OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Pendidikan
  • 1Pembukaan akaun
  • 2Ruangan Peribadi
  • 3Maklumat peribadi dan data akses
  • 4Pengesahan akaun
  • 5Tentang OctaFX
  • 6Syarat dagangan
  • 7Akaun dagangan
  • 8Platform dagangan
  • 8.1MT4
  • 8.2cTrader
  • 8.3MT5
  • 9Bonus deposit
  • 10Pertandingan Demo MT4 Juara
  • 11Pertandingan Demo cTrader Weekly
  • 12Pertandingan sebenar Supercharged
  • 13Deposit dan pengeluaran
  • 14Program IB
  • 15Autochartist
  • 16Program kesetiaan Dagang&Menang
  • 17OctaFX Copytrading for Copiers
  • 18OctaFX Copytrading for Master Traders
    • Bagaimanakah saya boleh mendaftar?
      1. Hantar borang pendaftaran untuk membuka akaun pertama anda.
      2. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik "Buka akaun" atau mendaftar dengan akaun Facebook atau Google+ anda.
      3. Semak e-mel anda untuk mesej bertajuk "Sahkan alamat e-mel anda" dan kemudian sahkan e-mel anda. Langkau langkah ini jika anda menggunakan Facebook atau Google+ untuk mendaftar.
      4. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik "Teruskan", kemudian pilih platform yang anda mahu gunakan untuk akaun anda. Kami menawarkan MT4, MT5 dan cTrader.
      5. Pilih "Teruskan ke deposit". Semasa langkah ini, anda akan mendapat e-mel bertajuk "Selamat datang ke OctaFX!" E-mel tersebut mengandungi butiran kelayakan dan kod PIN bagi akaun dagangan anda. Pastikan anda menyimpan e-mel ini.
      6. Akaun dagangan anda telah berjaya dibuka! Pilih salah satu daripada pilihan deposit untuk membuat deposit atau klik "Atau sahkan identiti saya" untuk mengesahkan Ruangan Peribadi anda.
      7. Harap maklum: Pastikan butiran kelayakan anda sepadan dengan dokumen anda kerana anda akan diminta untuk mengesahkan data peribadi anda semasa pengesahan. Sila ambil perhatian, oleh sebab anda hanya boleh menggunakan akaun bank, kad kredit/debit atau dompet e-mata wang anda sendiri, maklumat peribadi anda juga mesti sepadan dengan nama akaun atau pemegang kad.
    • Saya sudah mempunyai akaun dengan OctaFX. Bagaimanakah saya boleh membuka akaun dagangan baru?
      1. Daftar masuk ke Ruangan Peribadi anda dengan alamat e-mel pendaftaran dan kata laluan ruangan peribadi anda.
      2. Sama ada klik pada nombor akaun anda di penjuru kanan sebelah atas atau klik "Akaun Dagangan" dan pilih "Buka Akaun Sebenar" atau "Buka Akaun Demo".
    • Apakah jenis akaun yang harus saya pilih?
      Bergantung pada platform dagangan pilihan dan instrumen dagangan yang anda ingin berdagang. Anda boleh membandingkan jenis akaun di sini. Sekiranya perlu, anda boleh membuka akaun baru kemudian.
    • Apakah leveraj yang harus saya pilih?
      Anda boleh memilih leveraj 1:1, 1:5, 1:33, 1:50, 1:200 atau 1:500 pada MT4 dan cTrader, atau 1:1, 1:5, 1:33, 1:50, 1:200 pada MT5. Leveraj ialah kredit maya yang diberikan kepada pelanggan oleh syarikat dan ia mengubah keperluan margin anda, iaitu lebih tinggi nisbah, semakin rendah margin yang anda perlukan untuk membuka pesanan. Untuk memilih leveraj yang sesuai bagi akaun anda, anda boleh menggunakan kalkulator Forex kami. Leveraj boleh diubah kemudian dalam Ruangan Peribadi.
    • Bolehkah saya membuka akaun swap bebas (Islam)?
      Ya, hanya tandakan kotak “Bebas Swap” apabila anda membuka akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa akaun bebas swap tidak menawarkan sebarang manfaat yang melebihi akaun biasa. Terdapat bayaran tetap untuk menggunakan akaun bebas swap.
      Komisen = harga pip * nilai swap pasangan mata wang.
      Bayaran ini tidak dikira sebagai faedah dan bergantung pada arah kedudukan (iaitu beli atau jual).
    • Di manakah saya boleh mendapatkan Perjanjian Pelanggan OctaFX?
      Anda boleh mendapatkan dan memuat turunnya di seksyen Perjanjian perundangan. Sila pastikan bahawa anda telah membaca dan bersetuju dengan Perjanjian Pelanggan kami sebelum anda mula berdagang.
    • Saya telah membuka akaun. Apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
      Selepas membuka akaun, periksa e-mel anda untuk mendapatkan butiran kelayakan akaun anda. Langkah seterusnya adalah untuk memuat turun dan memasang platform dagangan. Anda boleh mendapatkan pautan dan arahan muat turun di sini. Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang dagangan di bahagian Pendidikan.
    • Apakah Ruangan Peribadi?
      Dalam Ruangan Peribadi, anda boleh membuka akaun baru, mengurus akaun sedia ada, membuat deposit dan permintaan pengeluaran, memindahkan dana antara akaun anda, menuntut bonus dan memulihkan kata laluan yang terlupa.
    • Bagaimanakah saya boleh mendaftar masuk ke Ruangan Peribadi saya?
      Untuk mendaftar masuk, sila gunakan alamat e-mel pendaftaran dan kata laluan Ruangan Peribadi anda. Anda boleh memulihkan kata laluan Ruangan Peribadi anda di sini jika anda kehilangannya.
    • Saya terlupa kata laluan Ruangan Peribadi saya. Bagaimanakah saya boleh memulihkannya?
      Lawati halaman pemulihan kata laluan. Masukkan alamat e-mel pendaftaran anda dan klik "Kembalikan kata laluan". Pautan pemulihan akan dihantar melalui e-mel. Ikut pautan ini, masukkan kata laluan baru dua kali dan klik butang "Hantar". Gunakan alamat e-mel anda dan kata laluan baru untuk log masuk.
    • Bagaimanakah saya boleh bertukar antara akaun dalam Ruangan Peribadi saya?
      Anda boleh memilih akaun di bahagian atas sebelah kanan halaman atau dengan mengklik pada anak panah juntai bawah di sebelah nombor akaun dalam senarai "Akaun saya" dan memilih "Tukar ke akaun ini".
    • Bagaimanakah saya boleh mengubah leveraj saya?
      Klik Tukar di sebelah "Leveraj" dalam Ringkasan Akaun anda, pilih nisbah baru dan klik butang "Tukar". Anda boleh mengubah leveraj hanya jika anda tidak mempunyai kedudukan yang terbuka atau pesanan belum selesai.
    • Bagaimanakah saya boleh menukar akaun MT4 saya kepada akaun biasa atau bebas swap?
      Klik Tukar di sebelah "Bebas Swap" dalam Ringkasan Akaun, pilih sama ada anda mahu akaun ini bebas swap atau tidak, dan klik "Tukar". Pastikan anda tidak mempunyai kedudukan terbuka atau pesanan yang belum selesai sebelum menukar parameter ini.
    • Di manakah saya boleh mendapatkan semua akaun saya?
      Klik <Akaun Dagangan di sebelah kanan dan buka "Akaun Saya" untuk melihat senarai penuh. Di sini anda boleh melihat maklumat umum termasuk nombor akaun, jenis, mata wang dan baki, bertukar antara akaun, menyembunyikan atau memaparkan akaun pada halaman utama, membuat deposit dan permintaan pengeluaran.
    • Bagaimanakah saya boleh menyembunyikan akaun yang saya tidak gunakan lagi daripada senarai akaun saya?
      Untuk menyembunyikan akaun dagangan, daftar masuk ke Ruangan Peribadi anda, cari nombornya dalam senarai "Akaun Saya", klik pada anak panah juntai bawah dan pilih "Sembunyi akaun". Akaun itu kemudiannya boleh dipulihkan dalam senarai akaun anda.
    • Bagaimanakah saya boleh menutup Ruangan Peribadi saya?
      Untuk menutup Ruangan Peribadi anda, sila hantarkan permintaan kepada support@octafx.com.
    • Apakah Pemantauan Akaun?
      Alat Pemantauan Akaun telah dibangunkan untuk membolehkan anda berkongsi prestasi, carta, keuntungan, pesanan dan sejarah anda dengan orang lain. Anda boleh melakukannya dengan menambah akaun anda untuk Pemantauan. Anda juga boleh menggunakan Pemantauan Akaun untuk melihat dan membandingkan statistik pedagang yang berjaya dan belajar daripada mereka.
    • Bagaimanakah saya boleh menambah akaun untuk Pemantauan?
      Masuk ke Ruangan Peribadi anda, pilih "Akaun dedangan" dan Selia di sebelah kanan. Kemudian dapatkan nombor akaun yang ingin ditambahkan dalam "Akaun anda yang tersedia" dan klik "Tambah untuk pemantauan".
    • Bagaimanakah cara untuk saya menambahkan akaun saya ke Pemantauan?
      Daftar masuk ke Ruangan Peribadi anda, pilih "Akaun saya" Melihat di sebelah kanan. Cari nombor bagi akaun yang anda ingin tambahkan ke dalam senarai "Akaun anda yang sedia ada" dan klik "Tambah ke pemantauan".
    • Bagaimanakah saya boleh menyembunyikan baki dan kedudukan akaun sebenar saya daripada Pemantauan?
      Buka halaman Pemantauan Akaun, dapatkan nombor akaun sebenar dalam "Akaun dipantau anda". Klik "Persediaan keterlihatan" dan nyahtanda kotak yang diperlukan. Klik butang "Simpan seting" di bawah untuk menggunakan perubahan.
    • Bolehkah saya mempunyai beberapa Ruangan Peribadi?
      Ruangan Peribadi OctaFX direka untuk anda menyimpan semua maklumat tentang dagangan anda pada satu tempat. Harap maklum bahawa mencipta beberapa Ruangan Peribadi dengan menggunakan banyak alamat e-mel adalah dilarang.
    • Bagaimanakah cara untuk menukar alamat e-mel saya?
      Buka halaman Maklumat peribadi saya dalam Ruangan Peribadi, klik "Tukar" bersebelahan e-mel semasa anda, masukkan alamat e-mel baru anda dan klik butang "Tukar e-mel" di bawah. Satu pautan pengesahan akan dihantar kepada kedua-dua alamat lama dan baru. Klik pada pautan yang dihantar pada alamat e-mel lama anda dan juga pautan pada alamat e-mel baru anda untuk melakukan perubahan.
    • Bagaimanakah cara untuk menukar nombor telefon saya?
      Buka halaman Maklumat peribadi saya dan klik "Tukar" bersebelahan nombor telefon semasa anda.
    • Saya terlupa kata laluan pedagang saya. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kata laluan baru?
      Sila daftar masuk ke Ruangan Peribadi anda, klik Tetapan di sebelah kanan dan Kata laluan semula di bawah. Tandakan kotak "Kata laluan akaun" dan pilih nombor akaun daripada menu juntai bawah. Masukkan kod captcha dan klik butang "Hantar". Kata laluan pedagang baru akan dihantar kepada alamat e-mel anda.
    • Bagaimanakah cara untuk saya menukar kod PIN saya?
      Dalam Ruangan Peribadi anda klik Tetapan dan pilih Tukar kata laluan. Tandakan kotak "KOD PIN", masukkan kod PIN semasa anda dan kod PIN baru anda dua kali. Klik butang "Tukar" di bawah untuk melakukan perubahan.
    • Bagaimanakah saya boleh menetapkan kata laluan Ruangan Peribadi yang baru?
      Untuk menetapkan kata laluan Ruangan Peribadi baru, daftar masuk menggunakan kata laluan semasa anda, buka Seting, pilih Tukar kata laluan di sebelah kanan, kemudian "kata laluan Ruangan Peribadi". Masukkan kata laluan semasa anda dalam medan "Semasa" dan kata laluan baru dalam medan "Baru" dan "Ulang". Klik butang "Tukar" untuk mengesahkan.
    • Bagaimanakah saya boleh mengubah kata laluan pedagang saya?
      Anda boleh mengubah kata laluan pedagang anda dalam Ruangan Peribadi. Daftar masuk menggunakan alamat e-mel pendaftaran dan kata laluan ruangan peribadi anda. Buka halaman Tukar kata laluan di bawah Seting di sebelah kanan, tandakan "Kata laluan akaun" dan pilih nombor akaun daripada menu juntai bawah. Kemudian masukkan kata laluan pedagang semasa anda dalam kotak "Semasa", diikuti dengan kata laluan baru dalam "Baru" dan "Ulang". Pilih "Tukar" untuk menyimpan kata laluan baru.
    • Saya kehilangan kata laluan/kod PIN pedagang saya. Bagaimanakah saya boleh memulihkannya?
      Log masuk ke Ruangan Peribadi anda, kemudian pilih Seting di sebelah kanan dan pilih Kata laluan semula. Pilih kata laluan yang anda ingin pulihkan (kod PIN, kata laluan akaun), masukkan ReCaptcha dan klik "Hantar". Kata laluan baru akan dihantar ke alamat e-mel anda.
    • Bagaimanakah saya boleh memulihkan atau menukar kata laluan pelabur saya?
      Anda tidak boleh memulihkan kata laluan Pelabur. Anda boleh menetapkannya dalam MT4 atau MT5 anda. Sila ikut langkah-langkah di bawah:
      1. Pilih "Alatan" dan klik "Pilihan"
      2. Di bawah tab "Server", pilih "Tukar"
      3. Masukkan kata laluan induk semasa dalam medan teks "Kata Laluan Semasa"
      4. Pilih "Tukar kata laluan pelabur" jika belum ditanda
      5. Masukkan kata laluan pelabur baru dalam medan teks "Kata Laluan Baru"
      6. Taipkan semula kata laluan pelabur baru dalam medan teks "Pastikan"
    • Bagaimanakah cara untuk saya mengesahkan akaun saya?
      Kami perlukan sekurang-kurangnya dua dokumen yang berlainan untuk pengesahan: bukti pengenalan diri dan bukti alamat tempat tinggal. Anda perlu menghantar pasport, kad pengenalan kebangsaan atau sebarang ID gambar lain yang dikeluarkan oleh kerajaan. Nama anda, tarikh lahir, tandatangan, gambar, tarikh ID dikeluarkan dan tamat tempoh, nombor siri perlulah jelas kelihatan. ID tidak boleh tamat tempoh. Semua dokumen perlu diimbas atau ditangkap gambarnya. Dokumen yang renyuk dan dilipat tidak diterima. Bil utiliti atau bil telefon semasa, perjanjian bank, penyata bank, penyata kad kredit yang bertarikh tidak kurang daripada 6 bulan boleh dihantar sebagai bukti alamat tempat tinggal anda. Dokumen ini perlu diimbas; dokumen yang renyuk dan/atau dokumen yang dilipat tidak akan diterima. Dokumen berkenaan perlulah menyatakan alamat anda pada butiran akaun. Dokumen ini boleh dihantar ke kawasan Peribadi anda atau kepada support@octafx.com
    • Mengapa saya perlu mengesahkan akaun saya?
      Pengesahan akaun ialah langkah mudah untuk memastikan kesahihan maklumat anda dan melindungi pelanggan kami daripada penipuan. Langkah ini akan memastikan transaksi anda dibenarkan dan selamat. Kami amat mengesyorkan anda menyerahkan semua dokumen yang diperlukan sebelum membuat deposit pertama anda, terutamanya: Sekiranya anda ingin membuat deposit melalui Visa/Mastercard Jika anda ingin menuntut bonus untuk deposit pertama anda Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh mengeluarkan dana jika akaun anda disahkan. Data peribadi anda akan disimpan dengan keyakinan yang ketat.
    • Saya telah menghantar semua dokumen. Berapa lamakah yang diambil untuk pengesahan akaun dilakukan?
      Biasanya prosedur pengesahan kami mengambil masa kurang daripada 20 minit, walau bagaimanapun sila ambil perhatian bahawa proses ini mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk Jabatan KYC kami menyemak dokumen anda. Bergantung kepada jumlah pengesahan yang diminta, yang dihantar semalaman atau semasa hujung minggu dan mungkin mengambil 1-2 hari bekerja kecuali kes-kes terpencil. Sila ambil maklum bahawa kualiti dokumen yang dihantar boleh mempengaruhi masa pengesahan yang diambil, jadi pastikan dokumen anda diimbas dengan jelas dan tidak herot. Setelah pengesahan selesai, anda akan dimaklumkan melalui e-mel.
    • Adakah maklumat peribadi saya selamat dengan anda? Bagaimanakah anda melindungi maklumat peribadi saya?
      Kami menggunakan teknologi yang sangat selamat untuk melindungi data peribadi dan transaksi kewangan anda. Ruangan Peribadi anda dijamin SSL dan dilindungi dengan penyulitan 128 bit untuk menjadikan pelayaran anda selamat dan data anda tidak dapat diakses oleh mana-mana pihak ketiga. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang perlindungan data dalam Dasar Privasi kami.
    • Di manakah lokasi pelayan OctaFX?
      Pelayan dagangan kami terletak di London. OctaFX mempunyai rangkaian pelayan dan pusat data yang luas yang terletak di seluruh Eropah dan Asia bagi memastikan sambungan kependaman rendah dan stabil.
    • Apakah waktu pembukaan pasaran anda?
      Waktu dagangan MT4 dan MT5 adalah 24/5, bermula pada pukul 00:00 hari Isnin dan tutup pada pukul 23:59 waktu pelayan hari Jumaat (EET / EST). Zon waktu pelayan cTrader ialah UTC +0, namun anda boleh menetapkan zon waktu anda sendiri untuk carta dan maklumat dagangan di penjuru bawah sebelah kanan platform.
    • Apakah kelebihan dagangan dengan OctaFX?
      OctaFX menghargai setiap pelanggan dan melakukan segala-galanya yang mungkin untuk memberikan pengalaman Dagangan Forex yang positif dan menguntungkan dengan kami. Sentiasa menjadi keutamaan kami untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan kami, selaras dengan standard dan peraturan antarabangsa. Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman dagangan yang mudah dan cemerlang, berusaha memacu dagangan Forex ke tahap baru sepenuhnya. OctaFX menawarkan pelaksanaan pasaran kurang daripada sesaat, tiada komisen bagi deposit dan pengeluaran, spread terendah dalam industri, pelbagai kaedah deposit dan pengeluaran, perlindungan baki negatif, pelbagai pilihan alat dagangan. Sila ketahui lebih lanjut di sini.
    • Adakah OctaFX mengambil bahagian dalam mana-mana program CSR?
      OctaFX dengan bangganya menjadi syarikat yang bertanggungjawab secara sosial. Kami terlibat dalam memberi sokongan kepada pelbagai yayasan dan program kebajikan, berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka yang memerlukan. Kami percaya bahawa menjadi tanggungjawab kami untuk meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya di seluruh dunia. Anda boleh mendapatkan maklumat selanjutnya tentang cara anda boleh membantu di sini, di halaman Kebajikan .
    • Bagaimanakah OctaFX menyokong aktiviti sukan?
      Selain membantu pelbagai organisasi kebajikan, OctaFX menyokong inisiatif sukan di seluruh dunia. Kami sangat teruja untuk menyokong sukan yang pelanggan kami minati. Itulah sebabnya pada tahun 2014, perjanjian penajaan pertama kami ditandatangani dengan kelab bola sepak Persib Bandung, yang berakhir dengan Persib memenangi Piala ISL 2014, mendapat hak untuk dipanggil Juara Indonesia. Kami juga menyokong Rip Curl Cup Padang Padang yang berlangsung pada bulan Ogos di Bali, menghubungkan perasaan yang sama dalam mengharungi gelombang yang meluncur dan Forex. OctaFX juga menaja Kelab Bola Sepak Southampton, sebuah pasukan Liga Perdana Inggeris. Anda boleh mengetahui tentang penajaan kami pada masa ini di sini.
    • Apakah spread anda? Adakah anda menawarkan spread tetap?
      OctaFX menawarkan spread terapung yang berbeza-beza mengikut situasi pasaran. Matlamat kami adalah untuk memberi anda harga yang telus dan spread yang paling ketat yang kami boleh tanpa mengenakan sebarang komisen tambahan. OctaFX hanya menyampaikan harga tawaran/tanya yang terbaik yang diterima daripada kumpulan kecairan kami dan spread kami dengan tepat mencerminkan harga yang tersedia dalam pasaran. Kelebihan utama spread terapung berbanding spread tetap ialah spread ini biasanya lebih rendah daripada purata, walau bagaimanapun, anda mungkin menjangkakannya akan melebar pada pembukaan pasaran, semasa rollover pada (waktu pelayan), semasa pengumuman berita utama atau tempoh ketaktentuan tinggi. Kami juga menyediakan spread tetap yang cemerlang pada pasangan berasaskan USD, yang menawarkan kos yang boleh diramal dan sesuai untuk perancangan pelaburan jangka panjang. Anda boleh menyemak spread minimum, biasa dan semasa untuk semua instrumen dagangan pada halaman a href="/spreads/" target="_blank">Spread dan syarat.
    • Bagaimanakah spread terapung berubah sepanjang hari?
      Spread terapung berbeza-beza sepanjang hari bergantung pada sesi dagangan, kecairan dan ketaktentuan. Spread ini cenderung untuk kurang ketat pada pembukaan pasaran pada hari Isnin, apabila berita berimpak tinggi dikeluarkan dan pada masa-masa lain yang ketaktentuan adalah tinggi.
    • Adakah terdapat sebutan semula di OctaFX?
      Tidak, kami tidak mempunyai sebutan semula. Sebutan semula berlaku apabila pengedar dagangan dari pihak satu lagi menunda pelaksanaan ketika perubahan harga berlaku. Sebagai broker bukan meja urusan OctaFX akan menyeimbangkan semua pesanan kepada pembekal kecairan untuk dilaksanakan di pihak mereka.
    • Adakah terdapat gelinciran pada platform anda?
      Gelinciran ialah sedikit pergerakan pada harga pelaksanaan yang mungkin berlaku disebabkan kekurangan kecairan di sebalik harga yang diminta atau apabila ia telah diambil oleh pesanan pedagang lain. Ia juga boleh berlaku kerana jurang pasaran. Gelinciran harus diambil kira sebagai salah satu risiko apabila berdagang dengan broker ECN kerana tidak dapat dijamin bahawa pesanan anda akan dilaksanakan pada harga yang diminta. Walau bagaimanapun, sistem kami disediakan untuk mengisi pesanan pada harga terbaik yang seterusnya apabila berlaku gelinciran. Harap maklum bahawa gelinciran boleh bersifat positif dan negatif, dan OctaFX tidak dapat mempengaruhi faktor ini.
    • Adakah anda menjamin pesanan henti?
      Sebagai broker ECN, OctaFX tidak dapat menjamin pengisian pada kadar yang diminta. Selepas dicetuskan, pesanan belum selesai menjadi pesanan pasaran dan diisi pada harga terbaik yang bergantung pada keadaan pasaran, kecairan yang tersedia, corak dagangan dan volum.
    • Adakah terdapat kebarangkalian yang saya akan rugi lebih daripada jumlah deposit saya? Apakah yang akan berlaku jika baki akaun menjadi negatif?
      Tidak, OctaFX menawarkan perlindungan baki negatif, jadi apabila baki anda menjadi negatif kami akan melaraskannya secara automatik menjadi sifar.
    • Perlindungan baki negatif
      Keutamaan OctaFX adalah memberikan pengalaman dagangan yang hebat kepada anda. Sebab itulah kami akan menyokong anda walau apa pun risikonya: Sistem pengurusan risiko kami memastikan bahawa pelanggan tidak boleh kehilangan lebih daripada yang dilaburkan pada mulanya. Jika baki anda menjadi negatif kerana Henti Keluar (Stop Out), OctaFX akan membayar ganti rugi bagi jumlah tersebut dan menjadikan baki akaun anda kembali kepada sifar. OctaFX menjamin bahawa risiko anda terhad hanya setakat jumlah dana yang anda depositkan ke dalam akaun anda. Harap maklum bahawa ini tidak termasuk sebarang bayaran hutang daripada pelanggan. Oleh itu, pelanggan kami dilindungi daripada kerugian melebihi deposit awal yang ditanggung oleh OctaFX. Anda boleh baca selanjutnya dalam Perjanjian Pelanggan.
    • Berapakah margin yang diperlukan untuk membuka pesanan saya?
      Bergantung pada pasangan mata wang, volum dan leveraj akaun. Anda boleh menggunakan Kalkulator Forex untuk mengira margin yang diperlukan. Apabila anda membuka kedudukan lindung nilai (dikunci atau bertentangan), tiada margin tambahan yang diperlukan, namun jika margin bebas anda negatif, anda tidak akan dapat membuka pesanan lindung nilai.
    • Pesanan saya tidak dilaksanakan dengan betul. Apakah yang patut saya lakukan?
      Dengan pelaksanaan pasaran, kami tidak dapat menjamin pengisian pada kadar yang diminta bagi semua kedudukan anda (sila semak Tentang dagangan ECN untuk maklumat lanjut). Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau jika anda ingin seseorang menyemak pesanan anda, anda sentiasa dialu-alukan untuk menulis aduan yang terperinci dan hantar ke support@octafx.com. Jabatan pematuhan dagangan kami akan menyiasat kes anda, memberikan respons yang segera kepada anda dan membuat pembetulan pada akaun jika berkaitan.
    • Adakah anda mempunyai apa-apa komisen?
      Komisen MT4 dan MT5 dimasukkan dalam spread kami sebagai tokokan. Tiada bayaran tambahan yang dikenakan. Kami mengenakan komisen dagangan pada cTrader. Anda boleh mendapatkan kadar komisen separuh pusingan di sini.
    • Apakah teknik dan strategi dagangan yang boleh saya gunakan?
      Pelanggan kami dialu-alukan untuk menggunakan sebarang strategi dagangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada scalping, lindung nilai, dagangan berita, martingale serta Penasihat Pakar, dengan satu-satunya pengecualian ialah arbitraj.
    • Adakah anda membenarkan dagangan lindung nilai/scalping/berita?
      OctaFX membenarkan scalping, lindung nilai dan strategi lain, jika pesanan dibuat mengikut Perjanjian Pelanggan kami. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa dagangan arbitraj tidak dibenarkan.
    • Apakah alat yang anda ada untuk saya menjejak pengumuman berita utama dan masa ketaktentuan pasaran yang tinggi?
      Sila gunakan Kalendar Ekonomi untuk dimaklumkan tentang pengumuman yang akan datang dan halaman Berita Forex untuk mengetahui lebih lanjut tentang peristiwa pasaran baru-baru ini. Anda boleh menjangkakan ketaktentuan pasaran yang tinggi apabila peristiwa dengan keutamaan yang tinggi akan berlaku.
    • Apakah jurang harga dan bagaimanakah ia mempengaruhi pesanan saya?
      Jurang harga menandakan perkara berikut:
      • Harga tawaran semasa adalah lebih tinggi daripada harga tanya bagi sebut harga sebelumnya;
      • atau Harga tanya semasa adalah lebih rendah daripada harga tawaran bagi sebut harga sebelumnya
      Harga tawaran semasa adalah lebih tinggi daripada harga tanya bagi sebut harga sebelumnya; atau harga tanya semasa adalah lebih rendah daripada harga tawaran bagi sebut harga sebelumnya. Penting untuk difahami bahawa anda mungkin tidak semestinya dapat melihat jurang harga pada carta kerana ia boleh tertutup dalam lilin. Seperti yang digambarkan dalam takrifnya, dalam sesetengah keadaan, anda perlu memerhatikan harga tanya, manakala carta menunjukkan harga tawaran sahaja. Peraturan berikut digunakan pada pesanan belum selesai yang dilaksanakan semasa jurang harga:
      • Jika Henti Kerugian anda berada dalam jurang harga, pesanan akan ditutup pada harga pertama selepas jurang tersebut.
      • Sekiranya berlaku harga pesanan belum selesai dan aras Ambil Keuntungan berada dalam jurang harga, pesanan akan dibatalkan.
      • Sekiranya harga pesanan Ambil Keuntungan berada dalam jurang harga, pesanan akan dilaksanakan pada harganya.
      • Pesanan belum selesai Buy Stop dan Sell Stop akan dilaksanakan pada harga pertama selepas jurang harga. Pesanan belum selesai Buy Limit dan Sell Limit akan dilaksanakan mengikut harga pesanan.
      Contohnya: tawaran disenaraikan sebagai 1.09004 dan tanya ialah 1.0900. Pada tanda seterusnya, tawaran ialah 1.09012 dan tanya ialah 1.0902:
      • Jika pesanan Jual anda mempunyai aras henti kerugian pada 1.09005, pesanan akan ditutup pada 1.0902.
      • Jika aras Ambil Keuntungan anda ialah 1.09005, pesanan akan ditutup pada 1.0900.
      • Jika harga pesanan Buy Stop anda ialah 1.09002 dengan ambil keuntungan pada 1.09022, pesanan akan dibatalkan.
      • Jika harga Buy Stop anda ialah 1.09005, pesanan akan dibuka pada 1.0902.
      • Jika harga Buy Limit anda ialah 1.09005, pesanan akan dibuka pada 1.0900.
    • Apakah yang berlaku jika saya meninggalkan pesanan saya semalaman?
      Bergantung pada jenis akaun anda. Sekiranya anda mempunyai akaun biasa MT4, swap akan dikenakan pada semua kedudukan yang dibiarkan terbuka semalaman (masa pelayan). Jika akaun MT4 anda bebas swap, komisen bebas swap akan dikenakan semalaman. Akaun MT5 kami adalah bebas swap secara lalai. Bayaran tiga hari dikenakan, bermakna ia akan dikenakan pada setiap rollover ketiga dagangan anda. Akaun cTrader adalah bebas swap dan tidak dikenakan bayaran semalaman. Walau bagaimanapun, bayaran akan berubah sekiranya anda meninggalkan kedudukan anda untuk hujung minggu. Anda boleh menggunakan alat ini untuk menyemak bayaran kami.
    • Mengapa swap ganda tiga dikenakan apabila saya mengekalkan kedudukan (roll) dari hari Rabu hingga Khamis?
      Swap ganda tiga dikenakan dari hari Rabu hingga Khamis pada akaun sebagai penyelesaian dagangan sepanjang hujung minggu, kerana kadar swap tidak berubah semasa tempoh ini kerana pasaran ditutup.
    • Bolehkah saya berdagang CFD di OctaFX?
      Ya, anda boleh berdagang CFD di akaun Pro MT5. Anda boleh mengetahui selanjutnya tentang dagangan CFD di sini.
    • Bolehkah saya berdagang Mata Wang Kripto di OctaFX?
      Ya, anda boleh berdagang Mata Wang Kripto di OctaFX. Anda boleh berdagang Bitcoin, Ethereum, Litecoin. Anda boleh melihat cara berdagang Mata Wang Kripto di sini.
    • Bolehkah saya berdagang Komoditi di OctaFX?
      Ya, nikmati manfaat berdagang emas, perak, minyak mentah dan komoditi lain dengan OctaFX! Lihat selanjutnya di sini
    • Apakah komoditi?
      Komoditi ialah aset fizikal boleh didagangkan seperti logam termasuk emas, perak, platinum dan tembaga, serta minyak mentah, gas asli dan sumber lain.
    • Apakah jenis akaun yang anda tawarkan?
      OctaFX menawarkan pelbagai akaun dagangan yang sesuai untuk mana-mana strategi dagangan dan tahap pengalaman perdagangan anda. Akaun sebenar dan demo tersedia di tiga platform dagangan – MetaTrader 4, MetaTrader 5 dan cTrader. Anda boleh membandingkan akaun dan memilih yang sesuai mengikut keperluan individu anda di sini.
    • Adakah akaun demo ditawarkan?
      Ya, anda boleh membuka sebanyak akaun demo yang anda inginkan dalam Ruangan Peribadi untuk melatih dan menguji strategi anda. Anda juga boleh memenangi dana sebenar dengan menyertai Kejohanan OctaFX atau Pertandingan Demo cTrader Weekly.
    • Bagaimanakah cara untuk membuka akaun demo?
      Sila log masuk ke Ruangan Peribadi anda dan klik Buka akaun: Demo di bahagian atas halaman. Akaun demo mencontohi keadaan dan harga pasaran sebenar untuk digunakan bagi tujuan latihan, pengenalan dengan platform dan untuk menguji strategi anda tanpa sebarang risiko.
    • Bagaimanakah cara untuk saya menambah nilai baki akaun demo saya?
      Beralih ke akaun demo anda dalam Ruangan Peribadi dan klik Tambah nilai akaun demo di bawah baki semasa anda.
    • Adakah anda menyahaktifkan akaun demo?
      Akaun Demo MT4 dan MT5 akan tamat tempoh selepas 60 hari tidak aktif, manakala akaun cTrader dinyahdayakan jika anda tidak menggunakannya selama 90 hari. Sementara itu, dagangan dengan akaun pertandingan demo akan dinyahdayakan selepas pusingan berakhir.
    • Bolehkah saya mempunyai berbilang akaun?
      Kami tidak mengehadkan bilangan akaun demo yang boleh anda buka. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh membuat lebih daripada dua akaun sebenar melainkan sekurang-kurangnya satu daripadanya digunakan untuk dagangan. Dengan kata lain, anda hanya boleh membuka akaun ketiga jika anda melakukan sekurang-kurangnya satu deposit dan/atau melengkapkan satu dagangan menggunakan salah satu akaun sedia ada.
    • Apakah mata wang akaun yang anda tawarkan?
      Sebagai pelanggan OctaFX, anda boleh membuka akaun USD atau EUR. Sila ketahui bahawa anda boleh membuat deposit ke akaun ini dalam mana-mana mata wang dan deposit anda akan ditukarkan ke mata wang pilihan anda dengan kadar mata wang yang ditetapkan oleh sistem pembayaran. Sekiranya anda mendepositkan USD ke akaun EUR anda atau sebaliknya, dana akan ditukar menggunakan kadar EURUSD semasa.
    • Bolehkah saya mengubah mata wang akaun saya?
      Anda tidak boleh menukar mata wang akaun anda, tetapi anda boleh membuka akaun dagangan baru di Ruangan Peribadi anda.
    • Di manakah saya boleh mendapatkan data akses? (+pautan ke seksyen data Akses)
      Semua data akses termasuklah nombor akaun, kata laluan pedagang dan pelabur akan dihantar melalui e-mel selepas akaun dibuka. Jika anda kehilangan e-mel tersebut, anda boleh memulihkan data akses anda dalam Ruangan Peribadi.
    • Di manakah saya boleh memuat turun penyata akaun saya?
      Anda boleh memuat turun penyata akaun dalam Ruangan Peribadi: cari akaun anda dalam senarai "Akaun saya", klik anak panah juntai bawah dan pilih "Sejarah Dagangan". Pilih tarikh dan klik pada butang "CSV" atau "HTML" bergantung pada format fail yang anda perlukan.
    • Apakah platform dagangan yang anda tawarkan?
      Kami menawarkan tiga platform dagangan yang sangat terkenal: MetaTrader 4, MetaTrader 5 dan cTrader. Anda boleh membuka akaun demo dan sebenar pada semua platform yang kami tawarkan. Semua platform tersedia untuk PC, melalui pelayar web dan sebagai aplikasi mudah alih di AppStore dan di Google Play. Anda boleh membandingkannya di sini.
    • Bolehkah saya menggunakan EA MT4 atau Penanda dalam cTrader?
      Adalah mustahil untuk menggunakan EA MT4 (Penasihat Pakar) dan Penanda dalam cTrader. Walau bagaimanapun, anda boleh untuk menukarkan EA MQ4 atau kod Penanda anda ke C# melalui pautan berikut. Turut tersedia dalam cTrader anda di bawah tab "Pautan".
    • Bolehkah saya menggunakan akaun saya pada platform lain?
      Anda tidak boleh log masuk ke akaun yang direka untuk sesebuah platform pada platform lain. Sebagai contoh, anda tidak boleh log masuk ke MT5 dengan akaun MT4 atau cTrader dan sebaliknya.
    • Bolehkah saya menjalankan beberapa akaun pada masa yang sama?
      Ya, anda boleh. Anda boleh log masuk ke beberapa akaun MT4/MT5 pada masa yang sama jika anda memasang beberapa tika MT4/MT5. Bagi cTrader - anda boleh membuka cTrader berulang kali untuk log masuk ke beberapa akaun cTrader pada masa yang sama.
    • Bolehkah saya berdagang menggunakan peranti Android/iOS saya?
      Ya, anda boleh memasang kedua-dua aplikasi MetaTrader4 dan cTrader pada peranti anda. Lawati halaman platform kami untuk melihat arahan terperinci tentang cara untuk memuat turun kedua-dua aplikasi MT4 dan cTrader pada peranti iOS/Android anda.
    • Adakah terdapat platform yang berasaskan web?
      Platform berasaskan web MT4 tersedia di sini. Platform ini membolehkan anda untuk melakukan dagangan dari sebarang sistem operasi dengan antara muka mudah pada platform Metatrader 4. Semua alat utama tersedia termasuklah dagangan satu klik dan dagangan carta. Kami juga mempunyai platform cTrader berasaskan web yang tersedia di sini: ct.octafx.com Untuk berdagang pada platform cTrader melalui pelayar, anda hanya perlu mendaftar masuk ke terminal menggunakan maklumat kelayakan anda. cTrader yang berasaskan web menyokong semua pelayar utama dan tersedia untuk telefon mudah alih dan tablet. Anda boleh mengakses harga yang telus, pencartaan lanjutan dan analisis teknikal daripada sebarang peranti dengan akses Internet.
    • Bagaimanakah saya boleh log masuk ke MetaTrader 4 dengan akaun saya?
      Buka MT4, kemudian klik "Fail" > "Log masuk dengan akaun dagangan". Dalam tetingkap timbul, masukkan nombor akaun, kata laluan pedagang dan pilih "OctaFX-Real" untuk akaun sebenar atau "OctaFX-Demo" jika anda log masuk dengan akaun demo.
    • Bagaimanakah saya boleh membuka pesanan?
      Untuk memaparkan tetingkap "Pesanan Baru", anda boleh:
      • Tekan F9 pada papan kekunci anda;
      • Klik kanan simbol pada tetingkap Market Watch dan pilih 'Pesanan Baru' daripada menu timbul;
      • Klik kanan pada carta yang terbuka dan pilih "Pesanan baru";
      • Klik pada butang "Pesanan Baru" dalam bar alat.
      Pada tetingkap timbul, sila pilih simbol daripada senarai juntai bawah, tetapkan volum pesanan dalam lot, tetapkan aras Henti Kerugian atau Ambil Keuntungan dan pilih jenis pesanan anda. Jika anda memilih "Pelaksanaan pasaran", hanya klik "Beli" atau "Jual" di bawah untuk membuka kedudukan pada kadar pasaran semasa.
      Jika anda ingin membuka pesanan belum selesai, pilihnya sebagai jenis pesanan. Seterusnya pilih jenisnya (iaitu Buy Limit, Sell Limit, Buy Stop atau Sell Stop) dan tentukan harga yang mana pesanan akan dicetuskan. Klik butang 'Tempat' untuk menyerahkan pesanan.
      Untuk menentukan aras Henti Kerugian atau Ambil Keuntungan, klik anak panah atas atau ke bawah untuk mengisi harga semasa dan melaraskannya kepada harga Henti Kerugian atau Ambil Keuntungan anda.
      Sebaik sahaja kedudukan ini dibuka, ia akan muncul dalam tab Dagangan.
      MT4 juga membenarkan anda membuka dan menutup kedudukan dengan satu klik. Untuk mendayakan dagangan Satu Klik, pilih 'Pilihan' daripada menu 'Alatan'. Dalam tetingkap Pilihan, buka tab Dagangan, tandakan 'Dagangan Satu Klik' dan klik OK untuk menggunakan perubahan ini.
      Dengan dagangan satu klik anda boleh melakukan operasi dagangan pada carta. Untuk mendayakan panel Dagangan Satu Klik, klik kanan pada carta dan tandakan Dagangan Satu Klik pada menu konteks. Panel ini boleh digunakan untuk membuat pesanan pasaran dengan volum yang ditentukan.
      Anda juga boleh membuat pesanan belum selesai daripada submenu Dagangan pada menu konteks carta. Klik kanan pada aras harga yang diperlukan pada carta dan pilih jenis pesanan belum selesai yang anda ingin buka. Jenis pesanan belum selesai yang tersedia pada aras harga ini akan dipaparkan dalam menu.
    • Apakah jenis pesanan yang boleh tersedia di MT4?
      Anda boleh membuka pesanan pasaran atau pesanan belum selesai di MT4 Pesanan pasaran dilaksanakan pada harga pasaran semasa. Jenis pesanan belum selesai berikut boleh didapati:
        < li>Buy Limit digunakan untuk membuka pesanan Beli pada harga di bawah harga tawaran semasa
      • Sell Limit ialah arahan untuk membuka pesanan Jual pada harga di atas harga tanya semasa
      • Buy Stop membolehkan anda membuka kedudukan panjang apabila harga mencapai aras yang telah ditetapkan lebih awal, yang berada di atas harga tawaran semasa
      • Sell Stop menjadi aktif apabila harga tanya mencapai aras pesanan, yang berada di bawah harga tawaran semasa
    • Bagaimana saya boleh menetapkan Henti Kerugian dan Ambil Keuntungan?
      Untuk mengubah suai kedudukan, sila klik dua kali medan "Henti Kerugian" atau "Ambil Keuntungan" bagi baris kedudukan dalam tab Dagangan. Sebagai alternatif, anda boleh klik kanan baris kedudukan dan pilih "Ubah suai pesanan". Kemudian tetapkan aras Henti Kerugian atau Ambil Keuntungan dan klik butang "Ubah Suai" di bawah. Perlu diketahui bahawa:
      • Pesanan Jual: Henti Kerugian harus melebihi harga tanya semasa dan Ambil Keuntungan di bawah harga tanya semasa
      • Pesanan Beli: Henti Kerugian harus berada di bawah harga tawaran semasa dan Ambil Keuntungan di atas harga tawaran semasa.
      Ambil perhatian bahawa setiap instrumen dagangan mempunyai aras hentian tertentu, jadi jika aras Henti Kerugian atau Ambil Keuntungan terlalu dekat dengan harga semasa, anda tidak akan dapat mengubah kedudukannya. Anda boleh menyemak jarak Henti Kerugian dan Ambil Keuntungan minimum dengan mengklik kanan instrumen dagangan dalam tetingkap Market Watch dan memilih Simbol daripada menu konteks. Pilih instrumen dagangan yang diperlukan dalam tetingkap timbul dan klik butang Properti. Anda juga boleh mengubah pesanan anda daripada carta. Untuk berbuat demikian, dayakan pilihan "Tunjukkan aras dagangan" dalam seting terminal anda. Kemudian klik pada aras kedudukan dan seret ke atas (untuk menetapkan kedudukan Ambil Keuntungan bagi kedudukan Beli atau Henti Kerugian bagi kedudukan Jual) atau seret ke bawah (Henti Kerugian bagi Beli atau Ambil Keuntungan bagi Jual).
    • Bagaimanakah saya boleh menutup pesanan?
      Cari pesanan dalam tab "Dagangan", klik kanan dan pilih "Tutup pesanan". Dalam tetingkap timbul, klik butang "Tutup pesanan". Anda juga boleh menutup kedudukan dengan yang bertentangan. Klik dua kali pada baris kedudukan dalam tab Dagangan, kemudian pilih "Tutup dengan" dalam medan Jenis. Senarai kedudukan bertentangan akan muncul di bawah. Pilih salah satu daripada senarai tersebut dan klik butang "Tutup". Jika anda mempunyai lebih daripada dua kedudukan yang bertentangan, anda boleh memilih "Berbilang tutup dengan" dalam medan jenis. Operasi ini akan menutup kedudukan terbuka secara berpasangan.
    • Di manakah saya boleh melihat sejarah dagangan saya?
      Semua pesanan yang ditutup boleh didapati dalam tab "Sejarah akaun". Anda juga boleh membuat penyata akaun di sini dengan mengklik kanan mana-mana entri dan memilih "Simpan sebagai laporan terperinci". Anda juga boleh mencari sejarah dagangan anda di Ruangan Peribadi anda.
    • Cara saya boleh membuka carta baru.
      Klik kanan pasangan mata wang yang diperlukan dalam tetingkap Market Watch dan pilih "Carta baru" atau hanya seret dan lepaskannya pada carta yang sedang dibuka. Anda juga boleh memilih "Carta Baru" daripada menu Fail atau klik butang Carta Baru pada bar alat.
    • Di manakah saya boleh menukar seting carta?
      Klik kanan pada carta dan pilih "Properties". Tetingkap Sifat mempunyai dua tab: Warna dan Umum. Unsur carta disenaraikan di sebelah kanan tab warna, masing-masing dengan kotak warna pilihan sendiri. Anda boleh meletakkan tetikus di atas mana-mana sampel warna untuk melihat namanya dan klik untuk memilih salah satu warna pratetap. Dalam tab umum, anda boleh memilih jenis carta dan membolehkan ciri-ciri seperti Volum, Grid dan Garis Tanya. Anda juga boleh menukar jenis carta dengan mengklik ikon yang dikehendaki untuk menggunakan data harga bar, candlestick atau garisan. Untuk menukar keberkalaan, klik pada ikon Tempoh atau pilih tempoh masa yang dikehendaki daripada bar alatan.
    • Mengapa saya tidak dapat membuka kedudukan?
      Pertama sekali, sila pastikan anda berjaya log masuk dengan akaun dagangan anda. Status sambungan di penjuru kanan sebelah bawah akan menunjukkan sama ada anda bersambung dengan pelayan kami atau tidak. Sekiranya anda tidak dapat membuka tetingkap "Pesanan Baru" dan butang "Tetingkap Baru" dalam bar alatan tidak aktif, maka anda log masuk dengan kata laluan pelabur anda dan perlu log masuk semula dengan kata laluan pedagang anda. Mesej "SL/TP tidak sah" bermakna tahap Henti Kerugian atau Ambil Keuntungan yang anda tetapkan tidak betul. Mesej "Tidak cukup wang" bermakna margin bebas anda tidak mencukupi untuk membuka pesanan. Anda boleh menyemak margin yang dikehendaki untuk mana-mana kedudukan menggunakan alat ini.
    • Saya dapat melihat hanya beberapa pasangan mata wang dalam MT4
      Untuk melihat semua alat dagangan yang ada, pergi ke terminal MT4 anda, klik kanan pada mana-mana pasangan dalam tetingkap "Market Watch" dan pilih "Tunjuk semua". Tekan CTRL + U untuk membolehkan alat dagangan secara manual.
    • Apakah tahap henti anda?
      Setiap alat dagangan mempunyai tahap henti sendiri (had). Anda boleh menyemak tahap henti untuk pasangan mata wang tertentu dengan mengklik kanan dalam "Market Watch" dan memilih "Spesifikasi". Sila ambil perhatian bahawa OctaFX mempunyai harga lima digit, jadi jarak ditunjukkan dalam mata. Misalnya, jarak minimum EURUSD ditunjukkan sebagai 20 mata, yang sama dengan 2 pip.
    • Apakah yang perlu saya lakukan jika saya melihat "Menunggu Kemas Kini" pada carta?
      Buka tetingkap "Watch Market", klik kiri dan tahan butang tetikus pada pasangan pilihan. Seret pasangan yang dipilih ke carta yang menunjukkan "Menunggu Kemas Kini". Lepaskan butang tetikus. Ini akan mengemas kini carta secara automatik.
    • Mengapakah butang "Pesanan Baru" kelabu?
      Ini bermakna anda telah log masuk ke akaun anda menggunakan kata laluan pelabur anda. Hal itu mengehadkan akses anda kepada carta, analisis teknikal dan Penasihat Pakar. Anda tidak boleh berdagang jika anda log masuk ke akaun anda dengan kata laluan pelabur anda. Untuk memulakan dagangan, anda perlu log masuk dengan kata laluan pedagang anda.
    • Mengapakah saya melihat "Akaun tidak sah" dalam status sambungan?
      Ralat "Tidak sah" menunjukkan bahawa anda telah memasukkan butiran masuk yang salah. Sila pastikan bahawa: - Anda memasukkan nombor akaun - Anda menggunakan kata laluan yang betul - Anda memilih pelayan yang betul: 'OctaFX-Real' untuk akaun sebenar dan 'OctaFX-Demo' untuk akaun demo Jika anda telah kehilangan kata laluan pedagang anda, anda boleh memulihkannya dalam ke Ruangan Peribadi.
    • Mengapakah saya melihat "Tiada Sambungan" dalam status sambungan?
      Tiada Sambungan menunjukkan bahawa anda gagal menyambung ke pelayan kami. Anda perlu melakukan perkara berikut: - Klik pada penjuru kanan sebelah bawah MT4, di tempat yang menunjukkan Tiada Sambungan dan pilih "Imbas semula pelayan" atau pilih pelayan dengan ping terendah. - Jika pelayan tidak memberikan respons, tutup MT4 dan mulakan semula menggunakan mod "Jalankan sebagai Pentadbir". - Semak seting Tembok Api anda dan tambahkan MT4 ke senarai "program yang dibenarkan" atau "pengecualian". Jika langkah ini tidak berfungsi, sila hubungi Sokongan Pelanggan kami.
    • Adakah anda menyediakan EA atau Penunjuk? Di manakah saya boleh memuat turunnya?
      OctaFX tidak menyediakan atau mengesyorkan mana-mana penasihat pakar (EA) atau penunjuk. Walau bagaimanapun, anda boleh memuat turun penunjuk untuk MetaTrader4 di Pustaka Kod MQLSource. Ikut pautan: MQL5.com Anda juga boleh memuat turun Penunjuk dan EA daripada sumber lain.
    • Apakah cTrader?
      Platform dagangan cTrader direka khusus untuk ECN dan menawarkan akses pasaran langsung (DMA). Ia tidak mempunyai sekatan pada tahap Henti/Had dan membolehkan anda membalikkan, menggandakan atau menutup semua kedudukan dalam satu klik. Kedalaman pasaran tahap II yang terdapat dalam cTrader memberikan lebih banyak ketelusan berkaitan dengan kecairan yang tersedia. Anda boleh membandingkan cTrader dengan platform lain di sini.
    • Bagaimanakah saya boleh log masuk ke cTrader dengan akaun saya?
      Anda boleh log masuk ke mana-mana akaun cTrader OctaFX anda menggunakan cTID anda. CTID dibuat dan dihantar ke e-mel anda apabila anda membuka akaun cTrader pertama anda, dengan syarat anda belum mendaftar cTID dengan e-mel ini.
    • Bagaimanakah saya boleh membuka kedudukan?
      Cara terpantas untuk membuka kedudukan adalah dengan mengklik butang QuickTrader daripada senarai Simbol atau Kegemaran. Pilih instrumen dagangan dan volum pesanan dan tekan "Jual" atau "Beli" untuk membuka pesanan pasaran. Untuk membuka tetingkap "Buat pesanan", anda boleh menekan F9 pada papan kekunci anda, pilih "Pesanan Baru" daripada menu cTrader atau klik butang "Buat pesanan baru" daripada bar alat. Sekiranya dagangan satu klik dinyahdayakan, mengklik butang QuickTrade akan turut membuka tetingkap "Buat Pesanan". Dalam tetingkap "Buat Pesanan" pilih simbol, volum dan klik butang "Jual" atau "Beli" di bawah. Untuk membuat pesanan belum selesai, buka tetingkap "Buat pesanan" seperti yang diterangkan di atas dan pilih jenis pesanan daripada menu di sebelah kiri. Pilih simbol, tetapkan harga pesanan, volum dan tarikh tamat tempoh jika diperlukan. Di sini anda juga boleh menetapkan satu atau lebih aras Henti Kerugian atau Ambil Keuntungan. Selepas selesai, klik "Jual" atau "Beli" di bawah untuk membuat pesanan.
    • Bagaimanakah saya boleh mengubah suai kedudukan?
      Klik dua kali atau klik kanan pada baris kedudukan dalam TradeWatch dan pilih "Ubah Suai Kedudukan". Dalam tetingkap "Ubah suai kedudukan" tetapkan Henti Kerugian dan Ambil Keuntungan anda. SL dan TP boleh diedit mengikut harga atau bilangan pip. Klik "Lindungi" untuk menggunakan perubahan.
    • Bagaimanakah cara untuk menutup sesuatu kedudukan dalam cTrader?
      Anda boleh menutup satu kedudukan dengan mengklik butang "Tutup" di hujung sebelah kanan perintah anda dalam tab Kedudukan atau tutup semua kedudukan terbuka dengan mengklik butang "Tutup semua".
    • Di manakah sejarah akaun saya di cTrader?
      Anda boleh mencari sejarah kedudukan anda dalam tab Sejarah cTrader. Di sini anda juga boleh membuat penyata HTML jika anda klik kanan dan pilih "Buat Penyata".
    • Mengapakah saya tidak dapat membuka kedudukan dalam cTrader?
      Kemungkinan besar anda tidak mempunyai margin bebas yang cukup untuk membuka kedudukan itu. Anda boleh menyemak sebab yang tepat dalam tab Jurnal.
    • Bagaimanakah saya boleh membuka carta baru?
      Pilih instrumen dagangan daripda bahagian "Simbol" di sebelah kiri, klik kanan padanya dan pilih "Carta Baru".
    • Bagaimanakah saya menukar antara unit dan lot?
      Anda boleh menukar antara lot atau unit jika anda membuka seting (roda gear di penjuru kiri sebelah bawah cTrader), kemudian pergi ke Aset dan pilih "Lot" atau "Unit".
    • Bagaimanakah saya boleh menukar mod dagangan satu klik?
      Anda boleh memilih antara mod "Klik Tunggal", "Klik Berganda" dan "Dinyahdayakan" (Skrin Pesanan) jika anda membuka seting (roda gear di penjuru kiri sebelah bawah cTrader), kemudian pergi ke QuickTrade.
    • Bagaimanakah saya boleh mengubah suai carta saya?
      Klik kanan carta untuk memaparkan menu timbul. Di sini anda boleh menukar pilihan keberkalaan, simbol, warna dan paparan.
    • Apakah Kedalaman Pasaran?
      Kedalaman Pasaran (DoM) merujuk kepada kecairan yang tersedia pada aras harga yang berbeza untuk pasangan mata wang. Tiga jenis DoM yang boleh didapati di cTrader:
      • VWAP DoM menunjukkan senarai harga VWAP yang dijangka bersebelahan dengan volum boleh laras.
      • Standard DoM ialah gambaran keseluruhan kecairan yang tersedia untuk instrumen tertentu. Jumlah kecairan ditunjukkan di sebelah setiap harga yang tersedia.
      • DoM harga menunjukkan senarai harga naik dan turun dari harga lani semasa dan kecairan yang terdapat di sebalik setiap harga.
    • Mengapakah saya tidak boleh log masuk ke cTrader?
      Sila semak bahawa anda telah memasukkan cTID (biasanya e-mel anda) dan kata laluan yang betul. Anda hanya boleh log masuk ke platform cTrader jika anda memuat turunnya daripada laman web OctaFX. Perlu diingat bahawa anda tidak boleh log masuk ke cTrader menggunakan akaun MT4 atau MT5 dan sebaliknya.
    • Bagaimana saya boleh berdagang pada carta?
      Dalam cTrader, anda boleh mengubah suai pesanan Henti Kerugian, Ambil Keuntungan dan Had daripada carta. Buka carta untuk simbol yang sedang anda dagangkan dan klik ikon Pilihan Paparan dari bahagian atas carta. Pilih "Pesanan dan Kedudukan" untuk melihat harga masuk, volum dan arah pada carta. Untuk mengubah suai kedudukan atau pesanan, bawa kursor anda ke atas garisannya pada carta dan klik dan seret Henti Kerugian, Ambil Keuntungan atau Volum pada kadar yang diperlukan.
    • Apakah cTrader ID?
      cTrader ID merupakan portfolio tunggal yang direka khas untuk menyimpan akaun, ruang kerja dan perkara kegemaran anda dalam storan awan. Ia membolehkan anda untuk mengakses akaun dagangan dan reka letak platform anda dari sebarang komputer. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai cTrader ID di sini.
    • Apakah Sentimen Langsung?
      Sentimen langsung menunjukkan kedudukan panjang dan pendek pedagang lain. Anda boleh menggunakan alat ini untuk mengenal pasti peratusan pedagang yang mempunyai kedudukan pendek dan panjang sebelum melakukan keputusan anda untuk memasuki pasaran.
    • Apakah henti keluar pintar?
      "Henti keluar pintar" ialah logik henti keluar yang digunakan pada akaun cTrader. Terima kasih atas algoritma ini, apabila paras margin akaun anda jatuh di bawah 15%, hanya sebahagian daripada volum yang diperlukan untuk meningkatkan paras margin di atas paras henti keluar ditutup.
    • Bagaimanakah saya boleh memulihkan ID cTrader?
      Anda boleh menetapkan semula kata laluan cTID anda dengan melakukan langkah-langkah berikut: -Mula-mula anda perlu membuka platform cTrader. -Klik butang log masuk dan anda akan dipindahkan ke halaman log masuk yang baru -Klik butang "Terlupa?" dalam kotak kata laluan. -Anda akan dibawa ke skrin tetapan semula kata laluan, di sini anda perlu memasukkan alamat e-mel yang digunakan untuk membuat ID cTrader. -Semak peti masuk e-mel anda untuk kata laluan yang baru. -Jangan lupa untuk menukar kata laluan anda, jadi anda akan mengingatinya.
    • Bagaimanakah saya boleh log masuk ke MetaTrader 5 dengan akaun saya?
      Buka MT5, kemudian klik "Fail" > "Log masuk dengan akaun dagangan". Dalam tetingkap timbul, masukkan nombor akaun, kata laluan pedagang dan pilih "OctaFX-Real" untuk akaun sebenar atau "OctaFX-Demo" jika anda mahu log masuk dengan akaun demo.
    • Mengapa saya tidak boleh log masuk?
      Semak entri terakhir dalam tab "Jurnal" untuk mengetahui sebab yang tepat: "Akaun tidak sah" bermakna beberapa kelayakan yang anda masukkan semasa log masuk tidak betul - ia boleh jadi nombor akaun, kata laluan atau pelayan dagangan. Periksa semula data akses anda dan cuba daftar masuk sekali lagi. "Tiada sambungan ke OctaFX-Real" atau "Tiada sambungan ke OctaFX-Demo" menunjukkan bahawa terminal anda tidak dapat membuat sambungan dengan titik akses terdekat. Periksa sama ada Internet anda berfungsi, kemudian klik pada status sambungan dan pilih "Imbas semula rangkaian". Jika isu ini berterusan, sila berhubung dengan perkhidmatan pelanggan kami.
    • Bagaimanakah saya boleh membuka pesanan?
      Tekan F9 pada papan kekunci anda atau klik butang "Pesanan Baru" daripada bar alat standard. Sebagai alternatif, anda boleh klik kanan pada instrumen dalam Market Watch dan pilih "Pesanan Baru" daripada menu konteks. Dalam bahagian "Pesanan Baru", anda akan diminta untuk memilih simbol yang anda gunakan untuk berdagang, jenis pesanan dan volum. Setelah menetapkan semua parameter yang diperlukan, klik butang "Beli" atau "Jual" di bawah, bergantung pada arah yang anda inginkan. Pergi ke Alat> Pilihan>Dagangan. Di sini anda boleh mendayakan satu klik dagangan, membolehkan anda membuka kedudukan dengan parameter pra-pilih secara terus pada carta. Untuk mengaktifkan panel Dagangan Satu Klik, buka carta instrumen yang anda berdagang dan tekan ALT+T pada papan kekunci anda. Panel Dagangan Satu Klik juga boleh didapati dalam tab "Dagangan" pada Market Watch.
    • Apakah jenis pesanan yang boleh didapati dalam MT5?
      MT5 menawarkan beberapa jenis pesanan: Pesanan pasaran — pesanan untuk membuka kedudukan pada kadar pasaran semasa. Pesanan pasaran boleh diletakkan melalui tetingkap Pesanan Baru atau panel Dagangan Satu Klik. Pesanan belum selesai — pesanan untuk membuka kedudukan sebaik sahaja harga mencapai aras yang telah ditentukan lebih awal. Jenis pesanan belum selesai berikut boleh didapati di MT5: Pesanan Had diletakkan di bawah harga tawaran semasa (untuk kedudukan panjang) atau di atas harga tanya semasa (untuk pesanan singkat). Pesanan Henti diletakkan di atas harga tawaran semasa (untuk pesanan beli) atau di bawah haga tanya semasa (untuk pesanan menjual). Untuk membuat pesanan belum selesai henti atau had, anda perlu memilih "Pesanan Belum Selesai" dalam tetingkap "Pesanan Baru", tentukan jenis dan arahnya (iaitu Sell Limit, Sell Stop, Buy Limit, Buy Stop), harga ia perlu dicetuskan, volum dan mana-mana parameter lain jika diperlukan. Sebagai alternatif, anda boleh klik kanan pada aras yang diingini pada carta dan pilih jenis pesanan belum selesai untuk anda ingin buka. Pesanan akan dipaparkan pada tab "Dagangan" di bawah baki akaun, ekuiti dan margin bebas. Pesanan Stop Limit ialah kombinasi jenis yang telah diterangkan sebelum ini. Pesanan belum selesai yang menjadi Buy Limit atau Sell Limit apabila harga mencapai aras henti anda. Untuk membuatnya, anda perlu memilih jenis "Buy Stop Limit" atau "Sell Stop Limit" dalam tetingkap Pesanan Baru. Kemudian tentukan "Harga" atau "Harga Henti" (aras pesanan had akan dibuat) dan "harga Henti Limit" (harga pesanan untuk aras had anda). Untuk kedudukan singkat, harga Henti harus berada di bawah harga tawaran semasa dan harga Stop Limit harus berada di atas harga Henti, sementara untuk membuka kedudukan Panjang, anda perlu menetapkan harga Henti di atas harga tanya semasa dan harga Stop Limit di bawah harga Henti. Apabila membuat pesanan belum selesai, penting untuk mengambil kira bahawa setiap instrumen dagangan mempunyai tahap Henti tertentu, iaitu jarak dari harga pasaran semasa yang mana pesanan belum selesai boleh diletakkan. Untuk menyemak aras, cari alat dagangan yang anda mahu di Market Watch, klik kanan dan pilih "Spesifikasi".
    • Bagaimana cara untuk menetapkan Henti Kerugian atau Ambil Keuntungan?
      Cari kedudukan yang anda ingin tetapkan Henti Kerugian atau Ambil Keuntungan, klik kanan padanya dan pilih "Ubah suai atau padam" daripada menu konteks. Dalam tetingkap timbul, tetapkan aras pesanan anda yang diingini. Perlu diingat bahawa untuk kedudukan Singkat, anda boleh menetapkan Henti Kerugian di atas dan Ambil Keuntungan di bawah harga tanya semasa, manakala apabila mengubah suai kedudukan panjang anda harus meletakkan Henti Kerugian di bawah dan Ambil Keuntungan di atas harga tawaran semasa.
    • Bagaimanakah cara menutup kedudukan?
      Cari kedudukan yang anda mahu tutup pada tab "Dagangan", klik kanan dan pilih "Tutup kedudukan". Bergantung pada sama ada Dagangan Satu Klik didayakan, ia sama ada akan ditutup dengan segera pada kadar semasa, atau tetingkap Kedudukan akan muncul, yang mana anda akan diminta untuk mengesahkan arahan dengan mengklik butang "Tutup".
    • Mengapa saya tidak dapat membuka kedudukan?
      Sekiranya anda tidak dapat membuka tetingkap "Pesanan baru" dan butang "Pesanan baru" pada bar alat tidak aktif, anda telah log masuk dengan kata laluan pelabur (baca sahaja). Untuk berdagang, sila gunakan kata laluan pedagang apabila anda log masuk. Butang "Jual" dan "Beli" yang tidak aktif dalam tetingkap "Pesanan baru" menunjukkan bahawa volum yang anda nyatakan tidak sah. Harap maklum bahawa volum minimum ialah 0.01 lot, langkah ialah 0.01 lot. Mesej ralat "Tidak cukup wang" bermakna margin bebas anda tidak mencukupi untuk membuka pesanan. Anda mungkin perlu melaraskan volum atau membuat deposit ke akaun anda. Ralat "Pasaran ditutup" bermakna anda cuba membuka kedudukan di luar waktu dagangan instrumen. Anda boleh menyemak jadual dalam simbol "Spesifikasi" atau di laman web kami.
    • Bagaimanakah cara menyemak sejarah dagangan saya?
      Anda boleh menemui semua kedudukan yang ditutup pada tab "Sejarah akaun". Sejarah dagangan terdiri daripada pesanan (iaitu arahan yang anda hantar) dan urus niaga (transaksi sebenar). Daripada menu konteks, anda boleh memilih operasi yang hendak dipaparkan (pesanan, urus niaga atau transaksi dan pesanan atau kedudukan) dan menapisnya mengikut simbol dan tempoh.
    • Bolehkah saya menyemak berita pasaran akan datang?
      Buka tab "Calendar" untuk melihat acara yang telah disiarkan dan yang dijadualkan untuk minggu yang berikutnya. Di sana anda boleh melihat tarikh, masa serta keutamaan berita berkenaan, di samping data ramalan, terdahulu dan data sebenar.
    • Bagaimanakah cara menambah EA atau Petunjuk Tersuai pada MT5?
      Sekiranya anda telah memuat turun EA atau Penunjuk yang anda perlukan, pergi ke Fail > Buka folder data> MQL5 dan salin fail .ex5 ke folder "Pakar" atau "Penunjuk". EA atau Penunjuk anda akan kelihatan dalam tetingkap Navigator. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun dan menambahnya di tab "Pasaran" terus dari platform.
    • Bagaimanakah cara membuka carta?
      Untuk membuka carta, anda boleh seret dan lepas alat dagangan daripada "Market Watch" ke tetingkap carta. Sebagai alternatif, anda juga boleh klik kanan simbol dan pilih "Carta baru".
    • Bagaimana cara menyesuaikan carta?
      Anda boleh menukar keberkalaan, skala dan bertukar antara jenis carta pada bar alat standard. Sekiranya anda ingin menukar warna, tambahkan atau alih keluar baris Tawaran dan Tanya, Volum atau Grid, klik kanan carta dan pilih "Properties" daripada menu konteks.
    • Bagaimana cara menambah penunjuk pada carta?
      Find your indicator in the Navigator window and drop it to the chart. Modify its parameters in the pop-up window if required and click “OK” to apply the changes.
    • Bagaimana cara melancarkan EA?
      Seret dan lepaskan EA anda daripada "Navigator". Tetapkan parameter jika diperlukan dalam tetingkap pakar dan klik "OK" untuk menggunakan perubahan.
    • Apakah bonus deposit yang anda tawarkan?
      Anda boleh menuntut bonus 10%, 30% atau 50% untuk setiap deposit.
    • Bagaimanakah saya boleh menuntut bonus tersebut?
      Untuk menuntut bonus, anda perlu mengesahkan akaun anda dan membuat deposit. Anda boleh menuntut bonus secara manual atau mendayakan permohonan bonus automatik bagi setiap deposit dalam seting bonus.
    • Adakah bonus ini menyokong margin saya pada MT4/MT5?
      Ya, dana bonus adalah sebahagian daripada ekuiti dan margin bebas anda. Bonus menyokong margin anda, bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda perlu mengekalkan ekuiti anda di atas jumlah bonus, jika tidak, ia akan dibatalkan.
    • Adakah bonus ini menyokong margin saya di cTrader?
      Ya, dana bonus adalah sebahagian daripada ekuiti dan margin bebas anda. Bonus menyokong margin anda, bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa bonus aktif anda tidak boleh melebihi jumlah dana peribadi anda. Jumlah bonus cTrader dibahagikan kepada dua bahagian: jumlah bonus dan bonus aktif. Jumlah bonus aktif (iaitu jumlah yang dimasukkan dalam ekuiti anda) tidak boleh melebihi dana peribadi anda. Sekiranya pasaran menentang anda, selepas titik tertentu, jumlah bonus aktif akan turun naik bergantung kepada jumlah dana sebenar, bukan bonus, yang anda miliki dalam ekuiti anda.
    • Bolehkah saya mengeluarkan bonus?
      Anda boleh mengeluarkan bonus selepas melengkapkan keperluan volum yang dikira seperti berikut: jumlah bonus/2 lot standard Iaitu, jika anda menuntut bonus 50% untuk deposit USD 100, keperluan volum ialah 25 lot standard.
    • Mengapakah saya tidak dapat menuntut bonus?
      Sila pastikan anda berjaya mengesahkan akaun anda pada halaman info peribadi dan margin bebas anda melebihi jumlah bonus.
    • Bagaimana saya boleh menyemak jumlah lot yang tinggal?
      Anda boleh menyemak peratusan yang lengkap dan baki volum untuk setiap bonus dalam ruangan peribadi pada halaman Bonus aktif page.
    • Di manakah saya boleh melihat bonus saya dalam MT4?
      Jumlah keseluruhan bagi dana bonus ditunjukkan sebagai "Kredit" dalam platform dagangan sehinggalah anda memenuhi keperluan volum.
    • Mengapakah bonus saya dibatalkan?
      Bonus boleh dibatalkan jika:
      • Ekuiti jatuh di bawah jumlah bonus;
      • Dana peribadi anda di berada di bawah jumlah bonus selepas pengeluaran atau pindahan dalaman;
      • Anda membatalkan bonus dalam Ruangan Peribadi.
      Anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan sebab sebenar.
    • Di manakah saya boleh melihat bonus saya dalam cTrader?
      Anda boleh menyemak bonus anda dalam tab Bonus dalam cTrader anda.
    • Mengapakah bonus MT4/MT5 saya dibatalkan?
      Bonus boleh dibatalkan jika:
      • Ekuiti anda merosot di bawah jumlah bonus;
      • Dana peribadi anda adalah di bawah jumlah bonus selepas pengeluaran atau pemindahan dalaman;
      • Anda membatalkan bonus dalam ruangan peribadi anda.
      Anda boleh berhubung dengan Perkhidmatan Pelanggan kami untuk menentukan sebab yang tepat.
    • Mengapakah bonus cTrader saya dibatalkan?
      Bonus boleh dibatalkan jika:
      • Dana peribadi anda di bawah jumlah bonus selepas pengeluaran atau pemindahan dalaman;
      • Anda membatalkan bonus dalam ruangan peribadi anda.
      Anda boleh berhubung dengan a href="/contact-us/" target="_blank">Perkhidmatan Pelanggan kami untuk menentukan sebab yang tepat.
    • Bagaimanakah saya boleh mengambil bahagian?
      Anda perlu mendaftar atau log masuk ke Ruangan peribadi anda di OctaFX, kemudian buka akaun pertandingan Juara baru.
    • Bilakah pusingan seterusnya bermula?
      Anda boleh mendapatkan tarikh mula pusingan seterusnya di bahagian atas halaman Pertandingan Juara.
    • Akaun pertandingan saya dinyahdayakan. Mengapa saya tidak boleh menyertai pertandingan ini dan mula berdagang?
      Anda boleh masuk ke platform dagangan MT4 menggunakan log masuk dan kata laluan pertandingan hanya SELEPAS pusingan bermula! Mula-mula, semak sama ada anda cuba memasuki platform dagangan yang betul. Pertandingan Demo Juara hanya tersedia di MT4! Kemudian semak sama ada pusingan pertandingan itu adalah Aktif. Anda boleh mendapatkan maklumat ini di halaman utama Ruangan peribadi anda.

      Anda boleh melihat status Belum dimulakan, Aktif atau Selesai dalam baris yang sama seperti akaun pertandingan MT4. Anda boleh log masuk ke platform dagangan MT4 dan mula berdagang hanya jika akaun pertandingan ditandakan sebagai Aktif.
    • Apakah platform dagangan dan platform mana yang perlu saya gunakan untuk berdagang?
      Anda perlu memuat turun dan memasang platform dagangan MT4 atau menggunakan versi pelayar. Jangan keliru dengan MT5 atau cTrader! Ini ialah platform yang berbeza dan anda tidak akan dapat log masuk dan menggunakannya untuk berdagang dalam pertandingan ini.
    • Di manakah saya boleh mendapatkan kedudukan pertandingan saya?
      Anda boleh mendapatkan kedudukan pertandingan anda dalam senarai "Akaun saya" di halaman utama Ruangan peribadi anda.

      Ambil perhatian bahawa kedudukan semasa anda hanya akan dipaparkan dalam baris pertandingan yang ditandakan sebagai Aktif. Dengan mengklik pada pautan Kedudukan, anda boleh melihat halaman pertandingan peribadi anda dengan maklumat terperinci (kedudukan, dagangan, keuntungan atau kerugian, perubahan kedudukan, pencapaian dan sebagainya).
    • Bolehkah saya mengambil bahagian dalam dua pertandingan secara serentak?
      Ya, anda boleh. Anda juga boleh menyertai Pertandingan Demo cTrader Weekly untuk pertandingan yang lebih singkat dan dana hadiah sebanyak $400.
    • Bolehkah saya menyertai pertandingan ini sejurus selepas mendaftar?
      Anda tidak boleh menyertai pusingan yang sedang berlangsung, namun anda boleh menyertai pusingan pertandingan yang seterusnya. Anda boleh mendapatkan tarikh mula pusingan seterusnya di bahagian atas halaman Pertandingan Juara.
    • Pusingan bermula esok. Mengapakah saya tidak boleh log masuk ke platform dagangan MT4?
      Anda boleh log masuk ke platform dagangan MT4 dan mula berdagang hanya apabila pusingan sudah bermula. Perhatikan bahawa ini berlaku mengikut waktu pelayan, bukan masa tempatan anda! Waktu pelayan ialah EET/EEST.
    • Apakah hadiah yang disediakan?
      • Hadiah pertama mendapat USD500
      • Hadiah kedua mendapat USD300
      • Hadiah ketiga mendapat USD100
      • Tempat terakhir mendapat USD100
      Dana hadiah dikreditkan ke akaun sebenar dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
    • Apakah tempoh setiap pusingan?
      Tempoh pusingan pertandingan ialah empat minggu dari awal hingga akhir.
    • Bilakah pusingan semasa tamat?
      Anda boleh mendapatkan tarikh tamat pusingan semasa di bawah tab "Pusingan semasa" pada halaman Pertandingan Juara.
    • Bilakah pendaftaran bermula dan berapa lamakah tempohnya?
      Pendaftaran untuk setiap pertandingan diumumkan sebelum ia bermula. Pendaftaran untuk pusingan seterusnya bermula pada masa yang sama pusingan semasa bermula. Anda tidak boleh mendaftar untuk menyertai pusingan semasa, hanya yang seterusnya. Tempoh pendaftaran ialah empat minggu.
    • Siapakah yang boleh menyertai pertandingan ini?
      Semasa tempoh pendaftaran, sesiapa yang berumur lebih daripada umur yang sah boleh mendaftar untuk pertandingan ini.
    • Apakah avatar? Mengapakah saya perlu memuat naik avatar?
      Avatar ialah imej untuk halaman pertandingan peribadi anda dan statistik pusingan. Anda boleh menggunakan mana-mana imej yang anda mahu atau foto anda. JANGAN muat naik ID anda atau mana-mana dokumen undang-undang yang lain!
    • Saya tidak boleh memasukkan nama panggilan saya dalam borang pendaftaran, apakah masalahnya?
      Mungkin nama panggilan itu sudah diambil. Sila pilih nama panggilan lain. Isu ini mungkin juga timbul kerana anda tidak menggunakan huruf Latin. Sila tukar bahasa kepada Bahasa Inggeris dan cuba masukkannya lagi.
    • Apakah deposit permulaan?
      Wang maya dalam akaun pertandingan anda yang OctaFX berikan. Anda tidak perlu mendepositkan dana sebenar untuk menyertai pertandingan demo.
    • Bolehkah saya mengeluarkan wang daripada akaun pertandingan saya?
      Dana dalam akaun pertandingan anda adalah maya, jadi anda tidak boleh mengeluarkan dana itu.
    • Di manakah saya boleh memuat turun platform MT4?
      Anda boleh mendapatkan versi terbaru platform MT4 di Pusat Muat Turun.
    • Apakah pelayan yang perlu saya gunakan untuk pertandingan ini?
      Anda perlu menggunakan pelayan OctaFX-Demo.
    • Bagaimanakah saya boleh menang?
      Untuk memenangi salah satu hadiah, anda perlu mempunyai baki tertinggi apabila pusingan pertandingan berakhir - peratusan keuntungan tidak mempengaruhi kemenangan. Jika anda mempunyai baki terendah, anda akan menerima hadiah saguhati USD100.
    • Apakah teknik dagangan yang dibenarkan?
      Semua teknik dagangan atau EA (dagangan robot) dibenarkan. Tetapi mana-mana jenis dagangan arbitraj atau sebarang penyalahgunaan lain dengan harga dan/atau sebut harga akan tertakluk kepada kehilangan kelayakan daripada pertandingan.
    • Adakah strategi dagangan lindung nilai atau terbalik dibenarkan?
      Ya, anda boleh menggunakan strategi ini.
    • Di manakah saya boleh melihat penarafan pertandingan dan menyemak pendahulu pusingan semasa?
      Anda boleh mendapatkan kedudukan pusingan semasa di sini.
    • Di manakah saya boleh melihat keputusan pusingan sebelumnya?
      Anda boleh melihat pemenang dan statistik pusingan sebelumnya dalam arkib . Anda juga boleh mengetahui nama pemenang dan membaca cerita kejayaan mereka dalam berita Syarikat kami.
    • Adakah saya perlu memuat turun MT4 atau saya boleh menggunakan versi pelayar platform ini juga?
      Anda juga boleh menggunakan versi pelayar platform MT4.
    • Bolehkah saya berdagang daripada telefon pintar saya?
      Ya, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih MT4. Anda boleh mendapatkannya di Pusat Muat Turun kami.
    • Bolehkah saya menggunakan akaun pertandingan saya dalam pusingan atau pertandingan yang lain?
      Anda tidak boleh menggunakan akaun pertandingan anda untuk berbilang pusingan pertandingan atau pertandingan lain. Anda perlu membuka akaun Pertandingan Demo Champion yang baru untuk setiap pusingan. Untuk Pertandingan Demo cTrader Weekly, anda perlu membuka akaun Pertandingan Demo cTrader.
    • Bolehkah saya mengambil bahagian dalam pertandingan ini jika akaun OctaFX saya tidak disahkan?
      Ya, boleh membuka akaun Pertandingan Demo walaupun akaun OctaFX anda tidak disahkan.
    • Apakah kata laluan yang perlu saya gunakan untuk berdagang di MT4?
      Anda perlu menggunakan kata laluan Pedagang anda, bukan Pelabur!
    • Bagaimanakah saya boleh menyemak pendahulu pusingan semasa?
      Anda boleh mendapatkan penarafan dan menyemak statistik terperinci setiap peserta di sini.
    • Bagaimanakah saya boleh mendapatkan statistik pertandingan untuk peserta lain?
      Jika anda mengetahui nama panggilannya, anda boleh menggunakan carian di bawah tab "Pusingan semasa" pada halaman Pertandingan Demo Champion.
    • Bagaimanakah saya boleh mendapatkan peserta terakhir?
      Gunakan navigasi di bahagian bawah jadual "Pendahulu semasa" di halaman Pertandingan.
    • Bagaimanakah saya boleh mengubah nama panggilan saya?
      Sila hantarkan permintaan untuk Sokongan. Malangnya, anda tidak boleh melakukannya sendiri pada masa ini.
    • Bolehkah saya mengeluarkan hadiah jika saya menang?
      Ya, anda boleh. Anda bebas untuk mengeluarkan hadiah atau membuat lebih banyak wang daripada dagangan pada akaun sebenar anda. Jika dana hadiah digunakan untuk dagangan sebenar, had pengeluaran ialah 300% daripada dana hadiah (termasuk dana hadiah dan keuntungan).
    • Berapa cepatkah saya akan menerima wang hadiah?
      Biasanya mengambil masa beberapa hari hingga seminggu. Untuk mendapatkan hadiah, anda perlu menjawab beberapa pertanyaan untuk berita laman web dan memberi kami maklumat akaun sebenar anda - beritahu nombor akaun sebenar anda untuk memindahkan wang hadiah. Akaun tersebut mesti disahkan dan boleh akaun MICRO atau ECN.
    • Apakah syarat dagangan ini?
      Setiap akaun pertandingan mempunyai syarat dagangan yang sama, iaitu: 48 pasangan mata wang + Emas dan Perak tersedia untuk dagangan, volum minimum ialah 0.1 lot, maksimum tidak terhad, deposit awal ialah USD1000, leveraj ialah 1:500.
    • Bagaimanakah saya boleh mengambil bahagian?
      Anda perlu mendaftar atau log masuk ke Ruangan peribadi anda di OctaFX, kemudian buka akaun Pertandingan Demo cTrader Weekly baru.
    • Bilakah pusingan seterusnya bermula?
      Anda boleh mendapatkan tarikh mula pusingan seterusnya di bahagian atas halaman Pertandingan cTrader.
    • Akaun pertandingan saya dinyahdayakan. Mengapa saya tidak boleh menyertai pertandingan ini dan mula berdagang?
      Anda boleh masuk ke platform dagangan cTrader menggunakan log masuk dan kata laluan pertandingan hanya SELEPAS pusingan bermula! Mula-mula, semak sama ada anda cuba memasuki platform dagangan yang betul. Pertandingan Demo Mingguan cTrader hanya tersedia di cTrader ! Kemudian semak sama ada pusingan pertandingan itu adalah Aktif. Anda boleh mendapatkan maklumat ini di halaman utama Ruangan peribadi anda.

      Anda boleh melihat status Belum dimulakan, Aktif atau Selesai dalam baris yang sama seperti akaun pertandingan cTrader. Anda boleh log masuk ke platform dagangan cTrader dan mula berdagang hanya jika akaun pertandingan ditandakan sebagai Aktif.
    • Apakah platform dagangan dan platform mana yang perlu saya gunakan untuk berdagang?
      Anda perlu memuat turun dan memasang platform perdagangan cTrader atau menggunakan versi pelayar. Jangan keliru dengan MT4 atau MT5! Ini ialah platform yang berbeza dan anda tidak akan dapat log masuk dan menggunakannya untuk berdagang dalam pertandingan.
    • Di manakah saya boleh mendapatkan kedudukan pertandingan saya?
      Anda boleh mendapatkan kedudukan pertandingan anda dalam senarai "Akaun saya" di halaman utama Ruangan peribadi anda.

      Ambil perhatian bahawa kedudukan semasa anda hanya akan dipaparkan dalam baris pertandingan yang ditandakan sebagai Aktif. Dengan mengklik pada pautan Kedudukan, anda boleh melihat halaman pertandingan peribadi anda dengan maklumat terperinci (kedudukan, dagangan, keuntungan atau kerugian, perubahan kedudukan, pencapaian dan sebagainya).
    • Bolehkah saya mengambil bahagian dalam dua pertandingan secara serentak?
      Ya, anda boleh. Anda juga boleh menyertai Pertandingan Demo Juara untuk pertandingan yang lebih lama dan dana hadiah $1000.
    • Bolehkah saya menyertai pertandingan ini sejurus selepas mendaftar?
      Anda tidak boleh menyertai pusingan yang sedang berlangsung, namun anda boleh menyertai pusingan pertandingan yang seterusnya. Anda boleh mendapatkan tarikh mula pusingan seterusnya di bahagian atas halaman Pertandingan cTrader.
    • Pusingan bermula esok. Mengapakah saya tidak boleh log masuk ke platform dagangan cTrader?
      Anda boleh log masuk ke platform dagangan cTrader dan mula berdagang hanya apabila pusingan sudah bermula. Perhatikan bahawa ini berlaku mengikut waktu pelayan, bukan masa tempatan anda! Waktu pelayan ialah EET/EEST.
    • Apakah hadiah yang disediakan?
      • Pemenang tempat pertama dianugerahkan dengan USD150
      • Pemenang tempat kedua dianugerahkan dengan USD100
      • Pemenang tempat ketiga dianugerahkan dengan USD75
      • Pemenang tempat keempat dianugerahkan dengan USD50
      • Pemenang tempat kelima dianugerahkan dengan USD25
      Dana tersebut dikreditkan ke baki akaun sebenar dan boleh dikeluarkan.
    • Apakah tempoh setiap pusingan?
      Tempoh pusingan pertandingan ialah satu minggu dari awal hingga akhir (hanya hari bekerja).
    • Bilakah pusingan semasa tamat?
      Anda boleh mendapatkan tarikh tamat pusingan semasa di bawah tab "Pusingan semasa" pada halaman Pertandingan cTrader.
    • Bilakah pendaftaran bermula dan berapa lamakah tempohnya?
      Pendaftaran untuk setiap pertandingan diumumkan sebelum ia bermula. Pendaftaran untuk pusingan seterusnya bermula pada masa yang sama pusingan semasa bermula. Anda tidak boleh mendaftar untuk menyertai pusingan semasa, hanya yang seterusnya. Tempoh pendaftaran ialah satu minggu (kecuali Sabtu dan Ahad).
    • Siapakah yang boleh menyertai pertandingan ini?
      Semasa tempoh pendaftaran, sesiapa yang berumur lebih daripada umur yang sah boleh mendaftar untuk pertandingan ini.
    • Apakah avatar? Mengapakah saya perlu memuat naik avatar?
      Avatar ialah imej untuk halaman pertandingan peribadi anda dan statistik pusingan. Anda boleh menggunakan mana-mana imej yang anda mahu atau foto anda. JANGAN muat naik ID anda atau mana-mana dokumen undang-undang yang lain!
    • Saya tidak boleh memasukkan nama panggilan saya dalam borang pendaftaran, apakah masalahnya?
      Mungkin nama panggilan itu sudah diambil. Sila pilih nama panggilan lain. Isu ini mungkin juga timbul kerana anda tidak menggunakan huruf Latin. Sila tukar bahasa kepada Bahasa Inggeris dan cuba masukkannya lagi.
    • Apakah deposit permulaan?
      Wang maya dalam akaun pertandingan anda yang OctaFX berikan. Anda tidak perlu mendepositkan dana sebenar untuk menyertai pertandingan demo.
    • Bolehkah saya mengeluarkan wang daripada akaun pertandingan saya?
      Dana dalam akaun pertandingan anda adalah maya, jadi anda tidak boleh mengeluarkan dana itu.
    • Apakah cTrader?
      Platform dagangan cTrader direka khusus untuk ECN dan menawarkan akses pasaran langsung (DMA). Ia tidak mempunyai sekatan pada tahap Henti/Had dan membolehkan anda membalikkan, menggandakan atau menutup semua kedudukan dalam satu klik. Kedalaman Tahap II pasaran yang terdapat di cTrader memberikan lebih banyak ketelusan mengenai kecairan yang tersedia. Anda boleh membandingkan cTrader dengan MT4 di sini.
    • Di manakah saya boleh memuat turun platform cTrader?
      Anda boleh mendapatkan versi terkini platform cTrader di Pusat Muat Turun.
    • Bagaimanakah saya boleh log masuk ke cTrader dengan akaun saya?
      Jika anda menggunakan versi pelayar atau versi desktop buat kali pertama, klik 'Langkau langkah ini dan izinkan saya log masuk dengan akaun dagangan saya' dalam tetingkap timbul pertama.

      Dalam tetingkap timbul seterusnya, pilih 'Daftar Masuk' di lajur kiri, kemudian masukkan nombor akaun dan kata laluan anda dan klik butang 'Daftar Masuk Dengan akaun dagangan anda'. Seterusnya anda juga boleh membukanya dengan mengklik item 'cTrader' daripada menu di atas (di penjuru atas sebelah kiri tetingkap cTrader) dan memilih 'Daftar Masuk'.

      Apabila anda melancarkan versi mudah alih, tetingkap daftar masuk dipaparkan terlebih dahulu.
    • Bagaimanakah saya boleh menang?
      Untuk memenangi salah satu hadiah, anda perlu mempunyai baki tertinggi apabila pusingan pertandingan berakhir - peratusan keuntungan tidak mempengaruhi kemenangan.
    • Apakah teknik dagangan yang dibenarkan?
      Semua teknik dagangan atau EA (dagangan robot) dibenarkan. Tetapi mana-mana jenis dagangan arbitraj atau sebarang penyalahgunaan lain dengan harga dan/atau sebut harga akan tertakluk kepada kehilangan kelayakan daripada pertandingan.
    • Apakah syarat dagangan ini?
      Akaun pertandingan cTrader Weekly menawarkan 48 pasangan mata wang + Emas dan Perak untuk dagangan, leveraj 1:500, volum minimum 0.01 lot, langkah 0.01 lot, tiada had maksimum.
    • Adakah strategi dagangan lindung nilai atau terbalik dibenarkan?
      Ya, anda boleh menggunakan strategi ini.
    • Di manakah saya boleh melihat penarafan pertandingan dan menyemak pendahulu pusingan semasa?
      Anda boleh mendapatkan kedudukan pusingan semasa di sini.
    • Di manakah saya boleh melihat keputusan pusingan sebelumnya?
      Anda boleh melihat pemenang dan statistik pusingan sebelumnya dalam arkib.
    • Adakah saya perlu memuat turun cTrader atau saya boleh menggunakan versi pelayar platform ini juga?
      Anda juga boleh menggunakan versi pelayar platform cTrader.
    • Bolehkah saya berdagang daripada telefon pintar saya?
      Ya, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih cTrader. Anda boleh mendapatkannya di Pusat Muat Turun kami.
    • Bolehkah saya menggunakan akaun pertandingan saya dalam pusingan atau pertandingan yang lain?
      Anda tidak boleh menggunakan akaun pertandingan anda untuk berbilang pusingan pertandingan atau pertandingan lain. Anda perlu membuka akaun pertandingan cTrader Weekly untuk setiap pusingan. Untuk Pertandingan Demo Champion anda perlu membuka akaun pertandingan Juara yang baru.
    • Bolehkah saya mengambil bahagian dalam pertandingan ini jika akaun OctaFX saya tidak disahkan?
      Ya, boleh membuka akaun Pertandingan Demo walaupun akaun OctaFX anda tidak disahkan.
    • Bagaimanakah saya boleh menyemak pendahulu pusingan semasa?
      Anda boleh mendapatkan penarafan dan menyemak statistik terperinci setiap peserta di sini.
    • Bagaimanakah saya boleh mendapatkan statistik pertandingan untuk peserta lain?
      Jika anda mengetahui nama panggilannya, anda boleh menggunakan carian di bawah tab "Pertandingan semasa" pada halaman Pertandingan mingguan cTrader.
    • Bagaimanakah saya boleh mengubah nama panggilan saya?
      Sila hantarkan permintaan untuk Sokongan. Malangnya, anda tidak boleh melakukannya sendiri pada masa ini.
    • Berapa cepatkah saya akan menerima wang hadiah?
      Hadiah dikreditkan secara automatik ke akaun sebenar yang baru dibuat selepas berakhirnya pertandingan.
    • Apakah sebenarnya pertandingan sebenar Supercharged ini?
      Pertandingan sebenar Supercharged OctaFX direka khas untuk kedua-dua pedagang novis dan berpengalaman untuk bertanding dengan akaun sebenar bagi merebut peluang memenangi 10 hadiah utama pada hujung pertandingan, serta peluang mendapatkan 1 iPhone 6 pada setiap bulan.
    • Bagaimanakah cara untuk menyertai pertandingan ini?
      Hanya buka akaun sebenar baru dalam Ruangan Peribadi anda dan tandakan "Ambil bahagian dalam pertandingan sebenar SUPERCHARGED". Sila ambil perhatian bahawa deposit pertama anda perlulah sekurang-kurangnya USD 150.
    • Apakah tarikh akhirnya?
      Pertandingan Supercharged OctaFX berakhir pada 13 Mei 2016 Keputusannya akan diumumkan menjelang 5 hari berikutnya dalam berita Syarikat. Upacara penyampaian anugerah akan dilakukan selepas itu, bergantung pada negara asal pemenang. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel atau telefon.
    • Apakah hadiah-hadiahnya?
      Hadiah pertandingan adalah seperti berikut (dengan nilai wang yang sama, jika layak):
      • Tesla Model S
      • Smart Fortwo
      • Renault Twizy
      • Apple iMac terbaru - $1500
      • Apple MacBook pro terbaru - $1000
      • Apple Macbook Air terbaru $800
      • Apple Mac Mini terbaru - $700
      • Apple iPad terbaru - $600
      • Apple iPhone 6 plus - $500
      • iPhone 6 - $400
      • Hadiah bulanan - iPhone 6 - $400
    • Bolehkah saya menyertai pusingan semasa jika saya membuka akaun sekarang?
      Ya, apabila anda membuka akaun pertandingan baru anda akan menjadi peserta pusingan semasa secara automatik
    • Apakah hadiah bagi pusingan ini?
      Hadiah pusingan bulanan ialah iPhone 6
    • Adakah hadiah akan dihantar ke negara saya?
      Ya, hadiah anda akan dihantar ke lokasi anda.
    • Bagaimanakah cara untuk menang?
      Kedudukan pertandingan tidak akan menjejaskan baki anda. Skor pertandingan anda terdiri daripada dua bahagian: mata pip dan mata keuntungan. Skor maksimum bagi setiap bahagian ialah 100 mata. Lebih banyak pip menguntungkan yang diperoleh lebih banyak keuntungan yang akan anda perolehi, dan lebih tinggi peluang anda untuk menang. Sila rujuk seksyen Bagaimana untuk menang pada laman web kami
    • Adakah pengeluaran akan menjejaskan statistik saya?
      Tidak, pengeluaran tidak menjejaskan kedudukan anda.
    • Di manakah saya boleh melihat kedudukan pusingan pertandingan dan pusingan semasa?
      Kedudukan pertandingan dan statistik tersedia di sini. Anda boleh melihat pemenang pusingan semasa di sini. Jika anda ingin menyemak pemenang pusingan terdahulu sila pergi ke arkib pertandingan.
    • Bolehkah saya menuntut bonus deposit jika saya mengambil bahagian dalam pertandingan sebenar?
      Ya, anda boleh menuntut bonus deposit jika saya mengambil bahagian dalam pertandingan sebenar. Nota yang tidak mempunyai sebarang impak terhadap statistik anda.
    • Bolehkah saya memiliki lebih daripada satu akaun pertandingan?
      Ya, anda boleh membuka sebanyak mana akaun yang anda perlukan.
    • Apakah faktor keuntungan?
      Faktor keuntungan ditakrifkan sebagai untung kasar yang dibahagikan dengan kerugian kasar.
    • Mengapakah saya mempunyai pencapaian?
      OctaFX membangunkan pelbagai pencapaian untuk membolehkan anda menganalisis dagangan anda dan mempamerkan kelebihan anda dalam profil pedagang.
    • Bagaimanakah cara untuk berhubung dengan peserta lain?
      Anda boleh menggunakan seksyen komen pada laman statistik peserta berkenaan.
    • Di manakah saya boleh melihat semua statistik saya?
      Daftar ke Ruangan Peribadi anda, cari akaun pertandingan anda di bawah "Seksyen akaun saya" dan klik logo Super Charged di sebelah nombornya.
    • Bagaimanakah saya boleh membuat deposit ke akaun saya?
      Anda boleh melihat semua kaedah deposit di sini. Untuk membuat deposit, sila daftar masuk ke ruangan peribadi anda, tukar kepada akaun yang hendak didepositkan di bahagian atas halaman dan pilih sistem pembayaran yang hendak digunakan di bawah bahagian Deposit akaun saya di sebelah kanan. Kemudian, masukkan jumlah yang anda ingin depositkan dan klik ‘Teruskan’. Isi maklumat lain jika diperlukan dan klik "Sahkan".
    • Bilakah dana yang didepositkan akan dikreditkan ke baki saya?
      Pindahan kawat bank: Semua permintaan diproses dalam masa 1-3 jam pada waktu perniagaan Jabatan Kewangan kami. Deposit Skrill/Neteller/FasaPay/Kad Bank/Bitcoin: segera.
    • Apakah kadar pertukaran untuk USD kepada EUR apabila membuat deposit melalui kad kredit/Skrill ke akaun EUR/Pemindahan dalaman?
      OctaFX berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelanggan kami mempunyai kadar yang terbaik semasa membuat deposit. Kami juga tidak mengenakan apa-apa komisen dan menanggung bayaran deposit dan pengeluaran yang digunakan oleh sistem pembayaran. Apabila membuat deposit melalui VISA atau Mastercard, ketahui bahawa bank yang terlibat dalam proses tersebut akan menukar dana anda mengikut kadar tukarannya, sekiranya deposit anda dalam mata wang selain EUR atau USD. Ambil perhatian bahawa bank yang terlibat dalam proses itu mungkin juga mengenakan bayaran tambahan untuk transaksi tersebut. Sekiranya pelanggan membuat deposit melalui Skrill, mereka tidak membayar bayaran tambahan sekiranya akaun Skrill dan akaun dagangannya dalam USD. Sekiranya akaun Skrill pelanggan berada dalam USD dan akaun dagangannya dalam EUR, deposit dalam USD akan ditukarkan kepada EUR mengikut kadar FX. Jika akaun Skrill pelanggan berada dalam mata wang selain USD, Skrill akan menukar wang itu menjadi USD menggunakan kadar pertukaran mereka sendiri dan mungkin mengenakan bayaran tambahan. Proses deposit melalui Neteller adalah sama seperti Skrill.
    • Adakah dana saya selamat? Adakah akaun berasingan ditawarkan?
      Selaras dengan standard peraturan antarabangsa, OctaFX menggunakan akaun berasingan untuk mengasingkan dana pelanggan daripada lembaran baki syarikat. Ini memastikan dana anda kekal selamat dan tidak terganggu.
    • Saya telah menyerahkan permintaan pengeluaran. Bilakah saya akan menerima dana tersebut?
      Semua permintaan diproses dalam masa 1-3 jam pada waktu bekerja Jabatan Kewangan kami, jika tidak, permintaan akan diproses pada hari perniagaan berikutnya. Anda akan menerima e-mel pemberitahuan sebaik sahaja permintaan anda diproses.
    • Adakah anda mengenakan bayaran untuk deposit dan pengeluaran?
      OctaFX tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelanggannya. Selain itu, bayaran deposit dan pengeluaran yang dikenakan oleh pihak ketiga (misalnya Skill, Neteller, dll) juga ditanggung oleh OctaFX. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah bayaran boleh dikenakan dalam beberapa kes tertentu.
    • Apakah jumlah maksimum bagi deposit/pengeluaran?
      OctaFX tidak mengehadkan jumlah yang anda boleh keluarkan atau depositkan ke akaun anda. Tiada had bagi jumlah deposit, dan jumlah pengeluaran tidak boleh melebihi margin bebas.
    • Bolehkah saya membuat deposit/mengeluarkan dana beberapa kali dalam sehari?
      OctaFX tidak mengehadkan bilangan permintaan deposit dan pengeluaran dalam sehari. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membuat deposit dan mengeluarkan semua dana dalam satu permintaan untuk mengelakkan kelewatan yang tidak perlu dalam pemprosesan.
    • Bolehkah saya menghantar permintaan pengeluaran sekiranya saya mempunyai pesanan/kedudukan terbuka?
      Anda boleh menghantar permintaan pengeluaran sekiranya anda mempunyai pesanan/kedudukan terbuka. Sila ambil maklum bahawa margin bebas perlu melebihi jumlah yang anda minta, jika tidak permintaan anda akan ditolak. Permintaan pengeluaran tidak akan diproses sekiranya anda tidak mempunyai baki yang mencukupi.
    • Mata wang manakah yang boleh digunakan untuk membiayai akaun OctaFX saya?
      OctaFX menerima deposit dalam semua mata wang untuk ditukarkan ke EUR dan USD buat masa ini. Sila ambil maklum bahawa mata wang akaun tidak boleh ditukarkan ke mata wang yang lain daripada USD atau EUR. Sekiranya akaun anda adalah dalam EUR anda sentiasa boleh membuka akaun baru dalam USD dan sebaliknya. Sila ambil maklum bahawa kami tidak mengenakan sebarang caj tambahan bagi deposit atau pengeluaran, serta kami sentiasa memastikan kadar tukaran kami adalah yang terbaik dalam industri ini.
    • Di manakah saya boleh menyemak sejarah deposit/pengeluaran saya?
      Anda boleh melihat semua deposit terdahulu dalam Ruangan Peribadi. Klik Sejarah Deposit di bawah seksyen "Deposit akaun saya". Sejarah pengeluaran tersedia dalam Ruangan Peribadi anda di bawah "Pengeluaran" di sebelah kanan.
    • Bagaimanakah saya boleh mengeluarkan dana saya?
      Sila log masuk ke ruangan peribadi anda, beralih ke akaun yang anda ingin keluarkan wang dan klik minta pengeluaran di bawah bahagian "Pengeluaran" di sebelah kanan. Masukkan jumlah yang ingin anda minta dan maklumat lain yang diperlukan. Klik "Minta", kemudian semak sama ada maklumat itu betul dan klik butang "Sahkan" di bawah. Ambil perhatian bahawa margin bebas anda mesti melebihi jumlah pengeluaran, jika tidak, jabatan Kewangan kami tidak dapat memproses permintaan anda. Adalah sangat penting untuk menjejak margin bebas anda apabila anda mempunyai kedudukan terbuka.
    • Saya telah meminta pengeluaran? Bilakah saya akan menerima dana tersebut?
      Jika permintaan dihantar dalam waktu pejabat jabatan kewangan kami, permintaan akan mengambil masa selama 1-jam untuk diproses. Jika anda menghantar permintaan di luar waktu pejabat, permintaan tersebut akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya.
    • Status permintaan pengeluaran saya masih tergantung. Apakah maksudnya?
      Permintaan pengeluaran anda sedang dibaris gilir untuk diproses. Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja ia diproses.
    • Mengapakah pengeluaran saya ditolak?
      Hal ini mungkin disebabkan margin bebas yang tidak mencukupi untuk memproses pengeluaran anda atau sesetengah data tidak betul. Anda boleh menyemak sebab sebenar dalam surat pemberitahuan yang dihantar melalui e-mel.
    • Bolehkah saya membatalkan permintaan pengeluaran?
      Ya, anda boleh membatalkan permintaan pengeluaran di Sejarah pengeluaran saya.
    • Pengeluaran saya diproses tetapi saya belum menerima dana. Apakah yang patut saya lakukan?
      Sila berhubung dengan perkhidmatan pelanggan.
    • Bolehkah saya memindahkan dana antara akaun-akaun sebenar saya?
      Ya, anda boleh meminta untuk melakukan pindahan dalaman di Ruangan Peribadi anda. Klik Pemindahan dalaman terbaru di bawah seksyen "Pemindahan dalaman" di sebelah kanan, pilih akaun yang anda ingin lakukan pengeluaran dana, masukkan jumlah, pilih akaun destinasi, masukkan kod PIN dan klik "Minta" di bawah. Kemudian semak jika data anda adalah betul dan sahkan permintaan anda.
    • Adakah Pemindahan Dalaman segera?
      Pemindahan dalaman diproses secara automatik melainkan permintaan memerlukan pemprosesan manual oleh Jabatan Kewangan kerana sebab-sebab keselamatan. Dalam hal ini, permintaan anda akan diproses dalam masa 1-3 jam pada waktu pejabat Jabatan Kewangan.
    • Adakah OctaFX mengenakan sebarang caj bagi Pindahan Dalaman?
      Tiada caj yang dikenakan bagi pindahan dalaman. Jika anda memindahkan dana daripada akaun USD ke EUR atau sebaliknya, dana tersebut akan ditukarkan mengikut sebut harga pasaran semasa.
    • Bolehkah saya menuntut bonus deposit bagi pindahan dalaman?
      Tidak, anda boleh menuntut Bonus bagi deposit sahaja.
    • Siapakah IB?
      IB merupakan singkatan bagi "Broker Pengenalan" (Introducing Broker) - individu atau syarikat yang merujukkan pelanggan ke OctaFX dan menerima komisen atas dagangan pelanggan mereka.
    • Bagaimanakah cara untuk membuka akaun rakan kongsi?
      Sila daftar masuk ke Ruangan Peribadi anda dan klik Buka Akaun: Rakan kongsi di bahagian atas halaman
    • Apakah komisen IB anda?
      Kami membayar sehingga USD 12 per lot. Jumlah komisen IB yang dibayar ditentukan mengikut kes.
    • Apakah yang dimaksudkan oleh "Pelanggan aktif"?
      "Pelanggan aktif" bermaksud akaun pelanggan yang mempunyai dana peribadi keseluruhan sebanyak USD 100 atau lebih dalam semua akaun dagangannya DAN mempunyai sekurang-kurangnya 5 pesanan sah yang ditutup dalam masa 30 hari sebelum tarikh semasa.
    • Apakah "Pesanan Sah" dalam program IB?
      Komisen IB dibayar bagi pesanan sah sahaja. Pesanan sah merupakan dagangan yang mematuhi SEMUA syarat berikut: -Dagangan yang bertahan selama 180 saat atau lebih; -Perbezaan antara Harga Buka dan Harga Tutup bagi pesanan berkenaan adalah sama atau lebih daripada 30 mata (pip dalam terma ketepatan 4 digit); -Pesanan tidak dibuka atau ditutup melalui Penutupan separa dan/atau Penutupan berbilang.
    • Berapa kerapkah komisen akan dikreditkan ke dalam akaun saya?
      Komisen IB dikreditkan ke dalam akaun rakan kongsi setiap hari.
    • Di manakah saya boleh melihat semua bahan promosi saya?
      Anda boleh mendapatkan bahan promosi dengan menghubungi kami di ib@octafx.com
    • Bagaimanakah cara untuk menarik pelanggan
      Anda boleh mempromosikan pautan rujukan dan kod rujukan anda pada laman web dan forum yang berkaitan dengan forex, dalam media sosial atau anda boleh menghasilkan laman web anda sendiri untuk mempromosikan perkhidmatan kami.
    • Apakah isyarat dagangan?
      Isyarat dagangan merupakan cadangan untuk membeli atau menjual instrumen tertentu berdasarkan analisis carta. Idea utama di sebalik analisis ini adalah corak berulang tertentu berperanan sebagai penanda bagi arah pergerakan harga akan datang.
    • Apakah Autochartist?
      Autochartist merupakan alat imbasan pasaran yang berkuasa yang menawarkan analisis teknikal terhadap berbilang kelas aset. Dengan lebih daripada seribu isyarat dagangan sebulan, ia membolehkan kedua-dua pedagang baru dan profesional untuk mendapatkan manfaat penjimatan masa dengan Autochartist yang akan sentiasa mengimbas pasaran bagi mencari peluang dagangan baharu dan berkualiti tinggi.
    • Bagaimana Autochartist berfungsi?
      Autochartist mengimbas pasaran 24/5 bagi mencari corak berikut:
      • Segi tiga
      • Saluran dan Segi empat
      • Baji
      • Kepala dan Bahu
      Pada permulaan setiap sesi dagangan, Autochartist akan menghasilkan sebuah laporan e-mel dengan ramalan bagi instrumen yang paling popular.
    • Apakah Laporan Pasaran?
      Laporan Pasaran merupakan analisis teknikal berdasarkan ramalan harga yang dihantar terus ke dalam peti masuk anda 3 kali setiap hari. Ia membolehkan anda untuk melaraskan strategi dagangan anda pada permulaan setiap sesi dagangan, bergantung pada arah pergerakan pasaran yang dijangka.
    • Berapa kerapkah laporan dihantar kepada anda?
      Laporan pasaran Autochartist akan dihantar 3 kali setiap hari, pada permulaan setiap sesi dagangan:
      • Sesi Asia - 00:00 EET
      • Sesi Eropah - 08:00 EET
      • Sesi Amerika - 13:00 EET
    • Bagaimanakah Autochartist dapat memberikan manfaat kepada dagangan saya?
      Laporan Pasaran Autochartist merupakan cara yang mudah untuk mengenal pasti peluang dagangan tanpa perlu membuang masa dan tenaga anda - anda hanya perlu menyemak e-mel dan menentukan instrumen yang akan didagangkan pada hari ini. Selain itu, ia menawarkan manfaat penjimatan masa dalam melakukan analisis pasaran. Berdasarkan teori analisis teknikal yang diketahui dan dipercayai, serta dianggarkan 80% tepat, Autochartist membenarkan anda untuk melonjakkan keuntungan anda dan mengelakkan daripada terlepas peluang dagangan.
    • Apakah lot hadiah dan bagaimanakah ia dikira?
      Lot hadiah dikira seperti berikut: Untuk akaun MT4 dan cTrader, 1 lot yang didagangkan bersamaan 1 lot hadiah. Untuk akaun MT5, 1 lot yang didagangkan bersamaan 0.5 lot hadiah. Lot hadiah dikira untuk pesanan yang telah ditutup sahaja.
    • Adakah dagangan saya perlu menguntungkan untuk menerima lot hadiah?
      Tidak, lot hadiah dikreditkan bagi kedua-dua dagangan yang untung dan rugi.
    • Berapakah bilangan lot yang saya ada?
      Anda boleh menyemaknya dalam ruangan peribadi anda di bawah ikon lot Hadiah. Jika anda tidak melihat lot hadiah, ingatlah bahawa ia dikira semula setiap 10 minit.
    • Saya berdagang, tetapi tidak melihat lot hadiah pada baki saya.
      Anda mungkin mempunyai kurang daripada 1 lot hadiah atau dagangan anda belum ditutup. Lot hadiah hanya dikreditkan bagi pesanan yang telah ditutup. Selain itu, ingatlah bahawa lot hadiah dikira semula setiap 10 minit.
    • Bilakah lot hadiah saya akan tamat tempoh?
      Tiada tamat tempoh bagi lot hadiah.
    • Adakah saya boleh mengeluarkan lot hadiah atau menambahnya ke baki saya?
      Anda hanya boleh menggunakan lot hadiah untuk ditukar dengan alat dan barangan.
    • Adakah lot hadiah ini menjejaskan lot bonus deposit saya?
      Lot hadiah tidak menjejaskan lot bonus deposit anda dalam apa-apa jua cara.
    • Pin diperlukan semasa daftar keluar. Apakah PIN itu?
      Ini PIN sama yang anda gunakan untuk pengeluaran. Anda boleh mendapatkannya dalam e-mel dengan log masuk/nombor akaun yang kami hantar ke alamat e-mel anda apabila anda membuka akaun pertama dengan OctaFX. Jika anda tidak dapat mengakses e-mel tersebut, anda boleh pulihkan PIN dalam ruangan peribadi anda.
    • Apakah alamat yang perlu saya gunakan untuk penghantaran? Adakah alamat itu boleh berbeza daripada alamat pada profil akaun saya?
      Anda boleh menggunakan alamat semasa yang anda mahu hadiah itu dihantarkan. Boleh jadi alamat rumah atau pejabat anda.
    • Adakah hadiah dihantar secara percuma?
      Ya, OctaFX menanggung semua kos penghantaran.
    • Adakah saya boleh menukar pesanan saya?
      Malangnya anda tidak boleh menukar pesanan anda selepas pesanan dibuat. Sila hubungi Sokongan Pelanggan kami.
    • Bolehkah saya memesan hadiah yang sama sebanyak dua kali?
      Anda tidak boleh memesan hadiah yang sama sebanyak dua kali, namun anda boleh memungut lot hadiah dan memesan hadiah lain yang anda inginkan.
    • Berapa lamakah yang diperlukan untuk hadiah saya tiba?
      Biasanya ia mengambil masa 1 hingga 3 minggu untuk hadiah tiba. Anda juga boleh menjejaki status pesanan dalam tab "Sejarah pesanan" dalam kedai Trade&Win.
    • Lebih daripada 2 minggu telah berlalu sejak saya memesan hadiah saya. Di manakah ia?
      Sila gunakan kod penjejakan untuk menjejak pesanan anda. Boleh didapati dalam Ruangan Peribadi. Pergi ke kedai Dagang&Menang dan klik "Sejarah pesanan" untuk melihat kod penjejakan dan status pesanan.
    • Apakah tempoh promosi Dagang&Menang?
      Promosi ini sedang aktif dan tiada tarikh tamat yang khusus.
    • Adakah saya boleh menjejak pesanan saya?
      Ya. Anda boleh menjejak dalam Ruangan Peribadi. Pergi ke kedai Dagang&Menang dan klik "Sejarah pesanan" untuk melihat kod penjejakan dan status pesanan.
    • Bolehkah saya memesan hadiah secara percuma?
      Sudah tentu, semua pesanan dalam promosi Dagang&Menang adalah percuma.
    • Bolehkah saya berkongsi foto hadiah saya?
      Anda boleh berkongsi foto hadiah anda di seluruh saluran SMM menggunakan hashtag #TradeAndWin. Jika foto anda adalah yang terbaik, kami akan memberikan 25 lot hadiah sebagai bonus kepada anda.
    • Bagaimanakah caranya untuk menyertai rafel 25 lot #TradeAndWin?
      Kongsi foto hadiah anda menggunakan hashtag #TradeAndWin. Jika foto anda adalah yang terbaik, kami akan memberikan 25 lot hadiah sebagai bonus kepada anda.
    • Saya memesan hadiah dan ia kelihatan berbeza. Kenapa?
      Sila ambil perhatian bahawa imej yang digunakan dalam bahan pemasaran tidak semestinya mewakili hadiah sebenar. Hadiah sebenar mungkin berbeza.
    • Bagaimanakah saya boleh menyertai program Dagang&Menang?
      Hanya berdagang di mana-mana akaun sebenar anda dan mula menerima lot hadiah bagi setiap pesanan yang ditutup. Anda hanya layak mengambil bahagian dalam promosi ini jika anda penduduk Indonesia, Malaysia dan Thailand.
    • Apakah negara yang layak untuk mengambil bahagian dalam promosi ini?
      Promosi ini dibuka kepada pelanggan OctaFX di Malaysia, Indonesia dan Thailand yang berumur 18 tahun dan ke atas pada masa penyertaan.
    • Bagaimanakah saya boleh memilih pakar untuk disalin?
      Statistik pakar mengandungi laba dan bilangan penyalin, komisen, pasangan dagangan yang pakar gunakan, faktor untung dan arah pesanan serta banyak lagi faktor lain yang anda boleh semak sebelum membuat keputusan untuk menyalin seseorang. Sebelum penyalinan bermula, anda menetapkan peratusan deposit dan memilih jumlah dana yang hendak dilaburkan dalam pakar tertentu.
    • Bagaimanakah menyalin berfungsi dari segi perbezaan volum dan leveraj?
      Volum dagangan yang disalin bergantung pada leveraj dan ekuiti akaun Pakar dan Penyalin, dan dikira sebagai: Volum (dagangan yang disalin) = Ekuiti (Penyalin)/Ekuiti (Pakar) x Leveraj (Penyalin)/Leveraj (Pakar) x Volum (Pakar).
      Contoh: Ekuiti akaun Pakar ialah $500 dan leveraj ialah 1:200, ekuiti akaun Penyalin ialah $200 dan leveraj ialah 1:100. 1 lot dagangan dibuka pada akaun Pakar. Volum dagangan yang disalin ialah: 200/500 × 100/200 × 1 = 0.2 lot.
    • Adakah anda mengenakan sebarang komisen untuk menyalin pakar?
      OctaFX tidak mengenakan sebarang komisen tambahan—satu-satunya komisen yang anda bayar ialah komisen pakar yang ditentukan secara individu dan dikenakan dalam $ setiap lot volum yang didagangkan.
    • Apakah peratusan deposit?
      Peratusan deposit ialah pilihan yang anda tetapkan sebelum menyalin yang membantu anda mengawal risiko anda. Ia boleh sama dengan mana-mana peratusan daripada 1% sehingga 100%. Anda menetapkan parameter ini dan dagangan baru tidak akan disalin jika ekuiti semasa menurun ke jumlah yang ditentukan (20%) daripada baki anda mengikut formula berikut:
      Ekuiti (Penyalin) < (100% – Peratusan Deposit) x Baki (Penyalin).
      Anda boleh mengubah suainya semasa menyalin pakar sedang aktif.
    • Bolehkah saya berhenti menyalin pakar?
      Anda boleh membatalkan langganan daripada pakar dan berhenti menyalin dagangan pada bila-bila masa. Apabila anda membatalkan langganan, semua dana yang dilaburkan dalam pakar dan mana-mana keuntungan daripada menyalin akan dikembalikan ke Dompet anda. Sebelum membatalkan langganan, sila pastikan semua dagangan semasa ditutup.
    • Bagaimanakah saya boleh menjadi Pedagang Pakar?
      Mana-mana pelanggan OctaFX dengan akaun MT4 boleh menjadi Pedagang Pakar. Hanya pergi ke Ruangan Pakardan buat Akaun Pakar anda.
    • Bagaimanakah saya boleh melaraskan jumlah komisen yang dikenakan kepada Penyalin saya?
      Pergi ke Ruangan Pakar, lihat Tetapan, laraskan komisen menggunakan penggelongsor dan simpan perubahan. Komisen baru hanya akan dikenakan daripada Penyalin yang melanggan selepas pelarasan tersebut. Untuk Penyalin lain, jumlah komisen akan kekal tidak berubah.
    • Bilakah saya mendapat bayaran komisen daripada Penyalin saya?
      Bayaran dibuat pada hari Isnin pada pukul 12. a.m. (EET) setiap minggu.
    • Bilakah komisen dikenakan kepada Penyalin saya?
      Komisen dikenakan pada waktu anda membuka dagangan.
    • Bagaimanakah saya mendapat komisen?
      Kami memindahkannya ke Dompet yang khas. Daripada Dompet anda, anda boleh menambahnya ke mana-mana akaun dagangan anda atau mengeluarkannya.
Mula livechat