OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Pendidikan
  • 1Pembukaan akaun
  • 2Ruangan Peribadi
  • 3Maklumat peribadi dan data akses
  • 4Pengesahan akaun
  • 5Tentang OctaFX
  • 6Syarat dagangan
  • 7Akaun dagangan
  • 8Platform dagangan
  • 8.1MT4
  • 8.2cTrader
  • 8.3MT5
  • 9Bonus deposit
  • 10Pertandingan Demo MT4 Juara
  • 11Pertandingan demo mingguan cTrader
  • 12Pertandingan sebenar Supercharged
  • 13Deposit dan pengeluaran
  • 14Program IB
  • 15Autochartist
  • 16Program kesetiaan Dagang&Menang
    • Bagaimanakah cara untuk mendaftar?
      Hantar borang pendaftaran semasa membuka akaun sebenar atau demo pertama anda. Hanya isi maklumat yang diperlukan, pilih jenis akaun, masukkan kod captcha dan klik "Buka akaun" di bawah. Sila pastikan maklumat kelayakan anda sepadan dengan dokumen anda kerana anda akan diminta untuk mengesahkan data peribadi anda semasa proses pengesahan. Sila ambil perhatian bahawa memandangkan anda hanya boleh menggunakan akaun bank anda sendiri, kad kredit/debit atau e-dompet, maklumat peribadi berkenaan perlulah sepadan dengan maklumat akaun dan pemegang kad.
    • Saya sudah mempunyai akaun dengan OctaFX. Bagaimanakah cara untuk membuka akaun baru?
      Log masuk ke Ruangan Peribadi anda dengan alamat e-mel pendaftaran dan kata laluan Ruangan Peribadi dan klik Buka akaun sebenar atau demo di bahagian atas halaman.
    • Apakah jenis akaun yang perlu dipilih?
      Bergantung kepada platform dagangan pilihan anda, instrumen dagangan yang ingin anda dagangkan serta volum perintah anda. Anda boleh membandingkan jenis akaun di sini. Jika diperlukan, anda boleh menukar jenis akaun anda kemudian atau membuka akaun baru.
    • Apakah leveraj yang perlu dipilih?
      Anda boleh memilih leveraj 1:1, 1:5, 1:33, 1:50, 1:200 atau 1:500. Leveraj merupakan kredit maya yang diberikan kepada pelanggan oleh syarikat bagi mengubah suai keperluan margin anda, contohnya, lebih tinggi nisbahnya lebih rendah margin yang diperlukan untuk membuka pesanan. Untuk memilih leveraj bagi akaun anda, anda boleh menggunakan kalkulator forex kami. Leveraj boleh dipilih kemudian dalam Ruangan Peribadi anda.
    • Bolehkah saya membuka akaun bebas swap (Islamik)?
      Ya, anda hanya perlu tandakan kotak "Bebas Swap" semasa membuka akaun. Sila ambil maklum bahawa akaun bebas swap tidak mempunyai sebarang faedah berbanding akaun biasa. Namun, terdapat caj tetap untuk menggunakan akaun bebas swap. Anda boleh melihat kadar tetap tersebut di sini.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan "Ambil bahagian dalam Pertandingan Sebenar SUPERCHARGED"?
      Jika anda menanda kotak ini semasa pembukaan akaun sebenar anda, anda akan menjadi peserta pertandingan sebenar Supercharged OctaFX dan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada hadiah atas dagangan yang cekap pada akaun sebenar anda.
    • Di manakah saya boleh mendapatkan Perjanjian Pelanggan OctaFX?
      Anda boleh mendapatkan dan memuat turunnya di seksyen Perjanjian perundangan. Sila pastikan bahawa anda telah membaca dan bersetuju dengan Perjanjian Pelanggan kami sebelum anda mula berdagang.
    • Apakah tujuan kotak kod Rujukan?
      Kod rujukan merupakan ID unik bagi seseorang IB yang boleh digunakan untuk menarik pelanggan baru. Jika anda diperkenalkan kepada OctaFX oleh seorang IB, sila masukkan kodnya di dalam kotak kod Rujukan. Jika tidak, anda boleh membiarkannya kosong.
    • Saya telah membuka akaun. Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?
      Selepas anda membuka akaun, semak e-mel anda untuk mencari maklumat kelayakan yang anda akan gunakan untuk log masuk ke terminal dagangan. Langkah seterusnya adalah untuk memuat turun dan memasang platform dagangan. Anda boleh mendapatkan pautan dan arahannya di sini. Anda boleh membandingkan akaun dagangan sebelum membuka akaun berkenaan, memilih platform yang anda gemari. Anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai dagangan di seksyen Pendidikan kami.
    • Apakah tujuan Ruangan Peribadi?
      Dalam Ruangan Peribadi anda boleh membuka akaun baru, menguruskan akaun sedia ada, melakukan deposit dan meminta pengeluaran, memindahkan baki antara akaun-akaun anda, menuntut bonus dan memulihkan kata laluan yang anda lupa.
    • Bagaimanakah cara untuk saya log masuk ke Ruangan Peribadi saya?
      Untuk mendaftar masuk, sila gunakan alamat e-mel pendaftaran dan kata laluan Ruangan Peribadi anda. Kata laluan Ruangan Peribadi telah dihantar dalam Surat Alu-Aluan daripada OctaFX. Jika anda tidak menemui surat berkenaan dalam peti masuk anda, sila semak folder spam atau cuba pulihkan kata laluan Ruangan Peribadi anda di sini.
    • Saya terlupa kata laluan Ruangan Peribadi saya. Bagaimanakah cara untuk memulihkannya?
      Sila ikuti pautan berikut. Masukkan alamat e-mel pendaftaran anda dan klik "Pulihkan kata laluan" di bawah. Pautan pemulihan akan dihantar melalui e-mel. Ikuti pautan ini, masukkan kata laluan baru sebanyak dua kali, dan klik butang "Hantar" di bawah. Gunakan alamat e-mel dan kata laluan baru anda untuk log masuk.
    • Bagaimanakah cara untuk saya beralih antara akaun dalam Ruangan Peribadi saya?
      Anda boleh memilih akaun di bahagian atas halaman atau dengan mengklik anak panah juntai bawah bersebelahan nombor akaun dalam senarai "Akaun saya" dan memilih "Beralih ke akaun ini".
    • Bagaimanakah cara untuk saya menukar jenis akaun saya?
      Tukar ke akaun ini dalam Ruangan Peribadi anda dan klik "Tukar" bersebelahan dengan jenis akaun semasa anda dalam "Ringkasan akaun", pilih jenis akaun baru dan klik butang "Tukar" di bawah. Sila pastikan anda tidak mempunyai sebarang pesanan kedudukan yang terbuka atau tergantung sebelum menukar jenis akaun.
    • Bagaimanakah cara untuk mengubah leveraj saya?
      Klik Tukar bersebelahan dengan "Leveraj" dalam "Ringkasan akaun", pilih nisbah baru dan klik butang "tukar" di bawah. Anda hanya boleh mengubah leveraj jika anda tidak mempunyai sebarang pesanan kedudukan terbuka atau tergantung.
    • Bagaimanakah cara untuk beralih antara akaun biasa dengan akaun bebas swap?
      Klik Tukar yang bersebelahan dengan Bebas Swap dalam "Ringkasan akaun", pilih sama ada anda inginkan akaun ini atau yang lain untuk ditukarkan kepada akaun bebas swap, dan klik "Tukar" di bawah. Sila pastikan anda tidak mempunyai sebarang pesanan kedudukan yang terbuka atau tergantung sebelum menukar parameter ini.
    • Di manakah saya boleh melihat semua akaun saya?
      Klik Akaun di sebelah kiri dan buka "Akaun saya" untuk melihat senarai penuh akaun anda. Di sini anda boleh melihat maklumat umum termasuklah nombor akaun, jenis, mata wang dan baki, beralih antara akaun-akaun anda, sembunyikan atau paparkan akaun pada halaman utama, lakukan deposit atau membuat permintaan pengeluaran. Akaun terbahagi kepada 4 kategori: Sebenar, IB, Pertandingan dan Demo. Jika anda tidak menemui nombor akaun anda dalam senarai, sila semak pada kategori lain.
    • Bagaimanakah saya dapat menyembunyikan akaun yang saya tidak lagi gunakan daripada senarai akaun?
      Untuk menyembunyikan akaun dagangan, daftar masuk ke Ruangan Peribadi, cari nombor akaun dalam senarai "Akaun saya", klik anak panah juntai bawah dan pilih "Sembunyikan akaun". Akaun ini boleh dipulihkan kemudian dalam "Senarai akaun".
    • Bagaimanakah cara untuk menutup Ruangan Peribadi saya?
      Anda berhak untuk menutup Ruangan Peribadi anda di OctaFX. Untuk melakukannya, sila hantarkan permintaan anda kepada support@octafx.com.
    • Apakah Pemantauan Akaun?
      Alat pemantauan akaun dibangunkan untuk anda agar anda dapat berkongsi prestasi, carta, keuntungan, pesanan dan sejarah dengan orang lain. Anda boleh melakukannya dengan menambahkan akaun anda kepada Pemantauan. Anda boleh menggunakan Pemantauan Akaun untuk melihat dan membandingkan statistik pedagang yang berjaya dan mencontohi mereka.
    • Bagaimanakah cara untuk saya menambahkan akaun saya ke Pemantauan?
      Daftar masuk ke Ruangan Peribadi anda, pilih "Akaun saya">Melihat di sebelah kanan. Cari nombor bagi akaun yang anda ingin tambahkan ke dalam senarai "Akaun anda yang sedia ada" dan klik "Tambah ke pemantauan".
    • Bagaimanakah cara untuk saya mengalih keluar akaun saya daripada Pemantauan?
      Buka halaman Pemantauan akaun dalam Ruangan Peribadi anda, cari nombor akaun dalam senarai "Akaun anda yang dipantau" dan klik "Alih keluar akaun".
    • Bagaimanakah cara untuk saya menyembunyikan baki akaun dan kedudukan sebenar saya daripada pemantauan?
      Buka halaman Pemantauan akaun, cari nombor bagi akaun sebenar dalam senarai "Akaun anda yang dipantau". Klik "Persediaan kebolehlihatan" dan nyahtandakan kotak yang diperlukan. Klik butang "Simpan tetapan" di bawah untuk melakukan perubahan.
    • Bolehkah saya memiliki beberapa Ruangan Peribadi?
      Ruangan Peribadi OctaFX direka khas untuk anda menyimpan semua maklumat dagangan anda pada satu tempat. Sila ambil perhatian bahawa adalah dilarang sama sekali untuk mencipta lebih daripada satu Ruangan Peribadi menggunakan berbilang alamat e-mel. OctaFX menegah keras penghasilan akaun berbilang.
    • Bagaimanakah cara untuk menukar alamat e-mel saya?
      Buka halaman Maklumat peribadi saya dalam Ruangan Peribadi, klik "Tukar" bersebelahan e-mel semasa anda, masukkan alamat e-mel baru anda dan klik butang "Tukar e-mel" di bawah. Satu pautan pengesahan akan dihantar kepada kedua-dua alamat lama dan baru. Klik pada pautan yang dihantar pada alamat e-mel lama anda dan juga pautan pada alamat e-mel baru anda untuk melakukan perubahan.
    • Bagaimanakah cara untuk menukar nombor telefon saya?
      Buka halaman Maklumat peribadi saya dan klik "Tukar" bersebelahan nombor telefon semasa anda.
    • Saya terlupa kata laluan pedagang saya. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kata laluan baru?
      Sila daftar masuk ke Ruangan Peribadi anda, klik Tetapan di sebelah kanan dan Kata laluan semula di bawah. Tandakan kotak "Kata laluan akaun" dan pilih nombor akaun daripada menu juntai bawah. Masukkan kod captcha dan klik butang "Hantar". Kata laluan pedagang baru akan dihantar kepada alamat e-mel anda.
    • Bagaimanakah cara untuk saya menukar kod PIN saya?
      Dalam Ruangan Peribadi anda klik Tetapan dan pilih Tukar kata laluan. Tandakan kotak "KOD PIN", masukkan kod PIN semasa anda dan kod PIN baru anda dua kali. Klik butang "Tukar" di bawah untuk melakukan perubahan.
    • Bagaimanakah cara untuk menetapkan kata laluan Ruangan Peribadi baru?
      Untuk menetapkan Kata Laluan Ruangan Peribadi Baru, log masuk menggunakan kata laluan semasa anda, buka Tetapan>Tukar kata laluan di sebelah kanan, pilih "Kata laluan Ruangan Peribadi" daripada senarai, masukkan kata laluan semasa ke dalam medan "Semasa" dan kata laluan baru dalam medan "Baru" dan "Ulang". Klik butang "Tukar" di bawah.
    • Di manakah saya boleh menukar Kata Laluan Telefon saya?
      Kata laluan telefon boleh ditukar dalam Ruangan Peribadi pada halaman Tukar Kata Laluan. Pilih "Tetapan" di sebelah kanan, klik "Tukar Kata Laluan" di bawah. Kemudian tandakan "Kata laluan telefon". Masukkan kata laluan telefon semasa ke dalam kotak "Semasa" dan kata laluan baru anda dua kali ke dalam kotak "Baru" dan "Ulang". Klik butang "Tukar".
    • Apakah yang patut dilakukan untuk menukar kata laluan pedagang?
      Anda boleh menukar kata laluan pedagang dalam Ruangan Peribadi. Gunakan alamat e-mel dan kata laluan Ruangan Peribadi yang digunakan semasa pendaftaran. Buka halaman Tukar kata laluan di bawah seksyen "Tetapan" di sebelah kanan, tandakan "Kata laluan akaun" dan pilih nombor akaun daripada menu juntai bawah. Langkah seterusnya adalah untuk memasukkan kata laluan pedagang semasa anda ke dalam kotak "Semasa". Kemudian anda perlu memasukkan kata laluan yang diingini dua kali, ke dalam medan "Baru" dan "Ulang". Klik "Tukar" di bawah untuk menyimpan kata laluan baru.
    • Saya terlupa kata laluan/kod pin pedagang saya. Bagaimanakah cara untuk memulihkannya?
      Anda mungkin menemui surat dengan nombor pendaftaran/akaun, kata laluan pedagang dan pelabur yang kami hantarkan kepada alamat e-mel anda semasa anda membuka akaun. Sekiranya anda tidak dapat mengakses surat tersebut, anda boleh memulihkan kata laluan dalam Ruangan Peribadi anda. (Cetak Skrin) Buka "Tetapan" dan klik Pulihkan Kata Laluan, pilih kata laluan yang anda ingin pulihkan (kata laluan telefon, kod pin, kata laluan akaun), masukkan kod captcha dan klik "Hantar". Kata laluan baru akan dihantar kepada alamat e-mel anda.
    • Bagaimanakah cara untuk memulihkan atau menukar kata laluan pelabur?
      Anda tidak boleh memulihkan kata laluan pelabur. Kata laluan tersebut telah dihantar kepada alamat e-mel anda semasa anda membuka akaun. Sekiranya anda tidak dapat mengakses surat atau anda ingin menetapkan semula kata laluan pelabur, sila ikuti langkah berikut:
      1. Cetak Skrin
      2. Pilih "alat" dan klik "opsyen"
      3. Di bawah tab "pelayar", pilih "tukar"
      4. Masukkan kata laluan utama dalam medan teks "Kata Laluan Semasa"
      5. Pilih "Tukar kata laluan pelabur" jika belum ditandakan.
      6. Masukkan kata laluan pelabur dalam medan teks "Kata Laluan Baru".
      7. Taipkan semula kata laluan pelabur dalam medan teks "Sahkan".
    • Bagaimanakah cara untuk saya mengesahkan akaun saya?
      Kami perlukan sekurang-kurangnya dua dokumen yang berlainan untuk pengesahan: bukti pengenalan diri dan bukti alamat tempat tinggal. Anda perlu menghantar pasport, kad pengenalan kebangsaan atau sebarang ID gambar lain yang dikeluarkan oleh kerajaan. Nama anda, tarikh lahir, tandatangan, gambar, tarikh ID dikeluarkan dan tamat tempoh, nombor siri perlulah jelas kelihatan. ID tidak boleh tamat tempoh. Semua dokumen perlu diimbas atau ditangkap gambarnya. Dokumen yang renyuk dan dilipat tidak diterima. Bil utiliti atau bil telefon semasa, perjanjian bank, penyata bank, penyata kad kredit yang bertarikh tidak kurang daripada 6 bulan boleh dihantar sebagai bukti alamat tempat tinggal anda. Dokumen ini perlu diimbas; dokumen yang renyuk dan/atau dokumen yang dilipat tidak akan diterima. Dokumen berkenaan perlulah menyatakan alamat anda pada butiran akaun. Dokumen ini boleh dihantar ke kawasan Peribadi anda atau kepada support@octafx.com
    • Mengapakah saya perlu mengesahkan akaun saya?
      Pengesahan akaun merupakan langkah mudah yang bertujuan untuk memastikan kesahihan maklumat dan bagi melindungi para pelanggan kami daripada penipuan. Tindakan ini dapat memastikan transaksi anda adalah diizinkan dan selamat. Kami amat mengesyorkan supaya anda menghantar semua dokumen yang diperlukan sebelum anda melakukan deposit, lebih-lebih lagi: a. Sekiranya anda ingin melakukan deposit menggunakan Visa/MasterCard; b. Jika anda ingin menuntut bonus bagi deposit pertama anda. Sila maklum bahawa anda hanya boleh mengeluarkan dana sekiranya akaun anda disahkan. Sila ambil perhatian bahawa data peribadi anda disimpan dalam persekitaran yang paling selamat.
    • Saya telah menghantar semua dokumen. Berapa lamakah yang diambil untuk pengesahan akaun dilakukan?
      Biasanya prosedur pengesahan kami mengambil masa kurang daripada 20 minit, walau bagaimanapun sila ambil perhatian bahawa proses ini mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk Jabatan KYC kami menyemak dokumen anda. Bergantung kepada jumlah pengesahan yang diminta, yang dihantar semalaman atau semasa hujung minggu dan mungkin mengambil 1-2 hari bekerja kecuali kes-kes terpencil. Sila ambil maklum bahawa kualiti dokumen yang dihantar boleh mempengaruhi masa pengesahan yang diambil, jadi pastikan dokumen anda diimbas dengan jelas dan tidak herot. Setelah pengesahan selesai, anda akan dimaklumkan melalui e-mel.
    • Adakah maklumat peribadi saya selamat dengan OctaFX? Bagaimanakah maklumat peribadi saya dilindungi?
      Kami menggunakan teknologi keselamatan tertinggi untuk melindungi data peribadi dan transaksi kewangan anda. Ruangan Peribadi adalah dilindungi oleh SSL dan disulitkan dengan penyulitan 128 bit untuk memastikan pelayaran anda selamat dan data anda tidak dapat diakses oleh sebarang pihak ketiga. Sila baca mengenai perlindungan data dalam Polisi Privasi kami.
    • Di manakah lokasi pelayan OctaFX?
      Pelayan dagangan kami terletak di London. OctaFX mempunyai rangkaian pelayan dan pusat data yang luas yang terletak di seluruh Eropah dan Asia bagi memastikan sambungan kependaman rendah dan stabil.
    • Apakah waktu Pembukaan Pasaran anda?
      Waktu dagangan bagi MT4 ialah 24/5, bermula pada 00.00 hari Isnin (EET/EEST) dan ditutup pada 259.59 hari Jumaat waktu pelayan. Zon masa pelayan cTrader ialah UTC +0, walau bagaimanapun anda boleh menetapkan zon masa anda sendiri untuk carta dan maklumat dagangan di sudut bawah kanan platform.
    • Apakah kelebihan berdagang dengan OctaFX?
      OctaFX menghargai setiap pelanggannya dan melakukan sedaya upaya untuk memastikan pengalaman Dagangan Forex mereka adalah positif dan menguntungkan. Adalah menjadi keutamaan kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dengan mematuhi standard dan peraturan antarabangsa. Tujuan kami adalah untuk menghasilkan pengalaman dagangan yang selesa dan tiada tandingan, di samping memacu dagangan Forex ke tahap yang lebih baik. OctaFX menawarkan pelaksanaan pasaran dalam masa kurang daripada sesaat dengan jumlah deposit minimum sebanyak USD5, dengan spread terapung yang bermula dari 0.2 pip, pelbagai cara deposit dan pengeluaran, perlindungan baki negatif dan variasi alat dagangan. Ketahui dengan lebih lanjut di sini.
    • Adakah OctaFX menyertai sebarang program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)?
      OctaFX dengan bangganya menggelar organisasi ini sebagai sebuah syarikat dengan tanggungjawab sosial. Kami sentiasa menyokong pelbagai yayasan dan program amal dalam memastikan semua usaha berkenaan sentiasa tercapai kepada mereka yang memerlukan. Kami percaya bahawa adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan golongan kurang upaya di seluruh dunia. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk anda turut serta di halaman Amal kami.
    • Bagaimanakah cara OctaFX menyokong aktiviti sukan?
      Di samping membantu pelbagai organisasi amal, OctaFX turut menyokong aktiviti sukan di seluruh dunia. Kami sentiasa bersemangat untuk menyokong sukan yang diminati oleh para pelanggan kami. Oleh sebab itulah pada tahun 2014, termeterainya perjanjian penajaan pertama kami dengan kelab bola sepak Persib Bandung yang akhirnya membuahkan hasil dengan kemenangan mereka dalam Piala ISL 2014, menjadikan mereka berhak digelar sebagai Juara Indonesia. Kami turut menyokong Piala Rip Curl Padang Padang yang berlangsung pada Ogos 2015 di Bali, berteraskan persamaan dalam sukan meluncur ombak dan fitrah Forex yang sentiasa beralun. OctaFX kini sedang menaja Kelab Bola Sepak Southampton, sebuah pasukan dalam Liga Perdana Inggeris. Lihat semua maklumat tentang penajaan terkini di sini.
    • Apakah spread yang ditawarkan? Adakah spread tetap ditawarkan?
      OctaFX menawarkan spread terapung yang berubah-ubah mengikut situasi pasaran. Matlamat kami adalah untuk memberikan harga yang telus dan spread yang paling sengit tanpa mengenakan sebarang komisen tambahan. OctaFX terus memberikan harga bida/tanya yang kami terima daripada kelompok kecairan dan spread kami mencerminkan keadaan sebenar di pasaran. Kelebihan utama bagi spread terapung berbanding spread tetap adalah spread ini biasanya lebih rendah daripada biasa, walau bagaimanapun anda boleh menjangkakannya untuk berkembang ketika pasaran dibuka, semasa peralihan pada 00.00 (waktu pelayan), ketika pengeluaran berita utama atau tempoh ketidakstabilan tinggi. Anda boleh menyemak spread minimum, spread biasa dan spread semasa bagi semua instrumen dagangan di laman web kami.
    • Bagaimanakah cara spread terapung berubah sepanjang hari?
      Spread terapung berubah sepanjang hari bergantung kepada sesi dagangan, kecairan dan ketidakstabilan. Spread akan menjadi kurang sengit ketika pembukaan pasaran pada hari Isnin, apabila berita impak tinggi dikeluarkan dan ketika tempoh ketidakstabilan tinggi yang lain.
    • Adakah terdapat sebutan semula di OctaFX?
      Tidak, kami tidak mempunyai sebutan semula. Sebutan semula berlaku apabila pengedar dagangan dari pihak satu lagi menunda pelaksanaan ketika perubahan harga berlaku. Sebagai broker bukan meja urusan OctaFX akan menyeimbangkan semua pesanan kepada pembekal kecairan untuk dilaksanakan di pihak mereka.
    • Adakah terdapat gelinciran pada platform ini?
      Gelinciran merupakan pergerakan kecil pada harga pelaksanaan yang berlaku apabila terdapat kurang kecairan di sebalik harga yang diminta atau apabila diambil oleh pesanan pedagang lain. Gelinciran juga boleh berlaku disebabkan jurang pasaran. Gelinciran boleh dianggap sebagai salah satu daripada risiko apabila melakukan dagangan dengan broker ECN kerana tiada jaminan bahawa pesanan anda akan dilaksanakan pada harga yang diminta. Walau bagaimanapun, sistem kami disediakan untuk memenuhi pesanan pada harga terbaik berikutnya sekiranya gelinciran berlaku. Sila ambil perhatian bahawa gelinciran boleh menjadi positif atau negatif, dan OctaFX tidak boleh mempengaruhi kecenderungan ini.
    • Adakah jaminan terhadap pesanan henti akan diberikan?
      Sebagai broker ECN, OctaFX tidak dapat memberikan jaminan bahawa pesanan akan dipenuhi pada kadar yang diminta. Setelah dicetuskan, pesanan tergantung akan menjadi pesanan pasaran dan akan dipenuhi pada harga terbaik yang mungkin yang utamanya dipengaruhi oleh keadaan pasaran, kecairan yang tersedia, corak dan volum dagangan.
    • Adakah terdapat kebarangkalian yang saya akan rugi lebih daripada jumlah deposit saya? Apakah yang akan berlaku jika baki akaun menjadi negatif?
      Tidak, OctaFX menawarkan perlindungan baki negatif, jadi apabila baki anda menjadi negatif kami akan melaraskannya secara automatik menjadi sifar.
    • Perlindungan Baki Negatif
      Adalah menjadi keutamaan OctaFX untuk memastikan pengalaman dagangan anda sentiasa terbaik, oleh sebab itulah tak kira apa jua risiko yang dihadapi, kami akan menyokong anda: Sistem pengurusan risiko kami memastikan bahawa pelanggan tidak akan rugi lebih daripada jumlah yang dilaburkannya. Jika baki anda menjadi negatif disebabkan Henti Keluar, OctaFX akan memberikan pampasan sebanyak jumlah berkenaan dan mengembalikan baki akaun anda kepada sifar. OctaFX memberi jaminan bahawa risiko anda hanyalah terhad kepada dana yang anda depositkan ke dalam akaun sahaja. Sila ambil perhatian bahawa dana ini tidak termasuk sebarang pembayaran hutang daripada Pelanggan. Oleh itu para pelanggan kami adalah dilindungi daripada kerugian yang melebihi jumlah deposit awalannya pada kos OctaFX. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut dalam seksyen Perjanjian Pelanggan kami.
    • Berapakah jumlah margin yang diperlukan untuk membuka pesanan saya?
      Bergantung kepada pasangan mata wang, volum dan juga leveraj akaun. Anda boleh menggunakan kalkulator forex kami untuk mengira margin yang diperlukan. Apabila anda membuka kedudukan lindung nilai (berkunci atau bertentangan), tiada margin tambahan diperlukan, namun sekiranya margin bebas anda adalah negatif anda tidak boleh membuka pesanan lindung nilai.
    • Pesanan saya tidak dilaksanakan dengan betul. Apakah yang perlu dilakukan?
      Dengan pelaksanaan pasaran, kami tidak dapat memberi jaminan bahawa pesanan akan dipenuhi pada kadar yang diminta bagi semua kedudukan anda (sila semak Apakah dagangan ECN untuk butiran lanjut). Namun sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau jika anda ingin mendapatkan semakan pesanan secara individu, anda sentiasa dialu-alukan untuk memfailkan aduan terperinci dan hantarkan kepada support@octafx.com. Jabatan pematuhan dagangan kami akan menyiasat kes anda, memberikan maklum balas secepat mungkin dan melakukan pembetulan terhadap akaun anda sekiranya perlu.
    • Adakah terdapat komisen yang dikenakan?
      Komisen kami sudah dimasukkan dalam spread sebagai tokokan. Tiada caj tambahan dikenakan. Kami juga tidak mengenakan sebarang komisen separa pusingan/pusingan penuh.
    • Apakah teknik dan strategi dagangan yang boleh saya gunakan?
      Para pelanggan kami dialu-alukan untuk menggunakan sebarang strategi dagangan termasuklah tetapi tidak terhad kepada scalping, perlindungan nilai, dagangan berita, martingale mahupun sebarang Penasihat Pakar kecuali arbitraj.
    • Adakah perlindungan nilai/scalping/dagangan berita dibenarkan?
      OctaFX membenarkan scalping, perlindungan nilai serta strategi lain, sekiranya pesanan ditempatkan mengikut Perjanjian Pelanggan kami. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa dagangan arbitraj tidak dibenarkan.
    • Apakah alat yang boleh saya gunakan untuk menjejak pengeluaran berita utama dan waktu ketidakstabilan tinggi pasaran?
      Jangan ragu-ragu untuk menggunakan Kalendar Ekonomi kami bagi mendapatkan maklumat tentang pengeluaran akan datang dan halaman berita Forex untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peristiwa pasaran terkini. Anda boleh menjangkakan ketidakstabilan pasaran yang tinggi menjelang berlangsungnya peristiwa utama.
    • Apakah jurang harga dan bagaimanakah jurang harga dapat mempengaruhi pesanan saya?
      "Jurang Harga" menandakan perkara berikut:
      • Harga Bida semasa adalah lebih tinggi daripada harga Tanya bagi Sebut Harga yang terdahulu;
      • atau Harga Tanya semasa adalah lebih rendah daripada harga Bida bagi Sebut Harga yang terdahulu. Adalah penting untuk difahami bahawa anda tidak akan sentiasa melihat jurang harga pada carta kerana ia mungkin terlindung dalam lilin. Sebagaimana yang dimaksudkan dalam takrifan tersebut, ada kalanya anda perlu memerhati harga tanya, manakala carta hanya menunjukkan harga bida.
      Peraturan berikut digunakan bagi pelaksanaan pesanan tergantung ketika jurang harga:
      • Jika "Henti Rugi" anda berada dalam jurang harga, pesanan anda akan ditutup pada harga pertama selepas jurang.
      • Sekiranya harga pesanan tergantung dan tahap "Ambil Untung" adalah di dalam jurang harga, pesanan tersebut akan dibatalkan.
      • Sekiranya harga pesanan "Ambil Untung" adalah di dalam jurang harga, pesanan akan dilaksanakan menggunakan harganya, pesanan tergantung "Beli Henti" dan "Jual Henti" akan dilaksanakan pada harga pertama selepas jurang harga, pesanan tergantung "Beli Had" dan "Jual Had" akan dilaksanakan pada harga pesanan berkenaan.
      Contohnya: Harga Bida disenaraikan sebagai 1.09004 dan harga Tanya 1.0900Dalam tandaan berikutnya, Bida ialah 1.09012 dan Tanya 1.0902:
      • Jika pesanan Jualan anda mempunyai tahap Henti Rugi pada 1.09005, pesanan akan ditutup pada 1.0902
      • Jika tahap Henti Rugi anda ialah 1.09005, pesanan akan ditutup pada 1.0900
      • Jika harga pesanan Beli Henti anda ialah 1.09002 dengan Ambil Untung sebanyak 1.09022, pesanan akan dibatalkan.
      • Jika harga Beli Henti anda ialah 1.09005, pesanan akan dibuka pada 1.0902
      • Jika harga Beli Had anda ialah 1.09005, pesanan akan dibuka pada 1.0900
    • 15 Apakah yang akan berlaku jika saya meninggalkan pesanan saya terbuka semalaman?
      Bagi akaun MT4, keadaan ini bergantung kepada sama ada akaun anda adalah bebas swap ataupun tidak. Jika anda mempunyai akaun biasa, swap boleh digunakan pada semua kedudukan yang terbuka bermula jam 23:59 sehingga 00.01 (waktu pelayan). Untuk mengira swap, anda boleh menggunakan alat ini. Jika akaun anda adalah bebas swap, komisen peralihan akan dikenakan apabila anda menutup pesanan. Akaun cTrader adalah bebas swap dan tidak dikenakan caj semalaman. Walau bagaimanapun, caj akan dikenakan jika anda meninggalkan kedudukan anda terbuka sepanjang hujung minggu. Anda boleh melihat kadar peralihan mingguan di sini.
    • Mengapa swap ganda tiga dikenakan apabila saya mengekalkan kedudukan (roll) dari hari Rabu hingga Khamis?
      Swap ganda tiga dikenakan dari hari Rabu hingga Khamis pada akaun sebagai penyelesaian dagangan sepanjang hujung minggu, kerana kadar swap tidak berubah semasa tempoh ini kerana pasaran ditutup.
    • Bolehkah saya berdagang CFD di OctaFX?
      Ya, anda boleh berdagang CFD di akaun Pro MT5. Anda boleh mengetahui selanjutnya tentang dagangan CFD di sini.
    • Bolehkah saya berdagang Mata Wang Kripto di OctaFX?
      Ya, anda boleh berdagang Mata Wang Kripto di OctaFX. Anda boleh berdagang Bitcoin, Ethereum, Litecoin. Anda boleh melihat cara berdagang Mata Wang Kripto di sini.
    • Bolehkah saya berdagang Komoditi di OctaFX?
      Ya, nikmati manfaat berdagang emas, perak, minyak mentah dan komoditi lain dengan OctaFX! Lihat selanjutnya di sini
    • Apakah komoditi?
      Komoditi ialah aset fizikal boleh didagangkan seperti logam termasuk emas, perak, platinum dan tembaga, serta minyak mentah, gas asli dan sumber lain.
    • Apakah jenis akaun yang ditawarkan?
      OctaFX menawarkan pelbagai akaun dagangan yang sesuai untuk sebarang strategi dagangan dan apa jua tahap kemahiran dagangan anda. Kedua-dua akaun sebenar dan akaun demo tersedia pada dua platform dagangan - Metatrader 4 dan cTrader. Anda boleh membandingkan akaun berkenaan dan memilih akaun yang paling sesuai dengan keperluan individu anda di sini.
    • Adakah akaun demo ditawarkan?
      Ya, anda boleh membuka sebanyak akaun demo yang anda inginkan dalam Ruangan Peribadi untuk melatih dan menguji strategi anda. Anda juga boleh memenangi dana sebenar dengan menyertai Kejohanan OctaFX atau pertandingan demo mingguan cTrader.
    • Bagaimanakah cara untuk membuka akaun demo?
      Sila log masuk ke Ruangan Peribadi anda dan klik Buka akaun: Demo di bahagian atas halaman. Akaun demo mencontohi keadaan dan harga pasaran sebenar untuk digunakan bagi tujuan latihan, pengenalan dengan platform dan untuk menguji strategi anda tanpa sebarang risiko.
    • Bagaimanakah cara untuk saya menambah nilai baki akaun demo saya?
      Beralih ke akaun demo anda dalam Ruangan Peribadi dan klik Tambah nilai akaun demo di bawah baki semasa anda.
    • Adakah akaun demo akan dinyahaktifkan?
      Jika anda mempunyai akaun demo biasa, anda boleh menggunakannya selama mana yang anda inginkan. Bagi akaun pertandingan demo, akaun berkenaan tidak akan tersedia untuk dagangan selepas pusingannya tamat.
    • Bolehkah saya membuka berbilang akaun?
      Kami tidak mengehadkan bilangan akaun Demo yang boleh dibuka. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa anda tidak boleh mencipta lebih daripada 2 akaun Sebenar melainkan salah satu daripadanya digunakan untuk dagangan. Dalam erti kata lain, anda boleh membuka akaun ketiga sekiranya anda melakukan sekurang-kurangnya satu deposit dan/atau menyelesaikan satu dagangan menggunakan akaun sedia ada.
    • Apakah mata wang akaun yang ditawarkan?
      Sebagai pelanggan OctaFX anda boleh membuka akaun USD atau EUR. OctaFX menawarkan dua jenis akaun dagangan - anda boleh membuka akaun USD atau EUR. Sila ambil perhatian bahawa anda boleh melakukan deposit ke dalam akaun-akaun ini dalam sebarang mata wang dan deposit anda akan ditukarkan ke dalam mata wang pilihan anda pada kadar tukaran mata wang yang ditetapkan oleh sistem Pembayaran. Jika anda melakukan deposit menggunakan USD ke dalam akaun EUR anda atau sebaliknya, dana tersebut akan ditukarkan menggunakan kadar tukaran EURUSD semasa.
    • Bolehkah saya menukar mata wang akaun saya?
      Malangnya, anda tidak boleh menukar mata wang akaun anda, tetapi anda boleh membuka akaun dagangan baru dalam Ruangan Peribadi anda.
    • Di manakah saya boleh mendapatkan data akses? (+pautan ke seksyen data Akses)
      Semua data akses termasuklah nombor akaun, kata laluan pedagang dan pelabur akan dihantar melalui e-mel selepas akaun dibuka. Jika anda kehilangan e-mel tersebut, anda boleh memulihkan data akses anda dalam Ruangan Peribadi.
    • Di manakah saya boleh memuat turun penyata akaun saya?
      Anda boleh memuat turun penyata akaun dalam Ruangan Peribadi: cari akaun anda dalam senarai "Akaun saya", klik anak panah juntai bawah dan pilih "Sejarah Dagangan". Pilih tarikh dan klik pada butang "CSV" atau "HTML" bergantung pada format fail yang anda perlukan.
    • Apakah platform dagangan yang ditawarkan?
      Kami menawarkan dua platform dagangan yang paling meluas: MetaTrader4 dan cTrader. Metatrader4 merupakan platform yang paling digunakan secara meluas, manakala cTrader pula merupakan platform yang lebih baru dan memperlihatkan penambahan dalam kalangan penggunanya yang mementingkan rekaan dan kebolehgunaannya. Anda boleh membuka kedua-dua akaun demo dan akaun sebenar pada semua platform yang kami tawarkan. Kedua-dua Metatrader4 dan cTrader tersedia untuk PC dan aplikasi mudah alih dalam AppStore dan Google Play. cTrader turut mempunyai platform dagangan web. Anda boleh membandingkannya di sini
    • Bolehkah saya menggunakan EA MT4 atau Penanda dalam cTrader?
      Adalah mustahil untuk menggunakan EA MT4 (Penasihat Pakar) dan Penanda dalam cTrader. Walau bagaimanapun, anda boleh untuk menukarkan EA MQ4 atau kod Penanda anda ke C# melalui pautan berikut. Turut tersedia dalam cTrader anda di bawah tab "Pautan".
    • Bolehkah saya menggunakan akaun MT4 dalam cTrader?
      Malangnya anda tidak boleh menggunakan akaun MT4 pada cTrader atau sebaliknya. Anda boleh mencipta dua akaun berasingan untuk cTrader dan MT4 dalam Ruangan Peribadi anda.
    • Bolehkah saya menggunakan beberapa akaun secara serentak?
      Anda boleh menjalankan dua akaun MetaTrader pada PC atau VPS anda sekiranya anda memasangnya dalam folder yang berlainan. Berikut merupakan langkah-langkahnya: Muat turun pemasang dan jalankan fail tersebut. Secara lalainya fail akan dipasangkan ke C:\Program Files\OctaTrader. Klik "Tetapan" dan tukar folder pemasangan (contohnya (C:\Program Files\OctaTrader2). Anda juga boleh memasang MT4 kedua yang tersedia dalam laman web rasmi: http://www.metatradercom/ Dalam kes ini, anda perlu memasukkan alamat IP bagi pelayan berkaitan apabila anda mendaftar masuk dengan akaun OctaFX. Alamat-alamat IP pelayan OctaFX adalah: Demo: 212.615200 Sebenar: 212.615201
    • Bolehkah saya berdagang menggunakan peranti Android/iOS saya?
      Ya, anda boleh memasang kedua-dua aplikasi MetaTrader4 dan cTrader pada peranti anda. Lawati halaman platform kami untuk melihat arahan terperinci tentang cara untuk memuat turun kedua-dua aplikasi MT4 dan cTrader pada peranti iOS/Android anda.
    • Adakah terdapat platform yang berasaskan web?
      Platform berasaskan web MT4 tersedia di sini. Platform ini membolehkan anda untuk melakukan dagangan dari sebarang sistem operasi dengan antara muka mudah pada platform Metatrader 4. Semua alat utama tersedia termasuklah dagangan satu klik dan dagangan carta. Kami juga mempunyai platform cTrader berasaskan web yang tersedia di sini: ct.octafx.com Untuk berdagang pada platform cTrader melalui pelayar, anda hanya perlu mendaftar masuk ke terminal menggunakan maklumat kelayakan anda. cTrader yang berasaskan web menyokong semua pelayar utama dan tersedia untuk telefon mudah alih dan tablet. Anda boleh mengakses harga yang telus, pencartaan lanjutan dan analisis teknikal daripada sebarang peranti dengan akses Internet.
    • Bagaimanakah cara untuk saya log masuk ke MetaTrader4 dengan akaun saya?
      Pilih "Log masuk dengan akaun dagangan" daripada menu "Fail". Dalam tetingkap timbul, masukkan nombor Akaun anda, kata laluan pedagang dan pilih "OctaFX-sebenar" untuk akaun sebenar atau "OctaFX-demo" jika anda mendaftar masuk dengan akaun demo.
    • Bagaimanakah cara untuk membuka pesanan?
      Untuk membuka tetingkap "Pesanan baru" anda boleh:
      • Tekan F9 pada papan kekunci;
      • Klik kanan pada simbol dalam tetingkap pemantau pasaran dan pilih "Pesanan baru" daripada menu timbul;
      • Klik kanan pada carta terbuka dan pilih "Pesanan baru";
      • Klik pada butang Pesanan Baru dalam bar alat.
      Dalam tetingkap timbul sila pilih simbol daripada senarai juntai bawah, tetapkan volum pesanan dalam lot, tetapkan Henti Rugi atau tahap Ambil Untung dan pilih jenis pesanan anda.
      Jika anda memilih "Pelaksanaan pasaran", hanya klik "Beli" atau "Jual" di bawah untuk membuka kedudukan pada kadar pasaran semasa.
      Sekiranya anda ingin membuka pesanan tergantung, pilihnya sebagai jenis pesanan. Seterusnya pilih jenis pelaksanaan (seperti, Beli Had, Jual Had, Beli Henti atau Jual Henti) dan tentukan harga pelaksanaannya. Klik butang "Tempatkan" untuk menghantar pesanan berkenaan.
      Untuk menentukan tahap Henti Rugi atau Ambil Untung, klik anak panah ke atas atau ke bawah untuk memenuhi harga semasa dan melaraskannya kepada harga Henti Rugi atau Ambil Untung anda.
      Sejurus selepas kedudukan tersebut dibuka, ia akan muncul pada tab Dagangan.
      MT4 membolehkan anda untuk membuka dan menutup kedudukan dalam satu klik. Untuk mendayakan dagangan Satu Klik, pilih Opsyen daripada menu "Alatan". Dalam tetingkap Opsyen buka tab Dagangan, tandakan Dagangan Satu Klik dan klik OK untuk melakukan perubahan.
      Dengan dagangan satu klik anda boleh melakukan operasi dagangan pada carta. Untuk mendayakan panel Dagangan Satu Klik, klik kanan pada carta dan tandakan Dagangan Satu Klik dalam menu konteks. Panel ini boleh digunakan untuk menempatkan pesanan pasaran dengan volum yang tertentu.
      Anda juga boleh menempatkan pesanan tergantung daripada submenu Dagangan pada menu konteks carta. Klik kanan pada tahap harga yang diperlukan pada carta dan pilih jenis pesanan tergantung yang anda ingin bukakan. Jenis pesanan tergantung yang tersedia pada tahap harga ini akan dipaparkan dalam menu.
    • Apakah jenis pesanan yang tersedia dalam MT4?
      Anda boleh membuka pesanan pasaran atau pesanan tergantung dalam MT4 Pesanan pasaran dilaksanakan pada harga pasaran semasa. Berikut merupakan jenis pesanan tergantung yang tersedia:
      • Beli Had digunakan untuk membuka pesanan Beli pada harga di bawah harga Bida semasa;
      • Jual Had merupakan arahan untuk membuka pesanan Jual pada harga di atas harga Tanya semasa;
      • Pesanan Beli Henti membolehkan anda untuk membuka kedudukan panjang apabila harga mencapai tahap yang dipratakrifkan, yang melebihi harga bida semasa;
      • Pesanan Jual Henti menjadi aktif apabila harga tanya mencapai tahap pesanan, iaitu di bawah harga Bida.
    • Bagaimanakah cara untuk saya menetapkan Henti Rugi dan Ambil Untung?
      Untuk mengubah suai sesuatu kedudukan, sila dwiklik pada medan "Henti Rugi" atau "Ambil Untung" pada garis kedudukan dalam tab Dagangan. Secara alternatif, anda boleh klik kanan pada garis kedudukan dan pilih "Ubah suai pesanan" Kemudian tetapkan sahaja tahap Henti Rugi atau Ambil Untung dan klik butang "Ubah Suai" di bawah. Sila ambil perhatian bahawa:
      • Pesanan Jual: Henti Rugi perlulah berada di atas harga Tanya semasa, Ambil Untung - di bawah harga Tanya semasa
      • Perintah Beli: Henti Rugi perlulah berada di bawah harga Bida semasa, Ambil Untung - di atas harga Bida semasa.
      Sila ambil maklum bahawa setiap instrumen dagangan mempunyai tahap henti yang tertentu, sekiranya tahap Henti Rugi atau Ambil Untung adalah terlalu rapat dengan harga semasa, anda tidak akan dapat mengubah suai kedudukan tersebut. Anda boleh menyemak jarak henti rugi dan ambil untung yang minimum dengan mengklik kanan pada instrumen dagangan dalam tetingkap Pemantau Pasaran dan memilih Simbol daripada menu konteks. Pilih instrumen dagangan dalam tetingkap pop muncul dan klik butang Sifat. Anda juga boleh mengubah suai pesanan anda daripada carta. Untuk melakukannya, dayakan opsyen "Tunjukkan tahap dagangan" dalam tetapan terminal. Kemudian klik pada tahap kedudukan dan seretkannya (untuk menetapkan Ambil untung untuk Beli kedudukan atau Henti Rugi untuk Jual Kedudukan) atau ke bawah (Henti rugi untuk Beli atau Ambil untung untuk jual).
    • Bagaimanakah cara untuk menutup pesanan?
      Cari pesanan dalam tab "Dagangan", klik kanan padanya dan pilih tutup pesanan. Dalam tetingkap pop muncul klik butang "Tutup pesanan". Anda juga boleh menutup sesuatu kedudukan dengan kedudukan yang bertentangan. Dwiklik garis kedudukan dalam tab Dagangan. Pilih dalam Tutup Dengan dalam medan Jenis. Senarai kedudukan bertentangan akan dipaparkan di bawah. Pilih salah satu daripada senarai berkenaan dan klik butang Tutup. Jika anda mempunyai lebih daripada dua kedudukan, anda boleh memilih Berbilang Tutup Dengan dalam medan jenis. Operasi ini akan menutup kedudukan terbuka secara berpasangan.
    • Di manakah saya boleh melihat sejarah dagangan saya?
      Semua pesanan tertutup anda boleh didapati dalam tab "Sejarah akaun". Anda juga boleh menghasilkan penyata akaun di sini dengan mengklik kanan pada sebarang entri dan memilih "Simpan sebagai laporan terperinci". Anda juga boleh melihat sejarah dagangan anda dalam Ruangan Peribadi.
    • Bagaimanakah cara untuk membuka carta baru.
      Klik kanak pada pasangan mata wang yang diperlukan dalam tetingkap Pemantau Pasaran dan pilih "carta baru" atau seretkan sahaja dan lepaskannya ke dalam tetingkap yang sedia terbuka. Anda juga boleh memilih "Carta Baru" daripada menu Fail atau klik butang Carta Baru pada bar alat.
    • Di manakah saya boleh mengubah tetapan carta?
      Klik kanak pada carta dan pilih "Sifat". Tetingkap Sifat mempunyai dua tab: Warna dan Biasa. Elemen carta disenaraikan di sebelah kanan tab warna, setiap daripadanya mempunyai kotak warna juntai bawah yang tersendiri. Anda boleh menuding kepada sebarang sampel warna untuk melihat namanya dan klik untuk memilih salah satu daripada warna pratetap. Dalam tab biasa anda boleh memilih jenis carta dan dayakan ciri tersebut sebagai garisan Volum, Grid dan Tanya. Anda juga boleh mengubah jenis carta dengan mengklik pada ikon yang diinginkan untuk menggunakan data harga Bar, Batang Lilin atau Garis. Untuk mengubah jangka masa klik pada ikon Tempoh atau dengan memilih tempoh masa yang diinginkan daripada bar alat.
    • Mengapakah saya tidak dapat membuka kedudukan?
      Pertama sekali, sila pastikan anda telah berjaya mendaftar masuk ke akaun dagangan anda. Status sambungan pada penjuru bawah kanan akan menandakan sama ada anda disambungkan dengan pelayan atau tidak. Sekiranya anda tidak dapat membuka tetingkap "Kedudukan Baru" dan butang "Pesanan Baru" pada bar alat tidak aktif, sila daftar masuk semula menggunakan kata laluan pedagang anda dan bukannya kata laluan pelabur. Jika butang "Beli" dan "Jual" menjadi kelabu, volum pada pesanan yang anda cuba buka menjadi tidak sah. Sila ambil maklum bahawa volum minimum untuk akaun ECN ialah 0.1 lot, langkah ialah 0.1 lot. Volum maksimum yang boleh anda dagangkan pada akaun Mikro ialah 10 lot. Mesej "Wang tidak mencukupi" semasa anda mengklik "beli" atau "jual" menunjukkan bahawa margin bebas anda tidak mencukupi untuk membuka pesanan tersebut. Anda boleh menyemak margin yang diperlukan bagi sebarang kedudukan menggunakan alat ini.
    • Saya hanya boleh melihat beberapa pasangan mata wang dalam MT4 sahaja.
      Untuk melihat semua alat dagangan pergi ke terminal MT4 anda, klik kanan pada sebarang pasangan mata wang dalam tetingkap "Pemantau Pasaran" dan pilih "Tunjukkan semua". OctaFX menawarkan 12 pasangan mata wang dan 2 logam untuk jenis akaun Mikro dan 28 pasangan mata wang dan 2 logam untuk akaun ECN. Sila rujuk pautan berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pasangan mata wang.
    • Apakah tahap henti OctaFX?
      Dalam MT4 setiap alat dagangan mempunyai tahap henti (had). Dalam erti kata lain, anda boleh menetapkan tahap had bagi dagangan (jarak pip minimum) untuk menutup dagangan. Sila ambil maklum bahawa OctaFX mempunyai harga 5 digit, justeru jaraknya ditunjukkan dalam mata. Sebagai contoh, jarak minimum EUR/USD ditunjukkan sebagai 20 mata, yang bersamaan 2 pip. Anda juga boleh menandakan Tahap Henti bagi sebarang pasangan mata wang dengan mengklik "Pemantau Pasaran" dan menekan "Simbol". Di bawah "Simbol" pilih "Sifat". Cetak Skrin Tiada sebarang Tahap Henti dalam cTrader, jadi anda boleh menetapkan harga pada sebarang jarak daripada harga semasa.
    • Mengapakah saya melihat "menunggu kemas kini" pada carta?
      Buka tetingkap "Pemantau Pasaran", klik kiri dan tahan butang tetikus pada pasangan yang diinginkan. Seret pasangan tersebut ke dalam carta yang menunjukkan "Menunggu Kemas Kini". Lepaskan butang tetikus. Ini akan mengemas kini carta secara automatik. Cetak Skrin
    • Mengapakah butang "Pesanan Baru" berwarna kelabu?
      Ini bermakna anda telah log masuk ke akaun anda menggunakan kata laluan pelabur. Kata laluan tersebut mengehadkan anda kepada carta, analisis teknikal dan Penasihat Pakar. Anda tidak boleh berdagang jika anda mendaftar masuk ke akaun menggunakan kata laluan pelabur. Untuk mula berdagang, anda perlu mendaftar masuk ke akaun dagangan anda menggunakan kata laluan pedagang.
    • Mengapakah saya melihat "akaun tidak sah" dalam status sambungan?
      Akaun tidak sah dalam status sambungan bermakna sebahagian daripada maklumat kelayakan yang anda masukkan ketika log masuk tidak betul. Sila pastikan anda memasukkan Nombor Akaun ke dalam kotak "Log Masuk" dan kata laluan pedagang yang anda terima melalui e-mel ke dalam kotak "Kata Laluan". Sekiranya anda terlupa kata laluan pedagang anda boleh memulihkannya dalam Ruangan Peribadi. Seterusnya anda perlu memilih pelayan yang berkenaan dengan jenis akaun anda, pilih akaun OctaFX-Sebenar untuk akaun sebenar dan OctaFX-demo apabila anda mendaftar masuk menggunakan akaun demo.
    • Tiada Sambungan dalam MT4
      Imbas semula pelayan dan pilih salah satu daripadanya dengan ping yang paling rendah. Sekiranya pelayan tidak bertindak balas, tutup MT4 dan mulakannya semula menggunakan mod "Jalankan sebagai Pentadbir". Anda juga boleh menyemak tetapan tembok api dan tambahkan MT4 sebagai "program yang dibenarkan" atau senarai "pengecualian". Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Sokongan Pelanggan kami.
    • Adakah OctaFX menyediakan khidmat EA atau Penanda? Di manakah saya boleh memuat turunnya?
      OctaFX tidak menyediakan atau mengesyorkan sebarang nasihat pakar (EA) atau penanda. Walau bagaimanapun, anda boleh memuat turun penanda bagi MetaTrader 4 pada Pustaka Kod Sumber MQL Ikuti pautan berikut: MQL5.com Anda juga boleh memuat turun penanda dan EA daripada sumber lain. cBots boleh dimuat turun daripada laman web komuniti dagangan cTDN ctdn.com
    • Apakah cTrader?
      Platform dagangan cTrader direka khas untuk ECN dan menawarkan akses pasaran langsung (DMA). Tiada sebarang sekatan pada tahap Henti/Had dan membolehkan anda untuk membalikkan, menduakan atau menutup semua kedudukan dengan satu klik. Kedalaman pasaran tahap II yang tersedia dalam cTrader memberikan maklumat yang lebih telus berkenaan kecairan yang tersedia. Anda boleh membandingkan cTrader dengan MT4 di sini
    • Bagaimanakah cara untuk mendaftar masuk ke cTrader dengan akaun saya?
      Tetingkap Daftar Masuk akan muncul apabila anda melancarkan cTrader. Anda juga boleh membukanya dengan mengklik 'cTrader" pada penjuru atas kiri dan memilih Daftar Masuk. Masukkan Nombor Akaun dan Kata Laluan dan klik butang Daftar Masuk.
    • Bagaimanakah cara untuk membuka sesuatu kedudukan?
      Cara yang paling pantas untuk membuka sesuatu kedudukan adalah dengan mengklik butang PedagangPantas daripada senarai Simbol atau kegemaran. Pilih instrumen dagangan dan volum perintah dan tekan Jual atau Beli untuk membuka pesanan pasaran. Untuk membuka tetingkap "Cipta pesanan" anda boleh menekan F9 pada papan kekunci anda, pilih "Pesanan Baru" daripada menu cTrader atau klik butang "Cipta Pesanan Baru" daripada bar alat. Selepas Dagangan satu klik dinyahdayakan, klik pada butang DagangPantas akan membuka tetingkap "Cipta Pesanan" juga. Dalam tetingkap "Cipta Pesanan" pilih simbol, volum dan klik butang Jual atau Beli di bawah. Untuk menempatkan pesanan yang tergantung, buka tetingkap "Cipta pesanan" seperti yang dihuraikan di atas dan pilih jenis pesanan daripada menu di sebelah kiri. Pilih simbol, tetapkan harga pesanan, volum dan tarikh tamat jika diperlukan. Di sini juga anda boleh menetapkan satu atau lebih tahap Henti Rugi atau ambil untung. Setelah selesai, klik Jual atau Beli di bawah untuk menempatkan pesanan berkenaan.
    • Bagaimanakah cara untuk mengubah suai sesuatu kedudukan?
      Dwiklik atau klik kanan pada garisan kedudukan dalam PemantauPasaran dan pilih Ubah Suai Kedudukan. Dalam tetingkap "Ubah suai kedudukan" tetapkan Henti Rugi dan Ambil Untung anda. Henti Rugi dan Ambil Untung boleh diubah suai menggunakan harga atau bilangan pip. Klik Lindungi untuk melakukan perubahan.
    • Bagaimanakah cara untuk menutup sesuatu kedudukan dalam cTrader?
      Anda boleh menutup satu kedudukan dengan mengklik butang "Tutup" di hujung sebelah kanan perintah anda dalam tab Kedudukan atau tutup semua kedudukan terbuka dengan mengklik butang "Tutup semua".
    • Di manakah sejarah akaun saya dalam cT?
      Dalam tab Sejarah anda boleh melihat semua urusan yang telah anda penuhi atau cuba untuk memenuhi pesanan anda. Di sini juga anda boleh mencipta kenyataan HTML bagi semua perintah, kedudukan dan urusan dengan mengklik butang "kenyataan" di atas senarai urusan.
    • Mengapakah saya tidak dapat membuka kedudukan dalam cT?
      Anda mungkin tidak mempunyai margin bebas yang mencukupi untuk membuka kedudukan berkenaan. Anda boleh menyemak sebab sebenar dalam Tab Jurnal.
    • Bagaimanakah cara untuk membuka carta baru?
      Pilih instrumen dagangan daripada seksyen "Simbol" di sebelah kiri, klik kanan padanya dan pilih Carta Baru.
    • Bagaimanakah cara untuk beralih antara unit dan lot?
      Anda boleh beralih antara Lot atau unit bagi setiap simbol menggunakan pemilih Lot dalam PemantauPasaran.
    • Bagaimanakah cara untuk mengubah mod dagangan satu klik?
      Anda boleh memilih antara mod 'Klik Tunggal', 'Dwiklik' dan 'Dinyahdayakan' (Skrin Pesanan). Mod 'DagangPantas' yang dipilih ditunjukkan oleh kursor tetikus, apabila dituding pada butang 'Beli/Jual'.
    • Bagaimanakah cara untuk menyesuaikan carta saya?
      Klik kanan pada carta untuk membuka menu timbul. Di sini anda boleh mengubah opsyen kekalaan, simbol, warna dan paparan.
    • Apakah Kedalaman Pasaran?
      Kedalaman Pasaran (DoM) merujuk kepada ketersediaan kecairan pada tahap harga yang berbeza bagi sesebuah pasangan mata wang. Tiga jenis DoM yang tersedia dalam cTrader:
      • DoM VWAP menunjukkan senarai harga jangkaan VWAP di sebelah volum boleh laras.
      • DoM Standard merupakan ringkasan bagi kecairan yang tersedia untuk instrumen tertentu. Jumlah kecairan ditunjukkan di sebelah harga yang tersedia.
      • DoM Harga menunjukkan senarai naik turun harga daripada harga titip semasa dan kecairan yang tersedia di sebalik setiap harga.
    • Mengapakah saya tidak dapat log masuk ke dalam cTrader?
      Sila semak kesahihan data daftar masuk (nombor akaun dan kata laluan). Sila maklum bahawa anda juga boleh menggunakan platform cTrader yang dimuat turun daripada laman web OctaFX. Sila ambil perhatian bahawa akaun cTrader adalah dicipta secara berasingan daripada akaun MT4 dan anda tidak boleh mendaftar masuk menggunakan akaun MT4 ke cTrader atau sebaliknya. Selain itu, sila pastikan bahawa anda memasang aplikasi OctaFX cTrader untuk Android dan iOS.
    • Bagaimanakah cara untuk berdagang pada carta?
      Dalam cTrader anda boleh mengubah suai perintah Henti Rugi, Ambil untung dan Had daripada carta. Buka carta bagi simbol yang sedang anda dagangkan dan klik ikon Opsyen Paparan pada bahagian atas carta. Pilih Perintah dan Kedudukan untuk melihat harga entri, volum dan arah carta. Untuk mengubah suai kedudukan atau pesanan, tudingkan kursor anda pada garisannya pada carta dan klik dan seret Henti Rugi Ambil untung atau volum bagi kadar yang diperlukan.
    • Apakah cTrader ID?
      cTrader ID merupakan portfolio tunggal yang direka khas untuk menyimpan akaun, ruang kerja dan perkara kegemaran anda dalam storan awan. Ia membolehkan anda untuk mengakses akaun dagangan dan reka letak platform anda dari sebarang komputer. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai cTrader ID di sini.
    • Apakah Sentimen Langsung?
      Sentimen langsung menunjukkan kedudukan panjang dan pendek pedagang lain. Anda boleh menggunakan alat ini untuk mengenal pasti peratusan pedagang yang mempunyai kedudukan pendek dan panjang sebelum melakukan keputusan anda untuk memasuki pasaran.
    • Apakah henti keluar pintar?
      "Henti keluar pintar" ialah logik henti keluar yang digunakan pada akaun cTrader. Terima kasih atas algoritma ini, apabila paras margin akaun anda jatuh di bawah 15%, hanya sebahagian daripada volum yang diperlukan untuk meningkatkan paras margin di atas paras henti keluar ditutup.
    • Bagaimanakah cara untuk log masuk ke MT5?
      Lancarkan MT5 anda, buka menu "File" dan pilih "Login to trade account". Dalam tetingkap pop muncul masukkan nombor akaun, kata laluan pedagang yang anda terima melalui e-mel dan pilih pelayan yang berkenaan dengan jenis akaun anda. Secara alternatifnya, sekiranya terminal tidak dimuat turun daripada laman web OctaFX, anda boleh memasukkan alamat IP berikut sebagai pelayan:
      • OctaFX-Sebenar: 212.64.158.217
      • OctaFX-Demo: 212.64.158.210
    • Mengapakah saya tidak boleh log masuk?
      Anda boleh menyemak entri terakhir dalam tab "Journal" untuk mengetahui alasan yang tepat:
      • “Invalid account” bermaksud salah satu daripada maklumat kelayakan yang anda masukkan semasa log masuk tidak tepat - ia boleh menjadi nombor akaun, kata laluan atau pelayan dagangan. Semak data akses dan cuba untuk mendaftar masuk sekali lagi
      • “No connection to OctaFX-real” atau “No connection to OctaFX-demo” menandakan bahawa terminal anda tidak dapat mewujudkan sambungan dengan titik akses yang berhampiran. Semak sama ada internet anda aktif, kemudian klik pada status sambungan dan pilih "Network rescan". Sekiranya masalah ini berlarutan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami.
    • Bagaimanakah cara untuk membuka perintah?
      MetaTrader 5 menawarkan beberapa ciri yang membolehkan anda untuk menempatkan perintah:
      • Tekan F9 pada papan kekunci anda atau klik butang "New Order" daripada bar alat standard. Secara alternatifnya, anda boleh mengklik kanan pada instrumen dalam Pemantau Pasaran dan pilih "New Order" daripada menu konteks. Dalam "New Order" anda perlu memilih simbol, jenis perintah dan juga volum yang akan didagangkan. Selepas semua parameter berkenaan ditetapkan, klik butang "Buy" atau "Sell" di bawah, bergantung pada arah pergerakan anda.
      • Pergi ke Alat>Pilihan>Dagang. Di sini anda boleh mengaktifkan ciri "One click trading" yang membolehkan anda untuk membuka kedudukan dengan parameter yang telah diprapilih terus pada carta. Untuk mengaktifkan panel Dagangan Satu Klik, buka carta pada instrumen yang anda dagangkan dan tekan ALT+T pada papan kekunci anda.
      • Panel Dagangan Satu Klik turut tersedia dalam tab "Trading" dalam "Market Watch".
    • Apakah jenis perintah yang tersedia dalam MT%?

      MT5 menawarkan beberapa jenis perintah:

      1. Perintah pasaran — merupakan perintah untuk membuka kedudukan pada kadar pasaran semasa. Perintah pasaran boleh ditempatkan melalui tetingkap Perintah Baru atau panel Dagangan Satu Klik.
      2. Perintah menunggu — merupakan perintah untuk membuka kedudukan sebaik sahaja harga mencapai paras tertentu yang telah ditetapkan. Berikut merupakan jenis perintah yang tersedia dalam MT5:
        • Perintah had ditempatkan di bawah harga bida semasa (untuk kedudukan panjang) atau di atas harga tanya semasa (untuk perintah pendek).
        • Perintah henti ditempatkan di atas harga bida semasa (untuk perintah beli) atau di bawah harga tanya semasa (untuk perintah jual).

        Bagi menempatkan perintah henti atau menghadkan perintah menunggu, anda perlu memilih "Pending order" dalam tetingkap "New order", tentukan jenis dan arah pergerakannya (spt. had jualan, henti jualan, had belian, henti belian), harga yang menjadi takat pengaktifan, volum dan sebarang parameter lain jika berkenaan. Secara alternatifnya, anda boleh klik kanan pada paras harga yang diinginkan pada carta dan pilih jenis perintah tergantung yang anda ingin bukakan. Perintah berkenaan akan muncul di dalam tab "Trade" di bawah Baki akaun, Ekuiti dan Margin bebas.

        • Perintah had henti merupakan kombinasi antara jenis sebelumnya yang telah dihuraikan. Ia merupakan perintah menunggu yang menjadi had belian atau had jualan sebaik sahaja harga mencapai paras henti anda. Untuk menempatkannya, anda perlu memilih jenis "Buy Stop Limit" atau "Sell Stop Limit" dalam tetingkap Perintah Baru. Kemudian, tetapkan "Price" atau harga henti (paras untuk perintah had ditempatkan) dan "Stop limit price" (harga perintah bagi paras had anda). Untuk kedudukan pendek, harga henti perlu berada di bawah paras harga bida semasa dan harga had henti perlu berada di atas harga henti, manakala untuk membuka kedudukan panjang anda perlu menetapkan harga henti di atas harga tanya semasa dan harga had henti di bawah harga henti.

        Semasa menempatkan perintah, pastikan anda mengambil kira setiap instrumen dagangan yang mempunyai paras henti tertentu, seperti jarak daripada harga pasaran yang membolehkan sesuatu perintah menunggu ditempatkan. Untuk menyemak paras berkenaan, cari alat dagangan yang anda inginkan dalam Pemantau Pasaran, klik kanan pada alat tersebut dan pilih "Specifications".

    • Bagaimanakah cara untuk menetapkan paras Henti Rugi dan Ambil untung?
      Tentukan kedudukan yang anda ingin tetapkan sebagai henti rugi atau ambil untung, klik kanan pada kedudukan tersebut dan pilih "Modify or delete" daripada menu konteks. Dalam tetingkap pop muncul, tentukan paras perintah anda. Ambil perhatian bahawa bagi kedudukan pendek, anda boleh menetapkan paras henti rugi di atas dan ambil untung di bawah harga tanya semasa, manakala apabila mengubahsuai kedudukan panjang, anda perlu menempatkan kadar henti rugi di bawah dan ambil untung di atas harga bida semasa.
    • Bagaimanakah cara untuk menutup sesuatu kedudukan?
      Tentukan kedudukan yang anda ingin tutup dalam tab "Trade", klik kanan pada kedudukan tersebut dan pilih "Close position". Bergantung pada sama ada Dagangan Satu Klik diaktifkan atau tidak, ia akan sama ada ditutup serta merta pada kadar semasa atau tetingkap Kedudukan akan muncul, di mana anda perlu mengesahkan arahan berkenaan dengan mengklik pada butang "Close".
    • Mengapakah saya tidak dapat membuka kedudukan?
      • Sekiranya anda tidak dapat membuka tetingkap "New order" dan butang "New order" pada bar alat tidak aktif, anda telah mendaftar masuk dengan menggunakan kata laluan (baca sahaja) pelabur. Bagi melakukan dagangan, sila gunakan kata laluan pedagang untuk melakukan dagangan.
      • Butang “Sell” dan “Buy” yang tidak aktif dalam tetingkap "New order" menandakan bahawa volum yang anda tentukan adalah tidak sah. Sila ingat bahawa volum minimum ialah 0.01 lot, langkah ialah 0.01 lot.
      • Mesej ralat “Not enough money” menandakan bahawa margin bebas anda tidak mencukupi untuk membuka perintah berkenaan. Anda mungkin perlu melaraskan volum atau melakukan deposit pada akaun anda.
      • Mesej ralat “Market is closed” menandakan bahawa anda cuba untuk membuka kedudukan di luar waktu dagangan instrumen. Anda boleh menyemak jadual dalam “Specification” simbol atau pada laman web kami.
    • Bagaimanakah cara untuk menyemak sejarah dagangan saya?
      Anda boleh mendapatkan semua kedudukan tertutup dalam tab "Account history". Sejarah dagangan merangkumi perintah (spt. arahan yang anda berikan) dan urusan (transaksi sebenar). Daripada menu konteks, anda boleh memilih operasi yang ingin dipaparkan (perintah sahaja, urusan sahaja atau kedua-duanya), menapis operasi berkenaan mengikut simbol dan tempoh, serta menjana laporan terperinci.
      Sila ambil maklum bahawa, untuk melihat keuntungan sebenar yang anda perolehi, anda perlu memilih "Urusan" atau "Urusan dan perintah" daripada menu konteks.
    • Bolehkah saya menyemak berita pasaran akan datang?
      Buka tab "Calendar" untuk melihat acara yang telah disiarkan dan yang dijadualkan untuk minggu yang berikutnya. Di sana anda boleh melihat tarikh, masa serta keutamaan berita berkenaan, di samping data ramalan, terdahulu dan data sebenar.
    • Bagaimanakah cara untuk menambah EA atau Penanda Tersuai pada MT5?
      Sekiranya anda telah memuat turun EA atau Penanda yang anda perlukan, pergi ke Fail > Buka folder data > MQL5 dan salin fail .ex5 ke dalam folder "Pakar" atau "Penanda". EA atau Penanda anda akan muncul dalam tetingkap "Navigator".
      Secara alternatifnya, anda boleh memuat turun dan menambahkannya dalam tab "Market" terus daripada platform berkenaan.
    • Bagaimanakah cara untuk membuka carta?
      Untuk membuka carta, anda boleh seret dan lepaskan alat dagangan daripada "Market Watch" ke dalam tetingkap carta. Secara alternatifnya, anda juga boleh klik kanan pada simbol dan pilih "New chart".
    • Bagaimanakah cara untuk menyuaikan carta?
      Anda boleh mengubah tempoh, skala dan menukar antara jenis carta pada Bar alat standard. Sekiranya anda ingin mengubah warna, menambah atau mengalih keluar garisan bida dan tanya, volum atau grid, klik pada carta dan pilih "Properties" daripada menu konteks.
    • Bagaimanakah cara untuk menambah penanda pada sesebuah carta?
      Cari penanda anda dalam tetingkap Navigator dan seret ke dalam carta. Ubah suai parameter dalam tetingkap pop muncul sekiranya perlu dan klik "Ok" untuk melakukan perubahan.
    • Bagaimanakah cara untuk melancarkan EA?
      Seret dan lepaskan EA anda daripada "Navigator", tetapkan parameter sekiranya diperlukan dalam tetingkap pakar dan klik "Ok" untuk melakukan perubahan tersebut.
    • Apakah bonus deposit yang ditawarkan?
      Anda boleh menuntut bonus 10%, 30% atau 50% bagi setiap deposit.
    • Bagaimanakah cara untuk menuntut bonus?
      Untuk menuntut bonus anda perlu mengesahkan akaun anda dan lalukan deposit. Anda boleh menuntut bonus secara manual atau dayakan permohonan bonus automatik bagi setiap deposit dalam tetapan bonus.
    • Adakah bonus berkenaan menyokong margin saya?
      Ya, dana bonus merupakan sebahagian daripada ekuiti dan margin bebas anda. Bonus menyokong margin anda, walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda perlu mengekalkan ekuiti anda di atas paras jumlah bonus, jika tidak bonus tersebut akan dibatalkan.
    • Bolehkah saya mengeluarkan bonus?
      Anda boleh mengeluarkan bonus selepas melengkapkan keperluan volum yang dikira seperti berikut: Jumlah bonus/2 lot standard Cth. jika anda menuntut 50% bonus bagi deposit USD 50, keperluan volum akan menjadi lot standard.
    • Mengapakah saya tidak boleh menuntut bonus?
      Sila pastikan anda telah berjaya mengesahkan akaun anda dan margin bebas anda melebihi jumlah bonus.
    • Bagaimanakah cara untuk menyemak jumlah lot yang berbaki?
      Anda boleh menyemak peratusan yang lengkap dan volum yang berbaki bagi setiap bonus dalam Ruangan Peribadi
    • Bolehkah saya menuntut bonus bagi deposit baru saya
      sekiranya saya tidak melengkapkan keperluan volum bagi bonus terdahulu? Ya, anda boleh melakukannya. Pengiraan volum bermula daripada bonus pertama dan berterusan, iaitu selepas anda melengkapkan keperluan bagi bonus pertama, volum bagi bonus yang seterusnya akan bermula.
    • Di manakah saya boleh melihat bonus saya dalam MT4?
      Jumlah keseluruhan bagi dana bonus ditunjukkan sebagai "Kredit" dalam platform dagangan sehinggalah anda memenuhi keperluan volum.
    • Mengapakah bonus saya dibatalkan?
      Bonus boleh dibatalkan jika:
      • Ekuiti jatuh di bawah jumlah bonus;
      • Dana peribadi anda di berada di bawah jumlah bonus selepas pengeluaran atau pindahan dalaman;
      • Anda membatalkan bonus dalam Ruangan Peribadi.
      Anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan kami untuk mendapatkan sebab sebenar.
    • Bagaimanakah bonus dapat mempengaruhi pertandingan dagangan saya?
      Bonus deposit tidak mempengaruhi mata keuntungan atau mata pip - yang penting adalah dagangan anda yang berjaya sahaja.
    • Bagaimanakah saya boleh mengambil bahagian?
      Anda perlu mendaftar atau log masuk ke Ruangan peribadi anda di OctaFX, kemudian buka akaun pertandingan Juara baru.
    • Bilakah pusingan seterusnya bermula?
      Anda boleh mendapatkan tarikh mula pusingan seterusnya di bahagian atas halaman Pertandingan Juara.
    • Akaun pertandingan saya dinyahdayakan. Mengapa saya tidak boleh menyertai pertandingan ini dan mula berdagang?
      Anda boleh masuk ke platform dagangan MT4 menggunakan log masuk dan kata laluan pertandingan hanya SELEPAS pusingan bermula! Mula-mula, semak sama ada anda cuba memasuki platform dagangan yang betul. Pertandingan Demo Juara hanya tersedia di MT4! Kemudian semak sama ada pusingan pertandingan itu adalah Aktif. Anda boleh mendapatkan maklumat ini di halaman utama Ruangan peribadi anda.

      Anda boleh melihat status Belum dimulakan, Aktif atau Selesai dalam baris yang sama seperti akaun pertandingan MT4. Anda boleh log masuk ke platform dagangan MT4 dan mula berdagang hanya jika akaun pertandingan ditandakan sebagai Aktif.
    • Apakah platform dagangan dan platform mana yang perlu saya gunakan untuk berdagang?
      Anda perlu memuat turun dan memasang platform dagangan MT4 atau menggunakan versi pelayar. Jangan keliru dengan MT5 atau cTrader! Ini ialah platform yang berbeza dan anda tidak akan dapat log masuk dan menggunakannya untuk berdagang dalam pertandingan ini.
    • Di manakah saya boleh mendapatkan kedudukan pertandingan saya?
      Anda boleh mendapatkan kedudukan pertandingan anda dalam senarai "Akaun saya" di halaman utama Ruangan peribadi anda.

      Ambil perhatian bahawa kedudukan semasa anda hanya akan dipaparkan dalam baris pertandingan yang ditandakan sebagai Aktif. Dengan mengklik pada pautan Kedudukan, anda boleh melihat halaman pertandingan peribadi anda dengan maklumat terperinci (kedudukan, dagangan, keuntungan atau kerugian, perubahan kedudukan, pencapaian dan sebagainya).
    • Bolehkah saya mengambil bahagian dalam dua pertandingan secara serentak?
      Ya, anda boleh. Anda juga boleh menyertai pertandingan demo mingguan cTrader untuk pertandingan yang lebih singkat dan dana hadiah sebanyak $400.
    • Bolehkah saya menyertai pertandingan ini sejurus selepas mendaftar?
      Anda tidak boleh menyertai pusingan yang sedang berlangsung, namun anda boleh menyertai pusingan pertandingan yang seterusnya. Anda boleh mendapatkan tarikh mula pusingan seterusnya di bahagian atas halaman Pertandingan Juara.
    • Pusingan bermula esok. Mengapakah saya tidak boleh log masuk ke platform dagangan MT4?
      Anda boleh log masuk ke platform dagangan MT4 dan mula berdagang hanya apabila pusingan sudah bermula. Perhatikan bahawa ini berlaku mengikut waktu pelayan, bukan masa tempatan anda! Waktu pelayan ialah EET/EEST.
    • Apakah hadiah yang disediakan?
      • Hadiah pertama mendapat USD500
      • Hadiah kedua mendapat USD300
      • Hadiah ketiga mendapat USD100
      • Tempat terakhir mendapat USD100
      Dana hadiah dikreditkan ke akaun sebenar dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
    • Apakah tempoh setiap pusingan?
      Tempoh pusingan pertandingan ialah empat minggu dari awal hingga akhir.
    • Bilakah pusingan semasa tamat?
      Anda boleh mendapatkan tarikh tamat pusingan semasa di bawah tab "Pusingan semasa" pada halaman Pertandingan Juara.
    • Bilakah pendaftaran bermula dan berapa lamakah tempohnya?
      Pendaftaran untuk setiap pertandingan diumumkan sebelum ia bermula. Pendaftaran untuk pusingan seterusnya bermula pada masa yang sama pusingan semasa bermula. Anda tidak boleh mendaftar untuk menyertai pusingan semasa, hanya yang seterusnya. Tempoh pendaftaran ialah empat minggu.
    • Siapakah yang boleh menyertai pertandingan ini?
      Semasa tempoh pendaftaran, sesiapa yang berumur lebih daripada umur yang sah boleh mendaftar untuk pertandingan ini.
    • Apakah avatar? Mengapakah saya perlu memuat naik avatar?
      Avatar ialah imej untuk halaman pertandingan peribadi anda dan statistik pusingan. Anda boleh menggunakan mana-mana imej yang anda mahu atau foto anda. JANGAN muat naik ID anda atau mana-mana dokumen undang-undang yang lain!
    • Saya tidak boleh memasukkan nama panggilan saya dalam borang pendaftaran, apakah masalahnya?
      Mungkin nama panggilan itu sudah diambil. Sila pilih nama panggilan lain. Isu ini mungkin juga timbul kerana anda tidak menggunakan huruf Latin. Sila tukar bahasa kepada Bahasa Inggeris dan cuba masukkannya lagi.
    • Apakah deposit permulaan?
      Wang maya dalam akaun pertandingan anda yang OctaFX berikan. Anda tidak perlu mendepositkan dana sebenar untuk menyertai pertandingan demo.
    • Bolehkah saya mengeluarkan wang daripada akaun pertandingan saya?
      Dana dalam akaun pertandingan anda adalah maya, jadi anda tidak boleh mengeluarkan dana itu.
    • Di manakah saya boleh memuat turun platform MT4?
      Anda boleh mendapatkan versi terbaru platform MT4 di Pusat Muat Turun.
    • Apakah pelayan yang perlu saya gunakan untuk pertandingan ini?
      Anda perlu menggunakan pelayan OctaFX-Demo.
    • Bagaimanakah saya boleh menang?
      Untuk memenangi salah satu hadiah, anda perlu mempunyai baki tertinggi apabila pusingan pertandingan berakhir - peratusan keuntungan tidak mempengaruhi kemenangan. Jika anda mempunyai baki terendah, anda akan menerima hadiah saguhati USD100.
    • Apakah teknik dagangan yang dibenarkan?
      Semua teknik dagangan atau EA (dagangan robot) dibenarkan. Tetapi mana-mana jenis dagangan arbitraj atau sebarang penyalahgunaan lain dengan harga dan/atau sebut harga akan tertakluk kepada kehilangan kelayakan daripada pertandingan.
    • Adakah strategi dagangan lindung nilai atau terbalik dibenarkan?
      Ya, anda boleh menggunakan strategi ini.
    • Di manakah saya boleh melihat penarafan pertandingan dan menyemak pendahulu pusingan semasa?
      Anda boleh mendapatkan kedudukan pusingan semasa di sini.
    • Di manakah saya boleh melihat keputusan pusingan sebelumnya?
      Anda boleh melihat pemenang dan statistik pusingan sebelumnya dalam arkib . Anda juga boleh mengetahui nama pemenang dan membaca cerita kejayaan mereka dalam berita Syarikat kami.
    • Adakah saya perlu memuat turun MT4 atau saya boleh menggunakan versi pelayar platform ini juga?
      Anda juga boleh menggunakan versi pelayar platform MT4.
    • Bolehkah saya berdagang daripada telefon pintar saya?
      Ya, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih MT4. Anda boleh mendapatkannya di Pusat Muat Turun kami.
    • Bolehkah saya menggunakan akaun pertandingan saya dalam pusingan atau pertandingan yang lain?
      Anda tidak boleh menggunakan akaun pertandingan anda untuk berbilang pusingan pertandingan atau pertandingan lain. Anda perlu membuka akaun Pertandingan Demo Juara yang baru untuk setiap pusingan. Untuk Pertandingan Demo Mingguan cTrader, anda perlu membuka akaun Pertandingan Demo cTrader.
    • Bolehkah saya mengambil bahagian dalam pertandingan ini jika akaun OctaFX saya tidak disahkan?
      Ya, boleh membuka akaun Pertandingan Demo walaupun akaun OctaFX anda tidak disahkan.
    • Apakah kata laluan yang perlu saya gunakan untuk berdagang di MT4?
      Anda perlu menggunakan kata laluan Pedagang anda, bukan Pelabur!
    • Bagaimanakah saya boleh menyemak pendahulu pusingan semasa?
      Anda boleh mendapatkan penarafan dan menyemak statistik terperinci setiap peserta di sini.
    • Bagaimanakah saya boleh mendapatkan statistik pertandingan untuk peserta lain?
      Jika anda mengetahui nama panggilannya, anda boleh menggunakan carian di bawah tab "Pusingan semasa" pada halaman Pertandingan Juara.
    • Bagaimanakah saya boleh mendapatkan peserta terakhir?
      Gunakan navigasi di bahagian bawah jadual "Pendahulu semasa" di halaman Pertandingan.
    • Bagaimanakah saya boleh mengubah nama panggilan saya?
      Sila hantarkan permintaan untuk Sokongan. Malangnya, anda tidak boleh melakukannya sendiri pada masa ini.
    • Bolehkah saya mengeluarkan hadiah jika saya menang?
      Ya, anda boleh. Anda bebas untuk mengeluarkan hadiah atau membuat lebih banyak wang daripada dagangan pada akaun sebenar anda. Jika dana hadiah digunakan untuk dagangan sebenar, had pengeluaran ialah 300% daripada dana hadiah (termasuk dana hadiah dan keuntungan).
    • Berapa cepatkah saya akan menerima wang hadiah?
      Biasanya mengambil masa beberapa hari hingga seminggu. Untuk mendapatkan hadiah, anda perlu menjawab beberapa pertanyaan untuk berita laman web dan memberi kami maklumat akaun sebenar anda - beritahu nombor akaun sebenar anda untuk memindahkan wang hadiah. Akaun tersebut mesti disahkan dan boleh akaun MICRO atau ECN.
    • Apakah syarat dagangan ini?
      Setiap akaun pertandingan mempunyai syarat dagangan yang sama, iaitu: 48 pasangan mata wang + Emas dan Perak tersedia untuk dagangan, volum minimum ialah 0.1 lot, maksimum tidak terhad, deposit awal ialah USD1000, leveraj ialah 1:500.
    • Bagaimanakah saya boleh mengambil bahagian?
      Anda perlu mendaftar atau log masuk ke Ruangan peribadi anda di OctaFX, kemudian buka akaun pertandingan mingguan cTrader baru.
    • Bilakah pusingan seterusnya bermula?
      Anda boleh mendapatkan tarikh mula pusingan seterusnya di bahagian atas halaman Pertandingan cTrader.
    • Akaun pertandingan saya dinyahdayakan. Mengapa saya tidak boleh menyertai pertandingan ini dan mula berdagang?
      Anda boleh masuk ke platform dagangan cTrader menggunakan log masuk dan kata laluan pertandingan hanya SELEPAS pusingan bermula! Mula-mula, semak sama ada anda cuba memasuki platform dagangan yang betul. Pertandingan Demo Mingguan cTrader hanya tersedia di cTrader ! Kemudian semak sama ada pusingan pertandingan itu adalah Aktif. Anda boleh mendapatkan maklumat ini di halaman utama Ruangan peribadi anda.

      Anda boleh melihat status Belum dimulakan, Aktif atau Selesai dalam baris yang sama seperti akaun pertandingan cTrader. Anda boleh log masuk ke platform dagangan cTrader dan mula berdagang hanya jika akaun pertandingan ditandakan sebagai Aktif.
    • Apakah platform dagangan dan platform mana yang perlu saya gunakan untuk berdagang?
      Anda perlu memuat turun dan memasang platform perdagangan cTrader atau menggunakan versi pelayar. Jangan keliru dengan MT4 atau MT5! Ini ialah platform yang berbeza dan anda tidak akan dapat log masuk dan menggunakannya untuk berdagang dalam pertandingan.
    • Di manakah saya boleh mendapatkan kedudukan pertandingan saya?
      Anda boleh mendapatkan kedudukan pertandingan anda dalam senarai "Akaun saya" di halaman utama Ruangan peribadi anda.

      Ambil perhatian bahawa kedudukan semasa anda hanya akan dipaparkan dalam baris pertandingan yang ditandakan sebagai Aktif. Dengan mengklik pada pautan Kedudukan, anda boleh melihat halaman pertandingan peribadi anda dengan maklumat terperinci (kedudukan, dagangan, keuntungan atau kerugian, perubahan kedudukan, pencapaian dan sebagainya).
    • Bolehkah saya mengambil bahagian dalam dua pertandingan secara serentak?
      Ya, anda boleh. Anda juga boleh menyertai Pertandingan Demo Juara untuk pertandingan yang lebih lama dan dana hadiah $1000.
    • Bolehkah saya menyertai pertandingan ini sejurus selepas mendaftar?
      Anda tidak boleh menyertai pusingan yang sedang berlangsung, namun anda boleh menyertai pusingan pertandingan yang seterusnya. Anda boleh mendapatkan tarikh mula pusingan seterusnya di bahagian atas halaman Pertandingan cTrader.
    • Pusingan bermula esok. Mengapakah saya tidak boleh log masuk ke platform dagangan cTrader?
      Anda boleh log masuk ke platform dagangan cTrader dan mula berdagang hanya apabila pusingan sudah bermula. Perhatikan bahawa ini berlaku mengikut waktu pelayan, bukan masa tempatan anda! Waktu pelayan ialah EET/EEST.
    • Apakah hadiah yang disediakan?
      • Pemenang tempat pertama dianugerahkan dengan USD150
      • Pemenang tempat kedua dianugerahkan dengan USD100
      • Pemenang tempat ketiga dianugerahkan dengan USD75
      • Pemenang tempat keempat dianugerahkan dengan USD50
      • Pemenang tempat kelima dianugerahkan dengan USD25
      Dana tersebut dikreditkan ke baki akaun sebenar dan boleh dikeluarkan.
    • Apakah tempoh setiap pusingan?
      Tempoh pusingan pertandingan ialah satu minggu dari awal hingga akhir (hanya hari bekerja).
    • Bilakah pusingan semasa tamat?
      Anda boleh mendapatkan tarikh tamat pusingan semasa di bawah tab "Pusingan semasa" pada halaman Pertandingan cTrader.
    • Bilakah pendaftaran bermula dan berapa lamakah tempohnya?
      Pendaftaran untuk setiap pertandingan diumumkan sebelum ia bermula. Pendaftaran untuk pusingan seterusnya bermula pada masa yang sama pusingan semasa bermula. Anda tidak boleh mendaftar untuk menyertai pusingan semasa, hanya yang seterusnya. Tempoh pendaftaran ialah satu minggu (kecuali Sabtu dan Ahad).
    • Siapakah yang boleh menyertai pertandingan ini?
      Semasa tempoh pendaftaran, sesiapa yang berumur lebih daripada umur yang sah boleh mendaftar untuk pertandingan ini.
    • Apakah avatar? Mengapakah saya perlu memuat naik avatar?
      Avatar ialah imej untuk halaman pertandingan peribadi anda dan statistik pusingan. Anda boleh menggunakan mana-mana imej yang anda mahu atau foto anda. JANGAN muat naik ID anda atau mana-mana dokumen undang-undang yang lain!
    • Saya tidak boleh memasukkan nama panggilan saya dalam borang pendaftaran, apakah masalahnya?
      Mungkin nama panggilan itu sudah diambil. Sila pilih nama panggilan lain. Isu ini mungkin juga timbul kerana anda tidak menggunakan huruf Latin. Sila tukar bahasa kepada Bahasa Inggeris dan cuba masukkannya lagi.
    • Apakah deposit permulaan?
      Wang maya dalam akaun pertandingan anda yang OctaFX berikan. Anda tidak perlu mendepositkan dana sebenar untuk menyertai pertandingan demo.
    • Bolehkah saya mengeluarkan wang daripada akaun pertandingan saya?
      Dana dalam akaun pertandingan anda adalah maya, jadi anda tidak boleh mengeluarkan dana itu.
    • Apakah cTrader?
      Platform dagangan cTrader direka khusus untuk ECN dan menawarkan akses pasaran langsung (DMA). Ia tidak mempunyai sekatan pada tahap Henti/Had dan membolehkan anda membalikkan, menggandakan atau menutup semua kedudukan dalam satu klik. Kedalaman Tahap II pasaran yang terdapat di cTrader memberikan lebih banyak ketelusan mengenai kecairan yang tersedia. Anda boleh membandingkan cTrader dengan MT4 di sini.
    • Di manakah saya boleh memuat turun platform cTrader?
      Anda boleh mendapatkan versi terkini platform cTrader di Pusat Muat Turun.
    • Bagaimanakah saya boleh log masuk ke cTrader dengan akaun saya?
      Jika anda menggunakan versi pelayar atau versi desktop buat kali pertama, klik 'Langkau langkah ini dan izinkan saya log masuk dengan akaun dagangan saya' dalam tetingkap timbul pertama.

      Dalam tetingkap timbul seterusnya, pilih 'Daftar Masuk' di lajur kiri, kemudian masukkan nombor akaun dan kata laluan anda dan klik butang 'Daftar Masuk Dengan akaun dagangan anda'. Seterusnya anda juga boleh membukanya dengan mengklik item 'cTrader' daripada menu di atas (di penjuru atas sebelah kiri tetingkap cTrader) dan memilih 'Daftar Masuk'.

      Apabila anda melancarkan versi mudah alih, tetingkap daftar masuk dipaparkan terlebih dahulu.
    • Bagaimanakah saya boleh menang?
      Untuk memenangi salah satu hadiah, anda perlu mempunyai baki tertinggi apabila pusingan pertandingan berakhir - peratusan keuntungan tidak mempengaruhi kemenangan.
    • Apakah teknik dagangan yang dibenarkan?
      Semua teknik dagangan atau EA (dagangan robot) dibenarkan. Tetapi mana-mana jenis dagangan arbitraj atau sebarang penyalahgunaan lain dengan harga dan/atau sebut harga akan tertakluk kepada kehilangan kelayakan daripada pertandingan.
    • Apakah syarat dagangan ini?
      Akaun pertandingan mingguan cTrader menawarkan 48 pasangan mata wang + Emas dan Perak untuk dagangan, leveraj 1:500, volum minimum 0.01 lot, langkah 0.01 lot, tiada had maksimum.
    • Adakah strategi dagangan lindung nilai atau terbalik dibenarkan?
      Ya, anda boleh menggunakan strategi ini.
    • Di manakah saya boleh melihat penarafan pertandingan dan menyemak pendahulu pusingan semasa?
      Anda boleh mendapatkan kedudukan pusingan semasa di sini.
    • Di manakah saya boleh melihat keputusan pusingan sebelumnya?
      Anda boleh melihat pemenang dan statistik pusingan sebelumnya dalam arkib.
    • Adakah saya perlu memuat turun cTrader atau saya boleh menggunakan versi pelayar platform ini juga?
      Anda juga boleh menggunakan versi pelayar platform cTrader.
    • Bolehkah saya berdagang daripada telefon pintar saya?
      Ya, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih cTrader. Anda boleh mendapatkannya di Pusat Muat Turun kami.
    • Bolehkah saya menggunakan akaun pertandingan saya dalam pusingan atau pertandingan yang lain?
      Anda tidak boleh menggunakan akaun pertandingan anda untuk berbilang pusingan pertandingan atau pertandingan lain. Anda perlu membuka akaun pertandingan mingguan cTrader untuk setiap pusingan. Untuk Pertandingan Demo Juara, anda perlu membuka akaun pertandingan Juara yang baru.
    • Bolehkah saya mengambil bahagian dalam pertandingan ini jika akaun OctaFX saya tidak disahkan?
      Ya, boleh membuka akaun Pertandingan Demo walaupun akaun OctaFX anda tidak disahkan.
    • Bagaimanakah saya boleh menyemak pendahulu pusingan semasa?
      Anda boleh mendapatkan penarafan dan menyemak statistik terperinci setiap peserta di sini.
    • Bagaimanakah saya boleh mendapatkan statistik pertandingan untuk peserta lain?
      Jika anda mengetahui nama panggilannya, anda boleh menggunakan carian di bawah tab "Pertandingan semasa" pada halaman Pertandingan mingguan cTrader.
    • Bagaimanakah saya boleh mengubah nama panggilan saya?
      Sila hantarkan permintaan untuk Sokongan. Malangnya, anda tidak boleh melakukannya sendiri pada masa ini.
    • Bolehkah saya mengeluarkan hadiah jika saya menang?
      Ya, anda boleh. Anda bebas untuk mengeluarkan hadiah atau membuat lebih banyak wang daripada dagangan pada akaun sebenar anda. Jika dana hadiah digunakan untuk dagangan sebenar, had pengeluaran ialah 300% daripada dana hadiah (termasuk dana hadiah dan keuntungan).
    • Berapa cepatkah saya akan menerima wang hadiah?
      Biasanya mengambil masa beberapa hari hingga seminggu. Untuk mendapatkan hadiah, anda perlu menjawab beberapa pertanyaan untuk berita laman web dan memberi kami maklumat akaun sebenar anda - beritahu nombor akaun sebenar anda untuk memindahkan wang hadiah. Akaun tersebut mesti disahkan dan boleh akaun MICRO atau ECN.
    • Apakah sebenarnya pertandingan sebenar Supercharged ini?
      Pertandingan sebenar Supercharged OctaFX direka khas untuk kedua-dua pedagang novis dan berpengalaman untuk bertanding dengan akaun sebenar bagi merebut peluang memenangi 10 hadiah utama pada hujung pertandingan, serta peluang mendapatkan 1 iPhone 6 pada setiap bulan.
    • Bagaimanakah cara untuk menyertai pertandingan ini?
      Hanya buka akaun sebenar baru dalam Ruangan Peribadi anda dan tandakan "Ambil bahagian dalam pertandingan sebenar SUPERCHARGED". Sila ambil perhatian bahawa deposit pertama anda perlulah sekurang-kurangnya USD 150.
    • Apakah tarikh akhirnya?
      Pertandingan Supercharged OctaFX berakhir pada 13 Mei 2016 Keputusannya akan diumumkan menjelang 5 hari berikutnya dalam berita Syarikat. Upacara penyampaian anugerah akan dilakukan selepas itu, bergantung pada negara asal pemenang. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel atau telefon.
    • Apakah hadiah-hadiahnya?
      Hadiah pertandingan adalah seperti berikut (dengan nilai wang yang sama, jika layak):
      • Tesla Model S
      • Smart Fortwo
      • Renault Twizy
      • Apple iMac terbaru - $1500
      • Apple MacBook pro terbaru - $1000
      • Apple Macbook Air terbaru $800
      • Apple Mac Mini terbaru - $700
      • Apple iPad terbaru - $600
      • Apple iPhone 6 plus - $500
      • iPhone 6 - $400
      • Hadiah bulanan - iPhone 6 - $400
    • Bolehkah saya menyertai pusingan semasa jika saya membuka akaun sekarang?
      Ya, apabila anda membuka akaun pertandingan baru anda akan menjadi peserta pusingan semasa secara automatik
    • Apakah hadiah bagi pusingan ini?
      Hadiah pusingan bulanan ialah iPhone 6
    • Adakah hadiah akan dihantar ke negara saya?
      Ya, hadiah anda akan dihantar ke lokasi anda.
    • Bagaimanakah cara untuk menang?
      Kedudukan pertandingan tidak akan menjejaskan baki anda. Skor pertandingan anda terdiri daripada dua bahagian: mata pip dan mata keuntungan. Skor maksimum bagi setiap bahagian ialah 100 mata. Lebih banyak pip menguntungkan yang diperoleh lebih banyak keuntungan yang akan anda perolehi, dan lebih tinggi peluang anda untuk menang. Sila rujuk seksyen Bagaimana untuk menang pada laman web kami
    • Adakah pengeluaran akan menjejaskan statistik saya?
      Tidak, pengeluaran tidak menjejaskan kedudukan anda.
    • Di manakah saya boleh melihat kedudukan pusingan pertandingan dan pusingan semasa?
      Kedudukan pertandingan dan statistik tersedia di sini. Anda boleh melihat pemenang pusingan semasa di sini. Jika anda ingin menyemak pemenang pusingan terdahulu sila pergi ke arkib pertandingan.
    • Bolehkah saya menuntut bonus deposit jika saya mengambil bahagian dalam pertandingan sebenar?
      Ya, anda boleh menuntut bonus deposit jika saya mengambil bahagian dalam pertandingan sebenar. Nota yang tidak mempunyai sebarang impak terhadap statistik anda.
    • Bolehkah saya memiliki lebih daripada satu akaun pertandingan?
      Ya, anda boleh membuka sebanyak mana akaun yang anda perlukan.
    • Apakah faktor keuntungan?
      Faktor keuntungan ditakrifkan sebagai untung kasar yang dibahagikan dengan kerugian kasar.
    • Mengapakah saya mempunyai pencapaian?
      OctaFX membangunkan pelbagai pencapaian untuk membolehkan anda menganalisis dagangan anda dan mempamerkan kelebihan anda dalam profil pedagang.
    • Bagaimanakah cara untuk berhubung dengan peserta lain?
      Anda boleh menggunakan seksyen komen pada laman statistik peserta berkenaan.
    • Di manakah saya boleh melihat semua statistik saya?
      Daftar ke Ruangan Peribadi anda, cari akaun pertandingan anda di bawah "Seksyen akaun saya" dan klik logo SuperCharged di sebelah nombornya.
    • Bagaimanakah cara untuk saya melakukan deposit ke dalam akaun saya?
      Anda boleh melihat semua deposit yang tersedia di sini. Untuk melakukan deposit, sila daftar masuk ke Ruangan Peribadi anda, beralih ke akaun yang anda ingin lakukan deposit pada bahagian atas laman tersebut dan pilih sistem pembayaran yang anda ingin gunakan di bawah seksyen Deposit akaun saya di sebelah kanan. Kemudian masukkan jumlah dan isikan maklumat lain sekiranya diperlukan. Klik "deposit" di bawah, dan pastikan bahawa data berkenaan adalah tepat dan klik "Sahkan:" di bawah.
    • 1Bilakah dana yang telah didepositkan akan dikreditkan ke baki saya?
      Jika menggunakan pindahan kawat Bank: Semua permintaan akan diproses dalam masa 1-jam semasa waktu pejabat oleh Jabatan Kewangan kami (Isnin-Jumaat 06:00-15:00 EET/EEST). a. Melakukan deposit melalui Skrill/Neteller/FasaPay/Kad Bank - deposit adalah segera. Sekiranya anda melakukan deposit ke dalam akaun dan dana tidak dikreditkan secara automatik ke dalam baki anda sila hubungi Sokongan Pelanggan.
    • Apakah kadar tukaran bagi USD ke EUR apabila melakukan deposit melalui kad kredit/Skrill ke akaun EUR?
      OctaFX menjadikan semuanya mungkin demi memastikan para pelanggan kami menerima kadar terbaik semasa melakukan deposit. Kami juga tidak akan mengenakan sebarang komisen, dan melindungi caj deposit dan caj pengeluaran yang dikenakan oleh sistem pembayaran. Apabila melakukan deposit melalui VISA atau Mastercard, sila ambil perhatian bahawa bank yang terlibat dalam proses ini akan menukarkan dana anda mengikut kadar tukarannya, sekiranya deposit anda dilakukan dalam mata wang yang lain daripada EUR atau USD. Sila ambil perhatian bahawa bank yang terlibat dalam proses ini mungkin mengenakan caj tambahan bagi transaksi berkenaan. Apabila melakukan deposit melalui Skrill (Moneybookers), pelanggan tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan sekiranya akaun Skrill dan akaun dagangannya adalah dalam mata wang USD. Sekiranya akaun Skrill pelanggan adalah dalam mata wang USD dan akaun dagangannya adalah dalam EUR, deposit dalam USD akan ditukarkan ke EUR mengikut kadar tukaran asing. Sekiranya akaun Skrill pelanggan adalah dalam mata wang yang lain daripada USD, Skrill akan menukarkan wang tersebut ke dalam USD menggunakan kadar tukaran mereka dan mungkin mengenakan caj tambahan. Proses deposit melalui Neteller adalah sama seperti menggunakan Skrill.
    • Adakah dana saya selamat? Adakah akaun berasingan ditawarkan?
      Selaras dengan standard peraturan antarabangsa, OctaFX menggunakan akaun berasingan untuk mengasingkan dana pelanggan daripada lembaran baki syarikat. Ini memastikan dana anda kekal selamat dan tidak terganggu.
    • Saya telah menghantar permintaan pengeluaran. Bilakah saya akan menerima dana tersebut?
      Semua permintaan akan diproses dalam masa 1-jam semasa waktu pejabat oleh Jabatan Kewangan kami (Isnin-Jumaat 06:00-15:00 EET(EEST)), jika tidak permintaan ini akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya. Setelah permintaan anda diproses, anda akan menerima surat pemberitahuan. Dana akan dikreditkan ke dalam dompet/akaun bank anda selepas permintaan pengeluaran anda selesai.
    • Adakah OctaFX mengenakan sebarang caj bagi deposit dan pengeluaran?
      OctaFX tidak mengenakan sebarang caj kepada pelanggannya. Tambahan pula, caj deposit dan pengeluaran yang dikenakan oleh pihak ketiga (cth, Skrill, Neteller, dll.) turut ditanggung oleh OctaFX. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa beberapa caj mungkin dikenakan. Baca Perjanjian Pelanggan kami.
    • Apakah jumlah maksimum bagi deposit/pengeluaran?
      OctaFX tidak mengehadkan jumlah yang anda boleh keluarkan atau depositkan ke akaun anda. Tiada had bagi jumlah deposit, dan jumlah pengeluaran tidak boleh melebihi margin bebas.
    • Bolehkah saya melakukan deposit/pengeluaran berbilang kali sehari?
      OctaFX tidak mengehadkan bilangan permintaan deposit dan pengeluaran setiap hari. Semua permintaan akan diproses dalam masa 1-jam semasa waktu pejabat oleh Jabatan Kewangan kami (Isnin-Jumaat 06:00-15:00 EET(EEST)), jika tidak permintaan ini akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya deposit dan pengeluaran dana dilakukan dalam satu permintaan bagi mengelakkan penangguhan yang tidak diperlukan dalam proses yang terlibat.
    • Bolehkah saya menghantar permintaan pengeluaran sekiranya saya mempunyai pesanan/kedudukan terbuka?
      Anda boleh menghantar permintaan pengeluaran sekiranya anda mempunyai pesanan/kedudukan terbuka. Sila ambil maklum bahawa margin bebas perlu melebihi jumlah yang anda minta, jika tidak permintaan anda akan ditolak. Permintaan pengeluaran tidak akan diproses sekiranya anda tidak mempunyai baki yang mencukupi.
    • Mata wang manakah yang boleh digunakan untuk membiayai akaun OctaFX saya?
      OctaFX menerima deposit dalam semua mata wang untuk ditukarkan ke EUR dan USD buat masa ini. Sila ambil maklum bahawa mata wang akaun tidak boleh ditukarkan ke mata wang yang lain daripada USD atau EUR. Sekiranya akaun anda adalah dalam EUR anda sentiasa boleh membuka akaun baru dalam USD dan sebaliknya. Sila ambil maklum bahawa kami tidak mengenakan sebarang caj tambahan bagi deposit atau pengeluaran, serta kami sentiasa memastikan kadar tukaran kami adalah yang terbaik dalam industri ini.
    • Di manakah saya boleh menyemak sejarah deposit/pengeluaran saya?
      Anda boleh melihat semua deposit terdahulu dalam Ruangan Peribadi. Klik Sejarah Deposit di bawah seksyen "Deposit akaun saya". Sejarah pengeluaran tersedia dalam Ruangan Peribadi anda di bawah "Pengeluaran" di sebelah kanan.
    • Bagaimanakah cara untuk saya melakukan pengeluaran dana?
      Sila daftar masuk ke dalam Ruangan Peribadi anda, beralih ke akaun yang anda ingin lakukan pengeluaran dana dan klik Permintaan pengeluaran di bawah seksyen "Pengeluaran" di sebelah kanan. Masukkan jumlah yang anda ingin minta dan juga maklumat lain yang diperlukan. Klik "Permintaan", semak jika maklumat adalah betul dan klik butang "Sahkan" di bawah. Sila ambil perhatian bahawa margin bebas anda perlu melebihi jumlah pengeluaran jika tidak Jabatan Kewangan kami tidak dapat memproses permintaan anda. Adalah penting untuk anda sentiasa menjejaki margin bebas anda apabila anda mempunyai kedudukan terbuka.
    • Saya telah meminta pengeluaran? Bilakah saya akan menerima dana tersebut?
      Jika permintaan dihantar dalam waktu pejabat jabatan kewangan kami, permintaan akan mengambil masa selama 1-jam untuk diproses. Jika anda menghantar permintaan di luar waktu pejabat, permintaan tersebut akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya.
    • Status permintaan pengeluaran saya masih tergantung. Apakah maksudnya?
      Permintaan pengeluaran anda sedang dibaris gilir untuk diproses. Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja ia diproses.
    • Mengapakah pengeluaran saya ditolak?
      Hal ini mungkin disebabkan margin bebas yang tidak mencukupi untuk memproses pengeluaran anda atau sesetengah data tidak betul. Anda boleh menyemak sebab sebenar dalam surat pemberitahuan yang dihantar melalui e-mel.
    • Bolehkah saya membatalkan permintaan pengeluaran?
      Ya, anda boleh membatalkan permintaan pengeluaran di Sejarah pengeluaran saya.
    • Pengeluaran saya telah diproses tetapi saya masih belum menerima dana lagi. Apakah yang perlu dilakukan?
      Sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami.
    • Bolehkah saya memindahkan dana antara akaun-akaun sebenar saya?
      Ya, anda boleh meminta untuk melakukan pindahan dalaman di Ruangan Peribadi anda. Klik Pemindahan dalaman terbaru di bawah seksyen "Pemindahan dalaman" di sebelah kanan, pilih akaun yang anda ingin lakukan pengeluaran dana, masukkan jumlah, pilih akaun destinasi, masukkan kod PIN dan klik "Minta" di bawah. Kemudian semak jika data anda adalah betul dan sahkan permintaan anda.
    • Adakah Pindahan Dalaman dilakukan dengan segera?
      Pindahan dalaman akan diproses secara automatik melainkan proses manual diperlukan oleh Jabatan Kewangan atas sebab-sebab keselamatan. Dalam hal ini, permintaan anda akan diproses dalam masa 1-jam waktu pejabat oleh Jabatan Kewangan kami.
    • Adakah OctaFX mengenakan sebarang caj bagi Pindahan Dalaman?
      Tiada caj yang dikenakan bagi pindahan dalaman. Jika anda memindahkan dana daripada akaun USD ke EUR atau sebaliknya, dana tersebut akan ditukarkan mengikut sebut harga pasaran semasa.
    • Bolehkah saya menuntut bonus deposit bagi pindahan dalaman?
      Tidak, anda boleh menuntut Bonus bagi deposit sahaja.
    • Siapakah IB?
      IB merupakan singkatan bagi "Broker Pengenalan" (Introducing Broker) - individu atau syarikat yang merujukkan pelanggan ke OctaFX dan menerima komisen atas dagangan pelanggan mereka.
    • Bagaimanakah cara untuk membuka akaun rakan kongsi?
      Sila daftar masuk ke Ruangan Peribadi anda dan klik Buka Akaun: Rakan kongsi di bahagian atas halaman
    • Berapakah komisen IB yang diberikan?
      Jumlah yang dibayar bagi setiap lot yang didagangkan oleh rujukan anda adalah bergantung kepada kedudukan IB.
    • Apakah yang dimaksudkan oleh "Pelanggan aktif"?
      "Pelanggan aktif" bermaksud akaun pelanggan yang mempunyai dana peribadi keseluruhan sebanyak USD 100 atau lebih dalam semua akaun dagangannya DAN mempunyai sekurang-kurangnya 5 pesanan sah yang ditutup dalam masa 30 hari sebelum tarikh semasa.
    • Apakah "Pesanan Sah" dalam program IB?
      Komisen IB dibayar bagi pesanan sah sahaja. Pesanan sah merupakan dagangan yang mematuhi SEMUA syarat berikut: -Dagangan yang bertahan selama 180 saat atau lebih; -Perbezaan antara Harga Buka dan Harga Tutup bagi pesanan berkenaan adalah sama atau lebih daripada 30 mata (pip dalam terma ketepatan 4 digit); -Pesanan tidak dibuka atau ditutup melalui Penutupan separa dan/atau Penutupan berbilang.
    • Berapa kerapkah komisen akan dikreditkan ke dalam akaun saya?
      Komisen IB dikreditkan ke dalam akaun rakan kongsi setiap hari.
    • Di manakah saya boleh melihat semua bahan promosi saya?
      Anda boleh mendapatkan bahan promosi dengan menghubungi kami di ib@octafx.com
    • Bagaimanakah cara untuk menarik pelanggan
      Anda boleh mempromosikan pautan rujukan dan kod rujukan anda pada laman web dan forum yang berkaitan dengan forex, dalam media sosial atau anda boleh menghasilkan laman web anda sendiri untuk mempromosikan perkhidmatan kami.
    • Apakah isyarat dagangan?
      Isyarat dagangan merupakan cadangan untuk membeli atau menjual instrumen tertentu berdasarkan analisis carta. Idea utama di sebalik analisis ini adalah corak berulang tertentu berperanan sebagai penanda bagi arah pergerakan harga akan datang.
    • Apakah Autochartist?
      Autochartist merupakan alat imbasan pasaran yang berkuasa yang menawarkan analisis teknikal terhadap berbilang kelas aset. Dengan lebih daripada seribu isyarat dagangan sebulan, ia membolehkan kedua-dua pedagang baru dan profesional untuk mendapatkan manfaat penjimatan masa dengan Autochartist yang akan sentiasa mengimbas pasaran bagi mencari peluang dagangan baharu dan berkualiti tinggi.
    • Bagaimana Autochartist berfungsi?
      Autochartist mengimbas pasaran 24/5 bagi mencari corak berikut:
      • Segi tiga
      • Saluran dan Segi empat
      • Baji
      • Kepala dan Bahu
      Pada permulaan setiap sesi dagangan, Autochartist akan menghasilkan sebuah laporan e-mel dengan ramalan bagi instrumen yang paling popular.
    • Apakah Laporan Pasaran?
      Laporan Pasaran merupakan analisis teknikal berdasarkan ramalan harga yang dihantar terus ke dalam peti masuk anda 3 kali setiap hari. Ia membolehkan anda untuk melaraskan strategi dagangan anda pada permulaan setiap sesi dagangan, bergantung pada arah pergerakan pasaran yang dijangka.
    • Berapa kerapkah laporan dihantar kepada anda?
      Laporan pasaran Autochartist akan dihantar 3 kali setiap hari, pada permulaan setiap sesi dagangan:
      • Sesi Asia - 00:00 EET
      • Sesi Eropah - 08:00 EET
      • Sesi Amerika - 13:00 EET
    • Bagaimanakah Autochartist dapat memberikan manfaat kepada dagangan saya?
      Laporan Pasaran Autochartist merupakan cara yang mudah untuk mengenal pasti peluang dagangan tanpa perlu membuang masa dan tenaga anda - anda hanya perlu menyemak e-mel dan menentukan instrumen yang akan didagangkan pada hari ini. Selain itu, ia menawarkan manfaat penjimatan masa dalam melakukan analisis pasaran. Berdasarkan teori analisis teknikal yang diketahui dan dipercayai, serta dianggarkan 80% tepat, Autochartist membenarkan anda untuk melonjakkan keuntungan anda dan mengelakkan daripada terlepas peluang dagangan.
    • Apakah lot hadiah dan bagaimanakah ia dikira?
      Lot hadiah dikira seperti berikut: Untuk akaun MT4 dan cTrader, 1 lot yang didagangkan bersamaan 1 lot hadiah. Untuk akaun MT5, 1 lot yang didagangkan bersamaan 0.5 lot hadiah. Lot hadiah dikira untuk pesanan yang telah ditutup sahaja.
    • Adakah dagangan saya perlu menguntungkan untuk menerima lot hadiah?
      Tidak, lot hadiah dikreditkan bagi kedua-dua dagangan yang untung dan rugi.
    • Berapakah bilangan lot yang saya ada?
      Anda boleh menyemaknya dalam ruangan peribadi anda di bawah ikon lot Hadiah. Jika anda tidak melihat lot hadiah, ingatlah bahawa ia dikira semula setiap 10 minit.
    • Saya berdagang, tetapi tidak melihat lot hadiah pada baki saya.
      Anda mungkin mempunyai kurang daripada 1 lot hadiah atau dagangan anda belum ditutup. Lot hadiah hanya dikreditkan bagi pesanan yang telah ditutup. Selain itu, ingatlah bahawa lot hadiah dikira semula setiap 10 minit.
    • Bilakah lot hadiah saya akan tamat tempoh?
      Tiada tamat tempoh bagi lot hadiah.
    • Adakah saya boleh mengeluarkan lot hadiah atau menambahnya ke baki saya?
      Anda hanya boleh menggunakan lot hadiah untuk ditukar dengan alat dan barangan.
    • Adakah lot hadiah ini menjejaskan lot bonus deposit saya?
      Lot hadiah tidak menjejaskan lot bonus deposit anda dalam apa-apa jua cara.
    • Pin diperlukan semasa daftar keluar. Apakah PIN itu?
      Ini PIN sama yang anda gunakan untuk pengeluaran. Anda boleh mendapatkannya dalam e-mel dengan log masuk/nombor akaun yang kami hantar ke alamat e-mel anda apabila anda membuka akaun pertama dengan OctaFX. Jika anda tidak dapat mengakses e-mel tersebut, anda boleh pulihkan PIN dalam ruangan peribadi anda.
    • Apakah alamat yang perlu saya gunakan untuk penghantaran? Adakah alamat itu boleh berbeza daripada alamat pada profil akaun saya?
      Anda boleh menggunakan alamat semasa yang anda mahu hadiah itu dihantarkan. Boleh jadi alamat rumah atau pejabat anda.
    • Adakah hadiah dihantar secara percuma?
      Ya, OctaFX menanggung semua kos penghantaran.
    • Adakah saya boleh menukar pesanan saya?
      Malangnya anda tidak boleh menukar pesanan anda selepas pesanan dibuat. Sila hubungi Sokongan Pelanggan kami.
    • Bolehkah saya memesan hadiah yang sama sebanyak dua kali?
      Anda tidak boleh memesan hadiah yang sama sebanyak dua kali, namun anda boleh memungut lot hadiah dan memesan hadiah lain yang anda inginkan.
    • Berapa lamakah yang diperlukan untuk hadiah saya tiba?
      Biasanya ia mengambil masa 1 hingga 3 minggu untuk hadiah tiba. Anda juga boleh menjejaki status pesanan dalam tab "Sejarah pesanan" dalam kedai Trade&Win.
    • Lebih daripada 2 minggu telah berlalu sejak saya memesan hadiah saya. Di manakah ia?
      Sila gunakan kod penjejakan untuk menjejak pesanan anda. Boleh didapati dalam Ruangan Peribadi. Pergi ke kedai Dagang&Menang dan klik "Sejarah pesanan" untuk melihat kod penjejakan dan status pesanan.
    • Apakah tempoh promosi Dagang&Menang?
      Promosi ini sedang aktif dan tiada tarikh tamat yang khusus.
    • Adakah saya boleh menjejak pesanan saya?
      Ya. Anda boleh menjejak dalam Ruangan Peribadi. Pergi ke kedai Dagang&Menang dan klik "Sejarah pesanan" untuk melihat kod penjejakan dan status pesanan.
    • Bolehkah saya memesan hadiah secara percuma?
      Sudah tentu, semua pesanan dalam promosi Dagang&Menang adalah percuma.
    • Bolehkah saya berkongsi foto hadiah saya?
      Anda boleh berkongsi foto hadiah anda di seluruh saluran SMM menggunakan hashtag #TradeAndWin. Jika foto anda adalah yang terbaik, kami akan memberikan 25 lot hadiah sebagai bonus kepada anda.
    • Bagaimanakah caranya untuk menyertai rafel 25 lot #TradeAndWin?
      Kongsi foto hadiah anda menggunakan hashtag #TradeAndWin. Jika foto anda adalah yang terbaik, kami akan memberikan 25 lot hadiah sebagai bonus kepada anda.
    • Saya memesan hadiah dan ia kelihatan berbeza. Kenapa?
      Sila ambil perhatian bahawa imej yang digunakan dalam bahan pemasaran tidak semestinya mewakili hadiah sebenar. Hadiah sebenar mungkin berbeza.
    • Bagaimanakah saya boleh menyertai program Dagang&Menang?
      Hanya berdagang di mana-mana akaun sebenar anda dan mula menerima lot hadiah bagi setiap pesanan yang ditutup. Anda hanya layak mengambil bahagian dalam promosi ini jika anda penduduk Indonesia, Malaysia dan Thailand.
    • Apakah negara yang layak untuk mengambil bahagian dalam promosi ini?
      Promosi ini dibuka kepada pelanggan OctaFX di Malaysia, Indonesia dan Thailand yang berumur 18 tahun dan ke atas pada masa penyertaan.
Mula livechat