OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Back

Cara untuk mula berdagang pada MetaTrader 4/5 Desktop

 

Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan anda kepada platform MetaTrader 4/5, yang dibangunkan khas untuk dagangan dalam talian di pasaran Forex. Ia menyediakan anda dengan alat analisis teknikal, serta alat untuk menempatkan dan menguruskan dagangan. Kami akan menjelaskan antara muka platform dan mengajar anda cara untuk menguruskan dagangan.

1. Sebaik sahaja anda membuka aplikasi, anda akan melihat borang log masuk, yang perlu diisi menggunakan maklumat log masuk dan kata laluan anda. Pilih pelayan Sebenar untuk log masuk ke akaun sebenar anda, kemudian pilih pelayan Demo untuk akaun demo anda.

Pilihan akaun Sebenar MetaTrader 4

2. Sila ambil maklum bahawa setiap kali anda membuka akaun baru, kami akan menghantar satu e-mel mengandungi maklumat log masuk (nombor akaun) dan kata laluan akaun tersebut.

Log masuk MetaTrader 4 daripada OctaFX

Selepas log masuk, anda akan dialihkan ke platform MetaTrader. Anda akan melihat carta besar yang mewakili pasangan matawang tertentu.

3. Pada bahagian atas skrin, anda akan melihat menu dan bar alat. Gunakan bar alat untuk melaksanakan perintah, mengubah rangka masa dan mengakses penanda.

Panel Menu MetaTrader 4Pemerhati Pasaran MetaTrader 4

Panel Menu MetaTrader 4

4. Market Watch (Pemerhati Pasaran) boleh ditemui di sebelah kiri, yang menyenaraikan pasangan matawang yang berbeza dengan harga bida dan harga tanya masing-masing.

Pemerhati Pasaran MetaTrader 4

5. Harga tanya digunakan untuk membeli matawang dan harga bida adalah untuk jualan. Di bawah ini merupakan Navigator, yang membolehkan anda untuk menguruskan akaun, dan menambah penanda, penasihat pakar dan skrip.

Navigator MetaTrader

Tetingkap Terminal MetaTrader 4

Navigator MetaTrader 4 untuk garisan tanya dan bida

6. Pada bahagian bawah skrin, anda akan menemui Terminal, yang mempunyai beberapa tab untuk membantu anda menjejaki aktiviti paling terkini, termasuk Dagangan, Sejarah Akaun, Peringatan, Peti Mel, Pakar, Jurnal dan banyak lagi. Sebagai contoh, anda boleh melihat perintah terbuka anda dalam tab Dagangan, termasuk simbol, harga entri dagangan, tahap henti rugi, tahap ambil untung, harga penutup dan untung atau rugi. Tab Sejarah Akaun memperoleh data daripada aktiviti yang telah berlangsung, termasuk perintah tertutup.

Penghasilan Perintah Baru MetaTrader 4

Tetingkap Terminal MetaTrader 4

7. Tetingkap carta menandakan keadaan pasaran serta garisan tanya dan bida semasa. Untuk membuka perintah, anda perlu menekan butang Perintah Baru dalam bar alat, atau klik kanan pada pasangan Pemerhati Pasangan, dan pilih Perintah Baru.

Tetingkap Beli dan Jual MetaTrader 4

Penghasilan Perintah Baru MetaTrader 4

Dalam tetingkap yang terbuka, anda akan melihat:

  • Simbol, yang ditetapkan secara automatik kepada aset dagangan yang dibentangkan pada carta. Untuk memilih aset lain, anda perlu memilih salah satu daripada senarai juntai bawah. Ketahui lebih lanjut mengenai sesi dagangan Forex.
  • Volum, yang mewakili saiz lot. 1.0 adalah bersamaan dengan 1 lot, atau 100,000 unit. Kalkulator Keuntungan daripada OctaFX.
  • Anda bolehmenetapkan tahap Henti Rugi dan Ambil Untung dengan segera, atau ubah suai dagangan kemudian.
  • Jenis perintah boleh merupakan sama ada Pelaksanaan Pasaran (pesanan perintah) atau Perintah Menunggu apabila pedagang boleh menentukan harga entri yang diinginkan.
  • Untuk membuka dagangan, anda perlu klik pada sama ada butang Jual mengikut Pasaran atau Beli mengikut Pasaran.

MetaTrader 4 menutup perintah dengan Terminal

Tetingkap Beli dan Jual MetaTrader 4

  • Perintah belian dibuka dengan harga tanya (garisan merah) dan ditutup dengan harga bida (garisan biru). Pedagang beli pada harga yang lebih rendah dan jual pada harga yang lebih tinggi. Perintah jualan dibuka dengan harga bida dan ditutup dengan harga tanya. Anda jual pada harga yang lebih tinggi dan beli pada harga yang lebih rendah. Perintah terbuka boleh dilihat dalam tetingkap Terminal dengan mengklik pada tab Dagangan. Untuk menutup perintah, anda perlu klik kanan pada perintah dan pilih Tutup Perintah. Anda boleh melihat perintah anda yang telah ditutup di bawah tab Sejarah Akaun.

MetaTrader 4 menutup perintah dengan Terminal

Dengan cara ini, anda boleh membuka dagangan di MetaTrader 4. Sebaik sahaja anda mengetahui fungsi setiap butang, akan menjadi lebih mudah untuk anda melakukan dagangan pada platform. MetaTrader 4 menawarkan anda dengan pelbagai alatan untuk analisis teknikal yang membantu anda berdagang seperti seorang pakar dalam pasaran Forex. Kami akan membincangkan semua perkara tersebut dalam artikel dan tutorial video yang akan datang. Jangan ke mana-mana!

Lihat artikel ini mengenai cara untuk mula berdagang dalam 4 langkah mudah:

Ketahui cara untuk mula berdagang dalam 4 langkah mudah

Untuk memasang MetaTrader 4/5, sila ikuti pautan berikut:

Ketahui cara untuk memasang MetaTrader 4/5 pada PC

Ketahui cara untuk memasang MetaTrader 4/5 pada Android

Ketahui cara untuk memasang MetaTrader 4/5 pada iOS

Mula livechat