Daftar masuk
Daftar masuk
Back

Cara berdagang Mata Wang Kripto dengan OctaFX

Mata Wang Kripto pada masa ini ialah instrumen yang paling turun naik dan sering diperkatakan dalam pasaran.

Dalam artikel ini, kita akan mengkaji tentang mata wang kripto, asal usul dan spesifikasinya, juga cara untuk berdagang kripto.

Bitcoin, walaupun menjadi mata wang kripto yang pertama di dunia, itu bukan tujuannya pada peringkat awal. Idea permulaan dan utamanya adalah untuk mencipta rangkaian rakan ke rakan tak terpusat yang boleh menyelesaikan masalah yang dipanggil 'perbelanjaan berganda' - keupayaan untuk menghantar satu jumlah kepada dua individu berbeza, justeru menjadi suatu penipuan. Selain daripada langkah keselamatan itu, rangkaian ini juga mempunyai ciri-ciri seperti kerahsiaan, kelajuan tinggi dan berskala global.

Bagaimanakah rangkaian sistem tak terpusat berfungsi?

Dalam rangkaian sistem tak terpusat, seperti teknologi rantaian blok, setiap peserta dalam sistem itu boleh menjadi bukan sahaja penerima atau penghantar, tetapi juga sebagai pengesah. Pengesahan bagi setiap transaksi ialah ciri utama rangkaian ini. Sebelum transaksi boleh dilakukan, ia perlu disahkan bagi mengelakkan perbelanjaan berganda. Terdapat ramai pengesah dan sehingga semua pengesah meluluskan transaksi tersebut, transaksi itu tidak akan selesai. Walaupun hanya satu pengesah gagal untuk meluluskannya, transaksi tersebut akan dibatalkan. Persetujuan harus dicapai bagi menyediakan transaksi yang selamat. Proses pengesahan tersebut dipanggil 'melombong'. Para pelombong ini dibayar dengan mata wang kripto, yang boleh digunakan selepas itu untuk membeli barangan di Internet atau membeli kontrak pintar, bergantung pada jenis mata wang kripto.

Di OctaFX, kami menyediakan empat kripto yang paling turun naik dan popular untuk pelanggan kami – Bitcoin, Litecoin, Ripple dan Ethereum. Mari lihat ciri-cirinya dengan lebih terperinci:

Bitcoin - emas digital

Bitcoin ialah mata wang digital yang pertama, dicipta pada tahun 2009. Perbezaan utamanya daripada mata wang tradisional (EUR, USD, JPY, dsb.) ialah transaksinya yang menggunakan sistem tak terpusat, keselamatan yang sangat tinggi dan ciri yang lebih baik ialah mata wang ini persendirian sepenuhnya. Mata wang digital menggunakan teknologi penyulitan untuk mengawal penjanaan unit mata wang dan mengesahkan pindahan dana. Tidak ada bank atau kerajaan yang boleh campur tangan bagi nilai mata wang atau transaksi yang dibuat menggunakannya.

Oleh itu, apakah yang boleh mempengaruhi nilai Bitcoin? Paling utama ialah masyarakat - penerimaan yang lebih meluas terhadap mata wang ini, belian besar secara tiba-tiba oleh orang ramai, keserasiannya dengan sistem bayaran yang dikenali ramai seperti Paypal - semua ini akan menjadi sebab kenaikan harga Bitcoin.

Bitcoin chart

Litecoin – perak kripto

Litecoin mula dikeluarkan pada tahun 2011 dan agak sama dengan Bitcoin. Jika Bitcoin boleh dianggap sebagai 'emas' bagi mata wang kripto pada masa ini, maka Litecoin sebagai 'perak'.

Litecoin menyediakan transaksi yang cepat dan selamat dalam rantaian blok, dengan keupayaan untuk membeli barangan di Internet. Perbezaan utamanya daripada Bitcoin (dan kelebihan utama bagi Litecoin) ialah keupayaanya memproses volum yang jauh lebih tinggi dalam satu transaksi. Sementara Bitcoin hanya sehingga 21 juta syiling, Litecoin menawarkan empat kali ganda sehingga - 84 juta.

Litecoin chart

Ripple - pindahkan semuanya

Ripple bukan sekadar nama sebuah mata wang kripto yang lain - ia juga nama sebuah sistem yang berupaya memproses transaksi yang pelbagai. Ripple mempunyai matlamat yang sama dengan Bitcoin - untuk memberi pengguna di seluruh dunia kemudahan transaksi yang cepat dan selamat. Walau bagaimanapun, ciri yang membezakan Ripple dengan mata wang kripto yang lain ialah sistem ini membenarkan pengguna memindahkan bukan sahaja satu mata wang - Ripple - tetapi juga mata wang yang lain, termasuk kedua-dua mata wang kripto dan mata wang tradisional seperti USD, EUR dan sebagainya.

Ripple chart

Ethereum - pelaburan masa depan

Ethereum ialah mata wang digital yang dicipta pada tahun 2015. Ia mempunyai kesamaan dengan bitcoin, pada masa yang sama juga sangat berbeza. Persamaannya termasuk ia mata wang digital, menggunakan rantaian blok untuk transaksi dan harganya yang tinggi pada masa sekarang. Walau bagaimanapun, pada asasnya Ethereum sangat berbeza – ia bukanlah syiling kripto untuk membeli barangan remeh di Internet, tetapi suatu sistem yang menyokong teknologi kontrak pintar untuk melabur dalam ICO bagi syarikat-syarikat permulaan yang baru.

Ethereum chart

 

Pada masa ini, terdapat banyak yang diperkatakan mengenai mata wang kripto - sebahagian mengandaikan kenaikan yang cepat dan kejatuhan yang mendadak, manakala sebahagian yang lain yakin bahawa ia merupakan mata wang masa depan. Kami mengesyorkan anda memberikan perhatian pada berita mengenai mata wang kripto, agar anda selalu mengetahui perkembangan berkaitan dengannya. Buat masa sekarang sekurang-kurangnya, mata wang kripto dianggap sebagai pilihan dagangan yang baik.

Mula livechat