OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Back 10 minit membaca

Cara mengeluarkan wang daripada akaun dagangan atau Dompet anda

Penting: mengikut undang-undang, anda hanya boleh mengeluarkan wang selepas mengesahkan profil anda—syarat ini dikehendaki oleh undang-undang.

Log masuk ke Ruangan Peribadi anda di laman kami.

Tindakan selanjutnya bergantung pada sama ada anda ingin mengeluarkan wang daripada Dompet atau akaun dagangan anda.

Daripada Dompet anda

Lihat menu utama dengan menekan ikon di penjuru sebelah kanan atas skrin. Kemudian tekan Keluarkan di bawah baki Dompet anda.

Daripada akaun dagangan anda

Pilih akaun yang anda ingin membuat pengeluaran wang di skrin utama. Kemudian tekan Keluarkan.

Anda akan melihat senarai penuh pilihan pembayaran yang tersedia di rantau anda. Pilih kaedah yang paling sesuai untuk anda dan tekan Seterusnya.

Kami biasanya memproses permintaan pengeluaran dalam masa 1–3 jam, tetapi bergantung pada sistem pembayaran anda untuk tempoh wang tersebut sampai ke destinasinya.

Had untuk pengeluaran:
• Bank—dari 20 hingga 9,999 ringgit

• Skrill dan Neteller—dari USD 5 (EUR 5), tanpa had maksimum

• Bitcoin—dari 0.00096 BTC, tanpa had maksimum

• Visa—dari USD 20 (EUR 20) atau setara dalam mata wang lain 

Untuk bank tempatan yang berbeza, had ini boleh berbeza-beza.

Kemudian masukkan butiran yang diperlukan untuk kaedah pembayaran yang dipilih dan tekan Serah. Pastikan anda menentukan mata wang yang betul

Pada langkah terakhir, anda boleh menyemak semula bahawa anda telah memasukkan semua butiran dengan betul. Semak dengan teliti dan sahkan bahawa semuanya betul dengan menekan Serah sekali lagi.

Apabila sudah selesai, tunggu notis daripada kami—kami akan memberitahu anda bahawa wang tersebut telah dihantar kepada anda melalui e-mel dan dalam pemberitahuan pada Ruangan Peribadi anda.

Start livechat