Daftar masuk
Daftar masuk
Back

Analisis Fundamental dan Penanda Ekonomi

Analisis fundamental merupakan kajian mengenai cara ekonomi sesebuah negara dapat mempengaruhi kadar matawangnya, yang sering melibatkan tafsiran melalui laporan statistik dan penanda ekonomi. Ratusan berita dan laporan ekonomi yang disiarkan setiap hari membolehkan ramalan dilakukan terhadap nilai matawang sama ada akan mengalami peningkatan atau kemerosotan pada masa hadapan dan pembalikan trend semasa mungkin berlaku.

Tarikh dan masa bagi laporan atau penanda tertentu untuk disiarkan telah dijadualkan dan boleh didapati dalam Kalendar Ekonomi. Ia merupakan alat utama yang digunakan oleh juruanalisis untuk menentukan impak berita dan data yang diramalkan oleh pakar ekonomi untuk diumumkan.

Bank Pusat dan Kadar Faedah.

Memandangkan bank pusat bertanggungjawab untuk menguruskan perihal kewangan negara, maka polisi yang digunakannya mempunyai impak yang besar terhadap kadar matawang. Contohnya, bagi meningkatkan nilai, bank pusat boleh membeli matawang dan menyimpan matawang tersebut dalam rizabnya. Bagi mengurangkan kadar tersebut, rizab berkenaan akan dijual kembali ke pasaran.

Apabila peningkatan dalam perbelanjaan pengguna diperlukan, Bank Pusat akan merendahkan  kadar faedah bagi pinjaman yang dikenakan terhadap bank komersial. Sekiranya ia menyasarkan untuk memperlahankan inflasi, kadar faedah akan ditingkatkan bagi mengurangkan perbelanjaan.

Bergantung pada sama ada kecenderungannya adalah terhadap inflasi atau pertumbuhan, polisi bank pusat boleh dirujuk sebagai "kehelangan" atau "kemerpatian". Kehelangan merujuk kepada kadar faedah yang lebih tinggi, manakala kemerpatian merujuk kepada kadar faedah yang akan berkurangan.

Bank-Bank Pusat di seluruh dunia

Inflasi

Inflasi menilai kelajuan peningkatan harga barang dan perkhidmatan dan mempunyai kesan langsung terhadap penawaran dan permintaan matawang sekali gus mempengaruhi kadarnya. Penanda inflasi utama adalah: 

  • Keluaran Negara Kasar (KNK)
    KNK menilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sepanjang tempoh pelaporan. Peningkatan dalam KNK menggambarkan pertumbuhan ekonomi maka ia digunakan dalam mengukur inflasi.
    Dikeluarkan: awal - empat minggu selepas suku berakhir; akhir - tiga bulan selepas suku berakhir; masa: 15.30 EET (14.30 EEST).
  • Indeks Harga Pengguna (IHP)
    IHP mengukur nilai sebakul harga barang dan perkhidmatan yang diungkapkan sebagai indeks. Apabila dibandingkan dengan hasil terdahulu, IHP menunjukkan bagaimana kuasa pembelian pengguna telah berubah dan pengaruh inflasi terhadapnya.
    Dikeluarkan: Setiap bulan, kira-kira waktu pertengahan bulan; masa: 15.30 EET (14.30 EEST).
  • Indeks Harga Pengeluar (IHPR)
    Penanda ini menunjukkan perubahan harga yang diterima oleh pengeluar dan membenarkannya untuk menilai bagaimana paras harga pengguna dapat dipengaruhi.
    Dikeluarkan: minggu kedua atau ketiga pada setiap bulan; masa: 15.30 EET (14.30 EEST).

Guna Tenaga

Paras guna tenaga secara langsung dapat mempengaruhi kadar matawang melalui impak terhadap perbelanjaan masa hadapan dan semasa. Peningkatan dalam kadar pengangguran dipercayai dapat menggambarkan pertumbuhan ekonomi yang lemah, sekaligus menyebabkan permintaan matawangnya menurun. Namun begitu, peningkatan dalam jumlah guna tenaga menggambarkan pertumbuhan ekonomi yang bagus dan menunjukkan bahawa permintaan terhadap matawang akan terus meningkat.

Berikut merupakan laporan guna tenaga yang penting daripada negara yang berlainan:

  • Gaji Bukan-Ladang AS - penilaian trend guna tenaga dengan pengecualian terhadap pekerja kerajaan, organisasi bukan keuntungan dan ladang.
  • Tuntutan Awal Insurans Pengangguran AS - bilangan tuntutan manfaat pengangguran baru yang mengukur bilangan pengangguran baru.
  • Tinjauan Tenaga Buruh - mengukur perubahan kadar guna tenaga semasa di Kanda.
  • Indeks Harga Upah - menunjukkan perubahan dalam harga upah di Australia.
  • Perubahan Pengiraan Penuntut - mengukur perubahan tuntutan Insurans Pengangguran daripada satu tempoh laporan kepada tempoh lain di UK.

Jualan Runcit

Penanda ini penting memandangkan perbelanjaan pengguna merupakan memainkan peranan penting dalam ekonomi. Ia mengukur jumlah perbelanjaan terhadap kumpulan barang dan perkhidmatan yang berbeza bagi tempoh masa yang tertentu. Pertumbuhan jualan runcit menunjukkan bahawa pengguna mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan dan yakin dengan ekonomi negara.

Dikeluarkan: Setiap bulan, kira-kira waktu pertengahan bulan; masa: 15.30 EET (14.30 EEST).

Jualan Rumah

Pasaran perumahan yang semakin berkembang merupakan salah satu daripada penanda utama bagi sebuah ekonomi yang kukuh. Dengan kebanyakannya berasaskan keyakinan pengguna dan kadar cagaran, laporan jualan rumah menunjukkan permintaan agregat dalam kalangan pengguna terhadap perumahan.

Dikeluarkan: Minggu keempat pada setiap bulan; masa: 15.30 EET (14.30 EEST).

Laporan Dagangan Borong

Laporan Dagangan Borong adalah berdasarkan daripada tinjauan terhadap 4500 pedagang borong yang dilakukan pada setiap bulan melibatkan statistik terhadap jualan bulanan, inventori dan nisbah inventori kepada jualan. Laporan ini menunjukkan keseimbangan terhadap penawaran dan permintaan yang dapat membantu dalam melakukan ramalan laporan KNK sukuan, namun ia tidak memberikan kesan yang ketara terhadap pasaran.

Dikeluarkan: Pada sekitar hari kesembilan pada setiap bulan; masa: 17.00 EET (16.00 EEST)

Imbangan Pembayaran (BOP)

Imbangan pembayaran merumuskan semua transaksi yang dilakukan bagi tempoh tertentu antara penduduk dan bukan penduduk sesebuah negara. Semua transaksi akan disubbahagikan kepada akaun semasa termasuklah barangan, perkhidmatan dan pendapatan, serta akaun modal yang merangkumi transaksi dalam instrumen kewangan. Data ini adalah penting bagi pembentukan polisi ekonomi kebangsaan dan antarabangsa.

Dikeluarkan: sekitar hari ke-19 pada setiap bulan; masa: 15.30 EET (14.30 EEST)

Baki Dagangan

Laporan ini menunjukkan perbezaan antara import dan eksport sesebuah negara yang merupakan komponen penting dalam imbangan pembayaran. Defisit dagangan bermakna import negara adalah melebihi jumlah eksport, manakala lebihan menunjukkan keadaan sebaliknya. Lebihan atau defisit menurun sering menggambarkan peningkatan terhadap permintaan matawang.  

Dikeluarkan: sekitar hari ke-19 pada setiap bulan; masa: 15.30 EET (14.30 EEST).

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi pasaran Forex dalam artikel ini.

Mula livechat