Daftar masuk
Daftar masuk

Perkara Asas Forex

Cara menggunakan pasang masuk Autochartist Metatrader

Walaupun analisis teknikal terbukti sebagai salah satu daripada cara yang boleh dipercayai untuk membuat keputusan dagangan termaklum, ia boleh mengambil masa dan selalunya memerlukan berbilang penunjuk dan alat lain. Untuk memudahkan analisis carta dan memastikan peratusan dagangan menguntungkan yang lebih tinggi dalam kalangan pelanggan kami, OctaFX telah bekerjasama dengan Autochartist, salah sebuah pembekal alat pengecaman corak carta yang terkemuka.

Pasang masuk Autochartist Metatrader memberikan peluang dagangan masa nyata terus ke terminal anda. Lihat corak dan arah aliran carta dengan hanya satu klik. Anda juga akan menerima Laporan Pasaran harian pada setiap sesi terus ke peti masuk anda.

Dapatkan pasang masuk Autochartist Metatrader

  1. Jumlah baki akaun gabungan anda mestilah USD 500 atau lebih. Tambah baki anda di sini.
  2. Muat turun pasang masuk. Panduan pemasangan disediakan di sini.
  3. Seret dan lepas pasang masuk Expert Advisor ke salah satu carta anda.

Bagaimana hendak membuka dagangan dengan pasang masuk Autochartist? 

Pasang masuk Expert Advisor tidak membuka dagangan, ia hanya menunjukkan corak yang dikenal pasti oleh Autochartist.

1. Cari mata wang atau peluang yang anda berminat. Anda boleh melakukannya dengan beberapa cara.

Klik butang anak panah kiri dan kanan untuk menyemak imbas semua peluang yang ada dalam pasaran pada masa itu.

Jika anda berminat dengan tempoh masa atau jenis corak tertentu, gunakan pilihan Penapis untuk menapis aktiviti pasaran.

Berikut ialah penerangan ringkas bagi setiap penapis:

  • Corak carta lengkap - corak telah dikenal pasti dan harga telah mencapai aras sasaran
  • Corak carta baru muncul - corak telah dikenal pasti tetapi harga belum mencapai sasaran
  • Corak Fibonacci lengkap - corak yang terbentuk apabila graf harga bergerak naik dan turun dalam nisbah harga tertentu
  • Corak Fibonacci baru muncul - jika harga mencapai dan bertukar pada aras harga titik merah jambu, corak akan lengkap dan aras sokongan atau rintangan yang dijangka akan digunakan
  • Aras utama: Melepasi aras sokongan atau rintangan tertentu (breakout) - peluang dagangan apabila harga telah melepasi aras sokongan
  • Aras utama: Menghampiri - peluang dagangan apabila harga telah melepasi aras rintangan

Nyahtanda ‘Paparkan semua simbol (Display all symbols)’ untuk hanya melihat corak yang dikenal pasti pada instrumen yang anda buka cartanya.

Klik ‘Lihat (View)’ untuk melihat peluang yang dikenal pasti pada carta. Dapatkan butiran lanjut menggunakan tetingkap ‘Butiran corak (Pattern details)’.

 

2. Gunakan ramalan untuk membantu anda membuat keputusan arah yang hendak didagangkan. Prinsip asas umum adalah untuk membuka pesanan panjang (membuka pesanan beli) apabila harga dijangka naik dan membuka pesanan pendek apabila harga dijangka turun.


CHFJPY dijangka meningkat berdasarkan corak segi tiga.

EURCAD dijangka menurun berdasarkan corak segi tiga.

3. Tekan F9 untuk membuka tetingkap pesanan baru atau klik ‘Pesanan baru (New Order)’.

4. Pastikan instrumen yang dipilih ialah instrumen yang anda ingin dagangkan dan tentukan volum kedudukan anda dalam lot. Volum bergantung pada saiz dana anda, leveraj anda dan nisbah risiko dengan ganjaran yang anda sasarkan.

5. Klik Beli (Buy) atau Jual (Sell) bergantung pada arah harga.

6. Menetapkan henti rugi dan ambil untung berdasarkan aras turun naik adalah disyorkan, walau bagaimanapun langkah ini adalah pilihan.

Klik ‘Lihat (View)’ dalam pasang masuk Autochartist untuk membuka corak yang anda akan dagangkan. Dayakan ‘Alihkan hujung carta dari sempadan kanan (Shift end of the chart from right border)’ pada bar alat.

‘Aras turun naik (Volatility levels)’ dipaparkan di sebelah kanan carta. Ini ialah anggaran sejauh mana harga dijangka turun naik.

Jika anda membuka pesanan panjang (membuka pesanan beli), anda seharusnya menetapkan Henti Rugi (Stop Loss) pada harga di bawah harga buka pesanan dan Ambil Untung (Take Profit) pada harga di atas harga buka. Untuk kedudukan pendek (sell), tetapkan Henti Rugi (Stop Loss) pada harga yang lebih tinggi dan Ambil Untung (Take Profit) pada harga yang lebih rendah.

Apabila memilih aras SL dan TP, berikan pertimbangan khusus pada aras henti minimum, yang boleh anda semak dengan mengklik instrumen dalam ‘Market Watch’ dan memilih ‘Spesifikasi (Specification)’. Dari perspektif pengurusan risiko, anda disyorkan untuk mengekalkan nisbah risiko:ganjaran sekurang-kurangnya 1:2.

Setelah mengenal pasti aras yang sewajarnya, cari kedudukan anda dalam tab ‘Dagang (Trade)’. Klik kanan dan pilih ‘Ubah suai atau padam pesanan (Modify or delete order)’.

Tetapkan Henti Rugi (Stop Loss) dan Ambil Untung (Take Profit) dan klik ‘Ubah Suai (Modify)’ untuk menyimpan perubahan anda.

Pasang masuk Autochartist memberikan wawasan yang unik bagi situasi pasaran dan menjimatkan banyak masa anda. Jika anda ingin mengetahui selanjutnya tentang Autochartist, hubungi pasukan Sokongan Pelanggan kami.

Mula livechat