Daftar masuk
Daftar masuk
Back

Cara untuk melakukan dagangan Forex

Pasangan dan kadar matawang

Semua matawang dalam dagangan forex disebutkan dalam pasangan, satu matawang dengan yang lain. Nama matawang akan ditunjukkan dalam singkatan tiga huruf yang dikenali sebagai kod ISO, dengan dua huruf pertama mewakili kod negara dan huruf ketiga merupakan nama matawang.

Bergantung kepada kekerapan dagangannya, matawang berkenaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

  • Matawang yang paling banyak didagangkan biasanya dirujuk sebagai matawang utama dan ini termasuklah Dolar AS, Euro, Pound Great Britain, Yen Jepun, Dolar Kanada, Franc Switzerland, Dolar Australia dan Dolar New Zealand. Antara pasangan matawang utama yang melibatkan Dolar AS dan matawang lain daripada senarai di atas adalah seperti, EURUSD, USDJPY, USDCHF
  • Pasangan silang yang melibatkan dua matawang utama tetapi bukan Dolar US adalah seperti, EURGBP, EURCHF, EURJPY, GBPCAD, GBPAUD dan CHFJPY.
  • Pasangan eksotik yang melibatkan matawang utama dan matawang yang kurang didagangkan adalah seperti, EURTRY, USDSEK, USDDKK, USDHKD, USDSGD. Pasangan eksotik adalah kurang cair dan mempunyai spread yang kurang sengit.

Kadar matawang sentiasa mewakili nilai matawang asas (pertama) yang diungkapkan dalam sebutan matawang (kedua). Dalam Forex, terdapat dua harga yang diberikan - Bida dan Tanya - harga bida menunjukkan jumlah yang diperlukan bagi matawang yang disebut untuk menjual 1 unit matawang asas manakala harga tanya mewakili jumlah yang diperlukan untuk membeli matawang tersebut. Harga tanya adalah lebih tinggi daripada harga bida. Perbezaan antara dua harga berkenaan dikenali sebagai spread, yang biasanya diukur dalam pip atau mata.

Harga Bida dan Tanya

Sebelum ini, hanya ketepatan 4 digit sahaja tersedia bagi pip, atau peratusan dalam mata, yang menjadi unit terkecil untuk mengukur ketidakstabilan harga. Dengan pengenalan harga 5 digit yang lebih tepat, unit harga tukaran yang paling kecil dikenali sebagai mata, namun 1 pip masih dikira melalui digit keempat.

Perbezaan antara pip dan mata

Contohnya, sekiranya harga Bida ialah 1.11443 dan harga Tanya bersamaan dengan 1.11449, spread ialah 0.6 pip atau 6 mata.

Perintah

Dari segi arah perintah, terdapat dua jenis dagangan:

  • Beli atau kedudukan panjang dibuka pada harga tanya dan ditutup pada harga bida;
  • Jual atau kedudukan pendek dibuka pada harga bida dan ditutup pada harga tanya.

Setiap satu perintah boleh dibuka sebagai sama ada pasaran atau perintah menunggu:

ArahPasaran Menunggu
HentiHad
Panjang (beli)

Dibuka pada harga Tanya

Dibuka pada harga Tanya yang dipratetapkan, yang berada di atas paras harga sedia ada

Dibuka apabila harga Tanya mencapai tahap perintah; harga tanya berada di bawah paras ini

Pendek (jual)

Ditutup pada harga bida

Dibuka pada harga bida yang dipratetapkan, yang lebih tinggi daripada harga semasa.

Dibuka pada harga bida yang dipratetapkan, yang lebih rendah daripada harga semasa

Perintah penutupan sentiasa bertentangan dengan perintah pembukaan, iaitu, dengan menutup kedudukan panjang (beli), anda menjual semula jumlah berkenaan, dan begitulah sebaliknya - apabila anda menutup kedudukan pendek (jual), anda membeli jumlah yang telah dijual pada sebelumnya.

Suatu kedudukan boleh ditutup sama ada secara manual pada harga pasaran semasa atau apabila tahap harga tertentu dicapai, melalui perintah Henti Rugi dan Ambil Untung.

  • Henti rugi bertujuan untuk mengehadkan kerugian dan ditetapkan di atas paras harga buka bagi kedudukan pendek dan di bawah paras harga buka bagi kedudukan panjang.
  • Ambil untung membolehkan anda untuk menutup kedudukan apabila keuntungan tertentu diperolehi. Paras ambil untung berada di bawah paras harga Tanya bagi kedudukan pendek dan di atas paras harga Bida semasa bagi kedudukan panjang.

Perintah beli

Perintah jual

Bagi mendapatkan keuntungan, anda perlu menutup kedudukan panjang apabila harga meningkat dan menutup kedudukan pendek apabila harga menurun.

Leveraj, volum dan keperluan margin

Untuk membuka sesuatu kedudukan, anda memerlukan jumlah dana yang tertentu dalam akaun anda, yang biasanya dikenali sebagai keperluan, atau sekadar margin. Jumlah berkenaan adalah bergantung kepada alat dagangan, volum dan leveraj.

  • Alat dagangan biasanya merupakan apa sahaja yang boleh anda dagangkan, termasuklah pasangan matawang, logam spot, minyak atau indeks.
  • Volum merupakan jumlah pembelian atau jualan anda yang diukur dalam unit lot. 1 lot standard bersamaan 100 000 unit matawang asas. Bergantung kepada baki dan jenis akaun anda, anda juga boleh melakukan dagangan lot mini (0.1) dan lot mikro (0.01). Volum akan menentukan harga pip, iaitu, lebih tinggi volum anda, maka lebih besar pergerakan harga akan berlaku. Contohnya, harga pip bagi 1 lot EURUSD ialah 10 USD, 0.5 lot EURUSD ialah 5 USD. Anda boleh menggunakan alat ini untuk mengira harga pip bagi sebarang kedudukan.
  • Leveraj merupakan kredit maya yang diberikan oleh pihak syarikat. Lebih tinggi nisbah leveraj anda, lebih rendah keperluan margin. Contohnya, apabila anda tidak menggunakan leveraj (nisbah 1:1), anda memerlukan EUR 100 000 untuk membuka 1 lot EURUSD; jika leveraj akaun anda bernisbah 1:200, maka hanya EUR 500 akan diperlukan. Leveraj maksimum yang ditawarkan oleh OctaFX ialah 1:500, anda hanya memerlukan EUR 200 untuk membuka 1 lot.

Cara leveraj digunakan dalam dagangan forex

Sila ambil maklum bahawa jika anda mempunyai akaun USD, keperluan margin akan dikira seperti berikut:

Harga semasa * volum dalam lot * 100 000 unit / leveraj.

Contohnya, jika leveraj anda ialah 1:200 dan anda membuka perintah 0.5 lot EURUSD pada 1.12931, maka keperluan margin ialah

1.12931* 0.5 lot  *100 000 unit /200 = USD 282.33.

Keperluan margin sentiasa dikira secara automatik oleh platform. Untuk menyemak anggaran jumlah yang diperlukan untuk membuka kedudukan tertentu, anda boleh menggunakan Kalkulator Forex kami.

Baki, ekuiti, margin bebas, paras margin

Apabila anda membuka sesuatu kedudukan, sila ambil maklum bahawa baki anda tidak akan terjejas. Malah, kedudukan tersebut hanya akan melibatkan deposit, pengeluaran dan dagangan yang ditutup.

Jumlah margin yang diperlukan akan ditolak daripada medan "Margin bebas", yang turut melibatkan keuntungan atau kerugian terapung dan bonus deposit yang pernah dituntut. Margin bebas merupakan dana yang boleh dibuka bersama kedudukan. Sila ambil maklum bahawa apabila anda membuka perintah lindung nilai dengan volum yang sama, tiada margin tambahan diperlukan; namun sekiranya margin bebas anda adalah negatif anda tidak boleh membuka kedudukan yang sebaliknya.

Margin bebas = baki - keperluan margin + untung/rugi terapung (+bonus).

Nilai lain yang akan dipengaruhi oleh untung atau rugi anda ialah ekuiti, yang dikira seperti berikut:

Ekuiti = Baki + untung/rugi terapung ( + bonus)

Ekuiti adalah penting kerana, bersama dengan keperluan margin, ekuiti menentukan paras margin anda:

Paras margin = ekuiti/ keperluan margin * 100%

Sekiranya paras margin anda berada di bawah 15%, kedudukan terbuka anda akan ditutup secara mandatori bermula dengan dagangan yang mempunyai kerugian terapung yang paling tinggi.

Baki, ekuiti, margin bebas dan paras margin dikira secara automatik oleh platform dan tersedia pada bila-bila masa daripada "Tab dagangan".

Tab dagangan dalam platform MT4

Cara untuk mula berdagang

Perkara utama sebelum anda mula berdagang forex ialah membuka sebuah akaun serta muat turun dan pasangkan platform dagangan atau daftar masuk ke terminal berasaskan web MT4 atau cTrader.

Akaun Demo membolehkan anda untuk berlatih berdagang tanpa melibatkan sebarang risiko, sementara akaun sebenar memberikan pengalaman berdagang dalam pasaran sebenar dengan deposit minimum serendah USD 5.

Sekiranya anda menghadapi masalah menggunakan platform dagangan, sila rujuk seksyen Manual kami untuk arahan terperinci.

Maklumat lanjut berkenaan cara pasaran forex berfungsi, alatan dan teknik yang diperlukan untuk melakukan ramalan arah pergerakan harga atau strategi yang boleh digunakan tersedia dalam Artikel.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pasaran, laman web OctaFX atau syarat dagangan, sila semak Soalan Lazim kami yang jelas dan komprehensif.

Sekiranya anda menemui sebarang istilah, perkataan atau fenomena pasaran yang tidak dikenali, semak takrifan dan huraiannya dalam Glosari Forex .

Pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami yang berdedikasi sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang persoalan yang anda utarakan sepanjang masa 24/5.

Mula livechat