OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun

Dagangan indeks dengan CFD

Dapatkan untung daripada pergerakan harga pada 10 indeks tanpa perlu memiliki sebarang saham.

Dagangan indeks: manfaat penyelesaian semua dalam satu

Apabila memikirkan tentang pasaran saham, orang biasanya menggambarkan tindakan membeli atau menjual saham bagi syarikat tertentu. Harga pasaran bagi saham tersebut boleh mengalami kenaikan dan penurunan yang ketara berdasarkan berita yang berkaitan dengan syarikat ini atau laporan tertentu, sama ada menghasilkan untung atau kerugian kepada pedagang yang terlibat, bergantung pada ramalan peristiwa mereka.

Tetapi, bahagian runcit pasaran ini bukanlah tentang memiliki saham dalam syarikat gergasi dalam industri; ia tentang mendapatkan wang berdasarkan turun naik pasaran saham ini dengan risiko yang serendah mungkin. Indeks pasaran saham menggambarkan pergerakan harga purata bagi sekumpulan saham; ia tidak menanggung risiko bagi syarikat tunggal. Indeks ini adalah lebih mudah untuk diramalkan dan tahap ketaktentuannya lebih tinggi. Pedagang boleh menjejak pandangan tentang pasaran secara terus melalui laman web kami untuk mendapat makluman yang sepenuhnya tentang pelarasan harga yang mungkin bagi indeks.

Alat pedagang dalam talian

Sebab berdagang indeks pasaran saham, bukannya saham individu

Pedagang memilih untuk berdagang indeks pasaran saham kerana, dibandingkan dengan saham individu tradisional, ia lebih mudah, pelaksanaannya pantas, dan pendekatan jualan singkat dan dagangan harian tidak mengenakan sebarang sekatan.

Beberapa kelebihan lain berdagang CFD untuk indeks ialah:

Untung Lebih Besar:

  • Potensi Untung Lebih Tinggi: Oleh sebab CFD membolehkan pembelian dan penjualan indeks tanpa pelaburan awal dalam saham, anda boleh mendapat manfaat daripada kedua-dua penurunan dan kenaikan pasaran saham jika anda meramalkan arah pergerakannya dengan betul.
  • Kos dan Spread Lebih Rendah: Berdagang indeks sebagai CFD adalah lebih rendah kosnya berbanding berdagang indeks pendasar, dengan skop yang sama untuk untung. Tambahan lagi, OctaFX menyediakan spread terendah untuk indeks dalam industri.
  • Kelajuan Pelaksanaan Lebih Pantas: Dengan pelaksanaan pasaran, pesanan boleh dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan, untuk dagangan yang lebih pantas dan lebih cekap.
Ketahui tentang spread ketat OctaFX

Margin dan Leveraj Lebih Baik:

  • Dagangan Margin: Anda boleh memperuntukkan sebahagian kecil modal dagangan anda untuk membuka dagangan indeks. Kedudukan ini sebenarnya boleh memberikan keuntungan yang besar disebabkan oleh leveraj 1:50 dan dagangan lot mikro.
  • Keperluan Margin Sama: Keperluan margin yang sama digunakan bagi CFD, tanpa mengambil kira membeli atau menjual.
  • Leveraj: Memberikan entri kos rendah ke dalam pasaran kewangan. Pedagang perlu melaburkan sebahagian daripada jumlah kos kontrak, namun berpotensi untuk mendapat pulangan yang lebih besar. Walau bagaimanapun, leveraj juga boleh menggandakan kerugian.
Ketahui tentang bonus 50% OctaFX bagi setiap deposit

Keadaan Pasaran Selamat:

  • Kecairan dan Ketaktentuan Lebih Besar: Indeks adalah sangat cair dan tidak menentu. Oleh sebab indeks mewakili pasaran atau sektor yang lebih luas, indeks dianggap sebagai penunjuk kesihatan kewangan yang baik untuk industri ini.
  • Pendedahan Lebih Besar: Indeks memberikan pendedahan yang besar terhadap keseluruhan pasaran, tanpa risiko khusus saham. Anda boleh menjejak pergerakan bagi saham yang sangat boleh didagangkan dengan rekod prestasi yang baik.
  • Kepelbagaian Portfolio: Alat pengurusan risiko yang baik kerana nilai indeks ialah purata bagi semua entiti dalam kumpulan tersebut. Risiko kerugian juga lebih rendah kerana tahap ketaktentuannya berbeza daripada dagangan saham tradisional.
  • Kedua-dua Dagangan Panjang dan Singkat: Tidak seperti sesetengah saham, indeks boleh didagangkan secara panjang dan singkat, memberikan lebih banyak peluang untuk keuntungan.
Indeks saham yang tersedia

Pasaran peluang anda untuk membina kekayaan

Pasaran saham sangat peka dengan berita. Bila-bila masa peristiwa penting berlaku di mana-mana di dunia atau bila-bila masa produk baru yang hebat menembusi pasaran pengguna, peristiwa ini dengan segera mempengaruhi pasaran atau indeks pasaran saham yang berkaitan.

Misalnya, apabila Emmanuel Macron, presiden Perancis ke-25 dipilih pada tahun 2017, indeks CAC Perancis meningkat sebanyak 4%. Pedagang mendapat manfaat hanya dengan mengetahui fakta ini. Dengan OctaFX, anda boleh berdagang CFD daripada indeks ini melalui platform MT5.

Pada tahun 2016, pilihan raya Trump memberikan kesan yang agak bertentangan, apabila indeks Dow menyusut sebanyak 900 mata sebaik sahaja selepas berita yang besar. Ini juga peluang yang baik bagi pedagang yang mengamalkan jualan singkat mendapat kejayaan yang besar. OctaFX mempunyai indeks yang boleh didagangkan pada kedua-dua platform MT4 dan MT5.

Berita pasaran

Akses anda kepada dagangan indeks dan saham runcit melalui CFD

Pelaburan klasik dalam indeks saham yang berjaya adalah menarik dan memerlukan kesabaran untuk menunggu pulangan yang besar dan boleh mengambil masa beberapa tahun. Walau bagaimanapun, untuk mendapat untung daripada pelaburan anda, anda perlu melaburkan jumlah wang yang besar. Pedagang dalam bahagian runcit bagi pasaran ini biasanya memilih untuk tidak memasuki dagangan yang mempunyai volum sedemikian dan menunggu pulangan yang mungkin sederhana. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh mendapat manfaat daripada pergerakan harga saham.

Platform dagangan OctaFX menawarkan akses kepada dagangan indeks saham (portfolio saham yang dikeluarkan oleh syarikat atau industri berbeza) melalui CFD yang menawarkan peluang untuk mendapat untung daripada turun naik pasaran pada indeks yang paling popular dalam masa beberapa minit, bukannya beberapa tahun.

Dagangan CFD dengan OctaFX

Alternatif yang menarik bagi dagangan saham tradisional

Dagangan saham dalam talian dengan CFD memberikan kelebihan yang besar kepada pedagang. Dagangan saham CFD menghapuskan sekatan yang berkaitan dengan pesanan singkat yang biasanya memerlukan pedagang saham tradisional melabur dalam instrumen sebelum menjual singkat atau boleh terdapat keperluan margin yang berbeza untuk kedudukan singkat dan panjang. CFD juga menawarkan manfaat tambahan:

  • Platform Kukuh: Platform dagangan saham dalam talian membolehkan dagangan automatik dengan robot yang mengurangkan tindakan meneka kepada minimum dan menghapuskan faktor emosi dan kesilapan manusia.
  • Kebolehcapaian Platform: Teknologi digunakan untuk menjadikan platform dagangan ini kukuh dan selamat serta tersedia pada telefon pintar, tablet, komputer riba dan desktop. Lebih ramai orang boleh mengakses dagangan saham dengan lebih mudah dan memantau pergerakan harga saham di mana-mana sahaja.
  • Waktu Lanjutan: Malah pedagang boleh menyediakan dagangan apabila pasaran ditutup, membolehkan mereka bertindak balas dengan segera terhadap pengumuman dan berita korporat walaupun sebelum pembukaan sesi seterusnya.
  • Tiada Dokumen Kertas: Ini bermakna urus niaga yang pantas dengan persediaan dan pelaksanaan dagangan yang lebih ringkas.
  • Alat dan Aplikasi Dagangan Terbaik: Melalui pelbagai pilihan penunjuk teknikal yang boleh didapati pada MT4/5, pedagang boleh membuat keputusan dagangan saham yang termaklum dengan baik.
Cara memulakan dagangan dengan 4 langkah mudah

Mendapat untung daripada turun naik indeks melalui derivatif

Oleh sebab indeks saham bukan aset fizikal, ia boleh didagangkan melalui produk yang mencerminkan pergerakan harganya melalui platform dagangan CFD OctaFX. CFD menonjol dalam kalangan derivatif lain kerana ia boleh didagangkan dalam lot mikro, dengan leveraj yang agak tinggi. CFD ialah instrumen kewangan derivatif yang membolehkan dagangan dalam aset tanpa sebenarnya memiliki aset itu. Harga CFD mencerminkan harga aset pendasar. CFD secara asasnya ialah kontrak antara pedagang dan syarikat pertaruhan spread. CFD indeks merangkumi semua pasaran utama di seluruh dunia.

Kalkulator CFD untuk indeks saham

Sebab berdagang CFD untuk indeks dengan OctaFX

OctaFX menawarkan CFD untuk 10 indeks paling popular, termasuk Dow Jones, NASDAQ, Nikkei dan EuroStoxx.

  • Platform MT4/MT5: Ini ialah platform dagangan dalam talian terkemuka pada masa ini. Selain menawarkan pelbagai ciri, platform ini menyediakan alat dagangan yang hebat, termasuk dagangan automatik, penunjuk teknikal dan carta langsung lanjutan.
  • Harga Telus: Dapatkan akses kepada harga pasaran masa nyata dan pilih aset anda dengan bijak.
  • Leveraj 1:50: Leveraj ialah salah satu daripada alat yang paling hebat dalam dagangan CFD. Maksimumkan potensi portfolio anda dengan melabur hanya sebahagian kecil daripada nilai CFD.
  • Tiada Swap atau Komisen: Nikmati syarat dagangan yang terbaik dalam industri dengan komisen sifar dan bebas swap. OctaFX tidak mengenakan bayaran komisen berasaskan volum untuk memberi anda keadaan dagangan yang cekap kos.
  • Pelaburan dan Keuntungan Lebih Besar: Melabur dalam salah satu daripada indeks yang paling boleh didagangkan di dunia dan tingkatkan potensi keuntungan anda.
  • Ciri Dagangan Cepat: Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu, anda perlu membuat pesanan dan menutupnya pada masa yang tepat, secepat yang boleh. Ciri ini mengurangkan proses keseluruhan untuk mengklik kepada hanya dua butang—semudah itu.
  • Spread Rendah: Anda boleh memotong perbelanjaan portfolio anda dengan membuka urus niaga pada CFD indeks dengan spread terendah dalam industri.
tanpa had dan percuma
Deposit minimum $50

Memilih platform dagangan saham anda

OctaFX menawarkan dua platform dagangan untuk CFD dagangan bagi saham. Setiap satu disediakan untuk memenuhi permintaan dan jangkaan daripada jenis pedagang yang berbeza. Untuk membimbing anda melalui langkah pertama memilih platform dagangan, semak ciri teras kedua-duanya berhubung dengan dagangan saham:

Panduan indeks saham yang tersedia pada platform dagangan

MetaTrader 4

  • Dow Jones Industrial Average (US30): Indeks pasaran saham ini menunjukkan 30 syarikat awam terbesar di AS dan bagaimana ia didagangkan dalam sesi dagangan standardnya.
  • NASDAQ 100 Index (NAS100): 100 syarikat terbesar disenaraikan di bursa NASDAQ, termasuk industri seperti runcit, perisian, bioteknologi dan telekomunikasi.
  • ASX 200 Index (AUS200): Ukuran pergerakan pelbagai sektor pada pasaran saham Australia. Harga terutamanya dipengaruhi oleh pergerakan harga komoditi.
  • DAX 30 (GER30): 30 syarikat teratas yang didagangkan di Frankfurt Stock Exchange, termasuk Bayer, Allianz dan BASF.
Jejak sebut harga pasaran saham secara langsung di MT4

MetaTrader 5

  • FTSE 100 (UK100): 100 syarikat cip biru teratas di London Stock Exchange. Indeks ini dikatakan memetakan lebih daripada 80% daripada jumlah permodalan di United Kingdom.
  • Dow Jones Industrial Average (US30): Indeks pasaran saham ini menunjukkan 30 syarikat awam terbesar di AS dan bagaimana ia didagangkan dalam sesi dagangan standardnya.
  • NASDAQ 100 Index (NAS100): 100 syarikat terbesar disenaraikan di bursa NASDAQ, termasuk industri seperti runcit, perisian, bioteknologi dan telekomunikasi.
  • Nikkei 225 Index (JPN225): 225 syarikat teratas di Jepun yang disenaraikan di Tokyo Stock Exchange, termasuk Sony, Canon dan Toyota.
  • Standard & Poor’s 500 Index (SPX500): Permodalan pasaran bagi 500 syarikat terbesar di AS, dengan senarai lazim yang disenaraikan di NASDAQ dan NYSE. S&P 500 dianggap sebagai salah satu daripada penunjuk terbaik bagi pasaran saham AS.
  • CAC 40 (FRA40): 40 saham teratas yang didagangkan dalam pasaran saham Euronext Paris. Oleh sebab Perancis mewakili sebahagian besar daripada ekonomi Eropah, ia memberikan pandangan terhadap hala tuju pasaran Eropah.
  • ASX 200 Index (AUS200): Ukuran pergerakan pelbagai sektor pada pasaran saham Australia. Harga terutamanya dipengaruhi oleh pergerakan harga komoditi.
  • Eurostoxx 50 Index (EUSTX50): Indeks ini merangkumi 50 syarikat dari 11 negara EU, Austria, Belgium, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Portugal dan Sepanyol.
  • DAX 30 (GER30): 30 syarikat teratas yang didagangkan di Frankfurt Stock Exchange, termasuk Bayer, Allianz dan BASF.
  • IBEX 35 (ESP35): Indeks ini terdiri daripada 35 saham Sepanyol yang paling cair dan merupakan indeks pasaran saham penanda aras bagi Bolsa de Madrid.
Jejak sebut harga pasaran saham secara langsung di MT5

Dagangan indeks dengan akaun demo OctaFX

Sebelum membuat dagangan dengan wang sebenar, anda boleh berlatih dengan akaun demo kami. CFD untuk saham boleh didagangkan di platform MetaTrader 4 atau MetaTrader 5. Akaun demo yang anda buat berfungsi sama seperti akaun sebenar dan menggunakan data pasaran sebenar, tetapi anda tidak perlu mendepositkan wang anda. Semua keuntungan dan kerugian juga adalah maya.

Kami mengesyorkan anda bertukar kepada akaun sebenar selepas berlatih strategi dan teknik dagangan yang berbeza untuk mendapatkan hasil menguntungkan yang stabil.

tanpa had dan percuma
Mula livechat