Daftar masuk
Daftar masuk

Perkara Asas Forex

Cara untuk menggunakan laporan Pasaran Autochartist.

Laporan Pasaran Autochartist memberikan gambaran keseluruhan yang jelas terhadap trend semasa bagi kebanyakan instrumen dagangan yang terkemuka. Dihantar terus ke dalam peti masuk anda pada permulaan setiap sesi dagangan, laporan berkenaan boleh mencadangkan dagangan yang sesuai untuk anda masuki atau sama ada strategi dagangan anda perlu dilaraskan. Tambahan pula, laporan ini membekalkan manfaat penjimatan masa yang lumayan dalam analisis carta anda.

Setiap Laporan Pasaran terdiri daripada tiga seksyen utama:

Siaran Ekonomi Berimpak Tinggi Akan Datang

1. Siaran Ekonomi Berimpak Tinggi Akan Datang

Pada sisi kiri bahagian atas, anda akan mendapati senarai semua siaran yang dijadualkan pada hari berkenaan. Laporan ini adalah penting kerana ia bukanlah sesuatu perkara yang baru untuk ketidakstabilan pasaran untuk berlaku peningkatan menjelang siaran berita utama, jadi teknik pengurusan risiko mungkin diperlukan bagi mengurangkan risiko pendedahan.

 Pergerakan Pasaran

2. Pergerakan Pasaran

Seksyen “Pergerakan Pasaran” membekalkan gambaran keseluruhan bagi aktiviti harga terkini untuk beberapa instrumen: ia menunjukkan arah pergerakan serta peratusan perubahan harga sepanjang tempoh 24 jam yang lalu.

Peratusan perubahan harga saling berkaitan dengan berita dan pasaran - harga mungkin mengalami kenaikan, penurunan atau berubah arah sepenuhnya selepas siaran berita yang penting. 

3. Peluang dagangan.

Ramalan harga sebenar berada betul-betul di bawah seksyen “Pergerakan Pasaran”. Setiap satunya mengandungi maklumat mengenai harga yang dijangka, masa untuk harga berkenaan dicapai, kejatuhan singkat bagi penanda sandaran serta nama corak.

 Peluang dagangan.

Sell

  • SL - Tahap sokongan

  • RL - Tahap rintangan

  • Selang  - selang kekalaan carta berasaskan corak.

  • Corak - nama corak yang menjadi asas kepada peluang dagangan sandaran

  • Panjang - bilangan lilin yang menjadi asar kepada peluang

  • Dikenal pasti - tarikh dan masa berasaskan corak.

Dalam hal ini, harga EURUSD semasa ialah 1.07240. Dalam masa dua hari, harganya dijangka untuk mencecah 1.05970.

Dianggarkan sebagai 80% tepat, Laporan Pasaran Autochartist merupakan alat yang mesra pengguna baru yang membolehkan anda untuk menggunakan analisis teknikal kepada dagangan anda tanpa sebarang perlu membuang masa dan tenaga anda.

Sekiranya anda berminat dalam Laporan Pasaran atau isyarat secara umum, sila hubungi khidmat pelanggan kami.

 

Mula livechat