Daftar masuk
Daftar masuk
Back

Pengurusan Risiko

Pengurusan risiko, juga dikenali sebagai pengurusan wang, merujuk kepada sejumlah teknik dagangan yang digunakan bagi mengurangkan pendedahan risiko. Dipengaruhi oleh pelbagai faktor, kadar matawang mungkin tidak stabil pada waktu-waktu tertentu, oleh itu, perlindungan akaun anda daripada ketidakstabilan harga yang teruk merupakan bahagian yang penting dalam sesebuah strategi dagangan.

Konsep teras dalam pengurusan wang adalah untuk mengelak daripada merisikokan 1-2% daripada dana peribadi terhadap sebarang dagangan tunggal. Prinsip ini dapat meminimumkan pendedahan risiko dengan ketara: katakan hanya 1% daripada deposit awalan anda berisiko tinggi; walaupun selepas beberapa dagangan yang merugikan, anda masih berupaya untuk mengekalkan sebahagian besar daripada baki akaun anda.

Nisbah risiko kepada ganjaran menunjukkan potensi untung dalam perbandingan dengan jumlah yang anda mungkin rugi melalui sebarang dagangan yang berkenaan. Contohnya, apabila anda merisikokan USD 100 untuk sesuatu kedudukan yang berpotensi untuk memperoleh USD 100, nisbah risiko kepada ganjaran ialah 1:3.

Nisbah 1:2 dianggap sebagai nisbah minimum yang boleh disasarkan oleh pedagang kerana hanya satu pertiga daripada kedudukan perlu mengalami keuntungan untuk kekal sebagai pulang modal.

Potensi untung dan rugi boleh ditentukan melalui parasHenti Rugi dan Ambil Untung.

Henti Rugi dan Ambil Untung merupakan perintah bagi menutup sesuatu kedudukan apabila harga mencapai paras tertentu yang telah dipratetapkan. Paras Henti Rugi atau Ambil Untung boleh dikenal pasti melalui pelbagai alat analisis teknikal:

  • Sokongan dan rintangan: bagi kedudukan jangka pendek, henti rugi biasanya ditempatkan betul-betul di atas tahap rintangan, sementara bagi kedudukan jangka panjang pula henti rugi akan ditempatkan betul-betul di bawah tahap sokongan.
  • Garisan dan saluran trend: harga henti rugi biasanya ditempatkan di luar saluran, di atas atau di bawah garisan trend.

Katakan anda membuka 1 lot EURUSD, perintah Beli pada 1.12097. Bagi mencapai nisbah risiko kepada ganjaran 1:2, anda boleh menetapkan paras henti rugi pada 1.12077 (2 pip) dan paras ambil untung pada 1.12137 (4 pip). Oleh itu, anda hanya akan merisikokan USD 20 bagi memperoleh USD 40. Bergantung kepada deposit awalan, anda boleh menetapkan paras Henti Rugi/Ambil Untung dengan lebih luas, selagi risiko anda berada di bawah paras 1-2% daripada dana peribadi.

Cara untuk mengenalpasti tahap Henti rugi dan Ambil untung

Mustahak untuk diambil perhatian bahawa harga bagi setiap pip bergantung pada alat dagangan dan volum kedudukan anda. Anda boleh mendapatkan harga pip bagi 1 lot pada halaman Spread dan Syarat atau lakukan pengiraan di sini.

Hentian Penjejakan boleh digunakan untuk melaraskan paras henti rugi secara automatik apabila harga bergerak dalam arah yang diinginkan. Di samping mengurangkan risiko, ia juga pada akhirnya dapat menguncikan keuntungan yang telah diperolehi.

Sila ambil perhatian bahawa, tiada mana-mana henti rugi atau ambil untung adalah dijamin keberkesanannya: apabila pasaran berada dalam keadaan yang tidak stabil atau apabila berlaku jurang harga, perintah anda mungkin dilaksanakan pada harga yang berbeza daripada yang diharapkan.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai peristiwa dan penanda yang dapat mempengaruhi ketidakstabilan pasaran di sini

Mula livechat