Daftar masuk
Daftar masuk

Perkara Asas Forex

Strategi Dagangan.

Strategi dagangan forex berbeza-beza dari segi masa dan usaha yang diperlukan, analisis dan alat dasar yang digunakan, dan paling penting sekali, pasaran yang bersesuaian. Memahami berbilang strategi mungkin dapat memberikan manfaat terhadap dagangan anda.

Berikut merupakan huraian terperinci untuk beberapa strategi dagangan yang lazim digunakan. Sila ambil maklum bahawa anda tidak semestinya perlu mengikuti strategi dagangan tersebut begitu sahaja. Tidak kira strategi dagangan apa pun yang anda pilih, anda boleh mengubahsuainya mengikut kesesuaian pasaran. Sebelum menggunakan sebarang strategi untuk dagangan sebenar anda, lakukan ujian bebas risiko pada akaun demo terlebih dahulu.

Dagangan kedudukan.

Dagangan kedudukan merupakan lawan bagi scalping: ia merupakan strategi jangka panjang dengan dagangan yang boleh dibuka selama berhari-hari, berminggu-minggu malah berbulan lamanya. Objektif utamanya ialah untuk memperolehi keuntungan lumayan melalui penyertaan dalam trend utama. Ia memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap perkara asas dan deposit yang mencukupi bagi mengekalkan naik turun harga yang tidak terlalu teruk.

Apabila menggunakan strategi ini, ingat bahawa kedudukan yang dikekalkan untuk tempoh lebih daripada sehari adalah tertakluk kepada caj tukaran atau peralihan. Dalam MT4, tukaran akan dikenakan terhadap semua perintah yang dibuka bermula jam 23.59 sehingga 00.01 (waktu pelayan). Kalkulator Forex yang tersedia pada laman web kami untuk mengira caj tukaran yang dikenakan bagi kedua-dua kedudukan pendek dan panjang.

Dalam cTrader, walau bagaimanapun, caj akan dikenakan apabila anda membuka sesuatu perintah bermula dari hari Isnin hingga Jumaat. Kadar peralihan mingguan boleh didapati di sini.

Lindung nilai.

Lindung nilai merupakan strategi yang sering digunakan bagi mengurangkan risiko yang terlibat apabila berlaku ketidakstabilan harga yang teruk. Sebuah dagangan lindung nilai dibuka dalam arah yang bertentangan dengan kedudukan primer; keperluan margin dalam kes ini akan dibahagikan kepada dua perintah.

Perintah Beli Lindung Nilai Forex

Lindung Nilai Forex

Namun, walaupun dagangan berkenaan dilindung nilai, anda masih berisiko untuk mengalami kerugian yang besar. Memandangkan perintah beli ditutup pada harga bida dan perintah jual ditutup pada harga tanya, spread yang semakin meluas dapat meningkatkan jumlah kerugian bagi kedua-dua kedudukan panjang dan pendek.

Dagangan Berita

Ratusan berita ekonomi akan disiarkan ke seluruh dunia setiap hari. Mungkin sesetengah berita tidak memberikan impak yang besar terhadap pasaran, namun kebanyakannya mempengaruhi pasaran dengan pergerakan yang mendadak dan ketidakstabilan pasaran yang semakin meningkat. Pedagang berita cuba untuk meramal reaksi pasaran terhadap peristiwa tertentu.

Kalendar ekonomi merupakan alat utama yang digunakan oleh pedagang berita untuk menjejaki siaran berita akan datang dan melakukan ramalan terhadap kesannya terhadap pasaran. Semua peristiwa yang dirancang bagi minggu semasa atau minggu berikutnya boleh ditapis mengikut impak, negara, kategori dan masa. Memandangkan matawang sentiasa didagangkan secara berpasangan, berita dari kedua-dua negara yang terlibat perlu diambil kira.

Dalam Kalendar Ekonomi, anda akan menemui ramalan yang disediakan oleh agensi berita kewangan yang telah melakukan tinjauan terhadap sebilangan pakar ekonomi berkenaan pendapat mereka terhadap peristiwa tertentu. Lebih banyak perbezaan data sebenar berbanding ramalan, maka lebih mendadak arah pergerakan yang boleh dijangka.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh merujuk pengenalan kepada Analisis Fundamental di sini.

Scalping

Scalping merupakan strategi dagangan yang membolehkan anda untuk menikmati manfaat daripada naik turun harga minor yang berlaku sepanjang hari. Pakar scalping mempunyai sasaran untuk memperolehi sejumlah pip bagi setiap dagangan yang dilakukan berbanding mendapatkan keuntungan besar daripada satu kedudukan.

Scalping biasanya dianggap sebagai salah satu daripada strategi yang paling menguntungkan memandangkan pergerakan pasaran yang kecil adalah lebih mudah untuk dicapai serta lebih kerap berlaku berbanding pergerakan yang besar. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko kerana dagangan adalah dalam jangka masa pendek.  Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk menggabungkan pelbagai teknik dan faktor pengurusan risiko dalam ketidakstabilan yang meningkat yang mungkin berlaku semasa berita utama disiarkan.  
Pakar scalping sering memanfaatkan analisis teknikal asas ke dalam strategi mereka bagi mengenal pasti trend pasaran jangka pendek. Contohnya, seorang pedagang boleh membuka kedudukan dengan henti rugi 2 pip dan menutupnya apabila kedudukan tersebut mencapai 3 hingga 5 pip dalam keuntungannya sekiranya harga sedang bergerak ke arah tahap sokongan dan rintangan, titik pangsi atau paras Fibonacci.
Aspek utama lain yang boleh diambil kira sebelum menggunakan strategi ini adalah pemilihan broker. Sesetengah syarikat melarang strategi scalping serta menyekat kepanjangan perintah minimum. Spread yang sengit serta mempunyai kependaman rendah dalam pelaksanaan sering menjadi pilihan mereka yang memilih strategi ini. Spread sengit OctaFX serta dagangan tanpa komisen dan pelaksanaan pasaran dalam masa kurang daripada 0.1 saat menyediakan sebuah persekitaran yang lebih bersesuaian untuk pakar scalping. 

DAGANGAN GRID

Strategi dagangan grid melibatkan penempatan perintah menunggu pada selang biasa di atas dan di bawah paras harga yang telah dipratetapkan. Ia tidak memerlukan ramalan arah pergerakan pasaran yang muktamad dan boleh digunakan apabila tiada trend yang jelas.

TahapPerintahHarga bukaTahapPerintahHarga bukaLindung nilai
1 Beli Henti 1.35150 -4 Jual Henti 1.34400 -75
2 Beli Henti 1.35300 -3 Jual Henti 1.34550 -75
3 Beli Henti 1.35450 -2 Jual Henti 1.34700 -75
4 Beli Henti 1.35600 -1 Jual Henti 1.34850 -75
        Kerugian grid maksimum (pip)   -300

Martingale

Teori yang mula diperkenalkan pada kurun ke-18, martingale merupakan strategi pertaruhan yang berasaskan teori kemungkinan. Teras prinsip ini adalah dengan menggandakan pertaruhan setiap kali mengalami kerugian; akhirnya satu pertaruhan kemenangan akan menanggung semua kerugian terdahulu. Prinsip yang sama digunakan dalam dagangan forex: volum akan digandakan apabila strategi yang digunakan pedagang gagal mendapatkan keuntungan. Sekiranya trend pasaran tidak sehaluan dengan pedagang, maka pedagang tersebut boleh meningkatkan volum dua kali ganda dengan harapan berlakunya pecah keluar atau pembalikan.

Katakan pasangan EURUSD adalah pada 1.09450:

PerintahHarga BukaHarga semasaUntung/Rugi
Beli 1 lot 1.09450 1.09400 USD 50
Beli 2 lot 1.09400 1.09350 USD 100
Beli 4 lot 1.09350 1.09400 USD 200

Martingale melibatkan jumlah deposit yang besar dan berisiko untuk mengalami kerugian. Selain itu, strategi ini mungkin melibatkan risiko yang tinggi dan anda mungkin mengalami henti keluar sebelum sempat pulih daripada kerugian atau memperoleh sebarang keuntungan.

Sila ambil perhatian bahawa walaupun ketika menggunakan sistem yang terkemuka dan kompleks, anda mungkin menghadapi situasi apabila sistem gagal untuk meramal arah pergerakan pasaran sekali gus memberikan isyarat ramalan palsu. Luangkan sedikit masa untuk memperbaiki strategi dagangan anda sebelum menggunakannya dalam dagangan sebenar.  

Mula livechat