Daftar masuk
Daftar masuk

Perkara Asas Forex

Analisis teknikal

Analisis teknikal merupakan kaedah ramalan harga yang melibatkan pengecaman corak pada carta. Juruanalisis menggunakan pelbagai alat yang berbeza dalam mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan, pecah keluar dan kerosakan, trend serta julat dagangan. Dengan mengetahui perkara asas dalam strategi dagangan, anda boleh mengaplikasikan beberapa elemen utama dalam strategi anda sendiri.

Carta.

Carta merupakan sebuah persembahan grafik yang menunjukkan perubahan harga bagi suatu tempoh masa. Anda boleh menemui jenis carta batang lilin, bar dan garisan dalam hampir semua platform dagangan. Semua tiga jenis carta berkenaan adalah berpandukan pada data yang sama tetapi memaparkannya dalam cara yang berbeza.

  • Carta garisan merupakan jenis carta yang mudah dan ringkas yang hanya menunjukkan harga penutupan.
  • Pada carta bar pula, anda boleh memerhatikan harga buka, tinggi, rendah dan harga tutup bagi setiap tempoh masa yang tertentu. Garis menegak akan terbentuk daripada harga tinggi dan rendah, sempang pada sebelah kiri menunjukkan harga buka manakala sempang pada sebelah kanan mewakili harga tutup.
  • Mungkin merupakan jenis carta yang paling popular, carta batang lilin turut menunjukkan harga buka, tinggi, rendah dan harga tutup bagi sepanjang tempoh masa berkenaan. Setiap batang lilin merangkumi "badan" yang terbentuk daripada harga buka dan tutup manakala "sumbu" pula mewakili harga tinggi dan rendah bagi tempoh masa berkenaan. Carta jenis ini biasanya dipaparkan dalam dua warna yang berbeza - salah satunya mewakili batang lilin kelembuan manakala yang satu lagi mewakili keberuangan.  Batang lilin kelembuan menunjukkan harga tutup yang lebih tinggi daripada harga buka manakala batang lilin keberuangan mewakili keadaan yang sebaliknya - harga tutup lebih rendah daripada harga buka.

Carta Garisan - Bar - Batang Lilin ForexSila ambil maklum bahawa, semua carta yang dijelaskan di atas hanya menunjukkan harga bida sahaja dan anda tidak sepatutnya bergantung pada carta semata-mata dalam mengenal pasti kedudukan harga tanya semasa tempoh berkenaan.

Rangka masa

Rangka masa menandakan jumlah masa yang diperlukan bagi melengkapkan sesuatu lilin dan jumlah data yang terkandung di dalamnya. Contohnya, rangka masa H1 menunjukkan jumlah pergerakan turun naik harga bida dalam masa satu jam. Anda boleh menyesuaikan rangka masa bagi setiap carta dalam platform dagangan anda.

Secara umumnya, rangka masa yang lebih singkat dipercayai dapat menghasilkan lebih banyak isyarat, namun sebahagian besar daripadanya mungkin tidak tepat. Sebaliknya, rangka masa yang lebih panjang mungkin kekurangan dari segi isyarat, tetapi rangka masa ini adalah lebih kukuh dan lebih besar untuk trend tertentu.

Rangka masa dalam platform dagangan Forex

Trend.

Mengenal pasti trend atau arah pergerakan pasaran merupakan teknik asas yang diperlukan dalam melakukan analisis. Biasanya trend boleh ditentukan hanya dengan melihat pada carta. Selain itu, trend juga boleh ditentukan melalui analisis yang lebih terperinci terhadap data harga.

 

Terdapat dua jenis trend pasaran utama:

  • Trend ke atas - siri jajaran harga tinggi dan rendah yang menaik;
  • Trend ke bawah - siri jajaran harga tinggi dan rendah yang lebih rendah pada carta.

Kekurangan dari segi arah pergerakan tertentu biasanya dikenali sebagai trend sisi atau trend melintang.

Trend forex

Bagi mengenal pasti sesuatu trend, anda boleh melukis satu garis lurus dalam arah pergerakan harga pada carta. "Garis trend" tersedia dalam hampir semua platform dagangan dan boleh dianggap sebagai alat analisis teknikal yang mesra pengguna baru. Opsyen lain ialah penanda teknikal yang dapat menentukan dan memaparkan trend apabila ditambahkan pada carta.

Sokongan dan rintangan.

Dengan mencari tahap sokongan dan rintangan, anda boleh menentukan masa dan arah pergerakan yang sepatutnya bagi sesuatu kedudukan untuk dibuka dan potensi untung atau rugi yang mungkin berlaku. Sokongan merupakan paras harga yang menyebabkan sesuatu aset sukar untuk jatuh di bawahnya dan rintangan pula merupakan paras rintangan bagi sesuatu pasangan harga untuk meningkat melebihinya. Walau bagaimanapun, paras-paras ini tidak sentiasa kekal dan "pecah keluar" atau "kerosakan" biasanya akan berlaku dalam satu arah pergerakan atau sebaliknya.

Paras sokongan dan rintangan membentuk julat dagangan - sebuah koridor melintang yang mengandungi naik turun harga bagi sepanjang sesuatu tempoh tertentu.

Analisis teknikal: Tahap Sokongan dan Rintangan

Pergerakan harga melalui tahap rintangan yang dikenalpasti ini dikenali sebagai pecah keluar. Lawan keberuangannya dikenali sebagai kerosakan - pergerakan harga melalui tahap sokongan yang dikenalpasti. Kedua-dua pecah keluar dan kerosakan biasanya diikuti oleh peningkatan dalam ketidakstabilan harga.

Bagi mengenal pasti sokongan dan rintangan ini, anda boleh meletakkan tanda pada paras harga yang pernah mengalami kesukaran untuk meningkat dan menurun di bawah paras tersebut. Penanda teknikal yang berbeza (cth. Titik Fibonacci atau Titik Pangsi) dapat menentukan dan melakarkan carta secara automatik.

Corak carta.

Corak carta merupakan sebuah bentuk yang jelas bagi meramal pergerakan harga masa hadapan atau mencipta isyarat beli atau jual. Teori di sebalik corak carta ini adalah berdasarkan tanggapan bahawa corak tertentu yang telah diperhatikan dapat menandakan arah pergerakan harga yang seterusnya.

 

  • Kepala dan Bahu dianggap sebagai salah satu daripada corak carta yang paling dipercayai yang menandakan bahawa perubahan trend bakal berlaku. Terdapat dua jenis corak - kepala dan bahu atas yang menunjukkan pergerakan ke atas yang akan berakhir tidak lama lagi dan kepala dan bahu bawah, yang menunjukkan trend ke bawah yang bakal merosot. Analisis teknikal: Corak carta
  • Doji - lilin dengan batang yang pendek (menunjukkan bahawa lilin tersebut telah dibuka dan ditutup pada harga yang hampir sama) dan sumbu yang panjang pada kedua-dua sisinya yang menunjukkan ketidakstabilan pasaran yang berlaku dalam tempoh masa tertentu. Doji biasanya menggambarkan pasaran yang tidak dapat membuat keputusan apabila tiada trend kelembuan atau keberuangan yang wujud.
    Lilin Doji
  • Tukul kelembuan - lilin yang biasanya muncul pada peralihan trend ke bawah. Lilin ini akan mempunyai sumbu yang panjangnya dua kali ganda daripada batang lilin. Tukul kelembuan
  • Lelaki tergantung - lawan keberuangan bagi tukul kelembuan yang dengan badan lilin yang lebih pendek dan sumbu yang panjang, biasanya ditemui pada sebelum peralihan balik trend ke atas.    Lelaki tergantung
  • Corak carta popular yang lain ialah segi tiga. Terdapat tiga jenis segi tiga: simetri, menaik dan menurun. Segi tiga simetri merupakan corak yang terbentuk apabila dua garisan trend bertemu pada satu titik dan kedua-duanya tidak berbentuk mendatar. Corak ini biasanya mengesahkan arah pergerakan untuk trend semasa. Dalam corak segi tiga menaik, garisan trend atas adalah mendatar manakala garisan bawah bergerak menuju ke atas. Corak ini dianggap sebagai kelembuan dan meramalkan berlakunya pecah keluar. Segi tiga menurun pula mempunyai garisan bawah yang mendatar dan garisan trend atas yang menurun. Segi tiga menurun merupakan corak keberuangan yang menunjukkan bahawa kerosakan akan berlaku.

Penanda.

Salah satu daripada alatan yang membolehkan pedagang untuk meramal atau mengesahkan sesuatu trend, corak, tahap sokongan dan rintangan atau isyarat jual beli yang merupakan sebuah penanda teknikal. Ia merupakan perisian yang dibangunkan khas untuk platform dagangan anda yang melakukan pengiraan berdasarkan pergerakan dan ketidakstabilan harga. Kedua-dua platform cTrader dan MT4 mempunyai pelbagai penanda yang tersedia, namun anda masih boleh memuat turun penanda tersuai atau cipta penanda anda sendiri.

Dengan hanya menambahkan penanda pada carta harga dapat memudahkan pemahaman anda terhadap situasi pasaran semasa dan membantu anda membuat keputusan untuk memilih arah pergerakan dagangan anda. Contohnya, bagi mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan, penanda seperti Titik Fibonacci atau Titik Pangsi boleh digunakan. Penanda momentum dapat membantu anda untuk mengukur kadar perubahan harga dan Zig Zag boleh digunakan untuk melakukan ramalan apabila trend kelihatan untuk bergerak pada arah bertentangan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara pemasangan penanda dan cara penanda boleh diperibadikan, sila rujuk arahan untuk platform MT4 atau cTrader pada seksyen Manual kami.

 

Mula livechat