Daftar masuk
Daftar masuk
Back

Pengenalan kepada Pasaran Forex

Pasaran Tukaran Asing, atau biasanya dikenali sebagai Forex atau FX, merupakan pasaran kewangan terbesar yang melibatkan jual beli matawang serta tukarannya antara satu matawang dengan yang lain. Tidak seperti yang lain, misalnya pasaran saham, pasaran forex tidak mempunyai tukaran berpusat dan transaksi dilakukan melalui rangkaian broker, oleh itu, para peserta boleh melakukan dagangan antara satu sama lain menerusi rangkaian bank, broker dan institusi kewangan lain di seluruh dunia.

Sebagai sebuah pasaran global, Forex dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu. Pusat kewangan utama terletak di hampir semua zon masa - di London, New York, Tokyo, Zurich, Frankfurt, Hong Kong, Singapura, Paris dan Sydney. Bergantung kepada tukaran yang aktif pada waktu-waktu tertentu, seseorang pedagang boleh memilih antara tiga sesi dagangan: Asia, Eropah dan Amerika. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesi dagangan, sila ikuti pautan berikut.


Sesi dagangan: Asia, Eropah dan Amerika


Dalam tukaran asing, matawang akan disebutkan secara berpasangan dengan matawang lain dan harga yang ditunjukkan merupakan harga yang diperlukan oleh sebutan matawang (kedua) untuk membeli atau menjual satu unit matawang asas (pertama).

Matawang asas dan Matawang sebutan

Kadar tukaran adalah dipacukan oleh daya permintaan dan penawaran: nilai matawang biasanya akan meningkat apabila terdapat peningkatan dalam permintaan yang melebihi nilai penawaran dan harga akan menurun apabila permintaan berkurangan berbanding penawaran. Selain itu, harga akan menjadi tidak menentu berikutan peristiwa ekonomi, sosial dan juga politik semasa yang berlaku sepanjang 24 jam hari dagangan berkenaan.

Situasi politik dan prestasi ekonomi sesebuah negara yang terlibat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi harga matawang. Misalnya, sebuah negara dengan kadar inflasi yang rendah biasakan akan menyaksikan peningkatan nilai matawang yang mempunyai pertalian dengan matawang rakan dagangannya. Inflasi juga berkait rapat dengan kadar faedah bank pusat: kadar faedah yang rendah dapat menurunkan kadar tukaran dan begitulah sebaliknya.


Satu lagi faktor buruk dalam penentuan harga ialah perintah daripada peserta pasaran Forex, yang sudah tentunya berbeza-beza dari segi volum yang dijanakanan serta pengaruh yang dimiliki.


Pihak kerajaan dan bank pusat seperti European Central Bank, the Bank of England, dan the Federal Reserve of the US beroperasi dalam volum yang paling besar dengan pengaruh yang paling kuat terhadap kadar tukaran. Bank pusat cuba untuk mengawal inflasi, penawaran wang, kadar faedah dan berperanan dalam mengawal selia sistem perbankan komersial. Mereka boleh menggunakan rizab tukaran asing bagi memasuki pasaran demi menstabilkan kadar matawang atau untuk mencapai matlamat ekonomi tertentu.

Kumpulan kedua terbesar merangkumi bank-bank utama dan juga badan yang berkaitan dengan bank yang membentuk pasaran antarabank, yang melakukan transaksi sesama bank dan menentukan harga matawang yang boleh diperhatikan oleh pedagang individu dalam platform dagangan. Memandangkan forex merupakan sebuah pasaran yang tidak berpusat, anda seringkali dapat melihat bank-bank yang berbeza menawarkan kadar tukaran yang agak berlainan bagi matawang yang sama. Pelanggan OctaFX akan menerima harga bida/tanya terbaik seperti yang disebutkan dalam kolam kecairan kami yang luas.

Cara pelaksanaan ECN berfungsi

Kumpulan peserta forex yang lain dalam firma pembrokeran yang berperanan sebagai pengantara antara pedagang individu dan pasaran. Mereka menggunakan rangkaian komunikasi elektronik (ECN) bagi menyeimbangkan perintah pelanggan dengan pembekal kecairan masing-masing, yang mungkin melibatkan pelbagai institusi kewangan. Model pelaksanaan ini menghapuskan konflik kepentingan antara firma pembrokeran dan pelanggannya apabila sesuatu perintah dilaksanakan. Firma pembrokeran ECN, yang tidak seperti pembuat pasaran, akan diberikan pampasan melalui komisen yang boleh dicaj sama ada berdasarkan setiap perintah atau termasuk dalam spread sebagai tokokan. Ketahui lebih lanjut mengenai pelaksanaan ECN di sini.

Firma pembrokeran ECN membolehkan pedagang individu untuk mendapatkan akses kepada pasaran forex yang pada mulanya hanya merupakan sebuah institusi kewangan gergasi, serta menikmati keuntungan daripada ketidakstabilan harga. Walaupun naik turun harga pasaran harian berlaku pada skala yang kecil, biasanya dengan nilai yang kurang daripada 1%, penggunaan leveraj ini akan membantu meningkatkan nilai pergerakan tersebut.

Pedagang dapat berinteraksi dengan broker melalui platform dagangan - perisian yang membolehkan jual beli matawang dilakukan. Platform ini boleh dipasangkan pada komputer desktop anda, peranti mudah alih atau boleh diakses melalui pelayar web.


Cara OctaFX memproses perintah

Semasa memilih broker forex, penting untuk anda mengambil kira pelbagai faktor, termasuklah:

  • Boleh dipercayai
    Adalah mustahak untuk anda mengambil kira pelbagai penarafan dan ulasan yang berkaitan sebelum mula melakukan pelaburan. OctaFX beroperasi berdasarkan undang-undang dan peraturan antarabangsa utama demi menyampaikan perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai kepada para pelanggan kami.
  • Pelaksanaan
    Model pelaksanaan OctaFX dapat menghapuskan sebarang konflik kepentingan antara pelanggan dan broker: kami bertindak sebagai orang tengah antara anda dan pasaran sebenar dengan menyeimbangkan perintah secara individu dalam harga yang sengit daripada kolam kecairan kami yang luas. Jaminan kami kepada anda bahawa kelajuan pelaksanaan kami adalah di bawah 0.1 saat dan pelanggan OctaFX tidak akan mengalami sebarang isu sebutan semula.
  • Spread
    Secara umumnya, spread terdiri daripada bentuk tetap atau terapung: spread tetap akan kekal pada paras yang sama walaupun berlaku perubahan harga, manakala spread terapung akan berubah bergantung kepada situasi pasaran dan biasanya adalah lebih sengit berbanding spread tetap. Sila ingat bahawa lebih rendah spread, bermakna lebih kurang jumlah yang perlu dibayar bagi setiap dagangan. Spread terapung sengit serta dagangan bebas komisen kami memastikan kos dagangan yang minimum dan tepat seiring dengan ketersediaan pasaran.
  • Alat dagangan
    Setiap pedagang pasti menginginkan sesuatu yang bersifat serba guna: alat dagangan pelbagai pilihan kami membolehkan anda untuk memilih pasangan matawang yang bersesuaian dengan anda, di samping memudahkan dagangan percubaan dilakukan. Dengan pelbagai pilihan alat dagangan yang hebat, anda boleh mendagangkan pasaran yang menarik minat anda. Senarai penuh pasaran boleh didapati di sini.
  • Deposit minimum
    Bagi pedagang baru, sila ambil perhatian bahawa kebolehcapaian dagangan adalah ditentukan oleh jumlah deposit minimum. Di OctaFX, anda boleh bermula dengan pelaburan awal serendah $5/€5. Hal ini bertujuan membantu anda untuk mencuba pelbagai teknik serta mengaplikasikan strategi dagangan yang berbeza di samping mempersiapkan anda untuk dagangan yang lebih serius. Sukacita dimaklumkan bahawa tiada had bagi deposit maksimum!
  • Keselamatan dana
    Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan keselamatan dana anda terjamin ketika pelaburan dilakukan. OctaFX menggunakan teknologi keselamatan 3d untuk deposit Visa/Mastercard dan penyulitan SSL bagi melindungi Kawasan Peribadi pelanggan. Semua langkah keselamatan telah diambil bagi memastikan maklumat kewangan anda selamat dan tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak ketiga.
  • Perlindungan baki negatif
    Ciri perlindungan baki negatif dapat melindungi pedagang daripada situasi pasaran yang tidak diingini: sekiranya baki akaun pedagang menjadi negatif, OctaFX akan memberikan pampasan untuk mengembalikannya kepada sifar. Jadi, kerugian anda tidak akan melebihi jumlah deposit yang anda lakukan. Ciri perlindungan baki negatif sememangnya amat berguna dalam persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah-ubah: OctaFX akan mengembalikan bagi negatif pelanggan kepada sifat selepas peristiwa franc Swiss pada tahun 2015, apabila terdapat beberapa broker lain yang gulung tikar.
  • Jenis akaun
    Pastikan anda memilih jenis akaun yang bersesuaian dengan tahap kemahiran dagangan anda bagi memastikan anda memanfaatkan potensi dagangan anda dengan sepenuhnya. Rangkaian akaun dagangan kami yang pelbagai membolehkan para pedagang dengan kemahiran dan keperluan yang berbeza untuk mengoperasikan dana mereka dengan sebaiknya: akaun mikro membolehkan pedagang baru untuk berlatih menggunakan deposit minimum sebanyak $5, manakala akaun ECN langsung pula menawarkan pelbagai variasi alat dagangan untuk pedagang yang lebih berpengalaman. Anda boleh membandingkan jenis akaun di sini.
  • Leveraj
    Memandangkan naik turun harga harian berlaku dalam skala yang kecil (biasanya kurang daripada 1%), anda perlulah memilih broker yang menawarkan nilai leveraj yang paling tinggi. Lebih tinggi nisbah leveraj anda, lebih rendah jumlah dana yang diperlukan untuk mengekalkan sesuatu kedudukan. OctaFX menawarkan sistem leveraj fleksibel dengan nisbah leveraj yang paling tinggi iaitu 1:500.
  • Platform
    Sebelum melakukan pemilihan persekitaran dagangan, anda perlu mengambil kira kegunaan umum dan keserasian sesuatu platform dengan peranti anda di samping instrumen dagangan yang tersedia untuk melakukan analisis teknikal. OctaFX menyediakan kedua-dua platform Metatrader 4 dan cTrader kepada anda, yang tersedia dalam versi desktop, mudah alih dan platform web. Bandingkan platform dagangan di sini.
  • Perkhidmatan Pelanggan
    Sokongan Pelanggan kami bersedia untuk membantu anda menjawab segala persoalan berkaitan dagangan kepada para pedagang dengan maklumat yang relevan mengenai cara untuk menyelesaikan sebarang permasalahan berkenaan. Pasukan Sokongan Pelanggan terbaik kami bersedia 24 jam sehari, 5 hari seminggu untuk anda, dan secara purata hanya 5 minit diperlukan untuk pihak kami menyelesaikan permasalahan rumit yang dihadapi pelanggan.

Terima kasih kepada volum dagangan harian yang tinggi, kecairan yang dalam, ketersediaan 24/5 serta penjimatan kos, dagangan Forex bersama kami pastinya berlainan berbanding pasaran lain. Ia memberikan lebih fleksibiliti kepada pedagang dalam memilih cara dan perkara untuk didagangkan, di samping nisbah leveraj yang tinggi, spread yang sengit dan pelaburan yang kecil. Ketahui lebih lanjut mengenai kelebihan pasaran Forex di sini.

Mula livechat