), dsb., mengikut susunan kronologi penyertaannya dalam Pertandingan.

Dengan mengambil bahagian dalam Pertandingan ini, Peserta secara tanpa bersyarat bersetuju dengan Peraturan Pertandingan.

 

Syarat dagangan

Semua strategi dagangan dan/atau EA dibenarkan untuk berdagang dengan Akaun Pertandingan.

Akaun sebenar bagi mana-mana jenis (Micro, Pro atau kedua-duanya) boleh mengambil bahagian dalam Pertandingan ini.

Hanya akaun sebenar MetaTrader 4 (Micro) atau MetaTrader 5 (Pro) layak untuk Pertandingan ini.

Mana-mana pelanggaran secara langsung atau tidak langsung terhadap Peraturan ini boleh menyebabkan pembatalan kelayakan akaun daripada Pertandingan ini.

Syarikat berhak menolak atau membatalkan kelayakan mana-mana peserta tanpa menerangkan sebabnya. Sebab pembatalan kelayakan boleh termasuk membuka volum yang besar bagi pesanan yang bertentangan dengan pasangan mata wang yang sama dalam akaun dagangan yang berbeza pada waktu yang kira-kira sama, serta penggunaan kegagalan dalam aliran sebut harga untuk mendapatkan keuntungan yang dijamin atau mana-mana bentuk penipuan yang lain.

Menggunakan beberapa profil yang dibuka di OctaFX adalah dilarang. Jika Syarikat secara munasabah mengesyaki dua profil atau lebih diurus oleh seorang individu, semua akaun dagangan yang dibuka di bawah profil ini akan dihalang daripada Pertandingan.

Syarikat berhak mengubah, mengemas kini atau membatalkan Peraturan promosi ini mengikut budi bicara mereka dengan memberikan notis kepada Peserta dengan cara menyiarkan maklumat tersebut dalam folder Berita Syarikat mereka di laman OctaFX. Syarikat berhak menyelesaikan sebarang kejadian yang tidak diterangkan dalam Peraturan ini mengikut budi bicaranya sendiri.

 

Hadiah pertandingan dan prosedur untuk menentukan pemenang

Pertandingan ini terdiri daripada dua belas pusingan, setiap satu berlangsung selama sebulan kalendar. Pemenang ditentukan dalam tiga kategori pertandingan mengikut keputusan setiap pusingan. Untuk menang, Peserta perlu berada di tempat pertama dalam sekurang-kurangnya satu daripada kategori berikut: Laba, Faktor Untung atau Volum Didagangkan.

Hadiah Utama bagi Pertandingan ini adalah seperti berikut (dengan nilai wang yang setara, jika berkaitan):

Tempat pertama: BMW X5 M (USD 80,000)

Tempat kedua: Lexus GS-F (USD 60,000)

Tempat ketiga: Honda Civic Type R (USD 30,000).

Hadiah Utama diberikan kepada Peserta yang mendapat penarafan tertinggi merentasi semua kategori (Laba, Faktor Untung, Volum Didagangkan) pada sepanjang tahun.

Peserta dianggap sebagai pemenang bagi pertandingan jika jumlah tempat mereka dalam kedudukan tahunan merentasi semua kategori menghasilkan jumlah yang terendah. Sebagai contoh, Peserta yang menamatkan pertandingan pada tempat pertama, kedua dan keempat masing-masing pada kedudukan tahunan bagi setiap kategori (jumlah semua kedudukan: 1+2+4=7) akan diletakkan pada kedudukan yang lebih tinggi dalam kedudukan keseluruhan dan dengan itu menang, jika jumlah kedudukan pesaing mereka lebih daripada 7 (2+3+3, 1+5+2, dsb.). Jika Peserta yang mendahului mempunyai jumlah kedudukan yang sama, pemenang ditentukan dengan kriteria tambahan (lihat Prosedur untuk pengiraan penarafan di bawah).

Hadiah Pusingan bagi Pertandingan ini adalah seperti berikut (dengan nilai wang yang setara, jika berkaitan):

  • Samsung Galaxy S9+ dan jam pintar Galaxy Gear S3 (USD 1,000)
  • Oppo Find X and Garmin VivoActive 3 smartwatch (USD 1,000)
  • Huawei P20 PRO dan jam pintar Huawei Watch 2 (USD 1,000).

Nilai wang yang setara dipindahkan ke akaun sebenar pemenang dan boleh dikeluarkan sepenuhnya tanpa had. Hadiah Pusingan diberikan kepada Peserta yang mendapat tempat pertama dalam setiap kategori (Laba, Faktor Untung, Volum Didagangkan) pada bulan tersebut.

Syarikat berhak mengubah hadiah tanpa notis awal.

 

Prosedur untuk pengiraan penarafan bagi setiap kategori

Laba

Laba= (Dana Peribadi + Jumlah Dikeluarkan – Dana Peribadi Apabila Membuat Deposit) / Dana Peribadi Apabila Membuat Deposit × 100%

Dalam persamaan ini, Dana Peribadi ialah ekuiti semasa Akaun Pertandingan tidak termasuk bonus; Jumlah Dikeluarkan ialah jumlah wang yang dikeluarkan daripada Akaun Pertandingan selepas mendaftar masuk untuk pusingan pertandingan atau membuat deposit ke dalam akaun itu; Dana Peribadi Apabila Membuat Deposit ialah ekuiti Akaun Pertandingan (dana bonus tidak diambil kira) pada waktu membuat deposit ke dalam akaun.

Sekiranya Peserta membuat beberapa deposit pada tempoh pusingan itu, jumlah laba dikira sebagai jumlah laba yang berasingan bagi sepanjang tempoh antara deposit:

Laba = Laba 1 (dari deposit Permulaan hingga Deposit 2) + Laba 2 (dari Deposit 2 hingga Deposit 3) + Laba N (Selepas Deposit N).

Apabila Peserta membuat deposit baru ke Akaun Pertandingan, kami menetapkan laba yang sudah diperoleh dalam akaun ini sebelum deposit tersebut (Laba 1) dan kemudian mula mengira laba selepas deposit tersebut (Laba 2) sehingga pusingan pertandingan berakhir atau deposit lain dibuat.

Contoh:

Anda memulakan pertandingan dengan deposit minimum USD 50.

Selepas dua minggu, anda mendapat untung sebanyak USD 300 dan sekarang anda mempunyai USD 350 dalam akaun anda. Pada waktu ini, laba anda ialah (350-50)/50*100%=600%. Kemudian anda membuat keputusan untuk menambah dana (USD 250) ke akaun anda supaya anda boleh mendagangkan volum yang lebih besar. Apabila anda membuat deposit sebanyak USD 250 ini, kami menetapkan laba anda pada 600% (ini ialah Laba 1 anda) dan mula mengira Laba 2 anda. Pada minggu berikutnya, akaun anda telah berkembang dari USD 600 kepada USD 800. Oleh itu, Laba 2 anda pada penghujung tempoh ini ialah (800-600)/600*100%=33.3%. Dan jumlah laba anda pada penghujung tempoh yang sama ialah Laba 1 + Laba 2 = 633.3%.

Faktor Untung

Faktor Untung = Untung daripada Dagangan (dalam USD) / Kerugian daripada Dagangan (dalam USD)

Jika Peserta mendapat keputusan yang sama, kedudukan mereka ditentukan oleh jumlah kewangan bagi dagangan mereka yang menguntungkan—Peserta dengan jumlah yang lebih besar akan menang.

Volum Didagangkan

Volum Didagangkan = jumlah volum bagi semua dagangan yang dibuka sepanjang pusingan (Pertandingan).

Jika Peserta mempunyai beberapa akaun, pencapaian mereka tidak digabungkan. Akaun kedua dan berikutnya diberikan penarafan secara berasingan.

Kedudukan keseluruhan = jumlah tempat Peserta merentasi semua tiga kategori dalam kedudukan tahunan.

Pemenang ditentukan oleh nilai kedudukan keseluruhan mereka yang nilai berangkanya paling rendah.

Jika Peserta mempunyai kedudukan keseluruhan yang sama, pemenang ditentukan seperti berikut:

1. Peserta dengan jumlah tempat terendah dari segi nombornya dalam kategori Faktor Untung dan Volum Didagangkan akan menang.

2. Peserta dengan Laba tertinggi akan menang. (Jika jumlah tempat merentasi Faktor Untung dan Volum Didagangkan sepadan.)

Untuk mengira Laba dan Faktor Untung dan menentukan pemenang pusingan, kami menggunakan peraturan berikut:

Semua dagangan yang dibuka sebelum pusingan baru bermula dianggap dibuka pada harga pertama yang berkaitan selepas pusingan baru bermula. Dan semua dagangan yang masih dibuka pada penghujung pusingan dianggap ditutup pada harga terakhir yang boleh didapati pada pusingan tersebut. Harap maklum bahawa peraturan ini hanya digunakan untuk menentukan pemenang pusingan dan tidak menjejaskan dagangan anda.

Data kedudukan dikira bagi setiap bulan (pusingan) secara berasingan dengan masa terhad yang ketat untuk pusingan bermula dan berakhir.

Jika Peserta telah merosakkan statistik Pertandingan mereka dengan beberapa dagangan yang tidak berjaya, mereka boleh membuat Cas Semula dan meningkatkan peluang mereka untuk menang. Cas Semula ialah tetapan semula bagi semua keputusan yang dicapai sebelumnya untuk mula mengambil bahagian dalam Pertandingan ini sebagai peserta baru. Untuk melakukan Cas Semula, Peserta perlu log masuk ke Ruangan Peribadi di laman OctaFX, melihat statistik peribadi mereka, klik butang Cas Semula dan pastikan baki akaun dagangan sekurang-kurangnya USD 50 (atau setara dalam EUR) dan dengan itu layak untuk menyertai Pertandingan (jika tidak, depositkan jumlah yang diperlukan untuk layak). Semua data sebelumnya berkenaan baki, dagangan, volum didagangkan, deposit, pengeluaran, kerugian dan keuntungan yang berkaitan dengan akaun ini akan berhenti daripada dikira dalam statistik Pertandingan selepas Cas Semula dibuat (ini tidak menjejaskan akaun itu sendiri atau dagangan yang dibuka). Cas Semula tidak menjejaskan keputusan pusingan sebelumnya, iaitu kedudukan pusingan sebelumnya tidak akan ditetapkan semula walaupun jika pemenang membuat Cas Semula. Peserta layak menggunakan Cas Semula seberapa banyak kali yang mungkin.

 

Pelbagai

Semua Dana Peribadi Peserta (pada permulaan pusingan) dianggap sebagai deposit permulaan.

Keputusan Pertandingan diumumkan tidak lewat dari tujuh hari selepas tarikh tamat Pertandingan.

Keputusan pusingan diumumkan tidak lewat dari tujuh hari selepas tarikh tamat Pusingan.

Pemenang akan dihubungi dalam masa tujuh hari perniagaan selepas tarikh tamat Pertandingan.

Pemenang pusingan berjanji untuk membuat siaran tentang kemenangan mereka di rangkaian sosial dan menyertakan dalam siaran ini pautan terus ke Pertandingan dan hashtag #Supercharged2 dan #OctaFX. Siaran tersebut adalah syarat wajib untuk menuntut hadiah.

Pemenang berjanji untuk mengambil bahagian dalam majlis anugerah dan mana-mana acara PR yang berkaitan dengan Pertandingan ini.

Majlis anugerah akan diterbitkan di laman web OctaFX dan/atau media sosial atau massa yang lain.

Syarikat akan menjalankan pemeriksaan latar belakang terhadap pemenang, kesahan mereka, kesahan maklumat dan kemungkinan pelanggaran. Sekiranya sebarang isu dikesan, Syarikat berhak membatalkan keputusan Pertandingan.

Pemenang mesti memberikan set dokumen asli yang lengkap (pasport atau ID lain yang mengesahkan tempat tinggal pemenang) sebelum menuntut hadiah. ID mestilah sah.

Dalam keadaan yang luar biasa, wang yang setara dengan hadiah boleh dibayar ke akaun dagangan atau akaun bank pemenang.

Peserta boleh memenangi tidak lebih daripada 4 hadiah pusingan dalam Pertandingan ini. Peserta yang menang dalam beberapa kategori dalam satu pusingan (termasuk jika Peserta itu menang di bawah Akaun Pertandingan yang berbeza) akan menerima bilangan hadiah pusingan yang berpadanan untuk pusingan ini.

Peserta yang menang untuk kali kelima atau lebih dalam kedudukan kategori akan diberikan bayaran tunai sebanyak 20% daripada nilai wang hadiah dan hadiah sebenar akan diberikan kepada Peserta di kedudukan kedua dalam kategori tersebut.

Peserta tidak boleh memenangi lebih daripada satu Hadiah Utama. Jika beberapa akaun dagangan dikawal oleh Peserta yang sama layak untuk Hadiah Utama, Syarikat akan memberikan pedagang hadiah yang paling berharga yang mereka layak. Peserta pada kedudukan seterusnya selepas peserta yang paling berjaya akan menerima baki hadiah.

Semua foto dan/atau imej hadiah yang digunakan dalam iklan Pertandingan, sepanduk promosi dan bahan promosi yang lain adalah bagi tujuan maklumat sahaja. Hadiah sebenar mungkin kelihatan berbeza.

Hadiah Pusingan dihantar ke lokasi pemenang. Hadiah Utama boleh diperoleh di pengedar kereta terdekat yang menjual model kereta yang dinyatakan atau serupa. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap syarat penghantaran melalui pos atau perkhidmatan kurier, atau terhadap kemungkinan kehilangan hadiah semasa penghantaran yang disebabkan oleh pihak ketiga. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang caj cukai yang mungkin ditanggung oleh pemenang di bidang kuasa mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai harta, cukai kenderaan, cukai jalan dan bayaran lain).

Jika pemenang tidak dapat menerima hadiah tersebut, perjanjian amanah boleh dikuatkuasakan untuk orang lain melalui surat kuasa wakil.

Syarikat menghargai privasi pelanggan dan memahami bahawa anda mungkin tidak mahu berkongsi maklumat kewangan anda termasuk jumlah deposit, volum dagangan, dana peribadi atau sebarang parameter lain. Anda boleh mengurus kebolehlihatan parameter ini dengan mudah apabila anda mendaftar untuk Pertandingan ini.

Syarikat berhak mengubah terma dan syarat promosi tanpa notis awal.

Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap pincang tugas teknikal dan/atau gangguan dalam sambungan Internet di pihak pelanggan atau perkhidmatan pihak ketiga, yang boleh secara langsung atau tidak langsung menjejaskan penyertaan peserta dalam Pertandingan ini.

Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan atau gangguan operasi perkhidmatan atau penghantaran data, atau kegagalan prestasi dalam sistem OctaFX, tanpa mengambil kira sebabnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pincang tugas perkakasan atau perisian, atau gangguan dalam operasi sistem OctaFX.

Sebarang pertikaian yang timbul daripada Pertandingan ini dan keputusannya adalah tertakluk pada penyelesaian melalui perundingan.

Jika pemenang Pertandingan enggan mematuhi Peraturan Pertandingan atau sebarang peruntukannya, Peserta akan dihalang daripada Pertandingan ini.

Versi Bahasa Inggeris Peraturan ini akan diutamakan. Sebarang terjemahan bagi Peraturan Pertandingan, halaman Pertandingan dan statistik hanyalah sebagai rujukan. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Bahasa Inggeris dan versi lain bahan ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

Start livechat