Daftar masuk
Daftar masuk
Back

Berdagang CFD dengan OctaFX

 

Sebagai salah satu daripada produk kewangan yang paling pantas berkembang di pasaran, CFD Indeks menampilkan peluang yang unik untuk mendapatkan untung daripada turun naik pasaran saham, di samping menyediakan leveraj tinggi dan jadual dagangan yang fleksibel.

Di sini anda akan mendapat semua maklumat yang diperlukan untuk mula berdagang CFD.

Sebagai salah satu daripada produk kewangan yang paling pantas berkembang di pasaran, CFD Indeks menampilkan peluang yang unik untuk mendapatkan untung daripada turun naik pasaran saham, di samping menyediakan leveraj tinggi dan jadual dagangan yang fleksibel. Jika anda telah pun mengetahui tentang dagangan forex, anda mungkin mendapati indeks ialah pasaran yang menarik untuk diterokai.

Walaupun bersandarkan pada prinsip yang sama, CFD indeks berbeza daripada dagangan mata wang dalam beberapa aspek.  Di bawah anda akan mendapat semua maklumat yang diperlukan untuk mula berdagang CFD.

Apakah CFD Indeks?

Berdasarkan takrif, indeks ialah penilaian statistik perubahan harga bagi beberapa saham terpilih dari masa ke masa yang membolehkan penilaian dibuat untuk keseluruhan prestasi pasaran tertentu. Bergantung pada kriteria pemilihan, indeks boleh dikelaskan sebagai berdasarkan negara, global, industri atau pertukaran. Selain itu, pelbagai kaedah pengiraan membolehkan indeks dibahagikan kepada indeks saham wajaran harga, indeks wajaran nilai (atau modal pasaran) dan indeks saham wajaran sama.

  • Indeks wajaran harga dikira dengan menambah harga setiap saham dan membahagikan hasilnya dengan jumlah saham dengan wajaran yang lebih diberikan kepada saham yang mempunyai harga yang lebih tinggi, iaitu lebih tinggi harga saham tertentu, lebih banyak kesannya terhadap indeks. Salah satu daripada indeks wajaran harga yang paling popular ialah Dow Jones Industrial Average.
  • Dalam indeks wajaran nilai, saham-saham individu diberikan wajaran yang bergantung pada modal pasaran, iaitu lebih besar nilai pasaran saham diterbitkan bagi sesebuah syarikat, lebih banyak pengaruhnya pada indeks tersebut. NASDAQ dan S&P 100 ialah contoh indeks wajaran nilai yang digunakan secara meluas.
  • Semua saham dalam indeks wajaran sama terdiri daripada saham yang mempunyai kesan yang sama tanpa mengira modal pasaran atau harga.  Terdapat versi wajaran sama untuk beberapa indeks popular seperti S&P 500.

Seperti yang dilihat daripada perihalannya, suatu indeks secara asasnya ialah nilai statistik yang tidak boleh didagangkan secara langsung. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan untuk mendapatkan untung daripada turun naik indeks melalui terbitan iaitu sekuriti yang nilainya diterbitkan daripada aset pendasar. Terbitan boleh bersandarkan pertukaran (contoh, niaga hadapan dan opsyen) atau atas kaunter (contoh, CFD). Terbitan yang pertama didagangkan melalui pertukaran terancang manakala terbitan yang kedua didagangkan antara dua pihak.

CFD ialah singkatan bagi kontrak untuk perbezaan dan secara asasnya merupakan satu persetujuan untuk menukar perbezaan antara harga masuk dan keluar. Berdagang CFD tidak melibatkan membeli atau menjual aset pendasar (sebagai contoh, saham atau komoditi), tetapi harganya mencerminkan pergerakan aset tersebut.

Faktor yang menyebabkan CFD menonjol berbanding terbitan lain adalah keupayaan untuk berdagang lot mikro dengan leveraj yang agak tinggi. Bagi pedagang individu, itu bermakna mereka boleh membuat spekulasi pada harga indeks dan mendapat untung daripada turun naik harga dengan deposit yang kecil dan risiko yang rendah.

Bagaimanakah saya boleh berdagang CFD indeks?

Indeks pasaran saham utama seperti indeks TSE 100, Dow Jones, S&P dan DAX Jerman cenderung untuk bertindak balas dengan baik terhadap analisis teknikal dan secara umumnya lebih disukai oleh pedagang jangka pendek. Indeks popular yang lain ialah CAC-40 Perancis dan Nikkei 225 Jepun.

Dari segi fundamental, ia bergantung terutamanya pada negara asal indeks dan juga sektor ekonomi yang diwakilinya. Di bawah adalah beberapa perihalan ringkas indeks utama yang kami tawarkan untuk dagangan.

Indeks Dow Jones Industrial

Simbol: US30
Waktu dagangan: Isnin - Jumaat, 01.00 - 23.15, 23.30 - 24.00

Disebabkan oleh ketaktentuan pasaran AS, indeks Dow Jones Industrial adalah salah satu daripada instrumen paling popular dalam kalangan pedagang. Terdiri daripada 30 syarikat AS yang utama, Dow Jones menyediakan keratan lintang ekonomi AS dan dengan itu indeks ini dipengaruhi oleh pengumuman berita dari rantau tersebut.

Indeks Standard & Poors 500

Simbol: SPX500
Waktu dagangan: Isnin - Jumaat, 01.00 - 23.15, 23.30 - 24.00

Satu lagi indeks AS yang popular ialah Standard & Poor’s 500, menggabungkan nilai saham daripada 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat. Oleh sebab indeks ini merangkumi 70% daripada pasaran saham, S&P500 boleh dianggap sebagai penanda aras yang lebih baik bagi ekonomi AS berbanding Dow Jones.

Indeks Nasdaq 100

Simbol: NAS100
Waktu dagangan: Isnin - Jumaat, 01.00 - 23.15, 23.30 - 24.00
Indeks NASDAQ 100 terdiri daripada 100 syarikat terbesar yang disenaraikan di bursa NASDAQ, mencerminkan sebilangan besar industri termasuk perkakasan dan perisian komputer, telekomunikasi, perdagangan runcit/borong dan bioteknologi. Dengan pengaruh daripada semua sektor ini terhadap ekonomi, indeks ini boleh dijangkakan sangat dipengaruhi oleh berita kewangan dari AS.

Indeks ASX 200

Simbol: AUS200
Waktu dagangan: Isnin - Jumaat, 02.50-9.30, 10.10-24.00
Berdasarkan kontrak Niaga Hadapan Indeks Harga Saham Sydney Futures Exchange (SFE), Indeks Aussie 200 ini mengukur pergerakan pelbagai sektor dalam pasaran Saham Australia. Di samping bertindak balas terhadap berita dan laporan ekonomi dari Australia, indeks ini juga dipengaruhi oleh perubahan harga komoditi kerana Ekonomi Australia sangat bergantung padanya.

Indeks Nikkei 225

Simbol: JPN225
Waktu dagangan: Isnin - Jumaat, 02.00-23.00
Kerap dirujuk sebagai setara dengan Dow Jones Jepun, Nikkei 225 ialah indeks saham untuk Tokyo Stock Exchanged yang terdiri daripada 225 syarikat teratas di Jepun, termasuk Canon Inc., Sony Corporation dan Toyota Motor Corporation. Oleh sebab ekonomi Jepun sangat berorientasikan eksport, indeks ini boleh dipengaruhi oleh berita ekonomi dari AS. 

Indeks Eurostoxx 50

Simbol: EUSTX50
Waktu dagangan: 9.00-23.00
Euro Stoxx 50 yang direka oleh Stoxx Ltd, ialah indeks wajaran modal yang terdiri daripada beberapa syarikat terbesar merentasi beberapa industri, termasuk SIEMENS, SAP, SANOFI, BAYER, BASF dan sebagainya. Secara keseluruhannya, indeks ini merangkumi 50 syarikat dari 11 negara EU: Austria, Belgium, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Netherlands, Portugal dan Sepanyol.

DAX 30

Simbol: GER30
Waktu dagangan: 9.00-23.00
Satu lagi indeks wajaran modal yang popular, DAX Jerman ini terdiri daripada 30 syarikat teratas yang didagangkan di Frankfurt Stock Exchange, termasuk BASF, SAP, Bayer, Allianz dan sebagainya. Lazimnya dipercayai sebagai pasaran yang baik dengan volum yang besar kerana cenderung untuk mempunyai arah aliran selama beberapa jam pada satu masa dengan penarikan balik yang agak rendah. Sebagai indeks semua saham utama, indeks ini biasanya bertindak balas dengan baik terhadap analisis teknikal dan dipengaruhi oleh berita ekonomi dari Jerman dan EU secara umumnya.

IBEX 35

Simbol: ESP35
Waktu dagangan: 10.00-18.30
IBEX 35 yang terdiri daripada 35 saham Sepanyol yang paling cair ialah indeks pasaran saham penanda aras bagi Bolsa de Madrid. Sebagai indeks wajaran modal, indeks ini bersandarkan pada kaedah apungan bebas, bermakna ia mengambil kira saham yang berada pada tangan pelabur awam, berbanding dengan saham terhad yang dipegang oleh orang dalam syarikat.  Beberapa syarikat terbesar yang terkandung dalam indeks ini ialah BBVA, Banco Santander, Telefónica dan Iberdrola, tetapi penting untuk diketahui bahawa senarai ini disemak semula dan dikemas kini dua kali setahun.

CAC 40

Simbol: FRA40
Waktu dagangan: 9.00-23.00
Satu lagi indeks wajaran modal pasaran apungan bebas, CAC 40 ialah indeks penanda aras bagi pasaran saham di Perancis. Indeks ini mewakili 40 saham teratas yang didagangkan di pasaran saham Euronext Paris. Oleh sebab Perancis mewakili kira-kira satu perlima daripada Ekonomi Eropah, indeks ini boleh memberikan wawasan tentang hala tuju pasaran Eropah dan juga memberikan peluang untuk mendapat untung daripada turun naik harganya sendiri. CAC 40 merangkumi saham merentasi berbilang industri, termasuk farmakologi, perbankan dan peralatan minyak.

FTSE 100 

Simbol: UK100
Waktu dagangan: 9.00-23.00
Juga dipanggil sebagai footsie, Financial Times Stock Exchange 100 ialah indeks wajaran modal pasaran yang mewakili 100 syarikat cip biru di London Stock Exchange. Indeks ini dikatakan melibatkan lebih daripada 80% daripada jumlah modal di United Kingdom. Saham-sahamnya adalah wajaran apungan bebas bagi memastikan hanya set peluang yang boleh dilaburkan dimasukkan dalam indeks ini. Kumpulan FTSE mengurus Indeks ini yang merupakan usaha sama antara Financial Times dan London Stock Exchange.

Bagaimanakah cara memulakan dagangan?

Langkah pertama adalah membuka akaun Pro MT5 dengan OctaFX yang menawarkan semua indeks yang disenaraikan di atas dan juga 28 pasangan mata wang, minyak mentah dan logam. Anda akan berdagang secara tanpa swap dan tiada komisen serta spread yang rendah.

Mula livechat