OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun

Perisian Dagangan PERCUMA MetaTrader 5

Platform Dagangan Forex Kedua Paling Popular Di Dunia
Muat Turun

Muat turun MetaTrader 5 untuk peranti anda

Muat turun MetaTrader 5 pada telefon anda

  • Web Trader
  • Desktop
  • Android
  • iOS
  • Platform Web MetaTrader 5

    Berdagang Forex dan CFD dengan platform web MetaTrader 5 tanpa perlu memasang atau memuat turun sebarang aplikasi perisian. Anda boleh berdagang pasaran Forex dengan mana-mana pelayar dan sistem pengendalian melalui sambungan Internet. Akses akaun dagangan anda dengan platform web MetaTrader 5 sekarang.

  • MetaTrader 5 Desktop

    Muat turun MetaTrader 5 dan mula berdagang Forex dan CFD dengan fungsi yang hebat, analisis pasaran fundamental dan teknikal, salin dagangan dan ciri dagangan automatik yang digabungkan dalam platform ini. Versi ini menawarkan pelbagai jenis pesanan dan mod pelaksanaan.

  • MetaTrader 5 Android

    Muat turun MetaTrader 5 pada Android atau tablet anda dan berdagang mata wang dengan CFD. MetaTrader 5 boleh didapati untuk Android, membolehkan anda berdagang dan menyemak akaun anda di mana-mana sahaja anda berada. Anda boleh mengakses ciri utama platform menggunakan telefon pintar atau tablet.

  • MetaTrader 5 iOS

    Platform MetaTrader 5 yang baru menawarkan dagangan dalam talian mudah alih dalam pasaran Forex. Berdagang Forex dan CFD secara terus daripada iPhone dan iPad anda! Aplikasi baru ini membolehkan anda menyambung ke pelayan OctaFX, menerima sebut harga mata wang, menganalisis pasaran kewangan menggunakan carta dan penunjuk teknikal, berdagang dan melihat sejarah operasi dagangan anda.


perbandingan platform dagangan

Platform Dagangan Generasi Akan Datang untuk Menggantikan MT4

MetaTrader 5 atau MT5 ialah platform dagangan berbilang aset generasi akan datang yang akan menggantikan MT4 pada masa yang terdekat. Fungsi ujian ke belakang bukan sahaja lebih pantas daripada yang terdapat pada MT4, tetapi turut membolehkan ujian berbilang pasangan secara serentak. Antara muka grafik yang serupa dengan MT4 akan membantu anda membiasakan diri dengan cepat, manakala integrasi MT5 yang unik dengan bursa terpusat membolehkan pedagang berdagang komoditi dan indeks selain Forex.

Hitung keuntungan anda dengan MT5 OctaFX

Mengapa memilih MetaTrader 5?

MetaTrader 5 (MT5), selain menawarkan lebih banyak perkara daripada yang dilakukan oleh MT4, turut terdapat ciri dan fungsi dagangan yang lebih baik daripada kebanyakan platform dagangan dalam talian lain yang ada pada hari ini. Dengan MT5, MetaQuotes Software telah menambah bilangan alat analisis teknikal yang ada, di samping lebih banyak pilihan pencartaan dan tempoh masa. Masalah seperti jenis pesanan belum selesai yang terhad dan ketidakupayaan untuk mengasingkan atau mendapatkan tanya/beli dengan beberapa klik telah dihapuskan, membuatkan dagangan lebih mudah dan lancar melalui ciri untuk pedagang tambahan.

Dagangan CFD

Dagangan Lebih Mudah dengan MetaTrader 5

  • Lebih Banyak Jenis Pesanan Belum Selesai: Pedagang boleh meletakkan lapan jenis pesanan belum selesai untuk mendapatkan kawalan yang lebih tepat terhadap kedudukan terbuka.
  • Dagangan Mata Wang Kripto: MT5 membenarkan dagangan swing intrahari atau dagangan kedudukan. Ciri lindung nilai yang baru turut memboleh scalping.
  • Dagangan Satu Klik: MT5 memudahkan proses membuka kedudukan baru dengan hanya satu klik.
  • Lebih Banyak Alat Analisis Teknikal: MT5 menyertakan alat teknikal tambahan yang memberikan pilihan untuk memilih daripada lebih 21 tempoh masa bagi pencartaan dan sembilan teknik tambahan untuk penstrukturan carta.
  • Pengasingan yang Jelas: MT5 membolehkan pengasingan antara syarat pesanan, kedudukan dan transaksi.
  • Penguji Strategi yang Dioptimumkan: Keupayaan ujian yang ditingkatkan bagi penasihat pakar dan persembahan keputusan yang terperinci.
  • EA Ditingkatkan: Tab produk pasaran Forex MQL bersepadu untuk EA.
  • Kalendar Ekonomi: Pedagang kini boleh mengikuti perkembangan peristiwa, data dan penunjuk ekonomi pada masa nyata, setiap jam, bagi pemantauan pasaran.
Belajar cara memulakan dagangan Forex dengan empat langkah mudah
Belajar cara memulakan dagangan di MT5

Berdagang di MT5 Menyokong Semua Jenis Pesanan

Perisian dagangan MT5 memberikan kemudahan kepada pedagang untuk mencapai matlamat dagangan mereka, tanpa mengambil kira sama ada mereka sedang mencari permintaan, segera, pertukaran atau pelaksanaan pasaran. Dengan platform dagangan MT5 anda boleh membuat mana-mana jenis pesanan dagangan, termasuk pesanan belum selesai, pasaran, henti dan trailing stop:

  • Pesanan Pasaran: Untuk pelaksanaan segera, pesanan dagangan boleh segera diselesaikan atas persetujuan pedagang atau broker. Terdapat dua jenis pesanan pasaran di MT5.
  • Pesanan Belum Selesai: Pesanan boleh dilaksanakan pada masa depan, sebaik sahaja situasi pasaran bersetuju dengan syarat yang ditentukan.Terdapat enam pesanan belum selesai yang disediakan.
  • Pesanan Henti: Boleh digunakan untuk kedua-dua pesanan pasaran dan belum selesai bagi mengurangkan kerugian dan mengunci keuntungan. Terdapat dua pesanan belum selesai di MT5.
  • Trailing Stop: Henti rugi boleh dijejak untuk mengikut harga semasa. Jika harga bergerak ke arah berlawanan, aras henti rugi akan berubah.
Belajar cara untuk bermula dengan MetaTrader 5

MetaTrader 5 beroperasi pada semua peranti utama

MetaTrader 5 tersedia sebagai platform web yang serasi dengan Windows, Linux dan Mac OS. MT5 juga boleh diakses daripada telefon pintar atau tablet, sama ada ia mempunyai sistem pengendalian iOS atau Android. Berdagang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan mempunyai akses kepada maklumat dagangan 24 jam sehari, walaupun semasa anda sedang melancong atau bercuti. Sangat mudah untuk dimuat turun dan dipasang pada semua peranti yang serasi.

Cara memasang MT5 pada Mudah Alih
Cara memasang MT5 pada Desktop

MetaTrader 5 ialah Sistem Dagangan Fleksibel yang Anda Akan Suka

Platform dagangan yang mantap dan mesra pengguna memberikan maklumat akaun terkini dan membolehkan pelaksanaan dagangan yang lebih fleksibel. Sistem ini menawarkan dua mod perakaunan utama:

  • Mod Lindung Nilai: Digunakan untuk dagangan Forex; kedudukan baru dibuka dengan mana-mana instrumen baru pada instrumen kewangan.*
  • Mod Netting: Digunakan untuk pasaran pertukaran; membolehkan pedagang membuka hanya satu kedudukan pada instrumen kewangan pada satu-satu masa.

Alat Pencartaan untuk Analisis Teknikal MetaTrader 5

MT5 mempunyai 44 objek analisis, termasuk Gann, Anjakan Fibonacci, Alat Elliot, Bentuk Geometri dan selanjutnya. Gunakan objek pada carta secara manual, tetapkan parameter pengiraan dan sesuaikan rupa objek grafik mengikut cita rasa anda.

Cara menjalankan analisis teknikal bagi pasaran Forex

Pilih daripada penunjuk teknikal yang paling popular dan unik bagi MetaTrader 5: Pengayun Arah Aliran, Penunjuk Volum dan Alat Bill Williams. Tambahkan penunjuk ke carta harga atau gunakan sub tetingkap berasingan dengan skala nilai individu. Anda juga boleh menindihkan penunjuk pada satu carta untuk kawalan yang lebih baik. Selain itu, apabila anda memerlukan lebih banyak penunjuk untuk strategi dagangan tertentu, anda boleh mengakses Pasaran dan Asas Code untuk memuat turun penunjuk tambahan bagi platform dagangan MetaTrader 5. Pembangun boleh mengakses MetaEditor untuk membina penunjuk tersuai bagi platform.

Cara menggunakan pasang masuk Autochartist MetaTrader

Analisis Fundamental di MT5

Penunjuk Makroekonomi/Kalendar Ekonomi

Kalendar Ekonomi MetaTrader 5 ialah tempat penunjuk makroekonomi penting boleh dilihat pada masa nyata, untuk meramal arah aliran harga. Kalendar ini memaparkan peristiwa semasa dan minggu lalu, juga peristiwa yang akan datang. Kesemua penunjuk disertakan dengan masa dikeluarkan, keutamaan dan nilai sebelumnya. Terdapat kod warna untuk menunjukkan perbezaan nilai yang dijangka dan nilai sebenar penunjuk.

Penunjuk boleh dilihat pada tab 'Kalendar' tetingkap Kotak Alat. Untuk menambah penunjuk pada carta, hanya klik pada 'Tambah Semua Peristiwa' dalam menu kalendar.

Ketahui selanjutnya tentang penunjuk Makroekonomi

Jenis Carta Termasuk:

Garis putus-putus

Jujukan palang

Kaki lilin Jepun

Kenal pasti arah aliran dan aras sokongan atau rintangan untuk ramalan harga dengan carta MetaTrader 5. Dayakan robot dagangan untuk melihat perubahan dalam mata wang, indeks dan sebut harga sekuriti yang lain.

  • Arah aliran: Teknik asas dalam analisis teknikal. Membantu mengenal pasti arah pergerakan pasaran, dengan dua arah aliran pasaran utama iaitu aliran meningkat dan aliran menurun.
  • Sokongan dan Rintangan: Membolehkan anda melihat arah untuk membuka kedudukan dan memberikan penunjuk potensi keuntungan (atau kerugian).

Platform dagangan MetaTrader 5 menawarkan pelbagai templat dan profil untuk membolehkan pedagang menukar skema warna dan objek analisis yang digunakan pada carta. MT5 mempunyai 21 tempoh masa bagi semua instrumen kewangan dan menyediakan lebih daripada 80 alat analisis popular, serta keupayaan untuk membina carta berdasarkan data penunjuk lain. Anda juga boleh menambah objek analisis secara terus ke simbol carta harga. MetaTrader 5 juga menyokong anda dengan alat analisis tambahan tanpa had untuk memantau turun naik harga pelbagai mata wang.

Dagangan Algoritma/Automatik di MT5

Dagangan Algoritma/Automatik di MT5

Dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan MQL5, MetaTrader 5 membenarkan Pengaturcaraan Kotak Hitam, menjadikannya pilihan yang berdaya maju bagi pembangun dan pengguna robot dagangan. Robot dagangan digunakan untuk pengurusan akaun dagangan. Mereka menganalisis sebut harga daripada instrumen kewangan yang membolehkan pedagang melaksanakan dagangan yang paling menguntungkan. Beribu-ribu penunjuk ini boleh dimuat turun secara percuma di pangkalan kod MQL5.

Uji Strategi dan Robot pada Akaun Demo
Dagangan automatik melaksanakan urusan dalam talian lebih pantas daripada manusia

Penguji Strategi Terbina Dalam

Penguji Strategi Terbina Dalam

Penguji Strategi membantu anda menguji prestasi robot dagangan dan mencari parameter input yang terbaik sebelum melaksanakan EA pada akaun sebenar. Keseluruhan proses berasaskan pada sebut harga sejarah mata wang dan produk kewangan yang lain, dengan terdapat beberapa mod ujian.

Cara memulakan dagangan dalam empat langkah mudah

Ciri penguji strategi terbina dalam

  • Pengoptimuman: Satu robot dagangan boleh diuji beberapa kali, menggunakan set parameter yang berbeza untuk memilih set input yang terbaik.
  • Platform Awan MQL5: Membolehkan penambahan komputer lain untuk mempercepat proses ujian.
  • Paparan Hasil Secara Grafik: Hasil ujian ditunjukkan dalam angka dan data statistik yang banyak juga tersedia, termasuk peratusan keuntungan/kerugian, bayaran yang dijangkakan dan lain-lain. Terdapat pilihan alat 2D dan 3D untuk analisis visual bagi hasil pengoptimuman.
  • Ujian Ke Hadapan: Membahagikan pangkalan data mata wang dan indeks untuk pengoptimuman kepada dua bahagian.
  • Berbilang Mata Wang: Membolehkan ujian pada berbilang mata wang, untuk menganalisis dan mengenal pasti korelasi antara pasangan yang berbeza.

Robot Forex untuk Scalping

Robot Forex untuk Scalping

Robot Forex ialah pembantu yang sangat ideal apabila anda perlu mengembangkan teknik scalping anda dan berhenti membuat keputusan secara manual. Apabila anda membuka beberapa pesanan jangka pendek, perkara yang paling penting adalah untuk menutup pesanan tersebut pada masa yang sesuai. Di situlah keperluan robot, memberikan ketepatan dalam dagangan Forex dan CFD. Contohnya, EA diprogramkan untuk memantau turun naik dalam pelbagai mata wang dan secara automatik masuk dan keluar daripada pesanan pasaran sebaik sahaja mencapai penunjuk dagangan yang telah ditentukan lebih awal.

Scalping MetaTrader 5 membolehkan anda menukar banyak peluang keuntungan yang kecil menjadi satu keuntungan yang besar. Ini juga merupakan strategi pengurusan risiko yang baik, kerana tidak melibatkan pengambilan risiko yang besar dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan yang besar. Walau bagaimanapun, dingatkan bahawa robot juga melakukan kesilapan dan sebarang pertanyaan berkenaan ralat tersebut mestilah dihantar kepada pembangun EA yang dipersoalkan.

Ketahui lebih lanjut tentang Dagangan CFD

Kelajuan yang Ditingkatkan Tidak Bermaksud Keputusan yang Kurang Bermaklumat

  • Kedalaman Pasaran (DOM): Ciri ini menawarkan pandangan tentang aktiviti pasaran semasa bagi indeks tertentu. Bagi pedagang Forex runcit, maklumat ini kebiasaannya tidak tersedia kerana tiada bursa terpusat untuk mendapatkan data tersebut. Ciri ini tersedia untuk simbol bursa dan bukan bursa. Sementara bagi simbol bursa, tetingkap menunjukkan volum masa sebenar dan harga bagi permintaan dagangan, bagi simbol bukan bursa, DOM ialah alat untuk membantu anda membuat pesanan pasaran dan belum selesai dengan hanya satu klik.*
  • Dagangan Satu Klik: Oleh sebab pelaksanaan dagangan adalah sangat penting, panel khas pada MT5 membolehkan pelaksanaan dagangan dengan segera hanya dengan satu klik. Pilih 'Dagangan Satu Klik' pada menu konteks carta dan keputusannya akan dihantar dengan serta-merta ke pelayan tanpa membuka sebarang dialog dagangan tambahan.

Cuba Akaun Demo MetaTrader 4 secara PERCUMA Sebelum Menggunakan MetaTrader 5

Membuka Akaun Demo MetaTrader 4 ialah cara yang terbaik bagi pedagang baru melihat platform, membiasakan diri dengan alat dan belajar teknik berdagang. Akaun ini berfungsi seperti akaun langsung, kecuali ia hanya membenarkan anda berdagang dengan wang maya bukannya wang sebenar. Sebaik sahaja anda berasa yakin dengan dagangan, anda boleh berpindah ke MetaTrader 5 untuk mendapatkan akses kepada lebih banyak ciri.

Tanpa had dan PERCUMA

Pertandingan Juara Demo OctaFX

Untuk menjadikan proses pembelajaran anda dengan OctaFX lebih menarik, kami mencadangkan anda berlatih di Akaun Demo MetaTrader 4 untuk memenangi wang sebenar. Daftar untuk Pertandingan Demo Forex OctaFX yang paling lama ini yang menawarkan dana hadiah $1,000 dan berlangsung selama sebulan. Untuk menyertai pertandingan ini, hanya daftar akaun Demo baru. Terdapat hadiah $500, $300 dan $100 untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Kesemua strategi dagangan dan EA boleh digunakan dalam pertandingan ini.

Daftar dalam Pertandingan Demo $500

Berdagang Mata Wang Kripto di MetaTrader 5

Berdagang mata wang digital di MT5 dengan beberapa langkah mudah:

  1. Klik kanan pada 'Market Watch' dan pilih tab 'Simbol'
  2. Pilih 'Kripto' daripada senarai aset.
  3. Klik pada simbol, kemudian klik 'Tunjukkan' untuk menyertakan pasangan pada tetingkap Market Watch. Pasangan itu kini sedia untuk didagangkan.
Ketahui lebih lanjut tentang dagangan mata wang kripto OctaFX
OctaFX Broker Lain
Spread pip -12$ pip -75$
Pelaksanaan Tiada kelewatan 0$ Kelewatan 1 saat -150$
Swap Tiada swap 0$ 2 pip -60$
Spread 0.5 pip -15$ 2.7 pip -81$
Gelinciran Tiada gelinciran 0$ -5 pip -150$
Untung pesanan 30 pip +900$ 30 pip 900$
Pengeluaran Tiada komisen 0$ 2% -9.6$
873$ 374.4$

Ciri MetaTrader 5 OctaFX

Di OctaFX, kami berusaha untuk menawarkan syarat dagangan terbaik. Fokus utama adalah menjadikan dagangan lebih mudah dan lebih menguntungkan untuk para pedagang.

  • Berita Pasaran Masa Nyata Terbina Dalam
  • Spread terendah dalam Industri: Bermula serendah 0.4 pip
  • Pelbagai instrumen: 28 pasangan mata wang, 4 logam, 10 indeks, 4 tenaga dan 3 mata wang kripto
  • Kos Rendah: Tiada komisen, tetapi tokokan
  • Pengiraan Volum dalam unit
  • Pilihan volum: Minimum saiz 0.01 lot, tiada had maksimum
  • Leveraj tinggi: Sehingga 1:200 untuk mata wang, 1:100 untuk logam dan tenaga, 1:50 untuk indeks, 1:2 untuk mata wang kripto
  • Ketepatan yang tinggi: 5 digit
  • Isyarat Dagangan
  • Deposit Bonus: Dapat sehingga 50% bonus bagi setiap deposit
  • Keperluan Deposit Minimum MT yang Rendah: Mula berdagang dengan hanya $50
Tanpa had dan PERCUMA
Deposit minimum $50

Muat turun MetaTrader 5 untuk peranti anda

Muat turun MetaTrader 5 pada telefon anda

  • Web Trader
  • Desktop
  • Android
  • iOS
  • Platform Web MetaTrader 5

    Berdagang Forex dan CFD dengan platform web MetaTrader 5 tanpa perlu memasang atau memuat turun sebarang aplikasi perisian. Anda boleh berdagang pasaran Forex dengan mana-mana pelayar dan sistem pengendalian melalui sambungan Internet. Akses akaun dagangan anda dengan platform web MetaTrader 5 sekarang.

  • MetaTrader 5 Desktop

    Muat turun MetaTrader 5 dan mula berdagang Forex dan CFD dengan fungsi yang hebat, analisis pasaran fundamental dan teknikal, salin dagangan dan ciri dagangan automatik yang digabungkan dalam platform ini. Versi ini menawarkan pelbagai jenis pesanan dan mod pelaksanaan.

  • MetaTrader 5 Android

    Muat turun MetaTrader 5 pada Android atau tablet anda dan berdagang mata wang dengan CFD. MetaTrader 5 boleh didapati untuk Android, membolehkan anda berdagang dan menyemak akaun anda di mana-mana sahaja anda berada. Anda boleh mengakses ciri utama platform menggunakan telefon pintar atau tablet.

  • MetaTrader 5 iOS

    Platform MetaTrader 5 yang baru menawarkan dagangan dalam talian mudah alih dalam pasaran Forex. Berdagang Forex dan CFD secara terus daripada iPhone dan iPad anda! Aplikasi baru ini membolehkan anda menyambung ke pelayan OctaFX, menerima sebut harga mata wang, menganalisis pasaran kewangan menggunakan carta dan penunjuk teknikal, berdagang dan melihat sejarah operasi dagangan anda.


perbandingan platform dagangan

Mula livechat