OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Back

Cara memulakan dagangan pada aplikasi mudah alih MetaTrader 5 Android

 

 

 

 

Log masuk ke akaun OctaFX MetaTrader 5 anda yang sedia ada

MetaTrader 5 untukAndroid membolehkan anda berdagang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja yang anda suka. Untuk berdagang Forex di mana-mana sahaja, mula-mula anda perlu memuat turun aplikasi mudah alih. Selepas menyediakannya, pilih 'Log masuk ke akaun sedia ada' pada skrin selamat datang.

Kemudian anda perlu menyambung ke broker. Taipkan OctaFX dalam kotak carian untuk mencari pelayan kami. Anda boleh memilihpelayan Demo untuk log masuk ke akaun Demo anda atau Real untuk menggunakan akaun Real anda.

Seterusnya anda perlu memasukkan e-mel dan kata laluan anda. Sila ambil perhatian bahawa setiap kali anda membuka akaun baru, kami akan menghantar e-mel yang mengandungi log masuk akaun (nombor akaun) dan kata laluan anda. Ingatlah bahawa log masuk anda mesti sepadan dengan nombor akaun anda.

Mulakan dagangan di MetaTrader 5 untuk Android

Sebaik sahaja anda log masuk ke MetaTrader 5 untuk Android, anda boleh mula berdagang! Tab Sebut Harga ialah tempat anda akan menemui senarai pasangan yang tersedia untuk didagangkan, dengan harga tanya dan tawaran.Harga tanya digunakan untuk membeli mata wang dan harga tawaran adalah untuk menjual. Harga tanya adalah lebih tinggi.

Untuk membuka pesanan, anda perlu menekan pasangan mata wang yang anda mahu dagangkan, kemudian pilih Pesanan baru.

Dalam tetingkap yang terbuka, anda perlu memilih volum dagangan anda dengan memasukkan saiz lot. Tentukan sama ada anda ingin membeli atau menjual aset itu. Pesanan ini akan dibuka dengan serta-merta selepas anda mengklik pada butang Jual mengikut Pasaran atau Beli mengikut Pasaran.

Selepas membuka dagangan, anda akan dihalakan semula ketab Dagangan, di sini anda dapat melihat pesanan yang dibuka.

Untuk menutup atau mengurus dagangan, anda perlu menekan dan menahannya dalam senarai untuk sesaat. Kemudian anda akan melihat pilihan Tutup kedudukan atau Ubah kedudukan. Selepas anda menekan butang Tutup, dagangan anda akan ditutup dan keuntungan anda akan dikreditkan ke baki akaun anda.

Tekan pasangan mata wang dan pilih Carta untuk membuka tab Carta dan semak carta. Anda boleh memutar skrin anda untuk melihat carta dengan lebih jelas. Anda boleh membuka dagangan dari tab ini dengan mengetikbutang Dagangan.

Kami mengesyorkan anda membiasakan diri dengan pilihan yang tersedia dalam MetaTrader 5 untuk Android. Dengan cara ini, anda boleh berdagang Forex pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dagangan Forex, sila ikuti artikel tentang cara memulakan dagangan dalam 4 langkah mudah.

Untuk memasang MetaTrader 5 pada telefon anda, sila ikuti pautan yang berkaitan:

Mula livechat