OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Back

Strategi dagangan Fibonacci - Penarikan

Siapakah Fibonacci? Pengenalan kepada Liber Abaci

Dilahirkan di Pisa di sekitar tahun 1170, Leonardo Pisano lebih terkenal dengan nama gelarannya, Fibonacci. Beliau mendapat pendidikan di Afrika Utara, telah mengembara dan mempunyai pengetahuan meluas dalam sistem dan kaedah pengiraan nombor yang berbeza. Pada ketika itu, sistem angka Roman masih belum dikenali, tetapi Fibonacci telah menemui manfaat utama daripada sistem matematik yang digunakan di negara-negara yang telah beliau lawati. Beliau mula membangunkan sistem baru dan mempersembahkan dalam buku terkemuka beliau, 'Liber Abaci' pada tahun 1202. Beliau telah memperkenalkan modus Indorum (kaedah Hindu), yang kini dikenali sebagai sistem angka Hindu-Arab. 

Penemuan itu telah meninggalkan kesan penting terhadap pemikiran Eropah kerana operasi aritmetik menggunakan angka Arab adalah jauh lebih pantas dan lebih cekap berbanding sistem Roman lama. Buku tersebut telah dicetak secara meluas sehingga menarik perhatian pemerintah Roman Suci, Frederick II, yang telah memberikan bayaran upah kepada Fibonacci sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang telah beliau berikan.

Buku tersebut terdiri daripada tiga bahagian, dengan bahagian pertama yang meliputi angka 0 hingga 9, serta tatatanda kedudukan. Beliau telah menunjukkan penggunaan praktikal bagi sistem angka dengan menggunakan perakaunan komersial, pengiraan faedah, pertukaran wang dan topik-topik yang berkenaan. Bahagian kedua membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh peniaga seperti penentuan harga barang, pengiraan untung dan tukaran matawang. Pengarang sememangnya terkenal dengan nombor Fibonacci dan urutan Fibonacci, yang diperkenalkan dalam bahagian ketiga. 

Urutan Fibonacci merupakan siri nombor yang melibatkan setiap nombor yang bersamaan dengan jumlah dua nombor sebelumnya. 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144… dan seterusnya sehingga infiniti. 

Urutan ini mempunyai pertalian langsung dengan 'nisbah emas', kerana jika anda mengambil dua nombor Fibonacci yang berturutan, nisbah yang ditunjukkan adalah sangat rapat dengan 1.618. Oleh itu, angka 1.618 ini dikenali sebagai 'fi' atau nisbah emas.

Nisbah emas ini sering muncul dalam pasaran semula jadi, seni bina, seni halus, biologi malah dalam pasaran kewangan Forex. Contoh kemunculan nisbah emas termasuk dalam Piramid Agung di Giza, Potret Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci, kerang nautilus, galaksi berputar, bunga matahari, cabang pokok, sarang lebah dan wajah manusia.

Memperkenalkan Fibonacci Forex dalam Pasaran

Anda akan melihat tahap Fibonacci 61.8%, 38.2%, 23.6% yang sering digunakan dalam pasaran kewangan. Nombor ini tidak hadir secara langsung daripada urutan, tetapi ia diterbitkan daripada hubungkait matematik antara nombor dalam urutan berkenaan. 

  • Asas kepada nisbah 61.8% wujud daripada pembahagian nombor dalam siri Fibonacci oleh nombor selepasnya. Contohnya: 34/55 = 0.6181. 
  • Nisbah 38.2% diterbitkan daripada nombor dalam siri Fibonacci oleh nombor dua tempat di sebelah kanannya. Contohnya: 34/89 = 0.3820. 
  • Nisbah 23.6% diterbitkan daripada nombor dalam siri Fibonacci oleh nombor tiga tempat di sebelah kanannya. Contohnya: 34/144 = 0.2361.

Melukis Penarikan Fibonacci Forex dalam MT4

Fibonacci Retracements - Icon

Untuk melukis penarikan Fibonacci, anda perlu mengklik pada ikon penarikan Fibonacci dalam bar alat pada bahagian atas kiri skrin.

  • Sekiranya berlaku pergerakan ke bawah, dwiklik pada ayunan tinggi (kedudukan tinggi terkini) dan seret ke ayunan rendah (kedudukan rendah terkini). Dari situ anda akan melihat grid dengan tahap 23.6%, 38.2%, 50% dan 61.8% pada carta. Ini menunjukkan tahap-tahap di mana harga mungkin bersilang dengan rintangan - dalam kata lain, di mana harga mungkin melantun dan berbalik kepada kedudukan yang lebih rendah.

Fibonacci Retracements - Down Move Resistance Levels

  • Sekiranya berlaku pergerakan ke atas, dwiklik pada ayunan rendah dan seret ke ayunan tinggi. Dari situ anda akan melihat grid dengan tahap 23.6%, 38.2%, 50% dan 61.8% pada carta. Ini menunjukkan tahap-tahap di mana harga mungkin bersilang dengan sokongan - dalam kata lain, di mana harga mungkin melantun dan berbalik kepada kedudukan yang lebih tinggi.

Fibonacci Retracements - Up Move Resistance Levels

Strategi Penarikan Fibonacci untuk Dagangan Forex

Fibonacci Retracements - Zone of Market Retracements

Tahap penarikan Fibonacci Forex dapat digambarkan menggunakan titik rendah dan titik tinggi pada carta dan menandakan nisbah Fibonacci utama iaitu 23.6%, 38.2%, 61.8% secara melintang dalam grid. Garisan melintang ini menunjukkan tahap pembalikan yang berpotensi. Penarikan Fibonacci boleh menentukan lokasi untuk menempatkan perintah entri pasaran, untuk mengambil untung dan untuk perintah henti rugi. Ia juga boleh menunjukkan tahap utama sokongan dan rintangan. 

Penarikan biasanya dikira selepas pasaran beralih dengan mendadak sama ada menaik atau menurun, dan kelihatan seperti telah menjadi malas pada tahap harga tertentu. Tahap penarikan Fibonacci yang paling popular adalah pada 61.8% dan 38.2%. Tahap ini digunakan dengan melukis garisan melintang merentasi carta pada tahap harga berkenaan untuk menentukan zon penarikan pasaran, sebelum meneruskan trend umum yang dibentuk oleh pergerakan harga utama awalan. Ia boleh menjadi sangat mendadak apabila pasaran telah mencapai tahap harga sokongan atau rintangan yang utama.

Tahap penarikan 50% biasanya disertakan dalam grid tahap Fibonacci. Ia tidak berasaskan kepada nombor Fibonacci, tetapi mendapat pengiktirafan meluas sebagai titik perubahan yang penting.

Penarikan Fibonacci Forex biasanya membentuk tahap sokongan dan rintangan dan boleh menjadi sangat tepat. Lakukan eksperimen anda sendiri terhadap tahap penarikan Fibonacci dalam pasaran dan rangka masa yang berbeza untuk menentukan perkara yang paling sesuai untuk strategi dagangan Forex anda. 

Kami juga telah menyediakan sebuah artikel yang membincangkan lebih banyak strategi yang boleh anda manfaatkan dengan penarikan Fibonacci forex. Anda akan mengetahui cara untuk menggabungkan Penarikan Fibonacci dengan penanda, masa yang sesuai untuk memasuki pasaran dan cara untuk menentukan trend merentasi berbilang rangka masa. Sila ikuti pautan berikut untuk mengaksesnya 

Mula livechat