OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Back

Cara untuk Mendagangkan Matawang Kripto: CFD Bitcoin dan Ethereum dalam Pasaran Forex

Dagangan Matawang Kripto adalah lebih mudah daripada yang anda sangka, dan OctaFX menyediakan pelbagai jenis alat untuk memudahkan anda menikmati keuntungan daripada matawang kripto.

Jika anda berminat dalam melakukan dagangan dan pelaburan, pastinya sukar untuk anda mengabaikan dagangan matawang kripto kerana ia merupakan jalan utama dalam pasaran buat masa ini. Matawang kripto seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan banyak lagi matawang telah membantu pelabur merealisasikan keuntungan lumayan dan menyediakan cara baru untuk berfikir mengenai matawang serta cara ia berfungsi.

Untuk mula berdagang matawang kripto bersama OctaFX, lengkapkan langkah mudah ini:

Langkah 1 - Penciptaan dan pengesahan akaun

Daftar untuk akaun OctaFX dan sahkan alamat e-mel anda. Proses penciptaan akaun bagi dagangan matawang kripto adalah sangat penting untuk mengesahkan akses kepada akaun tersebut, serta untuk memproses pengeluaran daripada dagangan matawang kripto sebenar.

Langkah 2 - Pilihan platform dagangan matawang kripto

Pilih sama ada anda ingin menggunakan platform MetaTrader 4 atau MetaTrader 5 untuk melakukan dagangan - MetaTrader 4 sememangnya merupakan platform dagangan Forex yang dipercayai sejak sekian lama, manakala MetaTrader 5 memberikan skop yang lebih luas kepada anda untuk berdagang dalam pasaran lain seperti komoditi dan saham, malah pasaran Forex. Selidiki kedua-dua platform dan kenal pasti pilihan yang paling sesuai dengan anda.

Langkah 3 - Lakukan deposit pertama anda

Sebaik sahaja e-mel dan identiti anda disahkan (untuk menjamin perlindungan terhadap akses yang tidak dibenarkan) anda boleh menambah dana ke akaun dagangan anda. Jangan lupa bahawa dengan menambah dana, anda akan mendapat 50% bonus deposit untuk berdagang dengan volum yang lebih banyak.

Langkah 4 - Muat turun sistem dagangan Kripto

Muat turun aplikasi MetaTrader desktop atau mudah alih, dan daftar masuk dengan nombor akaun dagangan anda, yang telah anda terima selepas pendaftaran akaun dalam langkah 1 dan 2.

Langkah 5 - Menambah matawang kripto ke dalam senarai aset

Bagi memulakan dagangan matawang kripto dalam sistem MetaTrader, anda perlu menambahnya terlebih dahulu ke dalam senarai aset. Anda boleh melakukannya dalam dua cara:

  • Klik kanan pada Pemerhati Pasaran dan pilih "tunjukkan semua" dalam aplikasi desktop Metatrader

  • Atau tekan +, pilih "Matawang Kripto", kemudian pilih matawang yang anda ingin dagangkan dalam aplikasi mudah alih Metatrader

Apakah matawang kripto sebenarnya?

Tidak lain lagi, matawang kripto pertama, Bitcoin, tidak bermula dengan mencipta cara baru untuk berfikir mengenai sesuatu matawang, tetapi sebagai suatu teknologi yang mencegah amaun wang tunai elektronik daripada dihantar dua kali kepada dua orang yang berbeza.

Proses pengesahan transaksi yang mencegah perkara ini beroperasi menerusi sistem yang dikenali sebagai blockchain, yang menjadi terkenal dengan istilah 'mining', dengan melakukan proses pengesahan Bitcoin yang diterima sebagai ganjaran untuk pengesahan transaksi elektronik tradisional. Matawang ini kemudiannya mewujudkan nilainya sendiri, dan kini menjadi satu kuasa dagangan yang sangat berkuasa.

Apakah yang perlu anda ketahui mengenai dagangan matawang kripto

Dagangan matawang kripto tidak memerlukan sebarang pengetahuan pakar, malah ia tiada beza dengan dagangan Forex, komoditi atau dagangan pasaran yang lain. Walaupun dengan sifatnya sebagai matawang yang luar biasa, matawang kripto masih mengalami kenaikan dan kejatuhan seperti pasaran lain, dan masih tertakluk kepada faktor luaran yang boleh diramal bagi memberikan peluang untuk anda menjana keuntungan yang lumayan.

Dagangan matawang kripto sememangnya mudah bersama OctaFX, kerana anda boleh melakukan dagangan Bitcoin, Ethereum dan Litecoin dalam platform MetaTrader 4 dan 5 bersama Forex dan komoditi lain. Anda tidak perlu bergantung pada tekaan untuk meramal matawang kripto yang berbaloi dan tidak berbaloi untuk didagangkan, kerana tambahan Isyarat Dagangan percuma kami menawarkan analisis teknikal dan beberapa ramalan harga kripto terbaik dalam pasaran.

Kos dan kuasa beli lebih rendah

Dengan menganggap pendekatan yang bijak terhadap apa jua bentuk pelaburan adalah dengan meminimumkan kos untuk potensi keuntungan yang maksimum, khususnya terhadap sesuatu yang begitu tidak stabil seperti pelaburan matawang kripto. OctaFX akan menyediakan anda untuk perkara ini, dengan menawarkan antara spread paling rendah dalam seluruh pasaran, serta peluang untuk mendagangkan lot mikro serendah 0.01 lot, agar anda tidak memerlukan kos modal yang besar untuk menjana keuntungan daripada Bitcoin, Litecoin atau Ethereum.

OctaFX turut menawarkan anda dengan rangka kukuh dalam dagangan matawang kripto anda dengan leveraj percuma untuk memaksimumkan potensi keuntungan anda, dan tiada komisen yang akan dibayar untuk volum dagangan, dan tiada caj deposit atau pengeluaran yang akan dikenakan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini

Dalam melakukan pelaburan dalam matawang yang sangat tidak stabil seperti matawang kripto, usaha untuk memaksimumkan keuntungan bergantung pada ketepatan takat belian dan jualan, ketika pasaran menawarkan tawaran yang paling berpotensi tinggi. OctaFX membolehkan anda untuk merealisasikan perkara ini, terima kasih kepada pelaksanaan paling pantas di pasaran.

Beli dan jual pada harga yang anda lihat, tanpa penangguhan, dan lakukan deposit dan pengeluaran dengan segera. Kedua-dua matawang fiat dan Bitcoin diterima, tanpa komisen atau penangguhan, dan proses ini sememangnya lancar dan mudah dilakukan. OctaFX turut memegang rekod cemerlang dalam meminimumkan gelinciran, dengan 97.5% daripada semua perintah yang lengkap tanpa sebarang gelinciran langsung.

Cara untuk meramal harga matawang kripto yang paling tinggi

Kini anda mungkin telah jelas mengenai dagangan matawang kripto, anda juga mungkin ingin mengetahui lebih lanjut tentang matawang berkenaan. Tiga matawang kripto yang paling besar, paling tidak stabil dan paling menyeronokkan adalah Bitcoin, Ethereum dan Litecoin.

Bitcoin - emas digital

Bitcoin merupakan matawang digital pertama, yang dicipta sejak tahun 2009. Perbezaan utamanya berbanding matawang tradisional (EUR, USD, JPY, dll) adalah transaksinya yang tidak berpusat, sangat selamat, dan paling penting, sulit sepenuhnya. Bitcoin merupakan salah satu daripada matawang kripto yang paling tidak stabil, paling banyak dibicarakan serta instrumen yang paling popular dalam kalangan matawang kripto.

Dagangan matawang kripto biasanya berlaku terhadap dagangan berita, contohnya terhadap trend kelembuan sebelum pencapahan Bitcoin (ini merupakan pengasihan Bitcoin apabila pemilik matawang kripto mendapat sebahagian daripada matawang kripto baru). Trend keberuangan ini biasanya dilihat selepas berita diumumkan mengenai sekatan terhadap Bitcoin dalam negara tertentu (seperti China). Bitcoin dapat diramal dengan mudah menggunakan angka analisis teknikal, menjadikan dagangan lebih menguntungkan. Bitcoin merupakan instrumen dagangan yang paling menguntungkan dalam matawang USD.

Kini, leveraj untuk Bitcoin dan matawang kripto lain di OctaFX ditetapkan pada 1:2, yang lebih daripada cukup untuk menampung ketidakstabilan instrumen berkenaan. Selain daripada itu, anda juga boleh melakukan dagangan Bitcoin dalam lot mikro (0.01) yang membolehkan anda untuk merancang perbelanjaan dagangan anda dengan lebih berkesan. OctaFX menetapkan nisbah 1 lot kepada 1 Bitcoin, yang lebih rendah dan memerlukan instrumen yang lebih sedikit.

Ethereum - pelaburan masa hadapan

Ethereum merupakan instrumen dagangan kedua yang paling menguntungkan dalam matawang USD. Kini terdapat lebih banyak cara untuk membeli Ethereum bagi matawang fiat tanpa menukarnya kepada Bitcoin. Ini bermakna bahawa harga Ethereum tidak lagi bergantung sepenuhnya terhadap Bitcoin berbanding matawang kripto yang lain. Ia juga boleh dianggap sebagai instrumen yang bebas.

Ethereum merupakan sistem untuk menyokong teknologi kontrak pintar untuk melakukan pelaburan dalam ICO bagi syarikat-syarikat kecil yang baru. Lebih banyak syarikat kecil ini berminat terhadap Ethereum, maka lebih tinggi harganya.

Untuk menganalisis harga Ethereum, penting untuk anda menyelidik mengenai bilangan kontrak ICO yang akan dikeluarkan untuk ditukarkan dengan Ethereum. Bandingkan keputusannya dengan data sedia ada - lebih banyak kontrak, lebih tinggi harganya. Penting juga untuk anda memberikan perhatian terhadap berita mengenai matawang kripto lain yang menyokong ICO dan bersaing dengan Ethereum. Pesaing paling utama dalam hal ini merupakan Waves dan Bitshares. Angka analisis teknikal turut berfungsi dengan baik terhadap Ethereum.

Dengan menggabungkan maklumat mengenai ketidakstabilan Ethereum bagi sepanjang beberapa bulan yang lalu, Ethereum mungkin dapat membawa kepada lebih banyak keuntungan berbanding Bitcoin.

Litecoin - perak bagi matawang kripto

Litecoin telah dikeluarkan buat pertama kalinya pada tahun 2011, dan tidak kurang bezanya berbanding Bitcoin. Jika Bitcoin dapat dikenali sebagai 'emas' dalam matawang kripto kini, Litecoin adalah 'perak'.

Litecoin menyediakan transaksi yang selamat dan pantas dari dalam blockchain, dengan keupayaan untuk membeli barangan di internet. Perbezaan utama daripada Bitcoin (dan manfaat penting Litecoin) adalah keupayaan untuk memproses volum yang lebih tinggi dalam satu transaksi. Sementara Bitcoin hanya tersedia sehingga 21 juta syiling, Litecoin menawarkan empat kali ganda lebih banyak - 84 juta.

Harga Litecoin kini amat bergantung pada nilai Bitcoin. Ini menjadikannya mudah untuk menggunakan strategi dagangan Pasangan Matawang dengan Bitcoin sebagai matawang utama dalam melakukan ramalan terhadap perubahan Litecoin dengan baik.

Satu lot di OctaFX bersamaan 100 Litecoin.

Kini, banyak perbualan yang berkisar dengan matawang kripto - ada yang meramalkan kenaikan mendadak, ada juga yang meramalkan kejatuhan drastik, manakala terdapat pakar analisis lain yang yakin bahawa ini merupakan matawang masa hadapan.

Berminat? Anda boleh terus membaca berita dan artikel terbaik mengenai matawang kripto, tetapi anda pastinya akan lebih mendalami cara ia berfungsi dengan melakukan dagangan matawang kripto ini sendiri. Jadi apa tunggu lagi? Mula jana keuntungan daripada matawang kripto sekarang!

Mula livechat